PERKARA YANG
MEMBATALKAN PUASA
Perkara yang membatalkan puasa adalah sembilan, dan ia boleh terjadi
samada secara sengaja atau tidak sengaja. Pembatalan puasa itu perlu diqada,
dan dalam hal-hal tertentu perlu kepada pembayaran kafarah. Keadaan ini akan
diterangkan nanti.
17: Apakah perkara yang membatalkan puasa dan harus dijauhi?
J: Ia adalah:
1. Perkara yang boleh dimakan. Apa sahaja
yang boleh dimakan samada yang biasa(roti, nasi) dan yang luar biasa(batu,
pasir)
2. Minuman. Samada yang biasa atau yang
luar biasa(seperti cecair dari pokok dan lainlain).
3. Hubungan seksual, samada melalui faraj
atau dubur.
4. Berbohong atas nama Allah, Rasul, Aimmah
dan Mahdi. Untuk
seseorang itu dianggap sebagai seorang
pembohong atas nama
mereka, beliau haruslah jelas akan perkara
ini, dan mempunyai niat
untuk berbohong atas kemahuan diri sendiri,
mempunyai sebab
tersendiri atau kerana bertaqlid kepada
orang lain. Orang yang terlupa, tidak tahu, tidak pasti, tidak dikenali sebagai
pembohong.
5. Menyelam secara keseluruhan di dalam
air. Ia adalah haram dan
membatalkan puasa jika atas niat untuk
bersukan. Walaubagaimanapun, jika pekerjaan seseorang itu melibatkan menyelam,
atau kerana ingin mengambil sesuatu dari air, maka selaman ini tidak haram, dan
puasa ini sah.
6. Sampainya habuk ke kerongkong. Ia adalah
haram dan membatalkan puasa.
● S: Adakah seseorang yang berpuasa itu
harus sentiasa berhatihati agar tiada habuk masuk ke kerongkongnya secara tidak
sengaja? Contohnya dalam keadaan cuaca yang ekstrim yang berhabu?
● J: Ia bukanlah wajib, namun disukai bagi
seseorang itu untuk mengelakkan dari habuk sampai ke kerongkong.
● S: Adakah asap dari proses pembakaran
bahan api kereta, mesinmesin, dan sepertinya, memberi kesan kepada puasa? Dan
wajib mengelak dari mereka?
● J: Ia tidak membatalkan puasa dan tidak
wajib mengelak darinya.
7. Merokok.
● S: Adakah merokok membatalkan puasa
kerana asap tebalnya?
● J: Ia membatalkan puasa bukan kerana
asanya yang tebal.
● S: Adakah merokok secara amnya(tidak berkaitan
dengan puasa) dibenarkan dan tidak haram? Terutamanya bagi orang yang bukan
penagih rokok dan
hanya merokok secara “suka suka”.
● J: Jika seseorang itu terdedah kepada
bahaya kerana rokok, maka haram baginya merokok. Tidak wujud perbezaan antara
seorang perokok tegar atau perokok sukasuka. Merokok adalah satu sikap yang buruk,
ia dapat di kawal dengan melawan keinginan diri untuk satu tempoh masa.
8. Berada dalam keadaan junub sehingga
waktu Fajr tanpa sebarang keperluan.
● S: Apakah hukumnya jika seseorang itu
dalam keadaan junub, lalu beliau tertidur
sehingga tidak sedar telah terbit fajar?
● J: Jika beliau berniat untuk ghusl, maka
puasanya sah, namun jika tidak, maka puasanya batal.
● S: Bagaimana pula jika seseorang itu
berniat untuk ghusl, kemudian tidur, lalu terjaga sebentar, namun tidur semula
sehingga terbit fajar, dan beliau masih dalam keadaan junub?
● J: Puasanya batal dan wajib qada.
● S: Apakah hukumnya bagi seseorang yang
mengeluarkan air mani atas tindakan yang dilakukan oleh dirinya sendiri, atau
disebabkan sentuhan fizikal dengan wanita(hubungan seksual)?
● J: Puasanya batal.
● S: Bagaimana pula dengan seseorang yang
mengalami ejakulasi bukan dengan niat, seperti dalam tidur, atau dalam keadaan
jaga selepas berniat untuk berpuasa pada hari tersebut?
● J: Puasanya sah.
● S: Adakah seseorang itu wajib bersegera
melakukan ghusl jika mengalami ejakulasi tanpa niat di siang hari?
● J: Tidak wajib untuk bersegera melakukan
ghusl
● S: Apakah hukumnya bagi seseorang yang
melihat wanita, lalu terejakulasi, atau mendengar suara wanita, lalu
terejakulasi?
● J: Puasanya tidak batal.
9. Cecair Suppositori
● S: Apakah yang dimaksudkan dengan perkara
ini?
● J: Ia bermaksud satu proses pemasukan
cecair melalui rektum untuk rawatan beberapa penyakit.
● S: Apakah hukumnya, berkaitan orang yang
berpuasa?
● J: Penggunaannya haram dan membatalkan
puasa.
● S: Adakah cecair suppositori yang
digunakan untuk mencuci uterus, atau suppositori yang dimasukkan melalui lubang
zakar lelaki untuk rawatan membatalkan puasa?
● J: Suppositori yang dimasukkan secara
berdepan(lubang kemaluan lelaki dan wanita) tidak membatalkan puasa. Sebagai
tambahan, suntikan ke atas otot atau saluran urat tidak membatalkan puasa.
Namun pemasukan cecair ke dalam urat(intravenous) membatalkan puasa. Begitu
juga dengan suppositori cecair rektal(perut) juga membatalkan puasa.
● S: Adakah cecair seperti titikan telinga
atau hidung membatalkan puasa?
● J: Puasa tidak batal selagi tidak sampai
ke kerongkong
● S: Adakah dibenarkan membuat pemindahan/pendermaan
darah?
● J: Tidak membatalkan puasa.
18: Adakah orangorang yang puasanya telah dibatalkan oleh perkara-perkara
di atas wajib menjauhkan diri dari makanan dan minuman untuk baki hari itu?
J: Ia tidak wajib, namun mustahab begitu.
19: Adakah semua perkara di atas membatalkan puasa jika dilakukan secara
tidak sengaja?
J: Semua perkara di atas hanya membatalkan puasa jika dilakukan secara sengaja,
samada orang itu tahu atau tidak hukum berkaitan hal ini. Sebagai contoh,
seseorang itu dengan sengaja merokok walaupun tidak mengetahui hukum rokok
membatalkan puasa, maka puasa beliau tetap sahaja terbatal jika dilakukan
secara sengaja.
20: Adakah hukum ketidak sengajaan ini hanya terpakai untuk puasa sunat
sahaja?
J: Perkara yang membatalkan puasa tidak membatalkan puasa jika dilakukan
secara tidak sengaja samada puasa sunat atau wajib.
21: Bagaimana jika seseorang itu terpaksa atau dipaksa membatalkan
puasanya, atau item-item yang membatalkan puasa ini dimasukkan secara paksa
kedalam mulutnya, sebagai contoh?
J: Ia tidak membatalkan puasa samada wajib atau sunat.
22: Adakah menghisap cincin(batu suci yang terdapat pada cincin),
mengunyah makanan
untuk bayi, dan merasa makanan di hujung lidah memberi kesan kepada
puasa?
J: Semuanya dibenarkan.
23: Apakah hukumnya seseorang yang menyelam semua bahagian badan kecuali
kepala di dalam air?
J: Dibenarkan.
24: Apakah hukumnya seseorang yang berpuasa menggunakan Miswak sebelum bersolat?
J: Penggunaan Miswak adalah sangat disukai, samada basah atau kering.
25: Apakah hukumnya seseorang yang menggunakan berus gigi berserta ubat
gigi?
J: Ia dibenarkan.
✡✡✡✡✡
✡<<
sebelumnya ✡✡✡ seterusnya >>✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan