Khamis, 18 Jun 2015

19 06 2015

19 06 2015



KHUTBAH PERTAMA
                                                                                                 
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله،       يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

                                                                                                                                                                                                  
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Imam Ahmad Al Hassan (as) ditanya bagaimana Auliak Allah Memaksa Diri Mereka Kepada Sesuatu Yang Diredhai Allah ?

Jadi dia (as) menjawab: Demi Allah

، ﴿وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

{Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.} [ Surah Yusuf 12:53 ]

Jika saudara meminta, maka mintalah apa yang diminta al-Hussein (as): "Apa yang telah ditemui seseorang Engkau hilang (tiada)?" Dengan meminta saudara boleh tertakluk (terikat) kepada-Nya, Yang Maha Suci ini, setiap masa, kerana jika seseorang mengasihi sesuatu, penglihatan mereka akan dibutakan - lemah. Jika saudara terikat kepada-Nya SWT dan mengasihiNya pada setiap masa saudara tidak akan melihat yang lain selain Dia, dan saudara tidak akan kenal sesiapa selain dariNya SWT, bahkan, saudara akan melihatNya dalam segala-galanya, dan saudara akan melihat segala-galanya padaNya, Yang Maha Suci. Apa yang orang temui, Saudara hilang? Apa yang hilang pada orang, Saudara temui?

Ya, orang yang telah menemui Allah, dan sesiapa yang telah mengenali Allah, tidak rindukan yang lain, dan tidak kehilangan apa-apa, kerana dia telah mengenal bahawa Allah adalah segala-galanya. Dan sesiapa  yang kehilangan Allah, dan orang yang telah benar-benar menjadi jahil tentang Allah, telah mendapat sesuatu, dan rindukan segala-galanya, jadi [walaupun] seluruh alam ini dan apa yang ada di dalamnya tidak akan mengatasi kemiskinannya, kerana dia telah menjadi Kemiskinan itu sendiri.

Dan saudara dapati, setiap manusia menurut kejahilannya pada Allah, akan merasakan kadar kemiskinan yang sama dan yang akan tetap kekurangan dan dia tidak temui sesuatu yang boleh memenuhinya - kerana kejahilannya pada Allah - kecuali benda yang pada hakikatnya adalah seperti air garam (laut), peminum akan semakin berasa dahaga dan tidak dapat menghilangkan rasa dahaga mereka.

Kekayaan hanya pada Allah, dari Allah, dan sesiapa yang berpaling dari Allah, tidak akan menemui kekayaan sebenar dan akan kekal berjalan (mengejar) bayangan (fatamorgana), sampai dia musnah di tengah-tengah padang pasir.

Makrifah adalah segala-galanya, kerana itu Muhammad (S) berkata kepada Ali (as): "Wahai Ali Sesungguhnya satu jam berfikir adalah lebih baik daripada ibadat seribu tahun!")

Jadi aku katakan: Aku mohon apa yang mengangkat kelemahanku maupun kejahilanku. Semoga Allah melindungi saudara dan memberikan saudara kejayaan dan membantu saudara atas orang-orang yang seperti aku. Jika batu melihat kata-kata saudara ia akan menjadi lembut dan menerimanya, tetapi tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah -
لا حول ولا قوة إلا بالله
                                         
Jadi dia (as) berkata: (Saudara, insya Allah, lebih baik daripada ku. Bahkan, aku bermohon kepada Allah untuk mengasihani ku oleh pilihan saudara di sisiNya, kerana saudara telah menyokong kebenaran dan mendengar kata-kata Allah dan taat kepada Allah dan beramal dengan apa yang perintahkan kepadamu olehNya Yang Maha Suci. Tetapi aku, dikehendaki Allah yang menjadikan jalanku menyampaikan risalahNya kepada kamu, dan aku tidak melihat diri ku lebih baik daripada yang suci yang taat kepada Allah dan percaya kepada kata-kataNya. Semoga Allah memberikan saudara semua kejayaan dan semoga Allah membalas saudara dengan kebaikan.)

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Tentang awal tahun dengan Allah, Imam (as) telah diminta menjelaskan : Apakah awal tahun di sisi Allah mulai dari Lailatul Qadr (malam al-Qadar) ?

Jadi Imam (as) menjawab: (Ya. Awal tahun adalah pada bulan Ramadan, yang terlaksana (berlalu) takdir dari tahun sebelumnya berakhir pada Lailatul Qadr, dan nasib (takdir) baru dimulai dengan Lailatul Qadr (malam al-Qadar))

Jadi beliau ditanya lagi : Itulah sebabnya mengapa rasa takut pada bulan Mulia ini?

Jadi Imam (as) berkata: (Ketakutan adalah sepanjang masa, kerana bagaimana orang yang telah mengenal dirinya dan kegelapannya dan kekurangannya yang kekal yang tidak takut padanya? Sebelum Lailatul Qadr aku melihat suatu rukya, dan ia terkait dengan peristiwa yang telah berlalu, tetapi aku akan memberitahu Saudara rukya ini:

Aku melihat sekumpulan malaikat dan aku ingin melakukan pekerjaan, jadi aku meminta mereka untuk membawa kepadaku beberapa perkara yang berkaitan dengan pekerjaan ini. Jadi mereka membawakannya, tetapi mereka membantah dan berkata: Mengapa kamu menundukkan diri kamu untuk ini?! Kamu tidak dihakimi oleh Allah dan Kamu tidak punya dosa untuk ditebus !

Jadi, aku terus bekerja dan mengalami kesulitan atau kemungkinan bahaya. Dan setelah aku selesai, sewaktu aku meninggalkan tempat itu, aku berbicara kepada malaikat yang meminta aku untuk menghindari pekerjaan itu, jadi aku berkata kepada mereka : Dia tidak takut, ia juga tidak solat, tapi ia menjadi tidak murni dan berpaling, karena seperti yang Allah katakan, jadi kamu ingin supaya aku tidak takut?!

Saudara-saudara sekelian Ketakutan Itu Adalah Nikmat...


Telah berkata (as) ketikamana berlaku kesempitan di kalangan sebahagian saudara Ansar: Doa itu membalas tipu daya orang-orang yang zalim, maka berdoalah saudara kepada Allah dan berlindunglah saudara kepada Allah, serta berdoalah dengan doa Jausyan Al-Saghir. Ketakutan itu adalah nikmat yang membuatkan seorang hamba itu berlindung kepada Allah dan mendekatkan diri kepadaNYA serta mengingatkanNYA setelah kelalaiannya.

Kemudian (a.s) berkata lagi: Insya Allah bulan Ramadhan ini telah menghampiri kita untuk memasukkan kita ke dalam hari-harinya, maka tuntutanku dari seluruh ansar supaya tidak mengurangkan diri dalam membacakan doa-doa dan berlindung diri kepada Allah serta merendahkan diri kepadaNYA.

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ و ولدهی احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً
                                                                                                                              
Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Hassan pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkan dia di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.

         










اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم بِكُلِّ أَمْرٍ ﴿٤ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥



KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.



Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
               
Orang-Orang Yang Tergelincir (Murtad) Dari Landasan Dakwah

Perhatikan jawapan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani a.s kepada soalan yang diajukan kepadanya berkenaan orang-orang yang tergelincir (murtad) dari landasan dakwah selepas mereka menerimanya dan penentangan mereka terhadap dakwah.


Saya berharap kamu membaca Al Quran dan memikirkannya habis-habis, adakah mereka mengkhianati sunnah orang-orang yang terdahulu?

﴿وَقَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: Pada sebelah pagi dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula. (Aali Imran: 72)

Beramallah dan semoga Allah mengurniakan taufiq kepada kamu serta meluruskan kamu pada apa yang diredhaiNya, dan janganlah kamu mempedulikan orang yang telah dituliskan kesesatan ke atasnya. Amalan-amalan mereka hari ini akan dibalasi esok hari (hari pembalasan). Beramallah dan keluarnya mereka yang telah murtad daripada jalan kebenaran tidak sekali-kali memudharatkan kamu. Mereka dibalasi hari ini dengan dosa kejahatan yang telah mereka lakukan semalam dengan tidak menjadikan mereka layak untuk berada di kedudukan suci di kalangan Ansar para Anbiya dan Awsiya (a.s):

قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (Surah Hud: 46)

Dan simpati buat kamu di dalam firman Alah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Semoga Allah membalasi kamu dengan sebaik-baik pembalasan wahai orang-orang yang berbuat kebaikan dan mengurniakan taufik pada apa yang diredhaiNya, serta semoga Allah membantu kamu ke atas orang-orang yang tidak mampu memahami kata-kata.

Sebagai tambahan saya bawakan pertanyaan kepada Imam Ahmad Al-Hassan (as)      
Berapa harikah diperlukan berpuasa, pada hari-hari sihat, begitu juga dengan solat, jika ia tidak sihat dan terpaksa mengambil ubat-ubatan sebagai rawatan, apakah hukum (ketetapan) mengqadhakannya atau membayar kafarah?

Imam Ahmad Al-Hassan (as)      
Pesakit yang berhutang mengqadhakan solat dan puasanya adalah pada hari dia sihat, apabila dia pulih dari serangan penyakitnya sehingga sembuh dan membayar kafarah, dan apabila dia membayar kafarah dengan memberi makan orang-orang miskin, dia mesti berusaha melaksanakannya  sehingga sembuh dengan memberi makan orang-orang miskin, dan jika penyakitnya teruk dan tidak boleh berpuasa akan membayar fidyah tebusan mengikut jumlah hari dengan (3/4 kg) makanan.

Adapun solat boleh mengqadhakannya dengan duduk atau lain-lain cara mengikut apa yang boleh dilakukannya atau kesesuaian penyakitnya.
                           
                         


 اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                                         
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

                            
                                                         اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ﴿١ مَلِكِ النَّاسِ ﴿٢ إِلَـٰهِ النَّاسِ ﴿٣مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ﴿٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿٦








Tiada ulasan: