Soalan/35: Apakah makna
"Maha Suci Allah Yang Maha Agung" (سبحان ربي العظيم وبحمده)?
Jawapan:
Tasbih bermakna penyucian
(tanzih) daripada segala kekurangan, dan al-Hamd (الحمد) ialah: sanjungan (الثاء), pujian (المدح) dengan
kesempurnaan. Adapun hakikatnya bahawa tasbih itu tidaklah terjadi (dilafazkan)
daripada hamba melainkan dengan sanjungan pada Tuhan, dan zikir ini ialah
tasbih dengan sanjungan pada Allah subhanahu wa ta'ala. Zikir ini menjadi
keterangan bahawa tasbih tidak akan berlaku melainkan dengan (perbuatan)
sanjungan. Oleh yang demikian, maka semua doa merupakan pujian (مدح), sanjungan (ثناء), dan
puji-pujian (حمد), dan
penghulu bagi sekalian orang-orang yang bertasbih ialah Pemuji yang bernama
Muhammad (SAW).
✡✡✡✡✡
Soalan
/ 36: Apakah perbezaan di antara zikir rukuk: (سبحان ربي العظيم وبحمده) Maha suci Tuhanku Yang Maha Agung dan pujian baginya.
Dengan
(سبحان ربي الأعلى
وبحمده) Maha suci Tuhanku
Yang lagi Maha Tinggi dan pujian baginya?
Jawapan:
rukuk adalah keadaan melakukan dan merasa kerendahan dari hamba kepada Allah
SWT pada martabat Zat (Allah), dan zikir ini adalah berkenaan dengan merendahkan
diri pada martabat Huwa (Dia) Allah ialah: Memuji Pembimbing yang Maha Agung atau
Maha Tinggi.
Adapun
Sujud adalah: adalah keadaan melakukan dan merasa kerendahan dari hamba kepada
Allah SWT pada martabat “Hakikat” atau “Al-Kunhu” (الكنه أو الحقيقة) dan zikir ini adalah berkenaan dengan merendahkan diri pada
martabat Huwa (Dia) Allah: iaitu: Memuji Pembimbing (al-Murabi) yang Maha Teragung
atau Maha Tertinggi. Maka martabat Hamba dalam mengenal TuhanNya di dalam sujud
lebih besar dari martabat dalam mengenal TuhanNya pada masa rukuk.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan