Rabu, 24 Jun 2015

Al-Jawab Al-Munir Soalan 100: wartawan bebas Amerika Syarikat

Al-Jawab Al-Munir Soalan 100: wartawan bebas Amerika Syarikat


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu, dan rahmat Allah dan keberkatanNya
Berikut ini adalah satu jumlah soalan-soalan yang kami harap dari saudara yang mulia menjawabnya secepat mungkin, kerana penerbitan artikel mengenai seruan (dakwah) saudara yang mulia dan ansar Al-Mahdi (as), Ia akan ditunjukkan kepada beberapa akhbar Amerika Syarikat yang terkenal mereka, seperti New York Times dan Washington Post, dan Newsweek yang ingin menerbitkan artikel mengenai tuan. [191]


Penghantar Ziad Qasim Al-Zubaidi - wartawan bebas

New York - Amerika Syarikat

Soalan 1: Kami ingin tuan yang mulia memperkenalkan diri secara ringkas kepada masyarakat Barat.
Jawapan: Nama saya Ahmad. Saya pernah tinggal di kota Basrah di selatan Iraq. Saya menamatkan pengajian akademik saya dan menerima ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam, dan kemudian berpindah ke bandar Al-Najaf Al-Asyraf dan tinggal di sana untuk tujuan belajar ilmu agama. Selepas terbiasa dengan Halaqah (kumpulan pelajar pengajian) agama dan kurikulum (manhaj) pendidikan agama Hauzah Al-Najaf (Pusat pengajian agama), saya dapati bahawa tahap pengajian adalah rendah (saya tidak mengatakannya sesuai dengan saya atau pendapat saya). Juga, saya dapati bahawa terdapat kepincangan yang besar dalam kurikulum kerana mereka belajar bahasa Arab, Mantik, Falsafah, Usul Fiqh, Ilmu Kalam (Akidah), dan Fiqh (Hukum-hukum Syari’ah), tetapi mereka tidak pernah belajar pengajian Al-Quran atau Sunnah yang mulia (Hadits Al-Rasul Muhammad (S) dan riwayat Imam-imam (as)). Tambahan pula, mereka tidak belajar Akhlaq Ilahiyah yang wajib didedahkan kepada mukmin.

Dan dengan itu, saya mengambil keputusan untuk menyendiri di rumah saya dan belajar semua ilmu sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa. Saya hanya tetap berhubung dengan sebahagian daripada mereka.

Adapun sebab mengapa saya menyertai Al-Hauzah di Al-Najaf, ia adalah kerana saya melihat rukya Imam Al-Mahdi (as) dan beliau menyuruh saya untuk menyertai Al-Hauzah di Al-Najaf. Dan di dalam rukya, dia memberitahu saya tentang apa yang akan berlaku kepada saya, dan segala-gala yang beliau beritahu saya dalam rukya itu benar-benar berlaku.

Soalan 2: Apakah matlamat utama seruan (dakwah) tuan?
Jawapan: Matlamat seruan (dakwah) saya adalah matlamat seruan (dakwah) para nabi (as), `nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, iaitu untuk menyebarkan Tauhid Al-Haqiqi yang diredhai Allah, dan memenuhi bumi dengan kedamaian dan keadilan setelah ia dipenuhi dengan penindasan dan ketidakadilan.

Soalan 3: Bilakah seruan dakwah tuan bermula? Dan apakah hal keadaan pada masa itu?

Jawapan: Seruan dakwah itu bermula pada akhir tahun 1999 dalam Al-Hauzah di Al-Najaf. Ia bermula untuk menyebarkan kepada umum kira-kira sepuluh bulan sebelum kejatuhan Saddam Hussein yang kejam itu. Dan Taghut Saddam Hussein telah cuba untuk menangkap dan membunuh saya, tetapi Allah melepaskan saya dengan rahmat dan nikmat-Nya melindungi saya.[192]

Soalan 4: Tuan menyatakan bahawa tuan belajar di Al-Hauzah Al-Najaf, jadi mereka adalah ulamak yang mengajar tuan? Dan adakah tuan menamatkan pengajian tuan?
Jawapan: Saya berada di Al-Hauzah Ilmu dan di antara ulamaknya, ia sama seperti Saidatana Maryam (as) berada di Haikal (rumah ibadat), di kalangan ulamak Yahudi.

Soalan 5: Apakah langkah-langkah yang tuan ambil untuk pembaharuan Al-Hauzah Ilmiyah dan adakah tuan berjaya?
Jawapan: Percubaan saya pada pembaharuan Al-Hauzah Ilmiyah itu berada pada permulaan dakwah ini dan sebelum ia didedahkan kepada umum. Dan ia berpusat di sekitar tiga perkara:

1- Pengislahan Ilmu, di mana saya menggunakan dua kaedah:

Kaedah pertama menulis sebuah buku yang berjudul Jalan kepada Allah (Al-Thariq Ila Allah), dan ia telah memberi kesan yang sangat baik. Syeikh Muhammad Al-Ya’qubi telah sangat terpengaruh olehnya dan berminat padanya, dan dia mahu menerbitkannya semula, seperti yang telah diberitahu kepada saya oleh beberapa orang syeikh dan ketua-ketua yang mengikutinya pada masa hidupnya.

Kaedah kedua bercakap dan berbincang dengan para pelajar dan ulamak mengenai kepincangan ilmiyah yang sedia ada. Ia adalah supaya dengannya akan membantu mempercayai saya, dan sebahagian daripada mereka yang terkesan dengan kata-kata saya dan mengatakan bahawa saya betul..

2- Pengislahan Amali:

Dan ia berkaitan dengan suruhan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Saya akan bawakan kamu dengan contoh ini: Apabila taghut penzalim Saddam mencemar Al-Quran sewaktu dia menulis Al-Quran dengan darahnya yang najis, dan orang Islam semua tahu darah adalah najis dan bahawa ia adalah haram untuk mencemar Al-Quran, pada masa itu saya menuntut supaya ulamak mengambil tindakan, atau sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan, tetapi mereka menggunakan Taqiyyah sebagai alasan dan mereka lebih sayang diri mereka daripada Al-Quran. Dan sepatutnya mereka benar-benar percaya bahawa tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah (La Quwata Illa bi Allah), mereka sepatutnya mengambil pendirian dan mempunyai kepastian bahawa Allah akan membela mereka. Dan saya secara peribadi telah mengambil pendirian. Saya mengutuk tindakan jahat yang dilakukan tadhut penzalim Saddam ini. Dan berkali-kali semasa ucapan saya di dalam perhimpunan, saya mengatakan bahawa Saddam telah menuliskan kematian dengan tangannya sendiri apabila dia menulis Al-Quran dengan darahnya yang najis. Mereka bukannya menyokong saya tetapi mereka mula mrnjauhi saya. Dan salah seorang daripada mereka telah mengusir saya dengan cara yang sopan, kerana dia takut bahawa jika Saddam menangkap saya untuk disembelih, beliau juga akan disembelih kerana dia mendengar ucapan saya mengenai taghut penzalim Saddam.
Walau apa pun, saya tidak menemui sebarang jawapan daripada mereka dalam bidang ini (Pengislahan Amali).

3 Pengislahan Kewangan:

Dan ia adalah mengenai pemberian (infaq) wang sedekah pada fakir miskin. Ini adalah peringkat akhir sebelum dakwah menjadi sebagai pembelaan awam. Dan saya dapati ramai pelajar dari Al-Hauzah yang membantu saya. Sangat sedikit daripada mereka yang telah membantu saya dari golongan miskin; kebanyakan mereka telah berbuat demikian kerana mereka sendiri telah mengalami diskriminasi kewangan yang diamalkan dalam Al-Hauzah.

Dalam bidang ini, beberapa keputusan telah dicapai selepas saya atau sebahagian daripada ansar saya telah melalui pahitnya rundingan dengan ulamak agama (Al-Marji3iyah) di Al-Najaf. Di antara ulamak agama ini adalah Al-Syed Al-Sistani, Al-Syed Muhammad Said Al-Hakim dan Al-Syeikh Muhammad Ishaq Al-Fayadh.

Para ulama yang memberi maklum balas dengan lisan dan perkataan ialah Al-Syeikh Al-Ya’qubi. Dia tidak membantah, sebaliknya beliau mengakui kesilapan dan berkata bahawa kita perlu pengislahan kewangan apabila salah seorang daripada orang yang beriman kepada saya, mengingatkannya tentang dasar kewangan yang digunakan oleh Amir Al-Mukminin beriman Imam Ali (as).

Walau bagaimanapun, keputusan segera dalam semua sokongan ini tidak mudah dan tidak ramai orang mahu meneruskan langkah-langkah ke hadapan. [193]

Soalan 6: Bagaimanakah hubungan tuan dengan beberapa ulamak terkenal di Al-Najaf dan bandar-bandar lain? Dan bagaimana pula sekarang?

Jawapan: Ia tidaklah terlalu buruk. Buat masa ini, sebahagian besar daripada mereka menuntut sama ada untuk menangkap atau membunuh saya. Dan sebahagian daripada mereka telah secara terbuka telah menetapkan untuk menumpahkan darah saya, seperti Al-Hairi di Iran. [194]

Soalan 7: Adakah terdapat apa-apa percubaan dari rejim Saddam? Sila menyebut secara ringkas.

Jawapan: Ya, dan beberapa orang-orang yang berhubung dengan saya ditahan walaupun mereka tidak beriman kepada saya. Bahkan, selepas seruan (dakwah) telah diumumkan mereka menahan beberapa orang lagi pelajar dari Al-Hauzah walaupun mereka tidak ada kena mengena dengan saya. Mereka hanya akan menyoal siasat mereka dalam percubaan untuk sampai kepada saya dan menangkap saya, dan Al-Hamdu Lillah Saddam dan tenteranya dihina, dan mereka kembali dengan kecewa.

Soalan 8: Apakah pandangan tuan tentang perang yang menyebab kejatuhan rejim Saddam? Juga, apakah pendapat tuan tentang pendudukan Amerika dan perjalanan politik semasa?
Jawapan: Dalam satu hadits Qudsi Allah SWT, berfirman, "Penzalim dengan pedang. Aku akan membalas dengannya dan Aku membalas kepadanya " [195] Jadi Saddam adalah taghut penzalim dan dia menerima hukuman dari Allah dengan pedang. Bagi pelantikan (pemilihan) manusia, saya tidak beriman dengannya. Sebaliknya saya beriman kepada Allah SWT yang melantik para nabi dan aushiak (as), walaupun manusia membencinya. [196]

Soalan 9: Adakah tuan mengambil bahagian dalam pilihan raya dan kerajaan dalam apa jua cara? Apakah hubungan tuan dengan kerajaan?
Jawapan: Kami tidak mengambil bahagian dalam mana-mana pilihan raya atau kerajaan dalam apa jua cara. Dan dari masa ke semasa, kerajaan datang dan memusnahkan salah satu daripada tempat-tempat ibadah khusus bagi ansar dan telah menangkap sebahagian daripada mereka. Akhirnya mereka menutup pejabat yang dimiliki Ansar Al-Imam Al-Mahdi di Al-Najaf dan mereka turut menahan berpuluh-puluh orang ansar di Al-Najaf sebelum peristiwa Al-Zarkah. Dan salah seorang yang ditangkap adalah Al-Syed Hassan Al-Hamami yang merupakan salah seorang ulamak terkenal di Al-Najaf dan dia adalah anak kepada ulamak Muhammad Ali Al-Hamami yang telah meninggal dunia,.

Soalan 10: Apakah hubungan tuan dengan parti-parti politik dan pergerakan yang wujud di Iraq? Dewan Tertinggi? Parti Al-Dawah? Pergerakan Al-Sadr? Al-Fadilah? Dan lain-lain?
Jawapan: Mereka dijemput seperti semua orang lain untuk beriman kepada seruan (dakwah) ini.

Soalan 11: Adakah tuan mempunyai penyokong di negara-negara lain?
Jawapan: Ya, di Iran, Pakistan, Kuwait, Qatar, Bahrain, Arab Bersatu, Mesir, Maghribi, Najd dan Al-Hijaz (Semenanjung Arab), Lebanon, China, Australia, Kanada, England, Sweden, Amerika Syarikat, dan lain-lain .

Soalan 12: Saya mendengar bahawa tuan mempunyai pengikut dari Sunni, Kristian dan agama-agama lain. Sila nyatakan bagaimana ini berlaku dan jika ada terdapat sebarang contoh.
Jawapan: Kebanyakan orang-orang yang beriman berbuat demikian sama ada kerana mereka bertemu dengan para ansar di negara-negara luar dan mereka menjelaskan seruan (dakwah) ini kepada mereka, atau kerana mereka melawat laman web. Ramai daripada mereka melihat rukya (penglihatan) semasa tidur dan mereka percaya atau sebahagian daripada mereka mempunyai bukti dari yang ghaib. Contoh berikut ini adalah surat daripada seorang lelaki Kristian dari Mesir yang beriman kepada seruan ini dan menghantar surat kepada saudara-saudara ansar melalui Internet.

Nama: Emanuel Raphael
Negara: Mesir
Kandungan surat tersebut adalah seperti berikut:
Kepada perwakilan penyelamat, saya mempunyai surat untuk tuan ditulis 322 tahun dahulu daripada Biskop Sarkhees Mekha Baptist yang disimpan dan dicop (pateri) walaupun saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan misterinya tetapi nama kebesaran tuan adalah jelas di atasnya. Sila hantarkan kepada saya alamat yang sesuai.
Dari saya,
Emanuel
Umur: 71

Soalan 13: Apa pendapat tuan tentang mereka yang menggelar diri mereka "penentang" dan lain-lain? Bagaimana pula dengan keganasan mazhab dan pengusiran??
Jawapan: Adakah dipanggil waras dan menghormati akalnya orang yang membunuh manusia di jalan raya, di sekolah-sekolah, universiti-universiti dan menggunakan kekerasan pusat membeli-belah?

Soalan 14: Mengapa beberapa parti politik menuduh pergerakan tuan menjadi sebab di sebalik peristiwa-peristiwa yang berlaku di Al-Zarkah? Dan apa yang akan mendorong mereka berbuat demikian?
Jawapan: Apabila mereka merobohkan tempat-tempat ibadah ansar di Al-Najaf dan Karbala, dan apabila mereka menutup pejabat yang dipunyai oleh ansar di Al-Najaf, mereka menghalang media dari membuat penggambaran atau penyiaran mengenai apa yang telah berlaku. Oleh itu, dengan memfitnah [tribulasi] peristiwa Al-Zarkah yang berlaku, dan menunjukkan beberapa siaran media yang telah berlaku iaitu untuk merobohkan dan menutup pejabat dan menangkap ansar, mereka cuba untuk menutup jenayah mereka dengan mengadakan ansar yang bertanggungjawab ke atas peristiwa Al-Zarkah, jadi mereka boleh mengatakan bahawa ansar berhak apa yang kami lakukan kepada mereka [parti politik]  sebelum ini. Tetapi syukur kepada Allah, kebenaran telah jelas atas jenayah mereka. Walau bagaimanapun kerajaan, sehingga ke hari ini, telah menangkap beberapa orang ansar. Dan hingga ke hari ini mereka tidak membenarkan pejabat Ansar di Al-Najaf dan Karbala dibuka semula.[197]

Soalan 15: Beberapa tuduhan Majlis Tertinggi, Pertubuhan Badar dan juga rejim Iran cuba untuk menghalang beberapa pergerakan Syiah yang bertentangan. Apa pendapat tuan?
Jawapan: Menurut majlis ini dan sebahagian mereka, saya akan memberitahu anda satu kejadian supaya ucapan itu didokumenkan. Pada bulan Zhul-Hijjah yang lalu iaitu kira-kira dua bulan lalu, satu persidangan telah diadakan di Al-Najaf dan beberapa wakil-wakil ulama Syiah menuntut di persidangan ini bahawa seruan (dakwah) ini perlu ditentang. Permintaan ini telah disiarkan [a] pada saluran satelit dan beberapa hari selepas permintaan itu dibuat, pihak berkuasa zalim di Al-Najaf telah menyerang ansar, mereka ditangkap dan pejabat mereka ditutup.

Soalan 16: Sesetengah orang mendakwa bahawa pendokong Al-Mahdawiyah melakukan perbuatan sesat dan menyeleweng. Bagaimana jawapan tuan untuk perkara ini?
Jawapan: Jika pendokong Al-Mahdawiyah yang anda maksudkan adalah ansar Imam Al-Mahdi (as), maka saya secara peribadi tidak melihat apa-apa yang datang dari mereka selain kebaikan. Ramai daripada mereka adalah hamba-hamba yang beribadah menghidupkan malam, berpuasa pada siang hari, tidak derhaka kepada Allah dan mereka tidak melakukan perbuatan yang keji. Mereka menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar, mereka beriman kepada Allah, nabi-nabi dan Rasul-rasulNya (as) semuanya (dan Al-Quran, Injil dan Taurat)). Mereka beriman kepada para malaikat, yang ghaib dan Kiamat kecil dan besar. Maka jika di mata manusia, ini adalah kesesatan dan penyelewengan, oleh itu bagaimana pula hidayah dan jalan lurus yang sepatutnya? Padahal, kebanyakan mereka dari pengikut ulamak, ada di antara mereka dari pasukan tentera Badar, Parti Al-Dawah dan Pergerakan Al-Sadr. Dari antara mereka ada juga ulamak yang terkenal, Kemudian jelas kepada mereka kebenaran untuk mengikutinya. Maka adakah hanya kerana mereka sahaja yang masuk pada kebenaran dengan dalil yang diredhai Allah, yang memberi hak kepada mereka untuk memfitnah, memalsukan, menipu dan berbohong? Dan saya berikan contoh kepada kamu pembohongan dan penipuan ini yang saya sendiri mengalaminya: Beberapa bulan yang lalu pada saluran satelit Al-Kautsar Iran, mereka menjadi tuan rumah dan Al-Syeikh Ali Al-Korani di acara satelit bertajuk "Al-Mahdi Yang Dijanjikan". Hampir seluruh episod ini didedikasikan untuk bercakap tentang saya dan mencacatkan imej seruan (dakwah). Termasuk dalamnya apa yang dikatakan Al-Syeikh Ali Al-Korani adalah, "Ahmad Al-Hassan berkata, beliau berkahwin dengan adik kepada Imam Al-Mahdi." Dan dia tahu dengan pasti bahawa saya tidak pernah berkata perkara seperti ini dan dia tahu bahawa dia berbohong. Tetapi dia tidak mempunyai rasa malu ketika datang untuk berbohong dan menipu tidak kira berapa tua usianya dan dengan serban yang diletakkan di atas kepalanya.[198]

Soalan 17: Terdapat banyak pergerakan yang mendakwa sebagai Al-Mahdawiyah, seperti Al-Hasani, Al-Marsumi, Jundu Al-Sama’ (tentera langit) dan lain-lain. Adakah mereka semua mempunyai persamaan?
Jawapan: Mereka semua seperti orang lain, adalah dipelawa untuk beriman dengan seruan (dakwah) ini. Dan banyak di antara Ahli Mahmud Al-Sarkhi Al-Hassani beriman dengan seruan (dakwah) ini selepas dijelaskan kebenaran kepada mereka.

Bagi kewujudan gerakan-gerakan ini bersama-sama dengan kewujudan dari kebenaran, maka ia adalah seperti kehadiran Samiri dan Bal3am bin Ba3ura bersama-sama dengan Rasul Allah Musa (as) dan ia adalah seperti kehadiran Musailimah Al-Kazhzhab, Al-Aswad dan Sujah ​​bersama-sama dengan Rasulullah, Muhammad (S). Mereka semua membawa jalan-jalan syaitan untuk menyesatkan manusia dari kebenaran yang diwakili oleh Aushiak dan Rasul-rasul (as).

Soalan 18: Apakah pendapat tuan tuan dengan Al-Syed Al-Sistani?
Jawapan: Beliau dijemput untuk beriman dengan seruan (dakwah) ini, sama seperti orang lain. Dan banyak dari pengikutnya beriman dengan seruan (dakwah) ini selepas diterangkan kepada mereka kebenaran.

Soalan 19: Apakah cerita di sebalik tuan memilih Bintang Daud sebagai simbol seruan (dakwah) tuan?
Jawapan: Ia adalah pilihan Allah dan bukan pilihan saya sendiri. Bintang berbucu enam adalah Bintang Daud (as), dan dia adalah seorang nabi yang diutus dari Allah dan kami adalah pewaris para nabi.[199]

Soalan 20: Adakah mana-mana pengikut tuan membawa senjata walaupun untuk mempertahankan diri?
Jawapan: Sehingga kini, tidak, walaupun kuasa-kuasa kerajaan Iraq menyerbu ke dalam dan memusnahkan tempat-tempat ibadah mereka di Najaf dan Karbala, dan mereka menutup pejabat di Najaf dan menahan ansar dan masih menangkap beberapa orang dari mereka.

Soalan 21: Bagaimana tuan membiayai aktiviti tuan, cetakan dan lain-lain?

Jawapan: Dari sumbangan ansar dan bilangan mereka bukan kecil di Iraq dan di luar Iraq dan Al-Hamdu Lillah.

Soalan 22: Di mana ansar tuan menumpukan perhatian?
Jawapan: Di Iraq, beberapa negara Teluk dan Iran.

Soalan 23: Apakah langkah-langkah masa hadapan? Adakah tuan takut penangkapan atau pembunuhan oleh kerajaan Iraq atau oleh pihak lain?
Jawapan: Dari saluran satelit Al-Iraqiyah (saluran media yang dibiayai oleh kerajaan Iraq, yang menyampaikan pendapat kerajaan dan mempertahankannya) dan dalam sebuah rancangan berita (dan beberapa hari selepas peristiwa Al-Zarkah, selepas ia telah menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengannya) mereka dihubungi seseorang melalui telefon dan orang itu membuat pengakuan untuk membunuh saya secara pasti. Pengacara rancangan atau saluran kerajaan tidak membantahnya. Dan itu membuktikan bahawa mereka berpuas hati dengan perkara itu dan saya rasa bahawa ia adalah satu kenyataan yang jelas tentang niat mereka.

Soalan 24: Di manakah tuan yang mulia sekarang?
Jawapan: Di Iraq.

Soalan 25: Adakah apa-apa yang tuan ingin cakapkan?
Jawapan: Saya ingin bercakap dengan orang-orang Kristian di Amerika dan di Barat:

Wahai orang-orang yang menunggu Isa (as), pernahkah anda membaca dalam Injil kalam Isa (as):

(5) Tetapi sekarang Aku pergi kepada Dia yang telah mengutus Aku, dan tiada seorangpun di antara kamu yang bertanya kepada-Ku: Ke mana Engkau pergi?
(6) Tetapi karena Aku mengatakan hal itu kepadamu, sebab itu hatimu berdukacita.
(7) Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.
(8) Dan kalau Ia datang, Ia akan menginsafkan dunia akan dosa, kebenaran dan penghakiman;
(9) akan dosa, karena mereka tetap tidak percaya kepada-Ku;
(10) akan kebenaran, karena Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak melihat Aku lagi;
(11) akan penghakiman, karena penguasa dunia ini telah dihukum.
(12) Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.
(13) Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.-Gospel (injil) Yohanes 16: 5-13.

Jadi inilah kalam Isa (as) yang memberitahu kedatangan saya dalam Injil, yang anda tahu dan mengakuinya, bahawa saya akan diutus. Sesungguhnya aku adalah utusan penghibur bagi Rasul-rasul Allah dan nabi-nabi-Nya. Jika anda mencari kebenaran, maka sesungguhnya kebenaran telah datang




✡✡✡✡✡

___________________
[191] - soalan-soalan ini dan jawapannya telah diterbitkan dalam akhbar-akhbar asing yang disebut dalam soalan (New York Times dan The Washington Post, dan Newsweek). (Pengulas).
[192] - Ahli Al-Bait telah menunjukkan masanya dengan tepat, yang membuka zaman kemunculan Imam Mahdi (as), tetapi mereka menyifatkan bahawa mana-mana daripada mereka dari keturunan mereka, dan dalam sebahagian riwayat dari keturunan Imam Mahdi (as) secara khususnya.
Dari Abu Basir, dari Imam Al-Shadiq (as), beliau berkata: (Wahai Abu Muhammad, tidak melihat umat Muhammad (S) kelapangan (faraj) selamanya selagi anak-anak Bani fulan memerintah, kemudian kerajaan mereka pupus. Jika kerajaan mereka pupus Allah membenarkan umat Muhammad (S) dengan seorang lelaki dari kami Ahli Al-Bait akan menunjukkan (mempercepatkan) pertemuan dan beramal dengan hidayah, dan dalam menghukum tidak mengambil rasuah. Demi Allah, aku tahu namanya dan nama bapanya. Kemudian datang Qishrah yang lama ditunggu-tunggu, yang mempunyai dua tahi lalat, komander yang adil, pemelihara yang penuh amanah, yang memenuhi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana (sebelumnya) dipenuhi kezaliman dan penindasan) 3ashar Al-Dzuhur oleh Al-Kuraniy: halaman 208.
Dan keadaan Bani fulan adalah Kerajaan Bani Umayyah diwakili oleh Kerajaan Saddam (laknahu Allah) dan benar-benar pada akhir ketiadaannya diutus Imam Mahdi (as), Al-Syed Ahmad Al-Hassan sebagai utusan untuk semua umat manusia, dan tidak akan tersebar seruan (dakwah) dan membolehkan ia disebarkan hanya selepas kepupusan pemerintahan Saddam (laknahu Allah), maka Ingatlah riwayat selepas kemunculan Imam Mahdi (as), di dunia dan Allah lebih mengetahui. (Pengulas).
[193] - dan saya - dan saya berlindung kepada Allah dari keakuan (Al-Ana) - Saya ada semasa tempoh ini, tempoh pengislahan menentang pentelewengan kewangan di Al-Hauzah di Najaf diketuai oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan, dan mengiringi sebahagian perincian maklumat. (Pengulas).
[194] - semua yang menafikan Al-Syed Ahmad Al-Hassan, mendustakan tanpa dalil atau bukti, tetapi dengan perasaan hati dan kebencian sendiri, mereka tidak pernah mendengar lelaki itu dan tidak bertemu dengan beliau dan tidak membincangkan bukti secara ilmiah, walau bagaimanapun pendustaan mereka pada pandangan pertama, adakah Allah memberikan pengetahuan kepada mereka mengenai perkara yang ghaib?! ! Allah telah mengutuk mereka yang seperti ini dalam Al-Quran, Yang Maha Kuasa berfirman:
﴿ بَلْ ذَّبُوا بِمَا لَمْ يُحِيطُوا بِعِلْمِهِ وَلَمَّا يَأْتِهِمْ تَأْوِيلُهُ كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ  فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ﴾
(Bahkan yang sebenarnya, mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna padahal belum datang kepada mereka penjelasannya. Demikianlah orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu.) [Yunus 10:39]
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾
Kerana ia adalah: (Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah.) [Al-Ahzab 33:62]
Yang Maha Kuasa berfirman:
﴿... أَفَكُلَّمَا جَاءكُمْ رَسُولٌ بِمَا لاَ تَهْوَى أَنفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقاً كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقاً تَقْتُلُونَ
(…Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (diantara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?) [Al-Baqarah 2:87] 
Mereka tidak melihat kebenaran melainkan hanya dalam diri mereka sendiri, bahkan setiap seorang daripada mereka melihat dirinya adalah satu-satunya yang benar di muka bumi ini, yang keselesaannya bersama dengan orang-orang yang di sekelilingnya iaitu orang-orang yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina, dan telah beriman dengan perancangan Allah dan hukumanNya, dan ini adalah ulamak Bani Israel, yang memerangi Nabi Musa, Isa dan Muhammad (shalawatu Allah 3alaihim Jami3an). Al-Syed Ahmad Al-Hassan telah datang kepada mereka dengan dalil Al-Quran dan Sunnah Nabi-nabi dan Rasul-rasul, yang telah disebutkan oleh Rasulullah (S) dan para Imam (as) dengan nama dan sifat dan negaranya, Allah menjadi saksi di Kerajaan Langit-langit dengan kebenarannya, walaupun tidak dibenarkan kepadanya malah didustakan, bahkan tidak mendengarkan asalamnya. Tetapi sikap ini tidak menghairankan dan dijangka daripadanya seperti yang disifatkan oleh Rasulullah (S) Sejahat-jahat fuqahak (ulamak) di bawah naungan langit. Dari Amir Al-Mukminin (as), Rasulullah (S) bersabda:
(سيأتي على الناس زمان لا يبقى من القرآن إلا رسمه ومن الإسلام إلا اسمه، يسمعون به وهم أبعد الناس منه، مساجدهم عامرة وهي خراب من الهدى، فقهاء ذلك الزمان شر فقهاء تحت ظل السماء منهم خرجت الفتنة وإليهم تعود)
(Akan datang kepada manusia suatu Zaman yang tidak tinggal daripada Al-Quran hanyalah tulisannya dan Islam hanyalah namanya, mereka mendengarnya, tetapi menjauh darinya, masjid-masjid dipenuhi tetapi rosak tanpa hidayah, Sejahat-jahat fuqahak (ulamak) di bawah naungan langit, dari mereka keluarnya hasutan (fitnah) dan kepada mereka dikembalikan (fitnah) itu) Al-Kafi: Jilid 8: halaman 308.
Orang-orang yang telah digabungkan riwayat-riwayat pada mereka akan menjadi tujuan bagi pedang anak Fatimah (as), Kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali dan akan mengajar orang-orang yang menzalimi Aali Mohammed itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Pengulas).
[195] - Dalam Kitab 3iqab Al-A3mal oleh Al-Shaduq dari dari ayahnya, dari Abdullah bin Jaafar, dari Harun bin Muslim, dari Mas3adah bin Ziyad, dari Al-Shadiq, daripada bapanya (as) katanya: (Allah SWT menurunkan kitab kepada nabi dari nabi-nabi: Dan di dalamnya disebut: Akan ada makhluk yang diciptakan yang menjilat dunia dengan pakaisn agama menggilap hati kambing seperti menggilap hati serigala, amalan mereka yang paling pahit adalah kesabaran, dan lidah mereka lebih manis daripada madu, Dan amalan-amalan mereka batinnya lebih busuk daripada bangkai, Apakah orang-orang akan diperdayakan atau ditipu? Maka aku bersumpah dengan kemuliaanku akan diutus kepada mereka fitnah yang menghimpit dan mengikatnya sehingga sampai di hujung bumi menderita sakit yang menghairankan, di mana disesatkan pendapat demi pendapat dari hikmah kebijaksanaan, pakaian mereka secara syiah dan mereka merasa sebahagian dari mereka takut pada sebahagian yang lain, pembalasan kepada musuh dengan musuh kemudian mereka diazab tanpa dipedulikan) Al-Jauhar Al-Sunniyah – oleh Al-Hurr Al-3amalit:. halaman 327.
[196] - dan ini adalah sifat imam-imam yang benar dan adalah bahawa mereka tidak ikut kemahuan diri sendiri dan kemahuan manusia, tetapi mengajak pada perintah Allah dan mereka tidak mengajak kepada perkara yang lain, walaupun penduduk bumi dari manusia dan jin mengalahkan mereka, mereka tidak melihat melainkan pada Allah SWT, sementara imam-imam yang sesat dari ulamak yang tidak beramal yang sedang berusaha untuk memuaskan hati manusia dan mengikuti hawa nafsu mereka dan yang melanggar Al-Quran dan Sunnah, dan ini adalah perbezaan antara yang haq dengan yang batil, seperti dalam riwayat dari Imam Al-Shadiq (as).
Dari Abi Abdillah (as) katanya: Aku baca tulisan bapaku: (imam-imam dalam kitab Allah ada dua jenis imam: Imam Al-Huda (petunjuk), dan imam-imam dhalal (sesat), ada pun Imam-imam Al-Huda yang mendahulukan perintah Allah sebelum perintah mereka, dan penghakiman Allah sebelum penghakiman mereka, ada pun Imam-imam sesat mereka mendahulukan perintah mereka sebelum perintah Allah dan penghakiman mereka sebelum penghakiman Allah mengikuti hawa nafsu mereka dan menyalahi Al-Kitab) Bihal Al-Anwar: Jilid 42 halaman 156..
Maka bertanyalah kepada orang-orang yang melalui atau mewajibkan pilihan raya atas manusia, Adakah Allah atau Rasul-Nya memerintahkan mereka untuk berbuat demikian?!! Mereka adalah imam-imam yang mengajak ke neraka; kerana mereka tidak menyuruh sesuatu dengan perintah Allah dan tidak berhukum dengan hukum Allah Taala dalam kitab-Nya yang mulia. Walaupun mereka berkata bahawa Allah memerintahkan mereka untuk berbuat demikian, Maka kepada mereka ada jawapan dari Allah, Yang Maha Kuasa berfirman:
(وَإِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً قَالُواْ وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءنَا وَاللّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء أَتَقُولُونَ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ)
(Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya". Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji". Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?) [Al-A3raf 7:28].
Maka dibawakan tafsiran Ahl Al-Bait tentang ayat ini dari riwayat berikut:
Dari Muhammad bin Mashnur, berkata: Aku bertanya kepadanya - Maksud ku, Aba Abdillah (as) – mengenai firman Allah AWJ: (Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya". Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji". Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?) katanya: Beliau berkata: ? (Adakah kamu lihat sesiapa mendakwa Allah perintahkan berzina dan minum arak atau sesuatu yang diharamkan ini, aku berkata: Tidak, beliau berkata: Apakah tuntutan keji ini yang Allah perintahkan kepada mereka? Aku berkata: Allah dan waliNya lebih mengetahui, beliau berkata bahawa ini pada Auliak Imam-imam yang tidak adil mendakwa Allah memerintahkan mereka untuk menyempurnakan kepada kaum yang Allah tidak mengarahkan mereka untuk menyempurnakan dengan mereka, Maka Allah tidak menerima mereka dan memberitahu mereka bahawa mereka telah berbohong kepadaNya dan memanggilnya perkara kekejian itu dari mereka) Al-Ghaibah oleh Muhammad bin Ibrahim Al-Nu3mani: halaman 131, Al-Kafi: Jilid 1 halaman 373.
Bagaimana mereka mendakwa bahawa Tuhan memerintahkan kepada manusia berpilihan Raya untuk mentadbir negara dan beribadah pada hal ia adalah suatu kekejian di bumi, Allah tidak memerintahkan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, dan satu-satunya yang berjuang terhadapnya dan tidak berpegang dengannya adalah Al-Syed Ahmad Al-Hassan washiy dan utusan Imam Mahdi (as) dan Yamani yang dijanjikan, dan Allah merahmati perwakilan yang menyeru kepada pimpinan. (Pengulas).
[197] - Ini adalah kebebasan yang mereka serukan dan demokrasi kesyaitanan yang mereka ucapkan, yang membawa mereka kepada merobohkan rumah-rumah Allah dan serangan ke atas orang-orang yang tidak bersenjata, membawa mereka kepada demokrasi yang menafikan akal manusia dan kepada aqidah mereka, membawa mereka demokrasi mereka untuk mengamalkan prinsip taghut penzalim tidak kamu lihat atau dasarnya yang tidak wujud pada asalnya, Ya, ini adalah jenaka (sandiwara) akhir zaman dan yang menyesatkannya adalah ulamak suuk yang mewajarkan perbuatan taghut penzalim dan mereka menerangkannya sebagai syariat yang sahih, Adakah waras menyelamatkan diri dari kekeliruan ini yang meperdagangkan pendirian dalam parit Al-Sufyani terhadap Imam Mahdi (as). (Pengulas).
[198] - Ya Al-Syeikh Ali Al-Kurani tidak malu berbohong, dia berkata-kata dengan semua, apa yang dia dengar, bukan dari pertimbangan dan kepastian, Nabi Muhammad (S) bersabda kepada Abi Zhar: (..... Wahai Aba Zhar, Allah AWJ apabila setiap seorang menggunakan lidah untuk berkata-kata hendaklah ia bertakwa kepada perintah Tuhan dan tahu apa yang hendak dikatakan. Wahai Aba Zhar, Tinggalkan rasa ingin berkata-kata, cukuplah untuk bercakap mengikut keperluan mu. Wahai Aba Zhar, Cukuplah untuk satu pembohongan dari segala sesuatu yang mereka dengar. Wahai Aba Zhar, Tidak ada yang lebih berhak dari lama dipenjara daripada lidah...) Bihar Al-Anwar:. Jilid 47 halaman 85.
Bolehkah dibiarkan senjata Muawiyah dalam memerangi Ali ibn Abi Talib (as) senjata berbohong, memfitnah dan memalsukan, sehinggakan penduduk Syam (Syria) yang dipercayai tidak berselawat atas Ali (semoga dijauhkan), ia mengatakan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan berkahwin dengan adik kepada Imam dan ini adalah kata-kata ahli silap mata, dan yang lain berkata bahawa dia memiliki dan memanfaatkan jin dan yang lain berkata bahawa dia agen Israel !!! Tidakkah ia termasuk satu kaedah yang murah, tidakkah anda berhenti dari ketawa pada orang biasa mengenai maksud tersebut yang tidak sesuai dengan realiti, Bukankah kamu patut kembali berfikir dan mengikut kewarasan kamu dan mengikut Ahl Al-Bait (as) dan akhlak mereka dan betapa halus perjalanan mereka dan bahawa kamu benar-benar tidak bersalah dan tidak bersalah dari pembohongan kamu, fitnah kamu, penghinaan kamu suatu pendustaan yang tidak kamu ketahui, kamu mengatakan bahawa kamu ulamak tetapi jalan kamu adalah jalan orang-orang yang bodoh, jika kamu ulamak sebagai mana yang kamu dakwa, Al-Syed Ahmad Al-Hassan inilah yang telah mencabar kamu secara ilmiyah. Adakah sesiapa menjawab. Adakah sesiapa menjawab. Adakah sesiapa menjawab (Pengulas).
[199] - Bintang berbucu enam muncul dalam banyak dari pelindung dan dipamerkan oleh Ahl Al-Bait (as), digunakan untuk melindungi dan menolong ke atas musuh-musuh, dan ia adalah Bintang nabi Allah Daud (as) dan perisainya, dan ia adalah salah satu warisan para nabi yang suci, yang diwarisi Nabi Muhammad (S) dan itrah selepas baginda yang disucikan dan kini ia adalah bintang Imam Mahdi (as) dan Yamaninya Al-Syed Ahmad Al-Hassan, Tetapi orang-orang Yahudi hari ini mereka adalah pencuri bintang suci ini, dan setiap taghut penzalim cenderung untuk meniru tempat-tempat suci sebagai milik mereka sendiri, adakah segala sesuatu yang dituntut miliknya berarti dikhususkan untuknya, Maka Saddam telah mengambil dari Kalimah (Allahu Akbar) sebagai slogan dan memasukkannya ke dalam pengetahuannya, maka adakah mungkin ia dikhaskan kepadanya, dan memadamkan selawat (sanjungan) kita? !!!
Bagaimanakah boleh ditipu daripada berlepas diri dari bintang Nabi Daud (as) dan dikaitkan dengan orang-orang Yahudi hari ini (Israel), adakah nabi Allah Daud, Daud mereka atau Daud kita? Adakah kesucian untuk mereka atau kesucian untuk kita? Maka harta kamu bagaimanakan kamu menilainya. (Pengulas).
[200] - Injil John (Yohanes) - Bab XVI.



Tiada ulasan: