Berkenaan
Orang Yang Puasanya Sah
68. Puasa siapakah yang sah?
J: Mukmin yang waras. Baligh bukan satu
syarat.
69. Bolehkah seseorang yang cacat akalnya berpuasa?
J: Puasanya tidak sah
70. Seseorang berniat puasa, namun beliau tidak
sedarkan diri/pengsan. Adakah puasanya sah?
J: Puasanya sah asalkan beliau berniat
untuk berpuasa sebelum tidak sedarkan diri.
71. Adakah puasa seorang kanak-kanak yang mumayyiz
sah?
J: Sah
72. Jika seorang kanak-kanak mumayyiz menawarkan diri
untuk menggantikan puasa ibu bapanya yang telah meninggal dunia, adakah ianya
sah?
J: Sah, dan diberi ganjaran
73. Adakah puasa seorang yang tidur sah?
J: Sah selagi beliau berniat sebelum
tidurnya, walaupun tidur beliau adalah sehingga terbenam matahari. Jika beliau
tidak berniat untuk sebuah puasa wajib, tertidur sehingga zawal, maka beliau
perlu menggantikan puasa tersebut. Ini berbeza halnya dalam puasa Ramadan,
kerana niat di awal bulan sudah memadai untuk keseluruhan bulan tersebut, dan
tidak perlu mengulangi niat untuk setiap hari di dalamnya.
74. Apakah hukumnya dalam hal puasa bagi wanita yang
datang haid?
J: Tidak sah. Dan puasa batal jika haid
datang ketika puasa sedang dijalankan walaupun hanya tinggal beberapa detik
lagi sebelum matahari terbenam, dan wajib diganti.
75. Adakah sah puasa seorang wanita yang mengalami
pendarahan bukan dari haid?
J: Sah jika beliau melaksanakan ghusl.
Jika pendarahan tersebut banyak, maka lebih dari satu ghusl diperlukan.
76. Adakah sah untuk berpuasa semasa bermusafir?
J: Puasa wajib tidak sah semasa bermusafir
kecuali dalam tiga perkara:
I. Puasa tiga hari sebagai
ganti korban dalam menunaikan Haji. Sesiapa yang tidak mampu melakukan korban
perlu berpuasa tiga hari walaupun dalam musafir.
II. Puasa 18 hari sebagai ganti
korban bagi mereka yang meninggalkan Arafah secara sengaja sebelum terbenam
matahari.
III. Puasa nazar yang
menyebutkan syarat untuk berpuasa walaupun sedang bermusafir
77. Adakah dibenarkan untuk berpuasa di hari-hari yang
digalakkan walaupun sedang bermusafir?
J: Dibenarkan kecuali dalam bulan Ramadan.
78. Apakah hukumnya bagi seseorang yang jatuh dalam
kategori pemaustatin (Iaitu seseorang yang berniat untuk tinggal 10 hari atau
lebih di suatu tempat, atau seseorang yang telah menghabiskan masa 30 hari
berulang alik ke tempat lain, atau seseorang yang kerjanya adalah melibatkan
bermusafir?
J: Puasanya sah
79. Adakah dibenarkan berpuasa dalam keadaan janabah,
jika ghusl ditinggalkan dengan sengaja sehingga fajar?
J: Tidak dibenarkan. Wajib qada dan bayar
kafarah.
80. Jika seseorang itu terjaga dalam keadaan
janabah untuk menyelesaikan puasa seperti berikut:
1. Ganti puasa Ramadan
2. Puasa sunat
3. Puasa Ramadhan
4. nazar tertentu
Adakah puasanya sah?
J: Puasanya batal jika niat untuk ganti
puasa. Sah untuk puasa-puasa lain.
81. Adakah
dibenarkan untuk seseorang yang sakit berpuasa?
J: Ia
adalah dibenarkan, kecuali jika menyebabkan mudarat.
82.
Siapakah yang menentukan kemudaratan ini? Adakah pendapat doktor diambil kira?
Bagaimana jika si pesakit tidak bersetuju dengan pendapat doktor tersebut?
J:
Kemudaratan boleh ditentukan samada oleh pendapat doktor ataupun pengalaman
sebelumnya oleh pesakit. Keduanya boleh diambil kira.
83.
Bagaimanakah kematangan(baligh) ditentukan?
J: Baligh
ditentukan dengan keluarnya air mani ketika tidur, bulu kemaluan yang tebal,
masuk umur 15 tahun untuk lelaki dan masuk umur 10 tahun bagi wanita.
84.
Apakah hukum berkaitan seorang wanita yang baru akil baligh, kemudian berpuasa
tidak mengikut syarat kerana umurnya yang masih muda? Lalu mungkin menyebabkan
puasa beliau terbatal samada dalam keadaan sengaja atau tidak. Apakah hukumnya?
J:
Seorang baligh yang membatalkan puasa dengan sengaja wajib menggantikan
puasanya dan membayar kafarah. Jika puasa tidak diganti sehingga Ramadan seterusnya,
maka wajib membayar fidyah iaitu 3/4kg makanan bagi setiap hari yang tidak
diganti. Bagaimanapun jika dibatalkan atas sebab kejahilan, maka cukup sekadar
menggantikan puasa.
85: Pada
umur berapakah kanak-kanak disarankan belajar berpuasa?
J: Adalah
disarankan melatih mereka sebelum mereka baligh, sebaiknya umur 7 tahun, selama
yang mereka mampu.
86:
Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam melatih anak-anak mereka?
J: Ibu bapa harus melatih anak mereka berpuasa sebelum akil baligh,
dan menekankan kepada mereka untuk melaksanakan segala kewajiban dan menjauhkan
diri dari perkara haram. Pemantauan adalah sehingga mereka berumur 18 tahun.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan