Khamis, 12 Disember 2013

Perkembangan Dakwah Al-Yamani Di Seluruh Dunia


Perkembangan Dakwah Al-Yamani Di Seluruh Dunia

Dikirim olah Muhammad Eshraq

Wbt Assalamualaikum,

Ini adalah kata-kata terkini daripada Imam Ahmad as menyentuh tentang perkembangan dakwah yang berlaku di seluruh dunia. Alhamdulillah, nama Malaysia, Singapore dan Thailand juga disebutkan oleh Imam as.

Imam Ahmed Al-Hasan a.s. berkata:

Bekerjalah dengan tenang dan berterusan/gigih, dan jangan biarkan orang-orang yang jahil membangkitkan kemarahan kamu, dan jangan putus asa atau meninggalkan kerja atas sebab kebosanan/keletihan, kerana pada hari ini, seperti yang anda lihat, Da'wah sedang berjalan dengan kuat, dan orang beriman dalam jumlah yang besar, sesungguhnya inilah sebabnya mengapa, musuh-musuh membangkitkan kemarahan dan cuba untuk mengganggu kamu.

Di Iran, jumlah mereka yang beriman adalah sangat besar. Ia menjadikan [seperti] kerajaan tidak mempunyai kemungkinan/cara untuk mengawal dakwah ini dan orang-orang yang beriman, dan solat-solat Jumaat menjadi terlalu banyak, juga di Thailand, malah Imam-Imam di Husseiniyaat (madrasah) beriman dan segala puji tertentu bagi Allah, begitu juga di Malaysia, Singapura dan lain-lain . Perkara-perkara yang berada dalam pengembangan utama, dan anda tahu keadaan di Iraq, di sana, orang beriman sentiasa bertambah ramai. Kamu semua sentiasa meningkat, dan ini bermakna, dari segi masa, (adalah) pengakhiran mereka. InsyaAllah, jadi bertahanlah dan tetap teguh .

Safar 1435

Tiada ulasan: