Imam
SAW Facebook Post: Jenis
Ulama dan Penangkapan
24
Disember, 2012
pengguna
Super
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dan
puji-pujuan tertentu bagi Allah.
Salam ke atas kamu, rahmat Allah
dan keberkatanNya.
Saya memohon kepada Allah agar
semua pengunjung laman ini dalam keadaan baik dan dalam kesihatan yang baik,
dan Dia mengampuni hamba-hambaNya di antara mereka yang berada dalam kesilapan,
dan Dia merubah akal dari orang-orang yang berkelakuan tidak sesuai.
Sebelum ini, kami menerima
surat yang dihantar oleh seorang ulamak yang terkenal di kalangan Syiah umum
dari kedua-dua Hauzah al-Najaf dan Qum khususnya. Dan dia, semoga Allah
memberi ganjaran kepadanya dengan kebaikan, dia berkata kini sedang mengkaji
seruan dengan teliti dan terperinci dan berharap dia akan menemui kebenaran.
Saya bermohon kepada Allah untuk menyokong beliau dan meluruskan jejak
langkahnya kerana dia telah mengambil langkah-langkah ke arah Allah dan melawan
"Ana" dan kehidupan duniawi dan Syaitan. Dan kehendak Allah, Allah
tidak akan meninggalkan seseorang yang seperti dia. Kami memohon kepada Allah agar
Dia memeterainya dengan baik kepadanya dan melimpah kepadanya kekuatan dan
kesabaran agar dia mengisytiharkan kepercayaannya jika Allah menyokong beliau
untuk mempercayai. Dan saya bermohon kepada Allah untuk memberkatinya dan
merahmatinya, kerana Dia adalah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani dan
Dialah yang membantu saya, dan Dia menolong orang-orang yang benar.
Saya katakan ini supaya semua
orang tahu bahawa kata-kata saya sebelum ini dan akan datang tidak diarahkan
kepada orang-orang seperti ulamak ini, semoga Allah membantu beliau, atau
orang-orang yang tidak memerangi seruan kebenaran. Sebaliknya, kata-kata kami
ditumpukan kepada ulamak tidak beramal dan ulamak yang menentang kebenaran dan
yang mempertahankan perkara yang salah di mana mereka berada di dalamnya,
walaupun selepas kita menjelaskan kepalsuan mereka dengan penyangkalan menyeluruh
yang mereka tidak dapat menafikannya.
Beberapa hari lalu, saya telah minta adakan perdebatan dengan ulamak dan saya minta kepada mereka untuk
membuktikan ajaran kewajipan bertaqlid kepada bukan ma'sum yang mereka
percaya, selepas saya benar-benar menafikan perkara itu kepada mereka dan saya minta
mereka untuk mengulas terhadap bukti seruan Imam al-Mahdi, yang diterbitkan
dalam buku “The Sacred Will”- (Wasiat Suci) itu. Saya kemudian pergi lebih jauh lagi
dan bertanya kepada mereka beberapa soalan saintifik tentang membuktikan kewujudan
Allah dan saya menunggu jawapan mereka agar perdebatan saintifik antara mereka
dan saya dimulakan, dan untuk kita dan untuk umat manusia melihat apakah
kebaikannya.
Tetapi malangnya , semalam saya
menerima jawapan ulamak-ulamak, yang ingin menangkap Sayyid Hassan al-Hamami
yang suci, anak ulamak Allah yarham Muhammad Ali al-Hamami, semoga Allah
merahmatinya, dan penangkapan sheikh al Kathem an-Nasiri di al-Najaf. Dan ia tidak
membantu sayyid Hassan al-Hamami walaupun dia adalah anak kepada seorang ulama
dari ulama yang paling terkenal Syiah dan datuknya juga dari ulama terkenal
Syiah . Dan ia tidak membantu sayyid Hassan al-Hamami walaupun beliau pernah
menjadi imam sembahyang di Maqam Imam Ali as, dan ia tidak membantu Sayyid Hassan
al-Hamami itu walaupun dari ulama Syiah dan dia mempunyai penerimaan terbuka mengajar
ilmu-ilmu di Hauzah dan membantu golongan miskin dan pelajar-pelajar Hauzah di
hadapan Maqam Imam Ali as . Dan ia tidak membantu sayyid Hassan al-Hamami walaupun
dia adalah warga tua dan sakit. Ini adalah bagaimana sayyid suci dan mulia yang ditangkap satu demi satu dari masa ke semasa, hanya kerana beliau percaya Ahmad al-Hassan
adalah benar. Jika tidak, apakah kesalahan sayyid Hassan al-Hamami yang membantu
golongan miskin dan tidak melakukan pencerobohan terhadap sesiapa? Adakah kamu
menuduhnya bersalah supaya dia dihantar ke penjara sekarang dan kemudian? Saya
bersumpah demi Allah, apa yang kamu lakukan kepada Sayyid Suci Hassan al-Hamami
tidak lama lagi akan menjadi satu kehinaan yang besar di kepala anda.
Lihat, Wahai manusia, Wahai
orang-orang yang adil, apa yang saya hadirkan dan bagaimana orang-orang yang
memanggil diri mereka ulamak bertindak balas.
Saya membentangkan pengetahuan
yang telah disampaikan oleh para Imam bapa-bapa saya yang soleh as. Dan
orang-orang yang memanggil diri mereka "ulamak" menunjukkan kejahilan
dan setanding dengan manusia jahiliah. Dan jawapan mereka kepada saya adalah
sama seperti sambutan semua penindas kepada nabi-nabi dan Rasul dan kepada
nenek saya, para Imam as: Penjara dan pembunuhan,
وَقَالَ
الْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي
الْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ ۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ
وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ ﴿١٢٧﴾ قَالَ مُوسَىٰ
لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّـهِ وَاصْبِرُوا ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّـهِ يُورِثُهَا
مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖوَالْعَاقِبَةُ
لِلْمُتَّقِينَ ﴿١٢٨﴾
{Dan berkatalah pula
Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau hendak membiarkan Musa dan
kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi dan meninggalkanmu serta tuhan-tuhanmu?"
Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita
biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai
mereka".
Musa
berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan
bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa."}
Surah al- Araf 7:127-128 .
Jadi Imam Musa bin Jafar as
meninggal dunia dalam penjara kerana serban-serban ✡
Abbasiyyah tidak mampu menyangkal hujjah dan pengetahuannya, jadi
mereka hanya boleh memenjara dan membunuhnya untuk melenyapkan kesusahan yang
mereka alami.
Adakah masih terdapat apa-apa kekeliruan
tentang persamaan perkara saya berbanding bapa saya para Imam , dengan yang menyeru
kebenaran!
Malangnya,
kejahilan umat menyebabkan Ali as tinggal di rumahnya selama dua puluh lima
tahun, dan bahagiannya hanya lima tahun di mana semua Syaitan-syaitan, manusia
dan jin berkobar-kobar melawan beliau, dan bahagiannya adalah lapan puluh tahun
penghinaan di atas minbar, yang bersamaan dengan saluran televisyen agama hari
ini. Tetapi hasilnya, datanglah generasi yang membaca kata-kata Ali as dan
memahami kebenaran dan meludah kubur Muawiyah. Hari ini, ulamak-ulamak itu bertaruh
bahawa bahagian Ahmad al-Hassan akan menjadi seperti bahagian Ali as. Tetapi
adakah mereka percaya bahawa generasi yang akan datang akan membaca apa yang
Ahmad al-Hassan telah tulis, dan memahami kebenarannya dan akan meludah ke atas
kubur masing-masing? Iaitu, jika mana-mana kubur masing-masing masih kekal.
---------------------------------------
✡ Abbasiyyah mendapat kuasa pemerintahan dengan menyeru hak Ahlulbayt as,
kerana Abbasiyyah adalah sepupu Nabi Muhammad sawas. Manakala tindakan mereka
adalah menentang para Imam, membunuh mereka dan memenjarakan Imam Musa bin
Jafar as. Dan ulamak-ulamak hari ini mendakwa diri mereka sebagai Syiah dan
pembela Ahlulbayt as sedangkan tindakan mereka adalah menentang Ahlulbayt dan Yamani
mereka as , dan mendesak kerajaan untuk memenjarakan pengikut Ahmad al-Hasan seperti
mana yang Abbasiyyah lakukan. [Nota kaki ditambah oleh penterjemah – B.Inggeris]
- Lihat lebih lagi di:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan