14) Al-Raj3ah
Khalifah-Khalifah Allah dan Syi3ah (pengikut-pengikut) mereka
Ini adalah sebahagian daripada riwayat-riwayat
yang berkaitan dengan Raj3ah Aali Muhammad (as):
Dari Jabir bin Yazid
dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Ali (as) akan kembali (Raj3ah-Kurrah)
ke bumi dengan anaknya Al-Hussain (as) dia menerima panji-panjinya sehingga dia
membalas bela terhadap Umaiyah dan Muawiyah dan dari Aali Muawiyah dan sesiapa
yang syahid berperang dengannya, kemudian Allah bangkitkan kepada mereka ansarnya
pada hari itu 30,000 orang dari penduduk Al-Kufah dan 70,000 dari penduduk lain
dan ia akan bertemu dengan mereka di Shiffin sama seperti pertama kali dahulu sehingga
membunuh mereka semua dan tidak seorang pun yang diberitakan tinggal dari kalangan
mereka, kemudian Allah AWJ akan mengazab mereka dengan azabNya yang paling
buruk bersama-sama dengan Firaun dan Aali Firaun. Dan kemudian akan kembali (Raj3ah-Kurrah)
pula bersama-sama Rasuullah (S) lalu menjadi Khalifah di bumi dan para Imam (as)
akan menjadi pegawai-pegawai baginda sehingga Allah disembah secara terbuka,
ibadah kepada Allah menjadi umum di bumi, sebagaimana Dia disembah secara
rahsia di bumi (sebelumnya). Lalu dia berkata: Iaitu Demi Allah ia adalah dua
kali ganda ini, maka beliau menunjuk dengan tangannya untuk menggandakannya,
Allah akan memberikan Nabi-Nya (S) kuasa kerajaan atas semua penduduk bumi
sejak bumi diciptakan sehingga hari ia binasa apabila Dia menunaikan janjiNya
di dalam Kitabnya seperti firmanNya:
﴿لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ
كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ﴾
(Untuk
dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak
menyukai.) [Al-Taubah 9:33] [Al-Shaf 61:9] [72].
Dari Jabir dari Abi Ja'far (as) dia berkata: (Al-Hussain
bin Ali (as) berkata kepada para sahabatnya sebelum beliau terbunuh: Rasuullah
(S) berkata kepadaku: Wahai anakku, kamu
akan bergerak ke Iraq dan ia adalah negeri pertemuan Nabi-nabi dan Aushiaknya
dan ia adalah bumi yang memanggil umur-umur, dan engkau akan syahid di sana bersama
sekumpulan sahabatmu yang tidak tunduk kepada kesakitan besi seperti firmanNya:
﴿قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا
وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ﴾
((Kami
katakan: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi selamatlah bagi
Ibrahim")) [73].,
Perang akan menjadi
sejuk dan damai padamu dan kepada mereka, maka bergembiralah, kerana demi Allah
jika mereka membunuh kita, kita akan kembali kepada Nabi kita (S) kemudian aku
akan tinggal selama yang Allah kehendaki, dan akulah yang pertama yang akan timbul
dari bumi, maka aku akan keluar bertepatan dengan keluarnya Amir Al-Mukminin (as)
dan kebangkitan Qaim kami (as) dan kehidupan Rasulullah (S), kemudian akan turun
segerombolan dari langit dari Allah AWJ yang tidak pernah turun ke bumi begitu
juga Jibril, Mikail, Israfil, dan tentera malaikat dan akan turun Muhammad dan
Ali, aku dan abangku dan semua yang telah dikurniakan oleh Allah yang
menanggung semua beban-beban
Tuhan menunggang kuda daripada cahaya yang tiada siapa pernah menunggangnya
sebelumnya, Kemudian Muhammad (S) akan mengibarkan panji-panji dan akan menyerahkan kepada
Qaim kami (as) dengan pedangnya. Dan kemudian kami akan tinggal selepas itu
selama yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan keluarkan dari Masjid Al-Kufah
sumur minyak dan juga sumur susu dan sebuah sumur air, kemudian Amir
Al-Mukminin (as) akan menyerahkan kepada ku pedang Rasulullah (S) dan aku akan bangkit
ke timur dan ke barat dan tidak akan lalu musuh Allah melainkan aku akan binasakan
dan tumpahkan darahnya dan tidak akan diseru berhala melainkan aku akan membakarnya
...) [74].
Mengenai riwayat ini dan riwayat-riwayat yang sepertinya,
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) ditanya:
Bagaimanakah kembalinya para Imam (as)? Dan adakah
mereka kembali dalam satu zaman?
Dan adakah mereka kembali dalam urutan yang
sama seperti mereka (qw) datang di dunia ini mengikut bapa kemudian anak-anaknya,
misalnya: Adalah diriwayatkan bahawa yang pertama kembali adalah Imam
Al-Hussain (as), adakah dia akan kembali dengan sifat anak kepada Imam Ali (as)
atau datuknya Rasulullah (S), atau bagaimana ??
Dan soalan sedemikian adalah mengenai penciptaan
(makhluk) yang kembali, adakah ia mengikut kesesuaian bapa dan anak, keturunan
dan isteri-isteri, persahabatan dan yang sepertinya ??
Lalu dia menjawab: [Al-Raj3ah
adalah alam lain yang berbeza daripada alam Jasmani ini, oleh itu hal keadaannya
adalah berbeza dari alam ini, kerana hal keadaan bapa, anak dan hubungan kemasyarakatan
adalah daripada kebiasaan alam (dunia) ini.
Semoga Allah
memberikan anda kejayaan, Al-Raj3ah adalah satu lagi
ujian bagi orang-orang yang benar-benar beriman dan orang-orang yang benar-benar
kufur, tidak akan ada apa-apa makna pada Al-Raj3ah
jika tidak ada ujian ujian, bahkan tidak ada kebijaksanaan (hikmah) di
sebaliknya jika ia tidak ada ujian, dan saya telah menjelaskan sebelum ini sebab dan akibat ia
ada ujian yang lain, dan oleh itu Alam Al-Raj3ah
adalah alam yang lain, kerana Allah akan melupakan orang-orang yang masuk ke
dalamnya dari keadaan mereka yang lalu; supaya setiap orang memasuki ujian secara
adil dan diberi peluang yang sama untuk beruntung atau rugi.
Dan jika perkara itu
adalah seperti itu, maka apakah nama yang kamu tanyakan semoga Allah memberikan
lamu kejayaan? Mereka pada asalnya akan lupa keadaan mereka yang lalu dan
mereka telah diuji sebelum ini, sama seperti Allah melupakan manusia di Alam Jasmani
dari keadaan mereka yang lalu dalam Alam Al-Zhar
dan ujian mereka sebelum ini di Alam Al-Zhar:
﴿أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ
الْخَالِقُونَ *نَحْنُ قَدَّرْنَا
بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ * عَلَىٰ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ
وَنُنشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ﴾
((Kamukah
yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya? * Kami telah menentukan
kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan, * untuk
menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu dan menciptakan kamu
kelak dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.)) [Al-Waqi3ah 56:
60-62]
Perhatikan firman-Nya
SWT:
﴿وَنُنشِئَكُمْ فِي مَا لَا
تَعْلَمُونَ * وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ
الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ﴾
((dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan yang tidak
kamu ketahui.* Dan
Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah
kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua?))
( Al- Waqi3ah 56:61-62).
Perhatikan firman-Nya
SWT: [dan menciptakan kamu kelak
dalam keadaan yang tidak kamu ketahui,]
dan ini berlaku di Al-Raj3ah dimana apabila memasuki alam ini akan melupakan keadaan
lalu dan masuk ke dalam dunia baru yang tidak diketahui, dan apabila misalnya kamu mahu kepada keadaan
ini di masa hadapan ia terdapat peristiwa yang telah berlalu dan ia adalah Alam Al-Zhar,
dan kamu semua di dalamnya dan kamu mengetahuinya dan Allah telah menguji kamu
di dalamnya, tetapi kamu kini benar-benar lupa sepenuhnya mengenainya dan tidak
boleh mengingatinya mengapa?! (? [Dan
Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah
kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua]
Jawapannya: Kerana
Allah melupakan kamu dari mengingatinya apabila Dia menghijab kamu dengan jisim-jisim
(benda), dan perkara ini sama kepada semua orang; kerana Allah adalah Maha Adil,
dan kalau ini tidak berlaku untuk semua orang walaupun untuk para khalifah
Allah di muka bumiNya, maka di manakah keutamaan kepada para khalifah Allah apabila
mereka menang dengan ujian, adakah kerana Allah tidak membuat mereka lupa?! Ya,
adalah mungkin untuk manusia mengetahui keadaan masa lalu selepas dia lulus
ujian dan menjadi ikhlas dan arif, tetapi dia tidak mungkin mengetahui keadaan
masa lalu tanpa amal dan tanpa lulus ujian; kerana makna apabila mengetahuinya pada
mulanya adalah membatalkan ujian itu dan ini tentulah tidak adil; kerana diberi
kelebihan lebih dahulu tanpa apa-apa amalan, dan ia menyalahi kebijaksanaan;
kerana dia masuk ke dalam ujian jadi bagaimana pula ujian telah dibatalkan ?!
Ketahuilah Allah akan
menjaga kamu dalam mengenal kebenaran dan sentiasa memperteguhkannya, bahawa,
untuk setiap alam ada ujian dan ia adalah satu kemestian bahawa setiap orang sama
akan memasukinya mengikut kemampuan mereka menghadapi ujian; supaya keadilan
Allah SWT boleh terlaksana, contohnya semua manusia dicipta untuk mengenal Allah,
dan mereka semua dilupakan dari keadaan mereka yang lalu yang mereka telah capai
dan mereka tidak tahu keadaan mereka bahawa mereka akan sampai ke alam ini, dan
begitulah bagi sesiapa yang memenangi perlumbaan seperti Muhammad dan Aali
Muhammad (as) diberikan kelebihan, dan yang dirugikan seperti Yazid dan
Muawiyah dan orang-orang seperti mereka patut dihukum (diazab), dan jika ini
tidak dilakukan maka keutamaan itu tidak mungkin akan diberikan kepada Muhammad
(S), dan Yazid (la) tidak akan berhak mendapat hukuman; kerana ujian - ringkasnya
- adalah tidak adil].
Dan disoal juga: Adakah Imam dari Aali Muhammad
(as) kembali sekali sahaja dalam Alam Al-Raj3ah itu, atau dia mungkin kembali
lebih daripada sekali kerana apa yang berlaku di dunia ini kepada sebahagian Aali
Muhammad (as)?
Beliau menjawab: [Urusan
itu adalah bagi Allah SWT].
Kemudian Faidh bin Abi Syaibah, berkata: (Aku
mendengar Aba Abdillah (as) berkata dan membaca ayat ini:
﴿وَإِذْ
أَخَذَ اللَّـهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ﴾
((Dan (ingatlah), ketika
Allah mengambil perjanjian (Mitsaq) dari para nabi.))
[Aali Imran 3:81],
Maka dia berkata: Supaya
mereka beriman kepada Rasulullah (S) dan supaya mereka menolong kepada Amir
Al-Mukminin (as) Beliau berkata: Ya, demi Allah dari sisi Adam (as) didatangkan
dan Allah tidak akan mengutus seorang nabi atau seorang Rasul melainkan mereka
semua kembali kepada dunia sehingga mereka semua berjuang di hadapan Ali bin
Abi Talib Amir Al-Mukminin (as). [75].
Dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah ditanya
tentang perkara ini: Adakah Nabi-nabi kembali dalam giliran yang sama seperti di
dunia ini? Dan apakah makna mereka akan berjuang di hadapan Ali (as)? Adakah
mereka semua bersama-sama dalam satu peringkat sebagai contoh?
Lalu dia menjawab:
[Perjuangan di hadapan Ali (as) adalah perjuangan terhadap kebenaran yang
dibawa oleh Ali, dan di hadapan anak-anak ma'sum Ali (as) yang mewakilinya dan
mewakili manhajnya, dan oleh itu tidak pedulilah kedatangan Nabi-nabi pada masa yang berlainan dalam Al-Raj3ah,
dan tidak ada bantahan bahawa sesetengah daripada mereka mungkin datang pada
masa salah seorang Al-Hujaj dari Aali Muhammad (as)].
Beliau juga ditanya: Adakah penyokong (ansar) Khalifah-khalifah
Allah akan kembali untuk memberi pertolongan kepadanya dari mereka yang sama menolongnya
dalam dunia ini kepada Khalifah-khalifah Allah itu atau mereka yang menolongnya
kepada khalifah lain dalam Al-Raj3ah?
Beliau berkata: [Ia
adalah ujian yang lain, perlaksanaan dan penyusunan pulangan mereka di dalamnya
di tangan Allah SWT, adalah mungkin seseorang itu kembali dengan Hujjah yang
sama, dan mungkin juga dia kembali dengan Hujjah yang lain].
✡✡✡✡✡
____________________
[72] - Mukhtasar Basa'ir Al-Darajat: halaman 29
[73] - Al-Anbiya
21:69
[74] - Mukhtasar
Basa'ir Al-Darajat: halaman 37.
[75] - Mukhtasar
Basa'ir Al-Darajat: halaman 26.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan