Jumaat, 5 Jun 2015

RUKUN-RUKUN BERPUASA

بسم الله الرحمن الرحيم
                                                 
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين

(Dipetik dari EraMahdi.net)

Salam kepada para Ansar sekalian.
Dengan izin Allah swt, Ramadhan kian menjelma, dan dengan izinNya juga kita mungkin berpeluang sekali lagi menikmati bulan yang penuh berkah ini. Di dalam post ini, saya akan memuatkan kandungan soal jawab fiqh puasa dari Kita Sharai’ al Islam tulisan Imam Ahmad a.s yang diringkaskan oleh Syeikh Ala al Salim.
Saya akan terus menerus mengupdate posting ini secara berperingkat sehinggalah satu bab buku ini habis untuk dibukukan. InsyaAllah, semoga bermanfaat kepada sekalian pengikut Ahlulbait a.s.

Fiqh puasa terbahagi kepada tiga perkara utama:
1. Rukun puasa: Berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, waktu puasa, dan orang yang berpuasa
2. Bahagian-bahagian puasa: Wajib, mustahab, haram dan makruh
3. Bahagian tambahan: Meliputi permasalahan fiqh dan hukum-hukumnya.

BERPUASA (AL-SHIAM)


RUKUN-RUKUN BERPUASA


1: Apa itu berpuasa?
J: Puasa didefinasikan sebagai menjaga diri dari perkara yang membatalkan puasa dan berniat melakukannya.

2: Apakah niat untuk berpuasa Ramadhan dan puasa selain darinya?
J: Memadai seseorang itu berniat puasa Ramadhan dan puasa di waktu lain untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

3: Adakah masa untuk berniat adalah ketika fajar terbit atau di waktu malam sebelumnya?
J: Tempoh untuk berniat puasa adalah dari waktu malam sehinggalah waktu zawal (rembang – matahari di tengah-tengah langit) hari selanjutnya.

4: Jika seseorang itu terlupa untuk berniat di waktu malam, apa yang seseorang itu perlu lakukan?
J: Seseorang itu perlu berniat sebelum waktu zawal pada hari berikutnya, dan ini boleh dilakukan selagi seseorang itu tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Apabila matahari melepasi kemuncaknya, maka sudah terlambat untuk berpuasa, samada wajib atau mustahab (sunat).

5: Adakah boleh niat mendahului puasa?
J: Bulan Ramadhan adalah bulan yang unggul dimana seseorang itu boleh berniat puasa sebelum tiba bulan Ramadhan. Jadi jika seseorang itu berniat berpuasa untuk Ramadhan walaupun masih Syaaban, maka niat tersebut memadai untuk keseluruhan bulan Ramadhan.

6: Jika seseorang itu terlupa untuk berniat puasa Ramadhan, setelah masuk bulan Ramadhan, bagaimanapun beliau tetap berpuasa, namun beliau juga telah berniat berpuasa Ramadhan di bulan sebelumnya, adakah puasa Ramadhan sah?
J: Niat yang pertama itu memadai

7: Adakah berniat sekali untuk keseluruhan dibenarkan?
J: Niat satu kali memadai untuk keseluruhan bulan, jadi walaupun ada beberapa hari seseorang itu terlepas niat, maka puasa mereka sah kerana niat beliau yang pertama itu.

8: Adakah dibenarkan berpuasa yang lain (puasa mustahab atau puasa lain seperti nazar) di bulan Ramadhan?
J: Tidak dibenarkan
9: Bagaimana jika seseorang itu berniat puasa selain dari puasa fardhu Ramadhan?
J: Ia akan dikira sebagai puasa Ramadhan walau apa sahaja niatnya.
10: Adakah dibenarkan seseorang itu boleh berniat puasa serentak puasa wajib dan mustahab
J: Tidak dibenarkan. Seseorang itu perlu menyatakan niatnya samada wajib atau mustahab. Niat juga wajib kerana/untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata.

11: Bagaimana jika seseorang itu berpuasa di hari terakhir Syaaban dengan niat ia adalah puasa Ramadhan, namun beliau mempunyai syak samada hari itu adalah Ramadhan atau tidak, adakah hari itu dikira Ramadhan atau tidak?
J: Ia tidak dikira kedua-duanya.

12: Bagaimana pula jika seseorang itu berpuasa sunat pada hari yang diragui samada masih Syaaban atau Ramadhan pertama?
J: Ia akan dikira sebagai puasa Ramadhan, jika kemudian ia diketahui sebagai hari Ramadhan.

13: Seseorang itu berpuasa, dan beliau berniat Ramadhan, mana tahu jika sudah Ramadhan, dan dalam masa yang sama, turut berniat puasa sunat mana tahu jika masih Syaaban, adakah ini dibenarkan?
J: Tidak dibenarkan, dan beliau perlu qada puasa hari tersebut selepas bulan Ramadhan.
14: Jika seseorang itu terbangun di hari Syak tanpa berniat puasa, namun beliau seterusnya mendapati hari tersebut sebagai Ramadhan, apa yang perlu beliau lakukan?
J: Beliau harus berniat puasa di pagi hari, maka puasanya sah dan mendapat ganjaran. Seperti yang telah diberitahu, tempoh berniat adalah sehingga sebelum waktu zawal.

15: Bagaimana pula jika pengesahan di Ramadhan ini terjadi selepas waktu zawal?
J: Beliau tidak dibolehkan dari makan dan minum untuk hari itu, dan qada’ semula puasa untuk hari tersebut.

16: Apakah hukumnya orang yang berniat puasa, kemudian berniat untuk
membatalkannya, apakah puasa itu masih sah?
J: Puasa masih sah samada seorang itu berniat berbuka.


✡✡✡✡✡


✡<< Mula Bismi Allah ✡✡✡ seterusnya >>✡

Tiada ulasan: