Isnin, 9 Disember 2013

Binasalah Para Pemalsu


Binasalah Para Pemalsu...
14 Oktober 2012
Baqiyat Allah

Soalan 70: Apakah yang di maksudkan dengan kata-kata yang Maha Berkuasa : { Binasalah para pemalsu, (Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan. Mereka bertanya: "Bilakah hari kiamat itu? "} ? 1

قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ ﴿١٠ الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ ﴿١١ يَسْأَلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ ﴿١٢

Jawapan: { Binasalah para pemalsu }: maknanya, orang-orang yang memberikan penghakiman yang menentang ketetapan / hukum Allah, dan sudah tentu setiap penghakiman yang berbeza daripada ketetapan / hukum Allah adalah penghakiman palsu dab bohong. Jadi mereka adalah orang-orang yang memberikan penghakiman yang menentang ketetapan / hukum Allah. Orang-orang yang mendustakan / kafir dalam penghakiman Allah dan perintah Allah. Dan mereka adalah orang-orang yang akan mendustakan / kafir pada al-Qa'im (as​​), dan yang tidak akan beriman kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka suka kalaulah dia datang mengikut pertimbangan mereka, bukan mengikut apa yang Allah (swt) tetapkan / hakimi.

{Siapakah orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan}: makna, orang-orang yang tenggelam dalam dunia ini (keseronokan duniawi), lalai dari akhirat dan yang ghaib, dan Kerajaan-kerajaan Langit, sebab itulah mereka lalai daripada Qa'im (as ) di dunia ini, dan tercungap-cungap lari menjauhinya. Dan tidak ada apa dalam fikiran mereka kecuali dunia ini, dan mereka kini membelakangkan Qa'im (as​​) yang Berjihad (berjuang) di antara tangan dan penderitaan dan keletihan beliau demi menegakkan kalam Allah. Mereka adalah penduduk dunia yang diliputi / ditenggelami oleh banjir [kekeliruan] dan kelalaian, dan agama dan Qa'im terperangkap pada lidah mereka (bermaksud mereka bercakap tentang agama dan Qa'im banyak) 2 , mereka bercakap mengenai beliau dan berbicara dengan orang lain mengenai beliau , bagaimanapun, mereka tidak bersedia untuk menyokong beliau , kerana sesungguhnya dia menentang dunia mereka, menentang kehidupan mereka (gaya hidup mereka), dan meletakkan kehidupan dan kepentingan mereka pada risiko .

{Mereka bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?"}: Ini adalah alasan yang berniat jahat yang mana mereka memohon maaf, kerana mereka berkata [bahawa] Qa'im tidak akan bangkit sekarang, masih ada banyak masa yang tinggal , agama dala keadaan baik baik, dan kerosakan , ketidakadilan, dan penindasan tidak merebak di mana-mana lagi. 3

Jadi {"Bilakah hari kiamat itu? "} , Mereka seolah-olah tidak melihat bagaimana bumi telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman kerana Amerika dan kuncu-kuncunya, dan bukan kerana diri mereka sendiri, orang-orang inilah yang mendakwa mewakili agama lalu mereka [menyebabkan] kerosakan sementara mereka berfikir mereka sedang melakukan kerja-kerja yang baik 4, sehingga rosaknya mereka telah menjadikan mereka mencapai tahap di mana mereka menentang Qa'im (as) dan menjadi musuh-musuhnya , walaupun mereka hidup dengan keutamaan , dan di bawah bayang-bayang namanya (as). Walau bagaimanapun, mereka tahu bahawa kezuhuran beliau (as​​) akan bermakna berakhirnya agama kepimpinan / kuasa mereka yang batil dan kesucian yang orang-orang jahil pegang untuk mereka, dan dengan itu, mereka cuba untuk palingkan manusia dari Qa'im (as), dan jauh dari menyokong beliau, jadi mereka adalah orang-orang yang menyebut di dalam doa : "Sesungguhnya mereka anggap dia jauh." 5 mereka bertanya: " Bilakah hari kiamat itu " !

✡✡✡✡✡

-------------------------------------------------
1 - Al-Quran Surah Adh-Dhariyat 51:10 & 12
2 - Sama seperti Imam Al Hussein (as) berkata: "Manusia penyembah dunia, dan agama terperangkap pada lidah mereka (bermaksud mereka bercakap banyak tentang agama), mereka mengelilingi agama selagi kehidupan mereka adalah baik. Tetapi apabila mereka diuji dengan kesusahan, orang-orang beragama menjadi sedikit."
3 - Terdapat komen yang sangat berguna mengenai perkara ini dari Ahmad Al Hassan (as) di dalam bukunya 'Hakimiyyah Allah dan bukan Hakimiyyah Manusia’. Rujuk kepada: bab [bertajuk]: 'Pembaru Dijangka, Mengapa' halaman 38.

4 - Yang Maha Kuasa berkata: {Katakanlah, "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".} Al-Quran Surah Al- Kahf 18:103 & 104
5 - Sebahagian dari Doa Al-Ahd , Imam (as) berkata di dalamnya: "Ya Allah! Dedahkanlah kesedihan Umat ini dengan kehadirannya. Dan Ya Allah Segerakanlah kemunculan beliau untuk kami. Sesungguhnya mereka anggap dia jauh dan kami melihat dia hampir, dengan limpah rahmatMu Wahai yang Maha Mengasihani dari segala yang mengasihani . " Masbah Al Mutahajid : halaman 552.

- Lihat lebih lagi di:

Tiada ulasan: