Imam Ahmed Al Hassan asmengenai
wanita : -
Apakah hukum mengenai perbualan
antara lelaki dan wanita secara umum, dan melalui internet khususnya? Dan adakah
berbual peribadi di Paltalk dibenarkan?
Jawapan: Dengan nama Allah,
Yang banyaknya Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan
semesta alam .
Selawat dan salam diberikan
Allah ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad, para Imam dan Mahdi-Mahdi .
Saya sebelum ini menyebut
bahawa perbualan antara lelaki dan wanita pada umumnya adalah dibenarkan dan
berbual dalam talian adalah sebahagian daripadanya .
(
( Berbual antara lelaki dan wanita dibenarkan melainkan jika ia mendatangkan
syak wasangka dan perbicaraan yang ditakuti; dalam kes ini ia mesti dielakkan.
Allah Yang Maha Kuasa berfirman,
{Dan katakanlah kepada wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka,
dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan untuk membalut tudung kepala mereka
hingga ke dada mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.} Surah An-Nur (Cahaya) 24:31 )) Syare’at Islam , jilid. 3
Oleh itu , berbual, antara
lelaki dan wanita secara umum dibenarkan.
Adapun perbualan peribadi
antara seorang lelaki dan seorang wanita secara peribadi, ia tidak digemari
melainkan jika bertunangan atau kerana keperluan..
Oleh itu, wanita suci yang
beriman dan dihormati itu harus mengelakkan bercakap secara peribadi dengan
seorang lelaki yang bukan dari mahramnya kecuali kerana keperluan dan ia perlu
dihadkan berdasarkan keperluan, dan dengan jumlah kurangnya kata-kata dan yang
memadai, dan ini terpakai kepada perbualan secara langsung bersemuka atau di
internet dan apabila menggunakan program sembang dan seumpamanya.
Dan segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam .
Ahmed al -Hasan
Jamadi al- Awal 1434 A.H
✡✡✡✡✡
Soalan daripada Ansariah: -
1.
Adakah memberikan kemenangan kepada Imam, pada peribadi Imam?
2. Contoh , Apakah kewajipan
saya sebagai seorang wanita apabila saya menerima khabar menegakkan perjuangan
Imam Hussain?
3. Apakah kewajipan saya
sebagai seorang wanita, jika saya berada di zaman Imam Kazim as, Dan mengetahui
Imam saya telah dibawa ke penjara?
4. Apakah kewajipan saya dalam
memberi kemenangan kepada Baqir al Sadr apabila mereka memenjarakannya dan saya
berada di negara lain?
5. Apakah tugas saya dalam
memberi kemenangan kepada Khoei ketika beliau di bawah tahanan rumah ?
6. Adakah saya perlu menunggu arahan
dari Imam a.s? atau menunggu arahan dari ulama seperti pada zaman Al- Kazim as?
Dan orang-orang yang membiarkan dia jatuh?
7. Atau adakah dibolehkan saya
bertindak secara individu?
8. Bolehkah saya sekarang,
bahawa saya meninggalkan rumah saya dan anak-anak saya untuk menyertai Imam
saya Imam Ahmed as \?
9. Apakah kewajipan saya
sekarang ? Memaklumkan orang ramai? Saya telah maklumkan kepada seberapa ramai
yang saya boleh?
10. Saya mahu beri kemenangan
kepada Imam saya dan tidak membiarkan dia jatuh? Bagaimana?
11. Saya tidak mahu menerima
dosa membiarkan Imam saya jatuh, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya mahu
jawapan yang jelas, kerana saya melihat bahawa jawapan yang betul adalah untuk
bertindak secara individu dan mengambil tiket ke Iraq untuk menyertai Imam tanpa
memberitahu keluarga saya atau suami dan anak-anak saya. Anak-anak saya percaya
kepada Tuan Sayyed tidak seperti suami saya dan keluarganya. Jadi saya
meninggalkan mereka di tangan suami saya dan keluarganya yang kafir itu?
Seperkara lagi saya tidak kenal
sesiapa di Iraq, saya pergi ke sana bertawakal kepada Allah dan Dia menetapkan
sesuatu bagi saya.. Adakah ini betul? Perlu saya bertanya Sayyed Ahmed as
sendiri ?
Saya takut bahawa dia
memberitahu saya apa yang Hussain as katakan kepada Nafi, ini adalah waktu
malam, jadi ambillah ia sebagai perhiasan . Atau bahawa masa untuk soalan ini
belum tiba?
Jawapan: -
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam .
Semoga selawat dan salam Allah ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad, para
Imam dan Mahdi-Mahdi.
Sokongan wajib yang kekal atas
seorang wanita yang dikenakan adalah untuk memberikan kemenangan kepada Allah
swt. Ini dilakukan dengan memberi kemenangan kepada wazirnya di bumi di setiap
zaman dan bukan kepada orang lain, walaupun orang itu memanggil untuk
kebenaran. ( Wahai orang yang beriman , jika kamu membantu jalan Allah swt, Dia
akan membantu kamu dan meneguhkan pendirian kamu. Muhammad 47:7). Dan janganlah
seorang wanita memberi kemenangan kepada khalifah Allah di muka bumi ini dengan
suatu tindakan yang dia mungkin fikir sendiri, ia akan memudaratkan maruahnya
atau ia mungkin melemahkan prestasi (khalifah) dalam jihadnya dan dan dalam
beberapa situasi menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar.
Bagaimanapun, mungkin Allah swt memberikan kejayaan anda, dari cara-cara yang
terbaik untuk wanita hari ini, dalam memberi kemenangan kepada yang benar
adalah media, melalui internet atau mana-mana teknologi peranti yang ada, di
mana dia boleh menyampaikan kebenaran kepada manusia, untuk membimbing mereka
dan menyelamatkan mereka. Dan cara ini telah diambil oleh Fatimah a.s. juga
Zainab, khadijah, Asiah, dan Maryam as dan kamu mempunyai contoh yang baik di
kalangan wanita yang terbaik di dunia. Jadi ikut jalan mereka yang suci dan
diberkati, yang mungkin Allah swt memberi rahmat kepada kamu dan merahmati kamu
kerana dia memberkati mereka dan menaruh belas kasihan kepada mereka, semoga
rahmat Allah ke atas mereka ,
Dan semoga keamanan, rahmat dan
barkah Allah kepada kamu.
Ahmed Al-Hassan ; Safar 1433 AH
- http://vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=12975
✡✡✡✡✡
Di dalam dedikasi (kata ditujukan
khas) beliau dalam Kitab Tauhid Imam berkata: -
Untuk Hussain bin 'Ali as, dan
kepada semua orang-orang yang menjadi saksi dengan kesakitan dan darah mereka
untuk keagungan Allah swt .
Untuk Zainab as anak Ali as,
dan kepada semua wanita yang menjadi saksi kepada kebenaran, dan kepada semua
wanita yang lantang suaranya dalam menuntut keagungan Allah swt .
Aku menyaksikan bahawa yang
menjadi bukti kepada kamu telah ditulis dan sedang ditulis . Dan musuh-musuh kamu
akan dipersoalkan.
(Maka sesungguhnya Kami (Allah)
akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan
sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul-rasul itu. Kemudian sesungguhnya Kami
akan ceritakan kepada mereka, dengan (berdasarkan) pengetahuan, dan sememangnya
Kami tidak sekali-kali ghaib. Dan
timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan
amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa
yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang
merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat
Kami.} Al-Quran 7: 6-9 ).
Kitab Tauhid pautan –http://almahdyoon.org/arabic/documents/
... Tawhid.pdf arabic
Khadammu Ahmed Al Hassan
✡✡✡✡✡
Imam Ahmed Al Hassan as berkata
pada akaun Twitter beliau;
''
Zainab binti Ali as adalah seorang ulama, dengan demikian bagi wanita yang
beriman hendaklah mengikut jejak langkahnya, perlu ada Hauzah-Hauzah yang
bertanggungjawab dalam pengajaran wanita''.
'' Dan
sesungguhnya anak kesayanganku sayang kepada ku, bahawa orang-orang
yang paling buruk ciptaan Allah, melontarkan kata-kata kesat dan melibatkan diri
dalam perbincangan yang tidak bermoral kepada wanita suci beriman, tetapi akutidak boleh menghalang wanita yang beriman dalam mengikuti jejak langkah Al
Zahraa as dan Zainab as, tetapi aku perlu menganjurkan kepada mereka untuk
memulakan jalan yang mulia ini walaupun mereka tercedera kerana mereka
mempunyai keselesaan halus dan contoh pada Al Zahraa as, Khadijah, Zainab,
Fatimah binti Asad (ibu Imam Ali), Mariam, Narjis, dan Asiah isteri Firaun dan
senarai panjang wanita yang mengambil pendirian mulia dalam memberi kemenangan
kepada kebenaran dan mengalami kesakitan di jalan Allah swt -. Pencerahan
jawapan melalui soalan 322 di internet, juga pautan ini untuk soalan - http://vb.almahdyoon.org/showthread.php
... z2hjgBiB7t
✡✡✡✡✡
Satu lagi Soalan oleh Ansariah:
-
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam .
Semoga selawat dan salam Allah ke Muhammad dan keturunan Muhammad, para Imam
dan para Mahdi.
Tuan yang mulia, Al-Yamani Aali
Mohammed saw
Salam kepada kamu, Rahmat Allah
dan Berkat.
1.
Apakah Taqiyya wajib pada masa ini dan apakah hadnya kerana kami di sini bertaqqiya
tetapi kami tidak tahu cara yang betul untuk melakukannya dan apakah perbezaan
antara taqiya dan sabar?
2. Dan apakah kewajipan ke atas
wanita dalam semua perkara mengenai dakwah seperti saudara-saudara Ansar mengatakan
tuan belum tugaskan dan ini sahaja sudah sakit di atas semua rasa sakit?
3. Bagaimana kita berurusan
dengan mereka yang menerapkan permusuhan yang nyata terhadap kita seperti dalam
peristiwa-peristiwa ini yang mereka telah tunjukkan apa yang ada di dalam hati mereka
tetapi mereka tidak menyedarinya?
Dan segala puji bagi Allah swt
semata-mata dan tertentu sahaja dan salam kepada kamu rahmat Allah swt.
Hambamu Ibu Yusuf (Um Yusuf),
Tuan yang mulia, pujian bagi
Allah atas rahmatNya dan seksaanNya yang besar dan bukan atas kehendak kami
tetapi atas kehendakNya dan ampunkan kami wahai tuan untuk masa singkat
mendatang..
Jawapan oleh Imam as: -
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah banyaknya , yang gigih lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam . Semoga doa dan keamanan Allah ke Muhammad dan keturunan
Muhammad, para Imam dan Mahdis .
Perempuan yang beriman adalah
sama seperti seorang lelaki yang beriman kerana dia bersolat, puasa, dan beramal
menurut kehendak Tuhan yang menjadi pujian kepadanya tepat seperti orang lelaki beriman kecuali dalam beberapa perkara dan pengkhususan. Wanita itu
bertanggungjawab dan dituntut mengetahui agamanya dan memaklumkan orang lain
dan mengajar mereka tahu kebenaran mengikut kemampuannya. (Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya ( Al-Baqarah 2:286)
Jadi jangan lemah dalam
memaklumkan orang ramai dan berkata benar, sama ada pemberitahuan maklumat yang
bersemuka atau melalui alat media disediakan untuk anda seperti Internet. dan seperti
saudara Ansari anda lakukan dengan menulis artikel-artikel di akhbar, yang
dibaca oleh orang-orang di seluruh dunia, dan ini mempunyai kesan yang besar
pada sesetengah orang dari negara-negara yang berbeza yang dipercayai dalam
dakwah ini.
Juga kepada wanita yang beriman
boleh mengatur sendiri untuk bekerja mengikut kebolehan mereka dan menubuhkan jemaah
(persatuan) yang menerangkan ketidak keselesaan dan penyesalan (belas kasihan)
dan untuk menarik balik malapetaka dan musibah terhadap keluarga Muhammad ‘alaihimu s-salam, dan menyampaikan
yang benar dari yang salah dan mendedahkan kepalsuan kepada orang ramai.
Sesungguhnya Zainab as mempunyai peranan besar selepas peristiwa Kerbala, dalam
menjelaskan kebenaran dan mendedahkan kepalsuan. Saya memohon kepada Allah swt
bahawa dia memberikan kejayaan kepada anda berdiri menentang kezaliman zaman
ini seperti Zainab as, untuk mendedahkan orang-orang yang salah dan merombak
mereka, dan menunjukkan jenayah yang dilakukan, kezaliman, penolakan, dan kafir
(ingkar) jelas dalam agama Muhammad dan keluarga baginda as, dan penafian
mereka Hakimiyyah Allah swt dan menyerahkannya ke pangkuan Amerika dan
demokrasi.
Bagi taqqiya itu, ia adalah
untuk orang yang beriman untuk memelihara nyawa kerana menyokong kebenaran, dan
tidak memelihara hidupnya hanya demi memelihara kemudaratan, kerana memelihara kebenaran
itu bukan dengan taqiyya, dan saya memohon kepada Allah swt agar dia membuka
untuk anda sebagai wanita yang menyebabkan dan memudahkan perkara untuk anda
untuk memberi kemenangan kepada kebenaran dan menjelma dan menunjukkan kebenaran
dengan lidah dan tangan anda, dan membuat anda memulakan jalan orang yang benar
iaitu Fatimah, Khadijah, Mariam, Zainab , dan isteri Firaun Asiah yang berkata
(Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin,
iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah
untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun
dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim) (al-Quran 66:11).
Dan dia berdiri di pihak yang menentang
kepada penzalim dan mempertahankan haknya sehingga dia pergi menemui Tuhannya yang
ridha dengan dirinya, dan juga menyenangkannya, dalam usaha dan keberanian.
Allah swt yang menyebutkan dalam KitabNya yang terbaik yang dia telah turunkan
dan itulah Al-Quran dan sesungguhnya ini adalah limpah kurnia yang besar dari
Allah swt
لِمِثْلِ هَـٰذَا
فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan