Ahad, 15 Disember 2013

Soalan 49 Nurun 'ala Nur (Cahaya atas cahaya)



Soalan 49: Didalam Surah An-Nuur pada ayat

﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ * فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ﴾

Allah yang cahaya langit dan bumi. Bandingan nur Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan pula tidak di sebelah Barat akan tetapi tumbuh di antara keduanya, hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. – Sura An-Nuur 24:35.

Apa makna firman Allah di dalam ayat di atas?

Jawapan:

(اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ) Allah cahaya langit dan bumi, bahwa langit dan bumi – adalah Kitab Allah SWT iaitu Muhammad (sawas) - Ini adalah manifestasi Allah, dan penampilannya dalam penciptaan, atau merupakan manifestasi dari cahaya kebenaran dan ZatNya (al-haqiqah wa al-Kunhu)  dalam penciptaan, atau manifestasi dari Sifat kesempurnaan Ketuhanan[1] dalam penciptaan, dan Semua ini satu pernyataan.

(مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاة) cahayanya Seperti Misykaat (relung) iaitu Muhammad (sawas) dan pada dada khususnya.

(فِيهَا مِصْبَاحٌ) di dalamnya ada lampu iaitu Ilmu di dada Muhammad (sawas) dariNya setelah dilimpahkan Allah ke atasnya.

(الْمِصْبَاحُ) Lampu adalah Ali wasinya-khalifahnya (as) yang akan menyampaikan-meneruskannya dengan namanya (sawas).

(فِي زُجَاجَة) Dalam geluk kaca (qandil) adalah: Fatimah (as) .

(الزُّجَاجَةُ) geluk kaca adalah: al-Hassan dan al-Hussein (as),.

Pemilik kelima-lima ahli al-Kisaa’ dan berturutan dan berada dalam hubungan di antara satu sama lain, iaitu geluk kaca dan geluk kaca itu, lampu dan lampunya.

(كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّي) Seperti bintang yang bersinar cemerlang iaitu al-Qaim(as), itu adalah Bintang al-Durriy [2]
.
(يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّة) lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan pula tidak di sebelah Barat: pohon di tengah-tengah taman (syurga) iaitu pohon pengetahuan Muhammad dan keturunan Muhammad, yang dilarang Allah ke atas Adam (as) dari memakannya.

(يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌakan tetapi tumbuh di antara keduanya, Minyak itu hampir bersinar meskipun tidak disentuh api: karena ia adalah kata-kata dari Tuhan Yang Maha Suci, iaitu al-Quran, bahawa minyak adalah pemberian ilahi iaitu al-Quran.

(نُورٌ عَلَى نُور) cahaya berlapis cahaya: Imam diikuti Imam silih berganti, mereka adalah Ali Bin Al-Hussein (as), dan Muhammad bin Ali (as) dan Ja'far bin Muhammad (as), dan Musa bin Ja'far (as), dan Ali bin Musa (as), dan Muhammad bin Ali (as) dan Ali bin Muhammad (as), dan Hassan bin Ali (as), dan Muhammad ibn al-Hasan al-Mahdi (as) .

(يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ) Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu: cahaya Allah adalah al-Qaim (as), sesiapa yang bersedia untuk dibimbing oleh Allah akan dihidayahkanNya dan dibimbingNya menuju kemenangan (Qaim)-Nya (as) .

✡✡✡✡✡

---------------------------------------
[1] صفات الكمال الإلهي -Sifat-sifat Kesempurnaan Ilahi  
[2]-
عن الصادق جعفر بن محمد (ع) قال: (قال رسول الله (ص): لما اسري بي إلى السماء أوحى إلي ربي (سبحانه وتعالى) فقال: يا محمد إني أطلعت على الأرض إطلاعة فاخترتك منها فجعلتك نبياً وشققت لك من اسمي اسماً، فأنا المحمود وأنت محمد، ثم أطلعت الثانية فاخترت منها علياً وجعلته وصيك وخليفتك وزوج ابنتك وأبا ذريتك، وشققت له اسماً من أسمائي … يا محمد تحب أن تراهم؟ قلت: نعم يا رب فقال عز وجل: ارفع رأسك فرفعت رأسي وإذا أنا بأنوار علي وفاطمة والحسن والحسين، وعلي بن الحسين، ومحمد بن علي، وجعفر بن محمد، وموسى بن جعفر، وعلي بن موسى، ومحمد بن علي وعلي بن محمد، والحسن بن علي، ومحمد بن الحسن القائم في وسطهم كأنه كوكب دري) كمال الدين وتمام النعمة - الشيخ الصدوق : ص252.
Dari Al-Shadiq Jaafar bin Muhammad (as) dia berkata: (Rasulullah (S) bersabda: Ketika aku diangkat ke langit, Tuhanku (SWT) mewahyukan kepadaku dan berfirman: Wahai Muhammad, Aku melihat bumi, maka Aku memilihmu daripadanya, maka Aku menjadikanmu seorang nabi, dan Belahan dari nama-Ku namamu, Aku adalah Al-Mahmud (Yang Maha Terpuji). dan kamu adalah Muhammad (dipuji - patut dipuji), kemudian Aku melihat yang kedua dan memilih Ali daripadanya dan menjadikannya sebagai (pemegang amanah) washimu, dan khalifahmu, suami kepada anak perempuanmu dan bapa kepada zuriatmu, dan Aku telah membuat nama untuknya dari antara nama-Ku... Wahai Muhammad , adakah kamu suka melihat mereka? Jawabku: Ya wahai Tuhan. Lalu Dia AWJ berfirman: Angkatlah kepalamu, maka aku pun mengangkat kepalaku, dan terlihatlah aku dengan cahaya-chaya Ali, Fatimah, Al-Hassan, Al-Hussein, dan Ali Bin Al-Hussein, Muhammad Bin Ali, Ja’far Bin Muhammad, Musa Bin Ja’far, Ali Bin Musa, Muhammad Bin Ali, Ali Bin Muhammad, Al-Hassan Bin Ali, dan Muhammad Bin Al-Hassan Al-Qa'im di tengah-tengah mereka seolah-olah dia adalah bintang yang bersinar) Kamal Al-Din dan Tamam Al-Ni’mah Al-Syeikh Al-Shaduq: ms 252.

Tiada ulasan: