Khamis, 11 Jun 2015

10) Iqtikad Al-Raj3ah dan Mahdi-mahdi (as):

10) Iqtikad Al-Raj3ah dan Mahdi-mahdi (as):


Akhirnya banyak kegemparan  (kekeliruan) dari sebelumnya. Sebahagian dari mereka yang separuh berilmu mendakwa bahawa Mahdi-mahdi yang telah disebut di dalam Wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda, adalah 12 Imam-Imam itu sendiri, ini adalah sebahagian daripada apa yang mereka katakan. Yang lain pula melihat bahawa Mahdi-mahdi adalah Aushiak dan psrs Hujaj, tetapi kewujudan dan peranan mereka berlaku hanya di dalam Al-Raj3ah. Dan kata-kata dari pihak yang ketiga pula telah menghalang pendakwanya dengan jalan untuk menggabungkan kedua-dua riwayat daripada Mahdi-mahdi dan Al-Raj3ah, mereka mendakwa bahawa terdapat percanggahan antara keduanya dan telah mengemukakan riwayat-riwayat Al-Raj3ah.

Dan kepada orang-orang seperti itu, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) telah menjawab dengan berkata:

[Secara umumnya semoga Allah memberikan kamu kejayaan, terdapat banyak riwayat-riwayat mutawatir yang mengatakan bahawa terdapat 12 Mahdi-mahdi dari anak-anak Al-Imam Al-Mahdi (as) dan mereka adalah Khalifah-khalifah Allah di muka bumiNya, dan terdapat juga banyak riwayat-riwayat yang mengatakan terdapat Raj3ah. Oleh itu kedua-dua aqidah disahkan dengan banyak riwayat-riwayat yang mutawatir, dan orang-orang yang menafikan sama ada ia seorang jahil yang fikirannya tidak memberi manfaat kepada dirinya dan tidak mempunyai ilmu untuk mengumpul dan mencari pemahaman yang sesuai antara riwayat-riwayat dengan gambaran yang sahih dan diterima, atau hanyalah keras kepala (degil) dan sombong dan mahu menutup sinar matahari dengan ayak penapis (kain jarang), jika tidak apa maknanya menafikan kebenaran yang terdapat dalam banyak riwayat-riwayat yang diriwayatkan oleh ramai para ulamak Syiah dari generasi ke generasi ?!

Adapun orang-orang yang jahil yang mengatakan: Bahawa Mahdi-mahdi hanya terdapat di Al-Raj3ah, maka dia adalah jahil dan tindakannya tidak berperaturan (disiplin); kerana Al-Raj3ah adalah bagi orang-orang yang hidup dalam alam (dunia) Jasmani ini di hadapannya, dan Al-Raj3ah adalah untuk mereka yang benar-benar beriman maka Mahdi-mahdi harus dari mereka yang benar-benar beriman di alam (dunia) Jasmani ini sebelum mereka kembali.

Oleh itu, bagi orang-orang yang mengatakan bahawa mereka berada di dalam Al-Raj3ah, maka dia telah mengesahkan peranan mereka yang amat istimewa dan penting dalam alam (dunia) Jasmani ini, dan dengan itu dikembalikan perkara itu apabila disahkan mereka kembali sebagai Hujaj Allah atas penciptaan-Nya juga telah membuktikan peranan mereka dalam alam (dunia) Jasmani dan mereka juga adalah Hujaj Allah, maka di manakah peranan mereka sebagai Hujaj Allah di alam (dunia) Jasmani, tidakkah selepas 12 Imam-imam?!

Bagi yang tetap dengan kebodohan dan mengatakan: Bahaea Mahdi-mahdi adalah diri para Imam sendiri, saya rasa ini tidak perlu dijawab, kerana riwayat-riwayat yang jelas bahawa Mahdi-mahdi adalah dari anak-anak Al-Qaim dan dari anak-anak Al-Hussain dan dari anak-anak Ali dan Fatimah, maka bagaimana diri mereka sendiri boleh menjadi Imam-imam yang di dalam riwayat-riwayat telah menyebutkan bahawa mereka adalah dari zuriat Al-Hussain (as), maka adakah Al-Hassan atau Ali dari keturunan Al-Hussain ?! Jadi bagaimana pula mereka adalah Imam-imam yang disebut dalam riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa mereka adalah dari keturunan Imam Al-Mahdi (as), adakah Ali, Al-Hasan, Al-Hussain dan para Imam dari keturunan Imam Al-Mahdi ?!

Sebenarnya, dakwaan ini hanya menunjukkan kebodohannya.

Ini adalah tambahan kepada riwayat-riwayat yang menyebutkan Mahdi-mahdi dengan jelas dan menerangkan zaman mereka adalah selepas para Imam dan tidak menyebut bahawa mereka adalah di Al-Raj3ah, dan tidak ada satu riwayat pun yang mengatakan bahawa mereka hanya berada dalam Al-Raj3ah sahaja, jadi dari mana mereka datangkan pembohongan yang bodoh ini yang membuat sesiapa saja yang mendengar kata-kata mereka menyedari bahawa mereka adalah kaum yang Allah telah ambil akal-akal mereka yang dengannya Allah memanjangkan nikmat akal yang Allah berikan kehidupan kepada mereka.].

Beliau juga mengatakan:

[..juga ketahuilah: bahawa Mahdi-mahdi adalah tanda-tanda Al-Sa’ah dan waktu yang ditetapkan, dengan yang terakhir dari mereka akan mengakhiri alam (dunia) Jasmani ini, dan bermula Alam Al-Raj3ah kemudian hari Kiamat:

﴿يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَىٰ وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

((Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan Al-Hajj; Dan bukanlah kebajikan itu memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa. Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.)) (Al-Baqarah 2:.. 189) ...] [50]



✡✡✡✡✡

_____________________







Tiada ulasan: