Rabu, 11 Disember 2013

Soalan 64: Apakah rahsia Ayat Al-Kursiy,?




Soalan 64: Apakah rahsia Ayat Al-Kursiy, adakah ia mempunyai hubungan rapat dengan Al-Tauhid dan Imamah?

Penyoal: Ibrahim Raghil

Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Ini adalah Ayat Al-Kursiy sepertimana diturunkan ke atas Muhammad (S):

﴿اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلا يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ﴾


{Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.} [Al-Baqarah 2:255].


Rahsia padanya adalah Zikir Hakikat (هو) (HUA -DIA), dan
Al-Lahut (الله) (ALLAH), dan
Pintu Al-Lahut (الرحمن الرحيم) (Al-Rahman Al-Rahim),

Di dalamnya diterangkan perbezaan hakikat tentang Al-Lahut (Ketuhanan) pada makam marifah (mengenal) dan ittihād (persatuan) kedua-duanya pada hakikat (yang sebenarnya), kenyataan bahawa Al-Lahut (Ketuhanan) [Allah] adalah tajalli (manifestasi atau penzahiran) pada hakikat dan sifat pada hakikat, dan kenyataan bahawa tajalli (manifestasi atau penzahiran) ini adalah pada hajat (keperlua) penciptaan kepadaNya (Maka Al-Qayyum  Yang Maha Berdiri Sendiri tidak menjadi hakikat melainkan dengan berdiri atasnya), Dan padaNya kenyataan bahawa Yang Maha Hidup (Al-Haiyu) yang haqiqi (sebenar) DIA Yang Maha Suci adalah kehidupan mereka dan dari kehidupan-Nya dan tertegaknya kehidupan-Nya.

Untuk lebih terperinci lagi anda dapati dalam Tafsir Surah Al-Tauhid yang akan dikeluarkan selepas beberapa ketika, InsyaAllah. (Sekarang diterbitkan - pent)




✡✡✡✡✡

















- Lihat lebih lagi di:


Tiada ulasan: