11) Bagi Al-Raj3ah Adalah
Hari Yang Diketahui Seperti Alam (Dunia) Ini
Sesiapa yang membaca
pengisytiharan beberapa kejadian penting dalam riwayat-riwayat akan mendapati
bahawa satu masa ia menjurus kepada Alam (Dunia) Jasmani ini, dan masa yang
lain di Alam Al-Raj3ah, sama seperti hukuman
pembunuhan Iblis (la) yang telah menyesatkan umat manusia.
Ia menyatakan bahawa
pembunuhannya pada hari yang diketahui (Al-Yaum Al-Maklum) oleh Al-Qaim (as) di
Masjid Kufah:
Dari Wahab bin Jami3 Maula
Ishaq bin 3ammar, beliau berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as)
mengenai kata-kata iblis (dalam Al-Quran):
﴿قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ *قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ * إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ﴾
((Berkata
(iblis): "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai
hari dibangkitkan, * Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya
kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, * sampai hari (suatu) waktu yang
telah ditentukan,)) (Al-Hijr 15: 36-38),
Wahab
berkata kepadanya: Semoga aku menjadi tebusan tuan, hari apakah itu? Beliau
berkata: (Wahai Wahab adakah kamu fikir ia adalah hari Allah bangkitkan
manusia? Bahawa Allah memberinya tangguh sehingga hari bangkitnya Qaim kami,
apabila Allah bangkitkan Qaim kami, dia akan berada di Masjid Kufah, dan Iblis
akan datang tunduk di hadapannya sambil berlutut. dan berkata: Celakalah aku
hari ini, dan dia akan ditekan ubun-ubunnya dan dipenggal lehernya, dan itulah
waktu hari yang diketahui (Yaum Al-Waqt Al-Maklum)) [51}.
Dan diriwayatkan pula bahawa
pembunuhnya adalah Rasulullah (S) juga pada hari yang diketahui (Al-Yaum
Al-Maklum):
Dar Abdul Karim bin 3amru
Al-Khatsa3mi, beliau berkata:
Aku
mendengar Abu Abdillah (as) berkata: Bahawa Iblis telah berkata:
﴿َأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾
(tangguhlah
kepadaku sampai hari dibangkitkan), dan Allah enggan menerimana, FirmanNya:
﴿قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ * إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ﴾
(Allah
berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang
yang diberi tangguh, * sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan)
Maka, jika hari masa yang
ditetapkan datang, Iblis (la) akan mengumpulkan semua pengikutnya, sejak dari
Allah menciptakan Adam sehingga ke hari masa yang ditetapkan, dan ia adalah
pusingan terakhir, bagi pusingan Amirul Mukminin (as)).
Jadi aku berkata: Padanya ada pusingan? Beliau
(as) berkata: Ya, sesungguhnya ia adalah pusingan demi pusingan, dan tidak ada
seorang Imam pun dalam satu-satu abad melainkan ada pusingannya, yang bersamanya
orang-orang soleh dan yang 3ashiy (yang melanggar hukum) pada zamannya,
sehingga Allah membersihkan orang yang beriman dari yang kafir. Jadi, jika tiba
hari masa yang termaklum Amirul Mukminin (as) akan kembali pada sahabat-sahabatnya
dan akan datang Iblis bersama para sahabatnya (la), dan batas tempat mereka
akan berada di bumi di tanah Furat dan akan dikatakan kepadanya Roh yang
berdekatan dengan Kufah kamu, maka akan berlaku perperangan besar yang belum
pernah berlaku sejak Allah Azza wa Jalla mencipta alam. Maka seolah-olah aku
melihat para sahabat Ali Amirul Mukminin (as) dan mereka (Iblis (la)) akan
kembali berundur ke belakang 100 kaki, dan seolah-olah aku melihat mereka dan
beberapa kaki mereka berada dalam (Sungai) Furat, Ketika itu akan turun
(Al-Jabbar) Yang Maha Perkasa Azza wa Jalla:
﴿فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمامِ وَالْمَلائِكَةُ
وَقُضِيَ الْأَمْرُ﴾
{ dalam naungan awan dan malaikat, dan
diputuskanlah perkaranya.}
Rasulullah (sawas) di tangannya
ada lembing daripada cahaya. Jika Iblis melihatnya, tumit-tumitnya akan
berundur ke belakang, jadi sahabatnya akan berkata kepadanya : Di mana kamu ingin
lari padahal kamu menang? Lalu dia berkata: sesungguhnya aku dapat melihat apa
yang kamu sekalian tidak melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan
sekelian alam. Maka Nabi (S) akan mengikutinya kemudian menikam dia dengan satu
tikaman di antara bahunya, dan ia akan musnah dan akan musnah semua
pengikutnya. Dan pada masa itu Allah Azza wa Jalla akan disembah dan tidak akan
ada sekutu bagiNya sesuatu pun. dan Amirul Mukminin (as) akan memerintah selama
44,000 tahun, sehingga lelaki dari pengikut Ali (as) akan melahirkan 1000
lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu kedua-dua taman akan ada di Masjid
Kufah dan di sekelilingnya, dengan kehendak Allah) [52]
Dan ia adalah perumpamaan yang
diterangkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam kitabnya yang mulia dan
jawapan beliau di dalamnya:
Dalam menjelaskan ayat awan
(Al-Ghamam) dalam riwayat, dia mengatakan:
[Allah
berfirman:
﴿هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا أَن يَأْتِيَهُمُ اللَّـهُ فِي ظُلَلٍ
مِّنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّـهِ
تُرْجَعُ الْأُمُورُ﴾
((Tiada
yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan
awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala
urusan.)) [Al -Baqarah 2 210],
dan yang datang dalam naungan
awan adalah Muhammad [Allah dalam penciptaan] di Al-Raj3ah dan di
tangannya ada lembing cahaya dan baginda akan membunuh Iblis (la), Maha Suci lagi
Maha Tinggi Allah daripada dikatakan datang dan pergi dan atau bergerak dan ia
adalah dari sifat makhluk ...] [53], kemudian beliau menyebutkan
riwayat dari Al-Khatsa3mi selanjutnya.
Kemudian Al-Syed Ahmad
Al-Hassan (as) telah ditanya: Dalam banyak ayat-ayat Al-Quran Al-Karim yang
kita lihat Imam-imam Al-Hadi (as) menafsirkan ayat di alam (dunia) ini dan alam
Al-Raj3ah, apakah hikmah perkara ini ??
Beliau
berkata: [Waktu hari yang diketahui adalah hari bangkit Al-Qaim dan pada hari
Iblis akan dibunuh sebagaimana yang telah disebutkan bahawa Al-Qaim akan
membunuhnya di Masjid Kufah, tetapi oleh kerana Al-Raj3ah adalah mengulangi
ujian sebahagian penciptaan dari mereka yang benar-benar beriman dan mereka
yang benar-benar kufur, Mereka dikembalikan semula bersama umat-umat yang sisesatkan
Iblis (la); kerana sesiapa yang benar-benar kufur dan kerana seseorang individu
adalah sebahagian daripada ujian Ilahi, oleh itu Al-Raj3ah juga adalah satu
lagi hari yang diketahui yang lain, atau dikatakan pengulangan bagi hari yang
diketahui yang hakiki - asalnya - di dalam kehidupan secara Jasmani.
Nama
Al-Raj3ah itu menunjukan (maknanya), semoga Allah memberikan anda kejayaan, ia
adalah kembali (Raj3ah) iaitu pengulangan, orang yang telah mati akan kembali,
ujian akhir akan berulang, hari-hari yang telah berlalu akan berulang .......
.., dan jika Iblis telah diberikan hingga ke waktu hari yang diketahui (Yaum
Waqt Maklum) semasa kebangkitan Al-Qaim seperti dalam riwayat-riwayat dan
perkara itu berakhir pada hari ini, dan Al-Qaim membunuh Iblis pada hari ini
kemudian Al-Raj3ah berlaku dan Iblis kembali sebagai orang-orang yang
benar-benar kufur, tidakkah kamu lihat selepas ia dikembalikan kepada hari
dibangkit (Yub3atsun) seperti yang dia minta?! Atau waktu hari yang diketahui
(Yaum Al-Waqt Al-Maklum) akan berulang baginya di Alam Al-Raj3ah mengikut apa
yang sesuai dengan Alam Al-Raj3ah dan yang akan membunuh dia di Al-Raj3ah
adalah Rasulullah (S) seperti disebutkan dalam riwayat-riwayat ?! ].
Dan beliau juga berkata:
Pembunuhan Pertama: Pada
kemunculan Al-Qaim (as), dan Kiamat Kecil (Al-Qiamat Al-Sughra) di dunia ini,
di mana Al-Qaim membunuhnya di masjid Kufah, pada masa kemunculan Al-Haq, dan
dia dihumbankan ke Neraka Jahim.
Pembunuhan kedua di Al-Raj’ah (yang pertama), yang bermula
selepas tamat tempoh raja Mahdi kedua belas di mana akan kembali Hussein bin
Ali (as), dan akan kembali Ali bin Abi Talib (as) dan semua
yang benar-benar beriman dan yang benar-benar kufur akan diasingkan
dan Iblis (la) juga akan kembali bersama dengan orang-orang
yang benar-benar kufur dan Rasulullah (S), akan membunuhnya seperti dalam
riwayat yang kedua. [54]
✡✡✡✡✡
___________________________
[51]
- Bihar Al-Anwar: Jilid10 halaman 41
[52]
- Mukhtashar Basa'ir Al-Darajat: halaman 27
[53]
- Kitab Tauhid: halaman
41, salah satu buku yang diterbitkan daripada Ansar Imam Al-Mahdi (as)
[54]
- Al-Mutashabihat: Jilid 4 soalan (177)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan