Isnin, 8 Jun 2015

Dakwaan-dakwaan Pergerakan Panji Hitam (Black Banner)

Menyangkal Pergerakan Panji Hitam Yang Terburu-Buru
         
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

والحمد لله رب العالمين، وصلَّ اللهم على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam. Dan Selawat Ya Allah! ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Post kedua ini mengemukakan dakwaan ketujuh hingga kesepuluh:


Dakwaan-dakwaan Pergerakan Panji Hitam (Black Banner)


Dakwaan Ketujuh: Sheikh Natheim Al-Uqaily boleh sesat walaupun dia telah dipanggil Penjaga Nasihat (Advising Guardian) seperti Dahaqan, Al-Bataeni, Ahmad bin Hilal, Umar, dan Abu Bakar!

Sangkalan (ansar): Haidar Imshatat adalah seorang yang sesat dengan bukti khutbah Imam. Tunjukkan saya satu sahaja khutbah di mana Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata Syeikh Natheim telah sesat atau mana-mana kenyataan daripadanya sebelum 2008.

Pembantah (BB): Kami tidak dapat menemukannya..

Sangkalan (ansar): Kalau begitu mengapa kamu menambah-nambah perkataan terhadap Imam (as)?? Dia memanggilnya sebagai seorang Penjaga Nasihat (Advising Guardian), di manakah bukti bahawa dia tidak seperti itu sebelum 2008, seperti yang anda percaya adalah tempoh masa di mana segala-segalanya adalah secara rasmi!!?!


Dakwaan Kelapan: Imam Al-Mahdi mempunyai dua panji dan dua tanda apabila muncul! Jadi sekarang yang putih digantikan dengan yang hitam atas arahan-Imam Al-Mahdi.


Sangkalan (ansar): Di manakah kenyataan dari Ahmad Al-Hasan bahawa Imam Al-Mahdi telah muncul.

Pembantah (BB): 12 orang yang berjumpa dia memberitahu kami.

Sangkalan (ansar): Siapakah mereka?

Pembantah (BB): Kami tidak tahu, saya minta maaf.

Sangkalan (ansar): Ada perumpamaan moden!!!





Berteman dengan orang-orang bodoh, berasa diri seperti genius (cerdik) sepanjang masa
Sila layari Fakeplus.com

Sangkalan (ansar):  Adakah kamu mempunyai hadits yang mengatakan bahawa panji akan digantikan menjadi hitam oleh Imam Al-Mahdi (as)

Pembantah (BB): Tidak.

Sangkalan (ansar):  Adakah kamu mempunyai kenyataan Ahmad Al-Hasan mengatakan bahawa panji yang digantikan (dan kita tahu bahawa panji-panji berwarna hitam kerana batu hitam (Hajar Aswad) tetapi tiada apa-apa mengenainya untuk digantikan oleh Imam)?

Pembantah (BB):  Tiada tetapi ini adalah panji kami.




Sangkalan (ansar): Masha Allah, rupanya menarik dan ya saya menyokong Albaya lila dan panji kelihatan bagus tetapi biarlah saya memberitahu kamu kata-kata ini seperti mana Imam Ali (as) berkata kepada Khawarij.

Dalam Nahj Al-Balaghah dikatakan: Perkataan yang benar yang mencadangkan kepalsuan "Sama seperti gerakan ini ia menggunakan perkataan yang benar dan mencadangkan kepalsuan dari dalam...

Sangkalan (ansar): Wahai orang yang tidak diberitahu yang saya kasihi!

Adakah kamu tahu bahawa sebelum Bani Al-Abbas (la) mula memerintah oleh Al-Saffah (la) dan Al-Mansur terdapat orang yang menggunakan hadits Nabi mengenai panji-panji hitam dan mengatakan bahawa Mahdi telah muncul!! Kerajaan Bani Ummaiyah telah jatuh!

Muhammad Zhu Al-Nafs Al-Zakiyya telah mendakwa sebagai Mahdi.

Muhammad bin Abdullah bin Al-Hassan Al-Mutsanna dan bapanya sendiri menyokong tuntutannya sebagai Mahdi.

Abu Muslim Al-Khurasani muncul dengan panji-panji hitam!

Dan apabila Ja'afar (as) menerima surat untuk diajak menyertai mereka bendera-bendera hitam itu. Dia mengambil surat itu lalu membakarnya dan kisah ini sangat terkenal dan semua ulamak Syi'ah mengetahuinya (kecuali orang-orang yang jahil).

Dan bahawa pergerakan bendera-bendera hitam memudahkan musuh-musuh Imam Al-Shadiq (as) dan Ahlulbayt, adakah kamu tahu siapakah mereka itu?

Pembantah (BB): Tidak


Sangkalan (ansar): Bani Al-Abbas (la)

Jadi lihatlah apa yang kamu buka (rintis) buat masa ini, kamu membuka jalan bagi musuh-musuh Ahmad Al-Hasan yang juga tidak suka pejabat Ahmad Al-Hasan seperti kalian. Saya memohon kepada Allah SWT untuk membimbing kamu ke jalan yang lurus. Bani Al-Abbas masa ini di Iraq, yang secara zahirnya cintakan Al-Hussain (as) tetapi dalaman mereka adalah musuh-musuh Al-Hussain (as) kerana percaya kepada ketuanan manusia (Demokrasi Amerika) yang menentang Hakimiyah (Ketuanan) Allah.

Jadi janganlah terburu-buru kerana para Imam telah memberi amaran kepada kita supaya bersabar !!!


Dakwaan kesembilan: Saya lakukan Istikharah tentang Pergerakan Panji Hitam ini, dan keputusan Istikharah ternyata baik.

Sangkalan (ansar): Jika ada 550 sahabat Imam Ali (as) dan para sahabat ini mempunyai sejarah yang tidak diketahui sama ada bersama Imam Ali atau berkemungkinan menentang beliau tetapi mereka masih dipanggil para sahabat.

Dan kamu membuat istikharah untuk mengetahui jika sahabat itu adalah penyokong atau musuh. Jika Istikhara kamu ternyata tidak baik untuk seorang sahabat, dia adalah musuh dengan Imam perosak yang dia ikuti.
Dan jika keputusan Ihstikharah ternyata baik untuk seorang sahabat, dan dia juga adalah seorang penyokong Imam Ali (as) dan mengikuti Imam yang benar. Sekarang adakah kamu akan mengutuknya dan kutuk Imamnya (yang dia ikuti) jika keputusan istikharah kamu ternyata tidak baik?

Pembantah (BB): Tidak

Sangkalan (ansar): Jadi bagaimana kamu boleh menggunakan keputusan istikharah untuk perkara ini dan kamu mengatakan bahawa kamu tidak mengambilnya melainkan dari Allah?

Sangkalan (ansar): Bolehkah kamu membuat istikharah untuk minum alkohol?

Pembantah (BB): Kami mengambil segala-galanya dari Allah!

Sangkalan (ansar): Bolehkah kamu membuat istikharah untuk melakukan hubungan sejenis?

Pembantah (BB): Tidak.

Sangkalan (ansar): Jadi istikharah bukan untuk semua perkara dan kamu perlukan Imam untuk mengetahui adakah sesuatu itu betul atau salah.

Dan kamu mengatakan bahawa orang yang tidak dikenali boleh memberitahu kita apa yang Halal dan Haram melaluinya (perantaraan) kepada seorang Imam, maka semua peraturan kalian akan diragui dan tidak diketahui kerana orang yang tidak dikenali yang menjadi Pengantara juga tidak mempunyai pengenalan (tidak dikenal pasti)!

Katakanlah sebagai contoh kamu  ada: X, Y dan Z. X adalah Ansar, Y tidak diketahui dan Z adalah Imam Al-Mahdi. Dalam usaha untuk sampai ke Z (Imam Al-Mahdi), kamu perlu melalui Y (orang yang tidak diketahui). Pernahkah Allah SWT membenarkan manusia untuk pergi (ikut) pada orang yang tidak diketahui dan yang tidak dikenali (utusan Imam [seperti yang didakwa]) atau apa sahaja dan diwajibkan untuk mempercayai orang itu supaya dia boleh taat kepada Imam zamannya? Adakah peraturan ini juga datang dan dipersetujui oleh Al-Quran?!!

Tidak ada undang-undang dalam Quran mengenai perkara ini dan para Imam cukup bijak untuk meletakkan Syi’ah mereka dalam keadaan ini di mana Khums mereka, Zakat dan Silah Al-Imam semuanya dibayar kepada orang yang tidak dikenali yang namanya tidak boleh dikatakan atau diberitahu. Ini sangat bertentangan dengan kebijaksanaan akal dan pemikiran.

Dakwaan Kesepuluh: Panji-panji hitam telah muncul tidakkah kamu melihatnya muncul di facebook, semua orang mengibarkannya? Raja Abdullah sudah meninggal dunia dan Imam Al-Mahdi (as) telah muncul!

Sangkalan (ansar): Mari kita baca – riwayat dari Tsauban (ra) katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) - (Bisyarah Al-lslam halaman. 34)


Rasulullah (S) bersabda: "Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan pergilah kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di  atas salji kerana di kalangan mereka ada Khalifah Allah Al-Mahdi. - Malahim Wal Fitan halaman.53

Seperti yang kamu lihat dari kedua-dua hadits ini adalah panji-panji hitam dari Timur atau Khurasan

Jadi, jika panji-panji hitam ini telah menyatakan tempatnya (daerah) iaitu Khurasan dan bukan di tempat lain. Ia tidak mengatakan "Dari facebook" dari siri youtube, atau dari Amerika Syarikat tetapi dari Khurasan atau dari Timur.

Dan hadits yang sangat jelas seperti jelasnya lambang (tanda) tangan di langit. Tempatnya: di langit. Dan kematian raja Hijaz. Tempatnya: di Hijaz. Bagi panji-panji hitam dari Khurasan itu. Tempatnya: di Khurasan.

Dan jika kamu lihat di Khurasan hari ini, tidak ada kemunculan dengan panji-panji hitam. Malahan, tidak ada tempat di muka bumi ini sekarang dengan kemunculan panji-panji hitam, dengan12,000 daripada mereka, mengatakan, "Pejabat dan lelaman facebook adalah berhala anak lembu dan Samiri" atau beriman dalam suatu kepercayaan.

Wa Salamu 3alaikum wa rahmatu Allah wa barakatuh
Wal-Hamdu Lillahi Wahdah







Tiada ulasan: