Ahad, 8 Disember 2013

Ka'bah

Ka'bah
5 Agustus 2012
super User

Makna kelahiran Imam Ali as lahir di Ka'bah
Sebuah pertanyaan yang dikirim ke Imam Ahmad Al-Hassan saw, dan jawabannya dari buku Al-Mutasyabihaat Jilid 3.

Pertanyaan: Apakah ada makna kelahiran Imam Ali as dalam Ka'bah?

Jawaban: Ka'bati Llah il-Haram, atau Rumah Allah adalah lebih kepada manifestasi dan penampilan Rumah Binaan yang telah terletak di langit untuk para malaikat bertawaf, dan memohon ampun kepada Allah kerana berhujah dengan Allah mengenai perlantikan KhalifahNya (Wasi), Adam as.

Dan apabila Adam melampaui batas ke atas pohon ilmu dari keturunan Muhammad as, dan pohon kesetiaan,



115 ....( وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًاdan kami tidak mendapati dia mempunyai keazaman yang teguh.
.
-          Surah Taha (20).

keazaman yang kuat untuk memikul kesetiaan kepada keturunan Muhammad as, Adam as telah turun ke bumi dan diperintahkan untuk mengelilingi Ka'bah, agar Allah mengampunkan kekurangannya.
Dan Allah tetapkan haji ke Rumah LaranganNya (Ka'bah) sehingga orang menunjukkan kesetiaan mereka kepada tanda-tanda Allah (Hujjatullah) di zaman mereka, dan agar mereka mengakui kekurangan mereka dengan betul. Selain itu, Allah memerintahkan umat Islam untuk menjadikan Ka'bah sebagai kiblat mereka tidak seperti umat sebelumnya, dimana Kiblat mereka adalah Baitul Maqdis.

Dan dalam kedudukan ini, terdapat beberapa perkara yang [mesti disebut ]:

1. Kaabah adalah sangat terikat dengan kesetiaan, kerana menunaikan haji ke Kaabah dibuat demi memenuhi ziarah khalifahNya, dan untuk umat menunjukkan janji setia mereka kepadanya dan meminta ampun bagi kelemahan dengan betul.

2. Kaabah adalah kiblat untuk solat dan sujud kepada Allah swt, walaupun sujud sebelumnya kepada Adam as, khalifah Allah dan (bukti) HujjahNya. Sebaliknya sujud adalah untuk cahaya yang ada pada Adam, yang juga  cahaya Amirul Mukminin Ali as. Jadi kiblat pertama ke arah mana malaikat mengarahkan muka mereka adalah Ali bin Abi Talib as. Jadi kiblat sebenar bukanlah Kaabah dan batu-batu, malah lebih dari itu kiblat adalah permata di mana Kaabah telah lahirkan, Khalifah Allah dan hujjah SempurnaNya Ali bin Abi Talib as. Inilah sebabnya mengapa Hajar Aswad diletakkan di sudut Kaabah, kerana ia adalah Kitab Perjanjian yang dibuat dengan hambaNya dengan membai'ah ' Ali bin Abi Talib as .

Oleh itu, sesiapa yang menghadap ke Kaabah mengakui dengan tindakannya berbai'ah kepada 'Ali bin Abi Talib as secara paksaan, walaupun dia ingkar kepadanya dengan perkataan dan hatinya.

وَلِلَّـهِ يَسْجُدُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا

Dan kepada Allah sujud sesiapa yang berada di langit dan bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa.
-Surah Ar-Rad (15:13).

Rela bagi mereka yang mengakui taat setia (berbai'ah), dan dengan paksaan bagi mereka yang tidak mengakuinya.
Tidakkah kamu melihat kepada Allah sujud sesiapa yang di langit dan sesiapa yang ada di bumi, dan matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok, binatang-binatang dan serta sejumlah besar dari manusia? Tetapi sebilangan besar yang berhak ditimpa azab. Dan sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang Dia kehendaki
-(Surah Al-Hajj18:22)

Jadi mereka yang sujud kepada Allah dan memperoleh azab yang adalah orang-orang yang tidak mengakui taat setia (baiah) kepada  Ali as tidak disampaikan dengan kata-kata mereka mahupun juga oleh hati mereka , tetapi mereka dipaksa untuk mengakuinya dengan tindakan mereka dan sujud ditempat yang melahirkan Ali as iaitu Kaabah. Dan Allah swt menghina mereka dengan sujud ini, dan ia akan menjadi punca penyesalan bagi mereka,

Dan sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya.

Kiblat tetap menghadap ke arah Allah swt yang dengannya kamu mengenal Allah swt. Jadi kiblat sebenar adalah manusia yang sempurna. Dengan dia Allah dikenali, dan dia adalah wajah Allah swt (karama Allahu wajhah) yang dengannya ciptaan-Nya menghadap Allah, jadi menghadap kepadanya adalah menghadap kepada Allah. Dan manusia yang sempurna adalah Ali bin Abi Talib as Pemimpin, Khalifah dan Pelindung dan Allah membawanya keluar dari Kaabah untuk memberitahu umat manusia bahawa manusia ini adalah kiblat dan haji kamu adalah untuk dia, dan Allah swt akan berfirman, " aku tidak menciptakan Kaabah untuk demi selain daripada Ali as, dan untuk Ali as dilahirkan di dalamnya. Jadi, jika Aku mempunyai seorang anak, dialah seorang yang dilahirkan di dalam Rumah Ku . "

قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ

Katakanlah, "Jika Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah yang pertama dari hamba-hamba "( - Surah Az- Zukhruf 43:81).

Jadi yang lebih patut dijadikan sebagai kiblat; batu-batu atau sesuatu yang membuat batu-batu suci dengan ia dilahirkan di dalamnya?

(16)Isa as berkata: Celakalah kalian paderi-paderi yang buta! Kalian mengajarkan ini, 'Kalau orang bersumpah demi Rumah Tuhan, orang itu tidak terikat pada sumpahnya; tetapi kalau ia bersumpah demi emas di dalam Rumah Tuhan, ia terikat pada sumpahnya itu.'

(17) Kalian orang-orang bodoh yang buta! Mana yang lebih penting: emasnya, atau Rumah Tuhan yang menjadikan emas itu suci? —Gospel of Matthew Chapter 23.


Tiada ulasan: