Khamis, 18 Jun 2015

Apakah Raja Abdullah, kerajaan Bani Hasyim Jordan Al-Sufyani

Apakah Raja Abdullah, kerajaan Bani Hasyim Jordan Al-Sufyani

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali a.s: "Keluarnya Al-Sufyani dengan panji merah dan ketua tenteranya dari Bani Kalb.."




Laporan: Paul McLoughlin Tarikh diterbitkan: 10 Jun 2015

Apa yang ada dalam bendera? Pamji-panji merah Jordan berkibar tinggi


Tags

Bani Hasyim, Raja Abdullah, kerajaan Bani Hasyim Jordan, upacara naik bendera, hari tentera



Huraian: Raja Abdullah memutuskan bahawa bendera Bani Hasyim – yang mempunyai perlambangan Islam - perlu dikibarkan pada hari tentera, lebih baik dari panji-panji negara. Ramai yang mempersoalkannya, mengapa.

Ia merupakan majlis ringkas untuk raja dan tenteranya.

Tetapi hari tentera Jordan mencetuskan tandatanya dan membangkitkan rasa ingin tahu apabila raja memecah tradisi dengan panji-panji merah gelap Bani Hasyim telah dinaikkan di dataran perarakan.



Hakikat bahawa sebahagian tentera semalam memakai Syemagh (tudung kain serban) mereka dengan kain serban terbalik, dan menutup muka mereka, telah membawa kepada beberapa konspirasi dalam kerajaan Bani Hasyim itu.

Panji-panji pengorbanan

Ramai yang percaya keputusan Raja Abdullah untuk menggunakan lambang nenek moyangnya dan bukannya bendera negara mempunyai konotasi (suara) politik.

Persoalannya ialah - apakah mesej di sebalik panji-panji berusia 500 tahun itu?

Buat pertama kali ramai yang telah melihat bendera Bani Hasyim berkibar dalam suasana moden.

Istana Diraja Jordan dengan pantas menghantar maklumat bergambar di halaman Twitter untuk menerangkan kesesuaian dan kata-kata (tulisan) Arab-Islam pada panji-panji.

Panji-panji merah pertama kali digunakan oleh Al-Syarif Abu Numi pada tahun 1515, dan merupakan panji-panji penting Bani Hasyim sewaktu mereka bertapak di Hijaz.


Ia menggabungkan dua kalimah Syahadah (La Ilah Illah Allah dan Muhammad Rasul Allah), dan dua ungkapan (Basmalah dan Tahmid) - "Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang" dan "Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam".

Bintang tujuh mewakili tujuh ayat Surah AL-Fatihah dari Al-Quran, yang juga dipaparkan dalam bendera Jordan zaman moden itu.


Warna merah gelap melambangkan pengorbanan.

Ramai penduduk Jordan telah menolak panji-panji Bani Hasyim sebagai simbol kuno pemerintahan keluarga. Yang lain pula mengatakan mengenai perlambangan agamanya.

Pihak Istana Diraja berminat untuk menunjukkan kepentingan sejarah

Syarif Hussein – seorang Bani Hasyim - menaikkan panji-panji semasa Pemberontakan Arab dalam Perang Dunia Pertama, ketika suku-suku Arab dari Hijaz membantu mengalahkan empayar Utsmaniyyah.

Daripada yang membawa kepada sebuah negara Arab yang bebas dan bersatu ia membawa kepada dunia Kepulauan Balkan Arab dengan Perjanjian Sykes Picot (pada tahun 1915).

Jordan telah ditubuhkan dan telah diperintah oleh keluarga Bani Hasyim sejak itu.

Melukis Semula Peta



MP Wasfi Rawashda menulis di laman Facebooknya mengenai kesan-kesan sejarah di senalba panji-panji.

"Saya percaya bahawa ini adalah satu mesej yang jelas bahawa rantau ini adalah dalam proses melukis peta baru di mana sempadan Sykes-Picot akan diubah dan Timur Arab akan dilukis semula di bawah nama baru," katanya.

Rawashda merujuk kepada kepercayaan di kalangan penduduki Jordan Berhaluan Kiri mengatakan bahawa Israel ingin menjajah Tebing Barat dan menjadikan Jordan sebagai penempatan baru untuk rakyat Palestin.

Mereka mengatakan: Kegawatan yang disebabkan oleh Arab Spring dan revolusi telah menjadi sebahagian daripada rancangan itu..

"Ini akan menjadi sebagai persediaan bagi penyelesaian akhir kepada perjuangan rakyat Palestin dan penubuhan negara Yahudi Israel di tengah-tengah keadaan Arab yang tidak stabil," Rawashda menambah.

Maher Abu Tair, penulis kolum akhbar Ad-Dustoor, berkata di laman Facebook beliau bahawa apa yang berlaku "bukan perkara biasa".

Beliau berkata, "Kita harus ingat bahawa panji-panji itu bukan baru tetapi lama, dan ia memaparkan secara terbuka dan merupakan suatu mesej.dan ungkapan untuk masa akan datang terutamanya berkaitan dengan penyusun semula rantau ini,".

"Ia adalah tindak balas mencabar dan mesej kepada mereka yang menggunakan slogan agama untuk mewajarkan tindakan mereka, untuk memberitahu mereka bahawa Al-Syahadah [pada bendera mereka] bukan milik mereka sahaja," katanya.

Balas Dendam

Ramai pengguna Twitter mempunyai teori tersendiri tentang perlambangan bendera Islam.


Jordan adalah sebahagian daripada gabungan antarabangsa terhadap kumpulan Negara Islam (IS).

Perjuangan menentang IS (Islamic State) mewujudkan pertempuran untuk "kerajaan sederhana” selepas juruterbang Jordan Muaz Al-Kassasbeh telah dibunuh oleh kumpulan tersebut.

Kemunculan pejuang di sempadan Syria Jordan telah membawa kepada keadaan yang memuncak amaran di negara ini.


Penggunaan syemagh (kain serban) yang diterbalikkan oleh si pemakai untuk melambangkan satu tindakan balas dendam akan dilakukan.

Sejak pembunuhan kejam Al-Kassasbeh, dendam telah membara di fikiran ramai, terutamanya selepas kejayaan kumpulan itu baru-baru ini di medan perang di Syria dan Iraq. Tentera Jordan masih mempunyai lebih banyak pertempuran untuk melawan dengan orang yang berjihad, kata mereka.

Seorang wartawan Jordan, Islam Al-Sawalha, menulis bahawa panji-panji dan slogan keagamaan perlu dilihat dalam konteks perang pada IS.

"Ia adalah satu percubaan untuk mengesahkan dan memberi tekanan kepada IS bahawa khalifah secara sejarah dan agama harus dimiliki oleh waris pemberontakan Arab, yang sebenarnya mungkin mengganggu jiran Arab Saudi."

Bani Hasyim mendakwa keturunannya dari Nabi Muhammad, dan ini telah menjadi satu bahagian penting dalam pengesahan monarki itu.

Akhbar Al-Rai Jordan berkata panji-panji itu merupakan tindak balas kepada "Khawarij (kumpulan pelampau lama) dan para pembunuh" yang cuba untuk merampas panji-panji Islam yang digunakan oleh Bani Hasyim "dan keturunan Nabi" berjuang untuk Bangsa Arab.

Penggunaan perlambangan Islam oleh pemerintah sebuah negara yang berfikiran progresif dan bercampur agama telah dipertikaikan sebagai reaksioner dan defensif.''.

Pada tweet Nouha Youssef: "Parlimen Jordan memutuskan untuk menolak mana-mana parti politik agama (satu langkah yang baik). Semalam sebuah panji yang menyerupai IS muncul tetapi warnanya adalah merah.Diberi Tahniah."

Kemudian pada hari itu, khabar angin tersebar bahawa bendera itu yang boleh menggantikan yang sedia ada. Sebahagiannya kelihatan menyukai idea tersebut:




Sejarah Kerajaan Bani Hasyim Jordan (Umum)



Nenek moyangnya dari Bani Hasyim adalah Hasyim bin Abd al-Manaf - 42 jenerasi - (meninggal kurang lebih tahun 510 M).

Anak beliau adalah Abdul-Muttalib. Anak-anak Abdul-Muttalib:

Abdullah, ayah Nabi Muhammad (as).
Abi Thalib ayah Imam Ali (as)
Abbas – Bani Abbassiyah yang menjatuhkan Bani Umaiyah
Dan lain-lain


Abad 20


Akibat Perang Dunia I, Kekhalifahan Utsmaniyah Turki mengalami banyak kemunduran. Akan tetapi, faktor utama keruntuhannya adalah terjadinya Revolusi Arab atau Arab Revolt. Revolusi Arab bulan Jun tahun 1916 dimulai dengan Perang Mekah yang dipimpin oleh pemimpin Bani Hasyim iaitu Syarif Hussein bin Ali yang oleh Kekhalifahan Utsmaniyah Turki sebelumnya digelari “Grand Sharif of Mecca”. Dalam Perang Mekah atau Battle of Mecca tersebut, Syarif Hussein bin Ali dengan dokongan Inggeris yang bermusuh Kekhalifahan Utsmaniyah Turki mungkin karena di pihak Jerman. Perang Mekah tersebut lantas berkembang meluas ke daerah-daerah lain termasuk Medinah dan sebagian besar daerah Arab. Revolusi Arab kemudian berakhir setelah Utsmaniyah menyerahkan Damsyiq. Setelah runtuhnya Kekhalifahan Utsmaniyah Turki, Syarif Hussein bin Ali kemudian lebih dikenal sebagai King of Hejaz.

Anak Syarif Hussein bin Ali yang bernama Ali bin Hussein pada tahun 1924 menggantikannya sebagai King of Hejaz. Kekuasaan Ali bin Hussein sebagai King of Hejaz hanya bertahan setahun karena pada 1925 Ibnu Saud yang sebelumnya adalah raja dataran tinggi Najd (Najad) merebut Hejaz, dan lantas menjadikan anaknya, Faisal bin Abdul Aziz Al Saud sebagai gubernur Hejaz. Daerah ini di kemudian hari dikenal menjadi Saudi Arabia.

Anak Syarif Hussein bin Ali yang bernama Faisal menjadi King of Iraq. Cucu Faisal, Faisal II meninggal bersama keluarga Faisal II dalam rampasan kuasa yang juga mengakhiri Kerajaan Iraq pada (Rampasan kuasa 14 Julai) 1958. Anak Syarif Hussein bin Ali yang bernama Zaid yang juga berada di Iraq berpindah (lari) ke Jordan.

Anak Syarif Hussein bin Ali yang bernama Abdullah pada tahun 1921 menjadi Amir daerah Jordan, sekarang dikenal sebagai Jordan, dengan nama resmi Kerajaan Bani Hasyim Jordan. Beliau kemudian meninggal dunia pada tahun 1951. Kemudian Raja Husein Jordan (1951 – 1999), Abdullah II, adalah anak dari cucu beliau menggantilan bapanya. Jadi, Jordan adalah satu-satunya negara dengan raja dan kepala negara yang berasal dari Bani Hasyim.

Pada September 2005, King Abdullah berpidato di The Catholic University of America's Columbus School of Law dengan judul "Traditional Islam: The Path to Peace" (“Tradisi Islam: Jalan Menuju Perdamaian” Dalam perjalanan ke Amerika tersebut, sebelumnya Raja Abdullah bertemu Paus Benediktus XVI untuk meningkatkan hubungan yang sudah dijalin antara Jordan dengan Vatikan semasa kepausan sebelumnya (masa Paus Yohanes Paulus II). Mereka berdiskusi mengenai hubungan Muslim dan Kristian sehingga keduanya dapat terus menerus berjalan bersama untuk meningkatkan kedamaian, toleransi, dan koeksistensi keduanya.

Raja Abdullah II juga bekerja dalam Proses Perdamaian Timur Tengah (Middle East Peace Process), antara lain dengan menghadiri Arab Summit di tahun 2002 dan menghadiri konferensi-konferensi yang diadakan Organisasi Konferensi Islam (OKI). Selain itu juga menghadiri beberapa pertemuan bersama Amerika Syarikat, Israel, dan Palestin untuk menemukan jalan bagi perdamaian Israel-Palestin. Beliau juga berusaha untuk meredakan ketegangan ketika terjadi perang antara Israel-Hizbollah tahun 2006. Dan disamping berusaha untuk meningkatkan hubungan erat dengan Israel, Raja Abdullah II juga menyumbang kepada Penguasa Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas. Kedudukan beliau tersebut banyak mendapat kritikan dari warga Jordan keturunan Palestin.

Warga Palestin yang berusaha masuk Jordan beberapa tahun ini diberi kemudahan oleh Raja Abdullah II, lebih mudah daripada pelarian dari Iraq. Masalah melintasi sempadan dari Iraq ke Jordan menjadi sangat sulit setelah kejadian pengeboman di Kota Amman pada tahun 2005 oleh oknum warga Iraq.

Kemudian perlu di kaji tentang ketua tenteranya dari Bani Kalb.


Tiada ulasan: