8) Al-Raj3ah Adalah Alam Tempat Peribadi Akan Kembali
Dalam Alam Al-Raj3ah, adakah umat yang diamanahkan kembali atau
orang perseorangan? Dan adakah Al-Raj3ah
dibuat untuk manusia dan jin? Atau siapakah mereka yang akan kembali itu?
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)
mengatakan yang berikut dalam menjelaskan jawapannya:
[Al-Raj3ah
adalah berkaitan dengan manusia dan jin dan ia tidak berkaitan dengan umat,
tetapi kepada orang-orang persendirian, orang-orang yang benar-benar beriman
akan kembali dan orang-orang yang benar-benar kufur akan kembali, dalam erti
kata lain bahawa orang-orang akan diuji semula dalam Al-Raj3ah, mereka adalah Imam-imam yang adil dan
terutamanya pengikut mereka, dan Imam-imam kufur dan khususnya pengikut mereka,
dan saya tela jelaskan secara terperinci masalah Al-Raj3ah dan menyatakan pada banyak tempat, maka kamu
boleh menyemaknya. [48]
Adapun
banyak ayat-ayat yang menunjukkan Al-Raj3ah sebahagian individu dari umat, sebahagian
daripadanya adalah:
﴿إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ
لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ مَن جَاءَ بِالْهُدَىٰ
وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ﴾
((Sesungguhnya yang
mewajibkan atasmu Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat
kembali. Katakanlah: "Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan
orang yang dalam kesesatan yang nyata.")) [Al-Qashash 28:85],
ini adalah untuk Raj3ah Muhammad Rasulullah dan Aali Muhammad mereka ahli
Al-Quran.
Dan
Allah berfirman:
﴿وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ
فَوْجًا مِّمَّن يُكَذِّبُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ يُوزَعُونَ﴾
((Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami
kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat
Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan.)) (Al-Naml 27:83),
ayat
ini adalah tentang Raj3ah Imam-imam kufur dan terutamanya pengikut mereka] [49]
9) Al-Raj3ah Adalah Alam Tanpa Masa Di Dalamnya:
Dari
Abi Abdillah (as) dia telah ditanya mengenai hari yang disebut Allah kadarnya
dalam Al-Quran bahawa hari yang mempunyai ukuran 50,000 tahun, maka dia
berkata:
(Ini adalah Kurrah (Raj3ah) Rasulullah (S) dan pemerintahan baginda dalam Kurrah (Raj3ah) baginda adalah selama 50.000 tahun, dan pemerintahan
Amir Al-Mukminin (as) dalam Kurrahnya (Raj3ah) adalah selama 44,000 tahun) [50].
Dan berdasarkan riwayat ini dan yang
sepertinya, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah ditanya: Adakah wujud di Alam Al-Raj3ah masa seperti yang berlaku di alam (dunia)
ini?
Beliau menjawab: [Tidak ada tempoh masa seperti yang
terdapat dalam kehidupan secara Jasmaniah kita, tetapi terdapat dalam Al-Raj3ah peristiwa dan berterusan dengan
apa yang sesuai dengan alam itu, dan untuk itu kamu sedar dalam riwayat-riwayat
yang telah saya sebutkan, bahawa hari yang digunakan untuk mewakili peristiwa kenaikan
malaikat dan roh untuk menunjukkan perkara dalam Al-Raj3ah
﴿تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ
إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ﴾
((Malaikat-malaikat dan roh
naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun.))] [Al-Ma3arij
70:4].
✡✡✡✡✡
__________________________________
[48] - Rujuk Al-Mutashabihat: Jilid
3 soalan (145), dan Jilid 4 soalan (171) dan (175), dan tempat lain-lain.
[50] - Mukhtashar Basa'ir
Al-Darajat: ms 49.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan