Ahad, 29 Disember 2013

Hubungkait Antara Duabelas Mahdi Dan Al Yamani

Hubungkait Antara Duabelas Mahdi Dan Al Yamani

dikirim oleh Muhammad Eshraq


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu yang terkeliru dengan dua tanggapan salah. Mereka mendakwa:

Keperluan Duabelas Mahdi muncul selepas Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), sepertimana yang disebutkan di dalam wasiat “ kesemua mereka adalah duabelas Imam. Setelah itu akan ada duabelas Mahdi selepas mereka”. Jadi, Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mungkin menjadi Mahdi yang pertama di kalangan duabelas Mahdi kerana beliau hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s).


Al Yamani dan Mahdi Pertama tidak mungkin peribadi yang sama.

Kedua-dua tanggapan salah ini berlaku hasil daripada salah faham, penafian atau terlepas pandang hadis-hadis yang menyebutkan tentang duabelas Mahdi dan Al Yamani. Di sini, kami akan cuba membahaskan poin-poin penting yang menghubungkan kedua-dua karakter berdasarkan hadis-hadis. Hujah-hujah yang sewajarnya juga akan dipaparkan bagi menjelaskan bahawa kedua-dua konsepsi salah ini adalah bersifat anggapan semata-mata, dan kebenaran adalah sepertimana yang diterangkan di dalam wasiat Rasulullah (sawa).

Bagi membetulkan tanggapan salah yang pertama, kami akan mengkesampingkan pendapat sendiri sambil menganalisa dan lebih penumpuan kepada hadis-hadis Rasulullah (sawa) dan para Imam (a.s). Terlebih dahulu kami akan menyenaraikan beberapa hadis berkaitan dengan duabelas Mahdi dan membicarakan tentangnya kemudian.

Telah berkata Imam Sadiq (a.s): “Di kalangan kami selepas Qa’em, akan ada duabelas Mahdi daripada keturunan Hussein (a.s).” Ghaybat Al Tusi ms 385

Telah berkata Imam Sajad a.s: “Qa’em akan muncul di kalangan kamu dan selepasnya akan ada duabelas Mahdi.” Sharh Al Akhbar 3/400

Sabda Nabi Muhammad (sawa): “Wahai Ali, akan ada duabelas Imam dan selepas mereka akan ada duabelas Mahdi.” – wasiat yang disebutkan oleh Syeikh Tusi di dalam Ghaybah Al Tusi, ms 150 dan berbagai sumber lagi.

Jelas terbukti melalui hadis-hadis di atas, bahawa terdapat duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Ini adalah benar dan kami menerimanya. Moga-moga mereka yang menyembah Allah swt juga menerimanya.

Tetapi kenapa mereka menganggap bahawa Mahdi Pertama tidak boleh hidup semasa hayat Imam keduabelas?

Setelah melakukan penelitian kami dapati bahawa ianya tidak pernah disebutkan di dalam hadis. Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) telah dilahirkan lebih 1000 tahun yang lalu dan kita sekarang berada di zamannya selaku Hujjah Allah. Dia adalah hujjah Allah ke atas kita. Maka, pemegang wasiatnya juga mestilah Hujjah Allah, ini adalah fakta, kerana Hujjah Allah hanya akan digantikan dengan Hujjah Allah jua (rujuk kepada sabda Nabi (sawa) kepada Ali a.s, yang dia disisinya adalah umpama Harun a.s disisi Musa a.s, dan perlu diingat bahawa kesemua karakter tersebut adalah maksum dan merupakan Hujjah Allah). Berpandukan ini, sewajarnya pemegang wasiatnya hidup semasa hayat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) kerana suatu hari nanti akan berlaku penggantian.

Persoalan yang harus kita jawab setelah itu adalah, Apakah mustahil bagi seorang pemegang wasiat itu hidup semasa hayat orang yang bakal digantikannya? Tidak, ianya tidak mustahil sama sekali, bahkan senario sebaliknya adalah mustahil kerana pemegang wasiat mesti hadir semasa hayat orang yang bakal digantikannya.

Mari kita renungi semula sejarah.

Pemegang wasiat kepada Nabi Muhammad (sawa) adalah Imam Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Ali (a.s) adalah Imam Hassan bin Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Hassan bin Ali (a.s) adalah Imam Hussein bin Ali (a.s). Ini jelas membuktikan bahawa Pemegang wasiat mesti hidup semasa hayat mereka yang bakal digantikan. Begitu juga Pemegang wasiat kepada Imam Hussein (a.s) adalah Imam Sajad (a.s), dan Pemegang wasiat kepada Imam Sajad (a.s) adalah Imam Baqir (a.s). Ketiga-tiga mereka (a.s) berada di Karbala pada waktu dan tempat yang sama. Jelas menunjukkan kepada kita bagaimana Pemegang wasiat mesti hadir di masa hayat mereka yang bakal digantikan.

Secara logiknya Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) mesti hadir di masa hayatnya sekarang. Senario sebaliknya adalah bersalahan dengan logik berdasarkan sirah para Nabi, Rasul dan pemegang-pemegang wasiat terdahulu. Ini adakah faktanya yang tidak dapat disangkal lagi, dan pemegang wasiat tersebut mestilah dari susur galur keturunan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) (berdasarkan rujukan hadis Syiah yang sahih), dan bumi ini tidak boleh wujud tanpa wujudnya Hujjah (juga dari sumber hadis Syiah yang sahih).

Sumber hadis manakah yang menidakkan kehadiran Pemegang Wasiat ketika keghaiban Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)? Begitu juga, sumber manakah yang menyebutkan bahawa Pemegang Wasiat harus hadir setelah kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)?

Tidak ada sumber yang menyatakan sedemikian dan kebenaran telah didedahkan melalui KalamNYA dan kata-kata Hujjah yang dilantikNYA, sepertimana berikut:

Telah berkata Imam Sadiq a.s: “Dari kalangan kami selepas daripada Qa’em, kami akan mempunyai duabelas Mahdi dari keturunan Hussein a.s”. Ghaybah Al Tusi ms 385.

Hadis ini jelas merujuk kepada kekuasaan iaitu akan wujud kekuasaan Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi setelah berakhirnya kekuasaan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s). Inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Imam Sadiq (a.s) dan bukan bermaksud Pemegang Wasiat yang bakal dilahirkan selepas kewafatan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), kerana hal yang sedemikian adalah mustahil sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Setelah kekuasaan Mahdi Pertama, maka akan wujud kekuasaan Mahdi Kedua dan seterusnya. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis kerana hadis dan logika tidak pernah berpisah.

Apa pula hujah kalian bahawa Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi a.s akan muncul di masa keghaibannya?

Hujah berikut bagi menjelaskan tanggapan salah terhadap masalah nombor dua. Mari kita teliti dan berikan lebih tumpuan kepada hadis bagi menjawab persoalan ini.

Sebelum itu, amat wajar sekali untuk mempercayai bahawa Nabi Muhammad (sawa) telah mengkhabarkan kepada kita tentang duabelas Mahdi yang akan datang selepas duabelas Imam, dan duabelas Mahdi ini adalah merupakan Pemegang Wasiat dan mereka adalah Hujjah Allah. Sepertimana disebutkan dalam hadis bahawa bumi tidak akan kosong dari Hujjah. Hadis juga memberitahu kita bahawa akan ada duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Sewajarnya kita mengimani kesemua duabelas Mahdi dan duabelas Imam yang Nabi (sawa) sebutkan di dalam wasiatnya, dan sesungguhnya kesemua mereka adalah khalifah pilihan Allah swt di muka bumi ini.

Perlu diperhatikan juga hadis yang menyebutkan bahawa Al Yamani akan menewaskan Sufyani. Mari kita perhati dan teliti hadis-hadis tersebut:

“Yang akan memerangi Sufyani adalah orang-orang dari timur, khalifah Al Mahdi, dan dia akan menewaskan Sufyani di Syam (Syria).” Sharh Ahqaq Al Haq bab 29, ms 62.

Sekarang kita sedia maklum bahawa Al Yamani akan mengalahkan Sufyani dan hadis di atas secara terang memberitahu kita bahawa Sufyani akan dikalahkan oleh khalifah Al Mahdi.

Rasulullah (sawa) telah bersabda: ”Seorang lelaki daripada timur dengan bendera hitam kecil akan membunuh lelaki dari Syam, dan dia adalah seorang yang patuh kepada Mahdi (a.s).” Al Mahdi Al Maw’ood Al Muntazer bab 30, ms 238.

Berdasarkan hadis di atas, kedua-dua Al Yamani dan Sufyani adalah merupakan tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), dan Al Yamani akan mematuhi arahan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) samada sebelum dan selepas kemunculannya. Dengan kata lain, Al Yamani adalah khalifah Al Mahdi dan seorang yang patuh kepada arahan Imam Mahdi (a.s), sehingga dapat menewaskan Sufyani dari Syam. Al Yamani juga adalah Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah sepertimana yang dibuktikan dalam hadis-hadis.

Apa yang tersurat di dalam ayat Quran seperti yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq (a.s) adalah amat penting dalam memahami perkara ini:

Mufadhal Ibnu Umar telah bertanya kepada Imam a.s:”Apakah Imam Mahdi a.s yang ditunggu dan dijangkakan akan muncul pada waktu yang ditentukan, dan dikenali kebanyakan manusia?” Imam a.s menjawab:”Semoga dijauhkan Allah daripada diketahui masa kemunculan Imam Mahdi a.s oleh Syiah kami.” Mufadhal bertanya lagi: “Mengapa sedemikian, wahai Imam?” Imam a.s menjawab:”Kerana ia adalah “Saa’ah” yang Allah swt rujuk ketikamana DIA berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) Saa’ah itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai “Saa’ah” itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Dia adalah juga “Saa’ah” yang Allah swt firmankan: “Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya?” Firman Allah swt:”Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan “Saa’ah” [yaitu] kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila “Saa’ah” sudah datang?” Firman Allah swt lagi: “Telah dekat [datangnya] “Saa’at” itu dan telah terbelah bulan”. FirmanNya lagi: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan Saa’ah; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.”Orang-orang yang tidak beriman kepada “Saa’ah” itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai “Saa’ah” itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” Bihar Al-Anwar, Alamah Al-Majlisi, vol. 53,ms. 1.

Saa’ah yang dimaksudkan Quran adalah Imam Mahdi (a.s) sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Sadiq (a.s). Doa untuk Imam Mahdi a.s juga ada menyebutkan tentang perkataan tersebut dan ianya amat signifikan.

Apa pula kata Rasulullah (sawa) berkaitan dengan “Saa’ah” (iaitu Imam Mahdi a.s sepertimana yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq a.s). Rasulullah (sawa) telah bersabda: “Saa’ah tidak akan tiba sehingga bangkitnya seorang lelaki yang bersama dengan kebenaran, apabila Allah swt membenarkan perkara yang sedemikian. Barangsiapa yang mengikutinya akan terselamat dan barangsiapa yang tidak, akan hancur binasa. Wahai hamba-hamba Allah, bersegeralah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak merentasi salji kerana dia adalah khalifah Allah swt dan khalifahku.” Dala’il Al-Imamat, by At-Tabari, p. 452; Bihar Al-Anwar, vol. 51, p. 65.

Justeru, kemunculan Imam Mahdi a.s adalah selepas hadirnya seorang lelaki yang bangkit dengan kebenaran. Lelaki itu adalah merupakan khalifah Rasulullah (sawa) Al Yamani.

Apa lagi yang kalian ketahui mengenai Al Yamani?

Nabi Muhammad (sawa) telah bersabda:”Akan ada seorang lelaki yang datang dari keturunan lelaki ini (Abbas) yang akan memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan kekejaman, dan akan ada juga dari keturunan lelaki ini (Ali a.s) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan ketenangan. Sekiranya kamu melihat perkara ini berlaku, hendaklah kamu bersama-sama dengan lelaki ini, kerana dia adalah Al Yamani yang datang dari timur dan membawa bersamanya panji Al Mahdi.” Mahdi Al-Muntazer Al-Maw'ood bab 2/ms.207

Terbukti Al Yamani akan hadir sebelum Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) dan mengajak kepadanya sepertimana dia mendapat petunjuk dan juga berperang dengan Sufyani.

“Walaubagaimanapun, yang paling mendapat petunjuk di kalangan mereka adalah Al Yamani kerana dia mengajak kepada kebenaran.” As-Sirat Al-Mustaqeem vol. 2, An-Nibaty Al-Amili, ms. 250.

Imam Muhammad Al baqir telah berkata: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani. Ianya adalah panji kebenaran kerana dia mengajak kepada kebenaran. Ketikamana dia muncul penjualan senjata adalah dilarang kepada manusia dan kepada setiap muslim. Benar, ketikamana dia muncul, bersegeralah kamu kepadanya kerana panjinya adalah panji yang mendapat petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan barangsiapa yang melakukan sedemikian akan dicampakkan ke dalam api neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan petunjuk.” Al-Ghaybah An-Nu'mani, p. 264

Imam Sadiq a.s telah berkata:”Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. Bihar Al Anwar v.52 p.210

Kesimpulan yang dapat kami hubungkaitkan dalam kes ini adalah:

1) Mahdi Pertama di kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah, dibuktikan oleh hadis.

2) Al Yamani adalah Khalifah, dibuktikan oleh hadis.

3) Al Yamani hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi a.s di masa keghaibannya, dibuktikan oleh hadis.
Mahdi pertama berkuasa setelah Kekuasaan Imam Muhammad Al mahdi a.s, juga ditunjukkan oleh hadis.
Kesemua ini telah dibuktikan dan dijelaskan oleh hadis-hadis Nabi (sawa) dan para Imam a.s. Moga-moga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang tetap dengan kebenaran dan tidak mengabaikan Quran serta Ahlulbayt a.s, atau kata-kata mereka. Moga-moga Allah memberikan kami kemampuan untuk mendengar dan memahami mereka.

Semoga Allah memberkati setiap pencari kebenaran. Sesungguhnya Sayyid Ahmad Al Hassan a.s telah tiba di Akhir zaman dan dia adalah pengklaim sebenar, sepertimana yang dijelaskan oleh hadis:

Imam Abu Abdillah a.s berkata: “Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapa pun melainkan empunyanya, jika tidak Allah akan memendekkan umurnya.” Al Kafi v.1, ms.373.

Tiada ulasan: