Jumaat, 5 Jun 2015

4) Dalam Al-Raj3ah Ilmu Yang Lebih Tinggi Akan Dicapai (Tujuan Penciptaan):

4) Dalam Al-Raj3ah Ilmu Yang Lebih Tinggi Akan Dicapai (Tujuan Penciptaan):

Tidak syak lagi bahawa tujuan penciptaan jin dan manusia adalah makrifah, dan persoalannya adalah: di mana akan dicapai makrifat dalam bentuk yang lebih tinggi dan lebih lengkap? Dan jika Al-Raj3ah mempunyai peranan dalam menjawab soalan ini, maka di mana akan berlakunya Al-Raj3ah?

Allah berfirman:

﴿وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾

((Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.)) [Al-Qasas 28:70]. Syed Ahmad Al-Hassan ditanya mengenai ayat ini, maka ia menjawab dan beliau menjelaskan jawapan daripada soalan-soalan di atas, beliau berkata:

[Maknanya pujian yang hakiki kepada Allah SWT, adalah untuk memuji (Tsanaa’) ke atas-Nya dengan cara yang lebih sempurna dan lengkap menurut martabat makrifat yang lebih tinggi:

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

((Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdi kepada-Ku.)) (Al-Zhariyaat 51:56), iaitu untuk mengenaliNya, dan makrifat yang lebih tinggi ini mewakili tujuan penciptaan dicapai dalam yang pertama, dan ia adalah Langit Pertama (Langit Al-Raj3ah), dan sebelumnya (Langit Al-Zhar), dan permulaannya iaitu (permulaan pertama) adalah pada kemunculan Imam Al-Mahdi (as), di mana peringkat (marhalah) pertama bermula dan pengenalan yang akan membuka jalan bagi Alam Al-Raj3ah.

﴿وَلَهُ الْحُكْمُ﴾
yang bermaksud dan bagi-Nya-lah pemerintahan iaitu Hakimiyah Allah dengan pemerintahan (Hukum) Imam Al-Mahdi (as), dan Mahdi-mahdi (as) kemudian Al-Raj3ah, dan Hukum (peraturan) adalah untuk para nabi dan Rasul-rasul dan para Imam dan Aushiak.

﴿وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾
: dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan, kepada Allah SWT di Al-Raj3ah, iaitu untuk memberi ganjaran kepada orang yang soleh dengan pengislahan mereka, dan orang-orang yang jahat dengan kejahatan mereka sebagai balasan di Al-Raj3ah (dengan yang benar-benar beriman dan yang benar-benar kufur) [41] seperti yang diriwayatkan dari mereka (as),
Maka diukur bagi setiap yang zalim keseluruhannya, dan diukur bagi setiap yang soleh keseluruhannya, dan Allah akan membalas bela bagi para Nabi, Rasul dan Imam dari orang-orang yang jahat yang benar-benar kufur.

﴿وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَىٰ دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

((Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali.)) (Al-Sajadah 32:21),

dan Dan Kami rasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di Al-Raj3ah). Bagi akhirat maka puji-pujianlah di dalamnya yang lebih lengkap, lebih sempurna dan lebih besar; kerana ia adalah pendedahan sepenuhnya mengenai kebenaran dan kesesuaian masing-masing

﴿لَّقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَـٰذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ

((Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.)) [Qaf 50:22].

﴿وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ﴾

((Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan")) (Al-Araf 07:43),

Iaitu mengangkat Al-Ana –Keakuan dari dada mereka, dan masing-masing dengan sewajarnya diberikan (dikaut) dari rahmat Allah menurut bekasnya, dan dia akan diberi mengikut ukuran dia melakukan amalan solehnya] [42].
          




✡✡✡✡✡


_____________________
[41] - Mukhtasar Basa'ir Al-Darajat: ms 24





Tiada ulasan: