Selasa, 17 Disember 2013

Tuhan Langit Dan Tuhan Bumi

Tuhan Langit Dan Tuhan Bumi
15 Jan 2013
Baqiyat Allah


Soalan 155: Allah swt berkata,

وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَـٰهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَـٰهٌ ۚ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ 

“Dan Dialah Tuhan di langit, dan Tuhan di muka bumi. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana , lagi Maha Mengetahui .” ¹ Mengapa pembezaan yang dibuat antara Tuhan di langit dan Tuhan di bumi, sedangkan Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Esa di langit dan di bumi?

Jawapan: Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam

Ini bermakna ketuhanan mutlak adalah untuk Allah swt di langit dan di bumi, di mana yang berlawanan dengan kenyataan yang mengatakan bahawa ketuhanan mutlak Allah swt di langit manakala ketuhanan mutlak di muka bumi adalah untuk Isa as atau para hujjat Allah as, sama seperti apa yang berlaku pada masa para Imam as, bagi sesiapa yang mendakwa diri mereka dari mereka dan dari keturunan mereka as berkata bahawa mereka (para Imam) adalah Tuhan di bumi, yang bererti bahawa mereka mempunyai ketuhanan mutlak di bumi.

Dan mereka as menolak kenyataan ini dalam hadith-hadith riwayat mereka as. Merujuk kepada apa Sh. al-Kulaini riwayatkan di dalam kitab al-Kafi, dari Imam al -Sadiq as .²

Ahmed al –Hasan

Wasi dan Utusan Imam al- Mahdi as

___________________
1. 43:84
2. Hisham bin al-Hakam berkata, "Abu Shakir al-Daisani berkata kepada ku, aku bertanya, “Apa dia?” Dia menjawab, “Ia adalah' Terdapat satu ayat dalam al-Quran iaitu hujjah kami terhadap kamu.”: {Dan Dialah Tuhan di langit, dan Tuhan di muka bumi.} ' Jadi aku tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Semasa musim Haji Saya memberitahu Imam Abu Abdullah as, maka dia berkata, “Ini adalah kata-kata seorang kafir yang berniat jahat . Apabila kamu kembali tanya kepadanya apa namanya ketika berada di al-Kufah, dia akan berkata fulan dan fulan. Kemudian tanya kepadanya apa namanya ketika berada di al- Basrah, dia akan berkata dan fulan dan fulan. Kemudian beritahu dia begitulah halnya dengan Tuhan kita; Dialah Tuhan di langit , Tuhan di bumi, Tuhan di lautan, Tuhan di padang pasir, di mana-mana satu Tuhan ' "al-Kafi Jil. . 1 halaman 128.

- Lihat lebih lagi di:

Tiada ulasan: