Rabu, 10 Jun 2015

6) Bumi Tempat Berlakunya Al-Raj3ah

6) Bumi Tempat Berlakunya Al-Raj3ah

Dan selanjutnya mengenai apa yang datang sebelum ini, satu lagi soalan ditanya dan jawapannya akan membantu kita menjelaskan lagi perkara ini terlebih dahulu, kita akan mengetahuinya selepas kami menghurai riwayat berikut:

Dari Al-Walid bin Sabih dari Abi Abdillah (as), beliau berkata:

(Aku masuk berjumpanya pada suatu hari maka dia melemparkan kepadaku pakaian dan berkata: Wahai Walid kembalikan kepada keadaan ia dilipat, lalu aku lakukan hadapannya, Maka Abi Abdillah (as) berkata: Semoga Allah merahmati Al-Mu3alla bin Khanis, maka aku fikir dia telah menyerupakan apa yang aku lakukan hadapannya kepada kerja Al-Mu3alla bin Khanis. Kemudian ia berkata kepadaku: Aduhai dunia ini aduhai dengan dunia ini, dunia ini adalah tempat tinggal dari kesusahan (bala) yang Allah telah berikan kebebasan kepada musuh-musuhNya atas waliyNya, dan selepas itu adalah tempat tinggal yang tidak seperti yang berlalu ini, aku berkata:. Semoga aku menjadi tebusan tuan di manakah tempat tinggal itu? Beliau berkata: Di sini, dan beliau tunjuk dengan tangan beliau ke bumi) [49].

Dan sudah tentu tempat ini adalah Al-Raj3ah, kerana itu Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) ditanya, apakah makna Imam Ja'far Al-Shadiq (as) menunjuk ke arah bumi?

Lalu dia menjawab: [Ya, semoga Allah memberi kamu kejayaan dan menyekat kegagalanmu. Bahawa bagi bumi mempunyai kenyataan-kenyataan (tajalliyat) pada seluruh Langit Dunia hingga ke Langit Pertama bahawa akan berlaku padanya Al-Raj3ah, dan Al-Raj3ah juga berlaku di bumi walaupun ia adalah dalam kenyataan (tajalli) yang berbeza (lain) bagi bumi yang kita hidup di dalamnya, Alam Jasmani ini].



✡✡✡✡✡

___________________________
[49] - Mukhtashar Bashair Al-Darajat: halaman 49.
               

      


Tiada ulasan: