Isnin, 16 Disember 2013

Kubur


Kubur
5 Ogos 2012
Super User

Apabila Ketua Wanita Syurga as meninggal dunia hanya enam bulan selepas ayahnya, sebaik-baik Penciptaan (makhluk) sawas, dia menyuruh suaminya Ali bin Abi Talib as untuk mengebumikannya secara diam-diam pada waktu malam. Lokasi tepat kuburnya tidak pernah diketahui sehingga kini :

Kenyataan Ahmad Al-Hassan as
Pemberitahuan Kubur Fatimah Al-Zahra as

سُورَةٌ أَنزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنزَلْنَا فِيهَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَّعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan padanya, dan dibuat kewajipan (difardhukan) padanya, dan di mana Kami turun tanda-tanda yang nyata supaya kamu beringat.
- Surah An-Nuur (24:1)

Saya minta daripada sekumpulan ulamak yang memimpin mazhab Syiah supaya mereka maju ke hadapan meminta keajaiban (mukjizat) dalam bentuk yang saya nyatakan di dalam akhbar-akhbar Ansar Imam Al-Mahdi as. Lalu tiada seorang pun daripada mereka yang tampil ke hadapan untuk membuat permintaan, dan itulah sebabnya bapa saya Imam Al -Mahdi Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari as memerintahkan saya untuk menjelaskan sebahagian daripada hubungan saya kepadanya as, iaitu bahawa saya adalah penggantinya (wasi) dan  yang pertama daripada anak-anaknya untuk memerintah dan bahawa saya adalah taman dari taman-taman syurga yang Nabi saw cakapkan.

Dan mukjizat yang pertama saya dedahkan kepada umat Islam dan kepada semua manusia ialah saya memberitahu kedudukan kubur Fatima as, sebahagian daripada Nabi Muhammad sawas
 .
Semua umat Islam sebulat suara mengakui bahawa (pusara) Maqam Fatimah as adalah tersembunyi dan tidak seorang pun mempunyai pengetahuan lokasinya kecuali Imam Al-Mahdi as. Dia [Imam Al-Mahdi as] telah memaklumkan kepada saya tentang lokasi kubur ibu saya Fatimah as. Maqam Fatimah as adalah bersebelahan dengan kubur Imam Al-Hasan as, bersebelahan dengannya, seolah-olah Imam Al-Hasan as dikebumikan di pangkuan Fatimah as.

Saya bersedia untuk bersumpah dengan apa yang saya katakan dan Allah menyaksikan bahawa apa yang saya katakan adalah benar, dan juga RasulNya Muhammad saw dan Ali as yang mengkebumikan Fatimah as.

Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata .

Sesiapa yang mendakwa berada dalam hubungan dengan Imam Al-Mahdi as dan tidak merujuk kepada saya dalam perkara-perkara kecil atau yang besar, adalah seorang pembohong dan penipu kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada daya atau upaya selain yang datang dari sisi Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, dan pujian adalah untuk Allah semata-mata.

76 Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.
77 (Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.
- Surah Al-Isra  17.


Nota: Setiap orang Islam yang membaca kenyataan ini mesti mengedarkan dua belas salinan itu, dan jika boleh dia mesti terjemahkannya ke dalam apa-apa bahasa yang dia boleh.

Baki dari keturunan Muhammad as
Penjuru kuat Ahmad Al-Hassan
Wasi dan utusan Imam Al-Mahdi as kepada semua manusia
Yang disokong oleh Jibril, Mikail dan Israfil
Satu keturunan turun temurun satu sama lain, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

1 Syawal 1424 Hijrah

- Lihat lebih lagi di:

Tiada ulasan: