12) Al-Raj3ah Adalah Dua
Pulangan:
Yang pertama adalah Raj3ah
(kembali) dengan perumpamaan dan yang setara, dan ia adalah pada kebangkitan
Al-Qaim (as). Dan yang kedua berlaku dengan diri (jiwa) dan badan (jasad) yang
sesuai, dan ia adalah sesuatu yang kita bincangkan secara ringkas seperti alam
dan hari yang lain daripada hari-hari besar Allah, dan telah dijelaskan bahawa
ia berlaku di Langit Pertama.
Kejahilan para ulamak dalam
hakikat yang penting ini telah menyebabkan mereka tidak faham apa itu Al-Raj3ah
dan munculnya kata-kata mereka yang jauh dari kebenaran sepenuhnya yang
sebahagian daripadanya telah dibentangkan.
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
berkata dalam menjelaskan dua Al-Raj3ah:
[Al-Raj3ah..
adalah dua pulangan: Raj3ah dalam kebangkitan Al-Qaim dengan yang seumpamanya,
dan Raj3ah dalam Alam Al-Raj3ah "yang pertama"[55]. dengan diri-diri (jiwa-jiwa) dan badan-badan
(jasad) yang sesuai dengan alam itu
selepas Allah menjadikan mereka lupa keadaan mereka dalam ujian pertama dan
kedua mereka] [56].
Dan beliau juga berkata dalam
menjelaskannya:
[..Adapun
mengenai kisah Ashhab Al-Kahf (penghuni gua) yang akan bangkit semasa Al-Qaim (as),
mereka adalah sebahagian daripada orang-orang yang ikhlas dari para sahabat
Rasulullah (S), dan para sahabat Amir Al-Mukminin Ali (as) seperti Malik
Al-Asytar, ia tidak bermakna diri-diri mereka sendiri, tetapi apa yang
dimaksudkan dari riwayat-riwayat ini adalah orang-orang seperti mereka dari
para sahabat Al-Qaim (as), dalam erti kata lain, terdapat orang-orang lelaki
dari para sahabat Qaim (as) yang seperti Malik Al-Asytar dalam keberanian,
keunggulan, kepimpinan dan kesungguhan pada Zhat Allah dan ketaatan pada Allah
dan akhlak yang mulia dan banyak sifat-sifat lain yang Malik Al-Asytar miliki,
dan untuk itu para Imam menerangkan sifat-sifat Malik Al-Ashtar.
Dan
untuk itu kita tidak jauh dari kefasihan, penyampaian dan kepimpinan Ahlulbayt
(as), sebagamana diterangkan penyair Al-Hussaini, turunnya Ali Al-Akbar ke
medan perang beliau berkata: Muhammad (S) telah turun ke medan perang; kerana
sangat serasi akhlak Ali Al-Akbar dengan adab Rasulullah Muhammad (S), walaupun
para sahabat Imam-imam orang-orang yang betul-betul dalam kebenaran akan pulang
dan kembali dalam Alam Al-Raj3ah selepas 12 Mahdi-mahdi, dan dalam zaman yang
lain dan Qaim yang lain dengan hak daripada Aali Muhammad (as) bahawa
Al-Hussain bin Ali (as) akan keluar, dan ini adalah Mahdi lain atau Qaim yang
lain tiada siapa yang akan datang selepasnya dan dia tidak akan mempunyai
anak-anak] [57].
Dan bahagian ini menjelaskan
Al-Raj3ah dengan perumpamaannya juga dinyatakan di dalam kitab ini (Al-Muhkamat
3ala Ahqiyah Al-Washyi Ahmad Al-Hassan), salah sebuah kitab yang diterbitkan
oleh Ansar Imam Al-Mahdi (as):
[... Adapun Al-Raj3ah dengan perumpamaan, ia
berlaku pada hari-hari Al-Qaim (as) dan seruan (dakwah) Ilahiyahnya yang besar,
dan ini adalah sebahagian riwayat yang mengesahkannya:
Dari
Abi Marwan berkata: (Saya bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman
Allah Azza Wajall:
﴿إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ
لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ﴾
{Sesungguhnya
yang mewajibkan atasmu Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat
kembali. }.
Beliau
berkata: jadi dia (as) berkata kepadaku:
Tidak
demi Allah dunia tidak akan berakhir dan tidak akan pergi sehingga Rasulullah
(S) dan Ali (as) bertemu di Al-Tsawiyah, jadi mereka akan bertemu dan mereka
akan membina sebuah masjid di Al-Tsawiyyah yang mempunyai 12,000 pintu,
bererti ia terletak di
Al-Kufah) [58]
Ia adalah sebuah masjid yang
dibina oleh Qaim (as) dalam zamannya, Apabila orang-orang mengatakan kepadanya:
(masjid
.. tidak cukup luas untuk kami, maka dia akan berkata: Aku kembali kepada kamu,
maka ia akan keluar kepada kepada pihak ketiga (Al-Ghari) dan akan membina
sebuah masjid yang mempunyai 1000 pintu yang sesuai dengan penduduknya)
yang disebutkan dalam riwayat
Imam Al-Baqir (as) [59]. Dan kemudian kita lihat apa yang dimaksudkan dengan
"Rasulullah dan Ali" dalam riwayat sebelumnya ialah: yang setara
dengan kedua mereka, supaya kedatangan mereka dianggap kedatangan Nabi dan Ali
(as).
Dan Al-Raj3ah dengan
perumpamaan dalam zaman Qaim kita juga melihat dalam kata-kata Imam Al-Shadiq
(as):
(Al-Qa'im
akan keluar dari belakang Kufah bersama dua puluh tujuh orang lelaki, lima
belas orang dari kaum Nabi Musa yang telah mendapat hidayah kebenaran dengan
menilainya, dan tujuh orang dari penghuni gua (Ashhab Al-Kahf), Yusyak bin Nun,
Salman, Abu Dajana Al-Ansari, Miqdad, dan Malik Al-Asytar Jadi mereka akan
menjadi penyokong (ansar) dan pegawai penguasa) [60].
Dalam erti kata lain, dia
akan mempunyai ansarnya yang sama dan sesuai dengan mereka yang disebutkan,
bukanlah diri mereka sendiri yang datang. Dan untuk menjadi lebih tertentu dua
hari-hari ini (hari Al-Qaim dan hari Al-Raj3ah), anda boleh menyemak riwayat di
atas [61] yang menjelaskan bahawa Rasulullah (S) adalah orang yang
membunuh Iblis (la) dengan lembing cahaya pada hari yang diketahui, dan jika
anda tidak tahu bahawa ada riwayat-riwayat lain mengatakan bahawa yang membunuh
adalah Al-Qaim (as) di Masjid Al-Kufah, anda akan tahu kemudian bahawa
Rasulullah (S) yang membunuh Iblis pada hari yang diketahui di Alam Al-Raj3ah,
dan bahawa Al-Qaim (as) adalah yang akan membunuh iblis di dunia ini di Masjid
Al-Kufah ketika bangkitnya dengan kebenaran, dan ia adalah hari Al-Raj3ah
dengan perumpamaan, seperti yang kami jelaskan]. Berakhir.
Jadi, sekarang kita tahu
kewujudan dua orang dalam zaman kezuhuran yang suci, salah seorang daripada
mereka sepadan dengan Rasulullah (S) dan yang satu lagi sepadan dengan Amir
Al-Mukminin (as), maka adakah manusia akan mendapat Khalifah Allah selain
daripada Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan dan anak dan washiynya Mahdi
Pertama (Ahmad) Awal Al-Mukminin (yang pertama beriman) dengannya dan
Al-Muqarrabin (yang dekat dengannya yang disebut oleh Muhammad Rasulullah di
dalam wasiat baginda.
✡✡✡✡✡
_________________________
[55]
– Pada FirmanNya SWT:
﴿وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا
هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾
((Dan Dialah Allah, tidak ada
Tuhan melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan
bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.))
Al-Qashash 28:70, penjelasan Sayed Ahmad Al-Hassan (as) telah disampaikan
bahawa "yang pertama" tempat kembali.
[56]
– Kitab Bersama Abdus Soleh, salah sebuah
kitab yang diterbitkan oleh Ansar Imam Al-Mahdi (as)
[58]
- Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman
113-114.
[59]
- Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 331.
[60]
- Al-Irshad oleh Al-Mufid: Jilid 2
halaman 386.
[61]
- iaitu riwayat Abdul Karim Al-Khatsa3mi
sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan