Selasa, 16 Jun 2015

15) Masih ada soalan mengenai Al-Raj3ah

15) Masih ada soalan mengenai Al-Raj3ah



Apa yang telah dibentangkan adalah jawapan Imam Ahmad Al-Hassan (as) kepada banyak soalan yang menarik mengenai Al-Raj3ah, dan tidak lain daripada dia yang mengetahui apa jua mengenainya selepas kita lihat kejahilan para ulamak dalam usaha mereka untuk menjelaskan Al-Raj3ah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Dan demi sesungguhnya, masih terdapat banyak soalan-soalan, yang jawapannya adalah tidak jelas (kabur) di sisi orang-orang mukmin, sebagaimana soalan-soalan yang telah dibentangkan dalam senarai ringkas (di atas) yang tiada siapa yang boleh menjawabnya selain Yamani Aali Muhammad, begitu juga dengan soalan-soalan yang dijangka akan ditanya sama ada ia adalah mengenai Al-Raj3ah atau dari perkara-perkara besar (Al-3adzaim) yang lain yang telah membingungkan akal manusia.

Saya katakan kepada semua orang: Selepas telah terbukti kepada anda dari ilmu pengetahuan Al-Syed Ahmad Al-Hassan dalam perkara-perkara besar (Al-3adzaim) dengan kata-kata Aali Muhammad (as), dan telah membuktikan tertolaknya apa yang ada di tangan anda daripada apa yang kamu fahami dari ulamak kamu, bahkan amat jelas sekali mereka sangat perlukan beliau dan bukan sebaliknya, apakah tidak cukup lagi dalil-dalil itu untuk anda membenarkan risalah Ilahiyah yang dia serukan kepada kamu, dan untuk anda mengetahui bahawa dia adalah washiy bapanya Al-Mahdi dan utusannya kepada manusia, dan bahawa dia adalah Al-Qaim yang ditunggu-tunggu dan Yamani yang dijanjikan!! Renungkanlah, semoga Allah member hidayah kepada kamu.

والحمد لله رب العالمين
، وصلى الله على محمد وآل محمد
الائمة والمهديين الطيبين الطاهرين وسلم تسليما كثيرا

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam Mahdi-mahdi yang baik dan disucikan dan limpahan salam pengiktirafan.



                              






✡<< sebelumnya ✡✡✡ Tamat >>✡


                      

Tiada ulasan: