Isnin, 15 Jun 2015

13) Binatang Bumi (Dabbah Al-Ardh) Di Al-Raj3ah Dan Di Dunia Ini

13) Binatang Bumi (Dabbah  Al-Ardh) Di Al-Raj3ah Dan Di Dunia Ini



﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ﴾

Allah berfirman: ((Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.)) [Al -Naml 27:82] [62]

Dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) ditanya mengenai makna ayat ini, maka ia menjawab:

[berkata lseorang lelaki kepada Abi Abdillah (as): Aku mendengar bahawa orang ramai membaca ayat ini sebagai: (تَكلمهم) iaitu (تجرحهم), maka ia (as) berkata: (Semoga Allah berkata-kata kepada mereka dalam neraka jahannam tidak diturunkan melainkan untuk bercakap kepada mereka dengan kata-kata) [63]

Dan

Al-Redha (as) pada firman Allah: (أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ), beliau (as) berkata: (ia adalah) Ali (as) [64]

Dabbah di dalam ayat ini adalah manusia, dan terdapat riwayat-riwayat yang menunjukkan bahawa ia adalah Ali bin Abi Talib (as), dan ini adalah dalam Al-Raj3ah, Ali (as) adalah Binatang Bumi (Dabbah  Al-Ardh) yang bercakap kepada manusia di Al-Raj3ah, dan akan membezakan orang mukmin dari orang kafir dalam ayat-ayat Allah SWT. Dan sebelum Al-Raj3ah kebangkitan Al-Qaim (as), juga terdapat (binatang yang bercakap kepada manusia) [65] dan menerangkan kepada mereka kelemahan iman mereka kepada kebenaran ayat-ayat Allah di langit-langit Malakut, dan ia adalah mimpi yang benar dan kasyaf ketika jaga, dan untuk menerangkan kepada mereka bahawa manusia di sepanjang perjalanan kemanusiaan di muka bumi ini kebanyakan mereka tidak yakin dengan ayat-ayat Malakut Allah dan tidak beriman kepada rukya dan kasyaf dari langit-langit Malakut, kerana penglihatan mereka terhad kepada bumi dan kebendaan ini, dan ia adalah penyampai ilmu pengetahuan kepada mereka yang telah ditinggalkan,

ذ﴿َٰلِكَ مَبْلَغُهُم مِّنَ الْعِلْمِ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اهْتَدَىٰ﴾

((Itulah sejauh-jauh pengetahuan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia pulalah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.)) (Al-Najm 53:30)] [66]

Bagi Binatang Bumi (Dabbah  Al-Ardh), yang keluar di zaman kezuhuran yang diberkati terdapat banyak riwayat-riwayat tentang hal itu, ini adalah sebahagian dari contohnya:

Dari Imam Al-Shadiq (as) dalam riwayat yang panjang: (.. maka Binatang Bumi akan muncul antara Rukun (Hajar Aswad) dan Makam (Ibrahim) dan ia akan menulis di muka orang yang beriman "beriman", dan di muka orang-orang kafir "kafir", maka Al-Sufyani akan muncul dan akan berarak dengan tenteranya ke Iraq … dan dia akan memusnahkan Al-Zaura’ dan dia akan tinggalkan ia terbakar, dan akan memusnahkan Al-Kufah dan Al-Madina..Kemudian dia akan pergi ke Al-Baida'... dan bumi akan menelan mereka ...) [67]

Dari Ali bin Ibrahim bin Mihziyar, dari Imam Al-Mahdi (as): (jadi saya berkata: Wahai Tuan, Bilakah akan berlaku perkara ini? Beliau berkata: Jika perjalanan ke Ka’bah dihalang daripada kamu, dan matahari dan bulan datang berkumpul, dan planet-planet dan bintang-bintang berkeliling. Aku bertanya: Bilakah, wahai anak Rasulullah? Ia berkata kepadaku: Pada tahun sekian, sekian akan keluar Binatang Bumi (Dabbah  Al-Ardh), di antara Shafa dan Marwah dan dengan itu ada tongkat Musa dan cincin Sulaiman dan ia akan mendorong manusia ke Mahsyar (pehimpunan...) [68]

Adalah sangat jelas bahawa binatang Iilahiyah ini adalah seorang lelaki yang muncul sebelum Imam Al-Mahdi (as), dan sebelum kemunculan Al-Sufyani, dan ia adalah jelas mencontohi Ali (as) dan yang sepadan dengannya semasa kezuhuran iaitu Washiy dan Utusannya Imam Al-Mahdi dan Yamaninya (orang kanannya) selawat Allah atasnya dan atas bapanya dan anak-anaknya yang disucikan.


Dan untuk itu Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:

[...Ada sebahagian riwayat-riwayat menyatakan bahawa Al-Qaim adalah seperti Ali bin Abi Talib atau Binatang Bumi, dan ia adalah satu kedudukan yang sama antara Al-Qaim dengan Ali bin Abi Talib] [69]

Mengapa Mahdi pertama boleh serupa dengan datuknya Amir Al-Mukminin (as), dan sebahagian daripada gelaran itu diberikan kepadanya seperti yang kita tahu pada gelaran [Binatang Bumi (Dabbah  Al-Ardh)]?

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) menjelaskan di dalam Kitab (Bersama Abdus Soleh):

[Dari 3abayah Al-Asadi berkata: Aku mendengar Amirul Mukminin (as) berkata dengan cucuran air mata mengalir: Ianya: mungkin bersandar ke belakang - Aku bersedia mendengar katanya: (Sesungguhnya, Aku akan membina Mimbar di Mesir, menghancurkan Damsyik batu demi batu, mengusir orang-orang Yahudi dan Kristian dari bangsa Arab secara keseluruhan, dan memimpin orang-orang Arab dengan tomgkatnya... Kemudian aku, bertanya: Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau mengatakan bahawa engkau akan hidup semula setelah mati? Beliau (as) menjawab: Jauh betul engkau wahai 3abayah! Seorang lelaki dariku akan melakukannya) [70].

Jadi di sini Amirul Mukminin Imam Ali (as) menyifatkan tindakan dirinya sendiri walaupun orang yang akan melakukan tindakan ini adalah seorang lelaki dari keturunan beliau, jadi mengenai apakah ini?

Maka saya bertanya kepadanya (as) tentang perkara ini, dan saya kata: Dalam banyak riwayat, seorang Imam akan menyifatkan sesuatu tindakan kepada dirinya walaupun dia bermaksud Imam yang lain dari keturunannya, sama seperti yang telah disebut di dalam riwayat "yang berkata-kata kepada Musa." dan riwayat "seorang lelaki dari ku akan melakukannya." Jadi yang disifatkan ini disebabkan oleh hakikat bahawa hanyalah dari dia sahaja (yang bermaksud bahawa dia adalah dari anak-anaknya)? Atau ada perkara lain? Dan tidak mempunyai hubungan dengan hakikat bahawa cahaya mereka bersatu di Langit Ketujuh?

Jadi dia (as) menjawab:

(Semoga Allah memberi kamu kejayaan dalam Alam Jasmani ini, ya dia dari dia, kerana dia adalah dari keturunan beliau. Dan di Langit Ketujuh dia dari beliau; Kerana dia adalah di bawah beliau dan [dia] sebahagian hakikat beliau).[71].





                                 ✡✡✡✡✡


_______________________
[62] - Al-Naml 27:82
[63] - Bihar AL-Anwar: Jilid 53 halaman 53
[64] - Banyak riwayat-riwayat menunjukkan Binatang Bumi adalah Ali bin Abi Talib (as) dalam Al-Raj3ah, sila rujuk untuk mengetahui riwayat-riwayat ini: Bihar al-Anwar: Jilid 53:halaman 53, dan Madinah Al-Ma3ajaz oleh Al-Bahrani: Jilid 3:halaman 9, dan seterusnya, dan banyak lagi.
[65] – Al-Ustaz Ahmad Hathab menjelaskan perkara ini di dalam Kitab (Thali3 Al-Masyriq wa Dabbat Al-Ardh), sila rujuk.
[66] - Al-Mutasyabihat: Jilid 4 soalan (145)
[67] - Al-Raj3ah - al-istirabadi: halaman 100.
[68] - Bisharat Al-Islam: halaman 236.
[69] – Al-Jawab Al-Munir: Jilid 6 soalan (529).
[70] - Bihar al-Anwar: Jilid 53 halaman 59-60.
[71] - Kitab Bersama Abdus Soleh, sebuah kitab yang diterbitkan oleh Ansar Imam Al-Mahdi (as).







                      

Tiada ulasan: