Ahad, 29 Disember 2013

Hubungkait Antara Duabelas Mahdi Dan Al Yamani

Hubungkait Antara Duabelas Mahdi Dan Al Yamani

dikirim oleh Muhammad Eshraq


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu yang terkeliru dengan dua tanggapan salah. Mereka mendakwa:

Keperluan Duabelas Mahdi muncul selepas Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), sepertimana yang disebutkan di dalam wasiat “ kesemua mereka adalah duabelas Imam. Setelah itu akan ada duabelas Mahdi selepas mereka”. Jadi, Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mungkin menjadi Mahdi yang pertama di kalangan duabelas Mahdi kerana beliau hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s).


Al Yamani dan Mahdi Pertama tidak mungkin peribadi yang sama.

Kedua-dua tanggapan salah ini berlaku hasil daripada salah faham, penafian atau terlepas pandang hadis-hadis yang menyebutkan tentang duabelas Mahdi dan Al Yamani. Di sini, kami akan cuba membahaskan poin-poin penting yang menghubungkan kedua-dua karakter berdasarkan hadis-hadis. Hujah-hujah yang sewajarnya juga akan dipaparkan bagi menjelaskan bahawa kedua-dua konsepsi salah ini adalah bersifat anggapan semata-mata, dan kebenaran adalah sepertimana yang diterangkan di dalam wasiat Rasulullah (sawa).

Bagi membetulkan tanggapan salah yang pertama, kami akan mengkesampingkan pendapat sendiri sambil menganalisa dan lebih penumpuan kepada hadis-hadis Rasulullah (sawa) dan para Imam (a.s). Terlebih dahulu kami akan menyenaraikan beberapa hadis berkaitan dengan duabelas Mahdi dan membicarakan tentangnya kemudian.

Telah berkata Imam Sadiq (a.s): “Di kalangan kami selepas Qa’em, akan ada duabelas Mahdi daripada keturunan Hussein (a.s).” Ghaybat Al Tusi ms 385

Telah berkata Imam Sajad a.s: “Qa’em akan muncul di kalangan kamu dan selepasnya akan ada duabelas Mahdi.” Sharh Al Akhbar 3/400

Sabda Nabi Muhammad (sawa): “Wahai Ali, akan ada duabelas Imam dan selepas mereka akan ada duabelas Mahdi.” – wasiat yang disebutkan oleh Syeikh Tusi di dalam Ghaybah Al Tusi, ms 150 dan berbagai sumber lagi.

Jelas terbukti melalui hadis-hadis di atas, bahawa terdapat duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Ini adalah benar dan kami menerimanya. Moga-moga mereka yang menyembah Allah swt juga menerimanya.

Tetapi kenapa mereka menganggap bahawa Mahdi Pertama tidak boleh hidup semasa hayat Imam keduabelas?

Setelah melakukan penelitian kami dapati bahawa ianya tidak pernah disebutkan di dalam hadis. Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) telah dilahirkan lebih 1000 tahun yang lalu dan kita sekarang berada di zamannya selaku Hujjah Allah. Dia adalah hujjah Allah ke atas kita. Maka, pemegang wasiatnya juga mestilah Hujjah Allah, ini adalah fakta, kerana Hujjah Allah hanya akan digantikan dengan Hujjah Allah jua (rujuk kepada sabda Nabi (sawa) kepada Ali a.s, yang dia disisinya adalah umpama Harun a.s disisi Musa a.s, dan perlu diingat bahawa kesemua karakter tersebut adalah maksum dan merupakan Hujjah Allah). Berpandukan ini, sewajarnya pemegang wasiatnya hidup semasa hayat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) kerana suatu hari nanti akan berlaku penggantian.

Persoalan yang harus kita jawab setelah itu adalah, Apakah mustahil bagi seorang pemegang wasiat itu hidup semasa hayat orang yang bakal digantikannya? Tidak, ianya tidak mustahil sama sekali, bahkan senario sebaliknya adalah mustahil kerana pemegang wasiat mesti hadir semasa hayat orang yang bakal digantikannya.

Mari kita renungi semula sejarah.

Pemegang wasiat kepada Nabi Muhammad (sawa) adalah Imam Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Ali (a.s) adalah Imam Hassan bin Ali (a.s). Pemegang wasiat kepada Imam Hassan bin Ali (a.s) adalah Imam Hussein bin Ali (a.s). Ini jelas membuktikan bahawa Pemegang wasiat mesti hidup semasa hayat mereka yang bakal digantikan. Begitu juga Pemegang wasiat kepada Imam Hussein (a.s) adalah Imam Sajad (a.s), dan Pemegang wasiat kepada Imam Sajad (a.s) adalah Imam Baqir (a.s). Ketiga-tiga mereka (a.s) berada di Karbala pada waktu dan tempat yang sama. Jelas menunjukkan kepada kita bagaimana Pemegang wasiat mesti hadir di masa hayat mereka yang bakal digantikan.

Secara logiknya Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) mesti hadir di masa hayatnya sekarang. Senario sebaliknya adalah bersalahan dengan logik berdasarkan sirah para Nabi, Rasul dan pemegang-pemegang wasiat terdahulu. Ini adakah faktanya yang tidak dapat disangkal lagi, dan pemegang wasiat tersebut mestilah dari susur galur keturunan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) (berdasarkan rujukan hadis Syiah yang sahih), dan bumi ini tidak boleh wujud tanpa wujudnya Hujjah (juga dari sumber hadis Syiah yang sahih).

Sumber hadis manakah yang menidakkan kehadiran Pemegang Wasiat ketika keghaiban Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)? Begitu juga, sumber manakah yang menyebutkan bahawa Pemegang Wasiat harus hadir setelah kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s)?

Tidak ada sumber yang menyatakan sedemikian dan kebenaran telah didedahkan melalui KalamNYA dan kata-kata Hujjah yang dilantikNYA, sepertimana berikut:

Telah berkata Imam Sadiq a.s: “Dari kalangan kami selepas daripada Qa’em, kami akan mempunyai duabelas Mahdi dari keturunan Hussein a.s”. Ghaybah Al Tusi ms 385.

Hadis ini jelas merujuk kepada kekuasaan iaitu akan wujud kekuasaan Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi setelah berakhirnya kekuasaan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s). Inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Imam Sadiq (a.s) dan bukan bermaksud Pemegang Wasiat yang bakal dilahirkan selepas kewafatan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), kerana hal yang sedemikian adalah mustahil sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Setelah kekuasaan Mahdi Pertama, maka akan wujud kekuasaan Mahdi Kedua dan seterusnya. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis kerana hadis dan logika tidak pernah berpisah.

Apa pula hujah kalian bahawa Pemegang Wasiat Imam Muhammad Al Mahdi a.s akan muncul di masa keghaibannya?

Hujah berikut bagi menjelaskan tanggapan salah terhadap masalah nombor dua. Mari kita teliti dan berikan lebih tumpuan kepada hadis bagi menjawab persoalan ini.

Sebelum itu, amat wajar sekali untuk mempercayai bahawa Nabi Muhammad (sawa) telah mengkhabarkan kepada kita tentang duabelas Mahdi yang akan datang selepas duabelas Imam, dan duabelas Mahdi ini adalah merupakan Pemegang Wasiat dan mereka adalah Hujjah Allah. Sepertimana disebutkan dalam hadis bahawa bumi tidak akan kosong dari Hujjah. Hadis juga memberitahu kita bahawa akan ada duabelas Mahdi selepas duabelas Imam. Sewajarnya kita mengimani kesemua duabelas Mahdi dan duabelas Imam yang Nabi (sawa) sebutkan di dalam wasiatnya, dan sesungguhnya kesemua mereka adalah khalifah pilihan Allah swt di muka bumi ini.

Perlu diperhatikan juga hadis yang menyebutkan bahawa Al Yamani akan menewaskan Sufyani. Mari kita perhati dan teliti hadis-hadis tersebut:

“Yang akan memerangi Sufyani adalah orang-orang dari timur, khalifah Al Mahdi, dan dia akan menewaskan Sufyani di Syam (Syria).” Sharh Ahqaq Al Haq bab 29, ms 62.

Sekarang kita sedia maklum bahawa Al Yamani akan mengalahkan Sufyani dan hadis di atas secara terang memberitahu kita bahawa Sufyani akan dikalahkan oleh khalifah Al Mahdi.

Rasulullah (sawa) telah bersabda: ”Seorang lelaki daripada timur dengan bendera hitam kecil akan membunuh lelaki dari Syam, dan dia adalah seorang yang patuh kepada Mahdi (a.s).” Al Mahdi Al Maw’ood Al Muntazer bab 30, ms 238.

Berdasarkan hadis di atas, kedua-dua Al Yamani dan Sufyani adalah merupakan tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s), dan Al Yamani akan mematuhi arahan Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) samada sebelum dan selepas kemunculannya. Dengan kata lain, Al Yamani adalah khalifah Al Mahdi dan seorang yang patuh kepada arahan Imam Mahdi (a.s), sehingga dapat menewaskan Sufyani dari Syam. Al Yamani juga adalah Mahdi Pertama dari kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah sepertimana yang dibuktikan dalam hadis-hadis.

Apa yang tersurat di dalam ayat Quran seperti yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq (a.s) adalah amat penting dalam memahami perkara ini:

Mufadhal Ibnu Umar telah bertanya kepada Imam a.s:”Apakah Imam Mahdi a.s yang ditunggu dan dijangkakan akan muncul pada waktu yang ditentukan, dan dikenali kebanyakan manusia?” Imam a.s menjawab:”Semoga dijauhkan Allah daripada diketahui masa kemunculan Imam Mahdi a.s oleh Syiah kami.” Mufadhal bertanya lagi: “Mengapa sedemikian, wahai Imam?” Imam a.s menjawab:”Kerana ia adalah “Saa’ah” yang Allah swt rujuk ketikamana DIA berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) Saa’ah itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai “Saa’ah” itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Dia adalah juga “Saa’ah” yang Allah swt firmankan: “Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang “Saa’ah”: Bilakah masa datangnya?” Firman Allah swt:”Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan “Saa’ah” [yaitu] kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila “Saa’ah” sudah datang?” Firman Allah swt lagi: “Telah dekat [datangnya] “Saa’at” itu dan telah terbelah bulan”. FirmanNya lagi: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan Saa’ah; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.”Orang-orang yang tidak beriman kepada “Saa’ah” itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai “Saa’ah” itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” Bihar Al-Anwar, Alamah Al-Majlisi, vol. 53,ms. 1.

Saa’ah yang dimaksudkan Quran adalah Imam Mahdi (a.s) sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Sadiq (a.s). Doa untuk Imam Mahdi a.s juga ada menyebutkan tentang perkataan tersebut dan ianya amat signifikan.

Apa pula kata Rasulullah (sawa) berkaitan dengan “Saa’ah” (iaitu Imam Mahdi a.s sepertimana yang dikhabarkan oleh Imam Sadiq a.s). Rasulullah (sawa) telah bersabda: “Saa’ah tidak akan tiba sehingga bangkitnya seorang lelaki yang bersama dengan kebenaran, apabila Allah swt membenarkan perkara yang sedemikian. Barangsiapa yang mengikutinya akan terselamat dan barangsiapa yang tidak, akan hancur binasa. Wahai hamba-hamba Allah, bersegeralah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak merentasi salji kerana dia adalah khalifah Allah swt dan khalifahku.” Dala’il Al-Imamat, by At-Tabari, p. 452; Bihar Al-Anwar, vol. 51, p. 65.

Justeru, kemunculan Imam Mahdi a.s adalah selepas hadirnya seorang lelaki yang bangkit dengan kebenaran. Lelaki itu adalah merupakan khalifah Rasulullah (sawa) Al Yamani.

Apa lagi yang kalian ketahui mengenai Al Yamani?

Nabi Muhammad (sawa) telah bersabda:”Akan ada seorang lelaki yang datang dari keturunan lelaki ini (Abbas) yang akan memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan kekejaman, dan akan ada juga dari keturunan lelaki ini (Ali a.s) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan ketenangan. Sekiranya kamu melihat perkara ini berlaku, hendaklah kamu bersama-sama dengan lelaki ini, kerana dia adalah Al Yamani yang datang dari timur dan membawa bersamanya panji Al Mahdi.” Mahdi Al-Muntazer Al-Maw'ood bab 2/ms.207

Terbukti Al Yamani akan hadir sebelum Imam Muhammad Al Mahdi (a.s) dan mengajak kepadanya sepertimana dia mendapat petunjuk dan juga berperang dengan Sufyani.

“Walaubagaimanapun, yang paling mendapat petunjuk di kalangan mereka adalah Al Yamani kerana dia mengajak kepada kebenaran.” As-Sirat Al-Mustaqeem vol. 2, An-Nibaty Al-Amili, ms. 250.

Imam Muhammad Al baqir telah berkata: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani. Ianya adalah panji kebenaran kerana dia mengajak kepada kebenaran. Ketikamana dia muncul penjualan senjata adalah dilarang kepada manusia dan kepada setiap muslim. Benar, ketikamana dia muncul, bersegeralah kamu kepadanya kerana panjinya adalah panji yang mendapat petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan barangsiapa yang melakukan sedemikian akan dicampakkan ke dalam api neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan petunjuk.” Al-Ghaybah An-Nu'mani, p. 264

Imam Sadiq a.s telah berkata:”Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. Bihar Al Anwar v.52 p.210

Kesimpulan yang dapat kami hubungkaitkan dalam kes ini adalah:

1) Mahdi Pertama di kalangan duabelas Mahdi adalah khalifah, dibuktikan oleh hadis.

2) Al Yamani adalah Khalifah, dibuktikan oleh hadis.

3) Al Yamani hadir sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi a.s di masa keghaibannya, dibuktikan oleh hadis.
Mahdi pertama berkuasa setelah Kekuasaan Imam Muhammad Al mahdi a.s, juga ditunjukkan oleh hadis.
Kesemua ini telah dibuktikan dan dijelaskan oleh hadis-hadis Nabi (sawa) dan para Imam a.s. Moga-moga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang tetap dengan kebenaran dan tidak mengabaikan Quran serta Ahlulbayt a.s, atau kata-kata mereka. Moga-moga Allah memberikan kami kemampuan untuk mendengar dan memahami mereka.

Semoga Allah memberkati setiap pencari kebenaran. Sesungguhnya Sayyid Ahmad Al Hassan a.s telah tiba di Akhir zaman dan dia adalah pengklaim sebenar, sepertimana yang dijelaskan oleh hadis:

Imam Abu Abdillah a.s berkata: “Urusan ini tidak seharusnya dituntut oleh sesiapa pun melainkan empunyanya, jika tidak Allah akan memendekkan umurnya.” Al Kafi v.1, ms.373.

SAYYID AHMAD AL HASSAN ADALAH AL YAMANI YANG DIJANJIKAN.

dikirim oleh Muhammad Eshraq
SAYYID AHMAD AL HASSAN ADALAH AL YAMANI YANG DIJANJIKAN.

Sayyid Ahmad Al Hassan pewaris dan utusan Imam Al Mahdi (a.s): Siapakah Al Yamani? Adakah terdapat criteria-kriteria tertentu yang menerangkan tentang personaliti ini bagi membolehkan kita mengenalpasti pemilik sebenarnya? Adakah dia dari Yaman? Adakah dia Maksum memandangkan dia tidak membawa manusia kepada kebatilan dan tidak mengeluarkan mereka dari jalan kebenaran sepertimana yang diriwayatkan daripada Imam Al Baqir (a.s): “Sesungguhnya panjinya adalah panji petunjuk, diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, barangsiapa yang melakukan sedemikian adalah dia dari kalangan ahli neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”?

Jawapan:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan segala puji bagi Allah. Pertama sekali, hendaklah diketahui bahawa Mekah adalah dari Tuhamah dan ia satu tempat di Yaman. Oleh itu Muhammad (SAWA) dan keseluruhan ahli keluarganya (a.s) adalah “Yamani”, Ali (a.s) adalah “Yamani”, Imam Al Mahdi (a.s) adalah “Yamani”, dua belas Mahdi adalah “Yamani”, dan begitu juga Mahdi pertama adalah “Yamani”. Inilah maksud “Yamani” yang difahami oleh ulama ‘Amilin (yang beramal dengan ilmunya) terawal (semoga Allah merahmati mereka). Firman Allah SWT: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti [yang jelek] yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”[1] Alamah Majlisi (r.a) di dalam kitabnya Bihar Al Anwar telah menamakan kata-kata Ahlulbayt (a.s) sebagai “hikmah Yamani”[2]. Bahkan diriwayatkan dari Rasulullah (SAWA) bahawa datuknya Abdul Muttalib menamakan Baitulharam sebagai “Kaabah Yamani.”[3]

Adapun kriteria-kriteria yang mendefinisikan Al Yamani adalah berdasarkan riwayat yang diambil daripada Imam Al Baqir (a.s): “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s), apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[4]

Butiran-butiran penting berkaitan riwayat ini, adalah seperti berikut:

Pertama: ”Dan tidak dibenarkan berpaling daripadanya, dan barangsiapa berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka...” Ini bermakna Al-Yamani adalah pemilik kekuasaan Ilahi. Seseorang itu tidak akan menjadi hujjah ke atas manusia sedangkan dalam masa yang sama berpaling daripadanya menyebabkan seseorang itu masuk neraka, walaupun mereka melakukan solat dan berpuasa. Melainkan mereka adalah dari kalangan khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan juga pemilik kekuasaan Ilahi dari kalangan nabi-nabi, rasul-rasul, para imam dan Mahdi (a.s).

Kedua: “Sesungguhnya dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”; Dakwah kepada kebenaran dan jalan yang lurus bermakna personaliti ini tidak akan melakukan kesalahan iaitu tidak membawa manusia kepada kebatilan dan mengeluarkan mereka daripada kebenaran. Dengan kata lain, dia adalah Maksum berdasarkan peruntukkan teks Ilahi (nas). Pembatasan karakter berdasarkan kriteria ini adalah amat penting dalam menentukan individu Al-Yamani yang sebenar. Ini kerana jika seseorang beranggapan selain dari maksud ini dalam memahami riwayat ini “kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus” akan menyebabkan kata-kata Imam (a.s) menjadi sia-sia dan tidak lagi terdapat sebarang batas limitasi atau had ke atas individu Al Yamani (iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi Al Yamani), dan semoga dijauhkan Allah para Imam (a.s) bersifat sepertimana yang mereka sangkakan.

Dapat disimpulkan dari perbahasan di atas tentang hakikat sebenar Al Yamani sebagai salah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan dia adalah maksum bersandarkan peruntukan teks (nas) Ilahi. Ianya juga dibuktikan melalui riwayat-riwayat yang mutawatir dan teks yang berotoriti (qat’’i) bahawa khalifah-khalifah selepas Rasulullah (SAWA) adalah duabelas Imam (a.s) dan duabelas Mahdi (a.s) selepas mereka (a.s). Tiada hujjah (khalifah) selain daripada mereka kerana melalui mereka lengkaplah nikmat, sempurnanya agama (Deen) dan penutup risalah langit.

Sebagaimana kita ketahui bahawa sebelas Imam (a.s) telah berlalu pergi meninggalkan kita dan sekarang hanya satu sahaja Imam yang masih kekal iaitu Imam Al Mahdi (a.s) dan duabelas Mahdi (a.s). Al Yamani mengajak kepada Imam Al Mahdi (a.s). Oleh itu, Al Yamani mestilah Mahdi Pertama kerana sebelas Mahdi selepasnya adalah dari zuriat keturunannya, firman Allah SWT: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[5] Mereka (sebelas Mahdi) ini akan datang selepas zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s), malah mereka bakal berada dalam era “Daulah Keadilan Ilahi”. Manakala Mahdi Pertama (a.s) sebagaimana dibuktikan bahawa dia wujud di zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s) dan dia adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi (a.s) di awal kemunculannya. Matlamat utama Mahdi Pertama adalah untuk mempersiapkan segala keperluan bagi kebangkitan Imam Al Mahdi (a.s) sepertimana yang diriwayatkan dalam wasiat Rasulullah (SAWA). Dari sini dapat disimpulkankan bahawa Al Yamani adalah terbatas kepada individu Mahdi Pertama daripada duabelas Mahdi (a.s).

Ia juga berdasarkan penerangan dan gambaran terperinci yang diberikan oleh ahlulbayt (a.s) tentang Mahdi Pertama berkaitan nama, sifat-sifat dan tempat tinggalnya. Namanya adalah Ahmad dan gelarannya adalah Abdullah (hamba Allah), Israel atau orang mengatakannya Israel secara terpaksa atau tanpa disedari sepertimana sabda Rasulullah (SAWA):”Namaku Ahmad dan aku adalah Abdullah, namaku Israel, maka apa yang diperintahkan kepadanya telah juga diperintahkan kepadaku dan setiap apa yang ditujukan kepadanya telah juga ditujukan kepadaku.”[6] Mahdi Pertama adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Al Mahdi (a.s), dan dia berasal dari Basrah, terdapat tanda di pipi kanannya dan kelemumur di dahinya. Bentuk tubuh badannya mempunyai persamaan seperti tubuh Musa bin Imran (a.s), di belakang badannya terdapat tanda mohor kenabian dan di sisinya wasiat Rasulullah (SAWA). Dia yang paling alim berkaitan Al Quran, Injil dan juga Taurat selepas daripada para Imam (a.s), dan dia akan tampil sebagai seorang pemuda di awal kemunculannya. Rasulullah (SAWA) bersabda: “...kemudian baginda menyebutkan tentang seorang pemuda dan bersabda, “jikalau kamu melihatnya maka berilah taatsetia kepadanya kerana dia adalah khalifah (pewaris) Al-Mahdi.”[7]

Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: “Rasulullah (SAWA) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehinggalah sampai kepada sabda baginda,..dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.”[8] Diriwayatkan daripada Imam Al Sadiq (a.s), dia berkata: “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt a.s) selepas Al Qa’im, duabelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (a.s).”[9] juga dalam riwayat yang lain daripada Imam Al Sadiq (a.s): “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt a.s) selepas Al Qa’im, sebelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (a.s).”[10] Al Qaim yang dimaksudkan dalam riwayat kedua adalah Mahdi Pertama dan bukannya Imam Mahdi (a.s) kerana selepas daripada Imam Mahdi (a.s) akan adanya duabelas Mahdi.

Telah berkata Imam Al Baqir (a.s) dalam menerangkan tentang Mahdi Pertama: “...Dialah yang mempunyai warna kulit seakan kemerah-merahan, mata berlekuk, bulu kening yang tidak bersambung, bahu yang luas, kelemumur di kepalanya dan tanda di pipinya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Musa (a.s).”[11] Juga diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali (a.s) dalam hadis yang panjang, dia berkata: “...yang pertama dari kalangan mereka adalah dari Basra dan yang terakhir adalah dari Ibdaal.”[12] Juga diriwayatkan dari Imam Al Sadiq (a.s) dalam hadis yang panjang, yang mana dia (a.s) menyebutkan tentang sahabat-sahabat Al Qaim (a.s): “...dan dari Basra...Ahmad...”[13] Juga diriwayatkan dari Imam Al Baqir (a.s), dia berkata: “Al Qa’im akan mempunyai dua nama; nama yang disembunyikan dan nama yang dihebahkan. Adapun nama yang disembunyikan adalah Ahmad dan nama yang dihebahkan adalah Muhammad.”[14] Ahmad di sini adalah nama Mahdi Pertama dan Muhammad adalah nama Imam Mahdi (a.s) sepertimana dijelaskan dalam hadis wasiat Rasulullah (SAWA).

Juga di dalam riwayat lain daripada Imam Al Baqir (a.s):“Sesungguhnya Allah SWT mempunyai perbendaharaan yang bukan berupa emas atau perak di Talikan, tetapi 12000 orang di Khurasan. Slogan mereka adalah Ahmad! Ahmad!, mereka dipimpin oleh seorang pemuda dari Bani Hashim yang menunggang keldai berwarna kelabu, dengan pengikat berwarna merah di kepalanya, seolah-olah aku sedang melihatnya merentasi sungai Furat. Bilamana kamu mendengar tentangnya, hendaklah kamu bersegera kepadanya, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.”[15] Ahmad yang dimaksudkan di sini adalah nama bagi Mahdi Pertama.

Di dalam kitab Al Malahim wa Al Fitan karangan Sayyid bin Tawoos Al Hasani menyebutkan: “Berkata Amir Al Ghadhab bukanlah ini dan bukan juga itu, bahkan mereka mendengar suara yang bukan dari kalangan Jin mahu pun manusia berseru supaya memberi taatsetia kepada si pulan yang namanya bukanlah ini dan bukan juga itu melainkan dia adalah Khalifah Al Yamani.”[16] Di dalam kitab yang sama juga disebutkan: “Mereka berkumpul dan melihat kepada orang yang mereka berikan taatsetia, dalam keadaan mereka seperti itu, mereka akan mendengar suara yang tidak diketahui dan tidak pernah disebutkan oleh manusia mahu pun jin, berilah taatsetia kamu kepada si pulan dengan namanya bukan ini dan bukan itu tetapi dia adalah khalifah Al Yamani.”[17]

Sheikh Al Kurani di dalam kitabnya Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi juga menyebutkan: “Mahdi itu adalah hanya dari Quraysh, dan khilafah itu hanyalah pada mereka, melainkan dia mempunyai asal usul dari Yaman”[18]. Mahdi pertama adalah dari zuriat Imam Al Mahdi (a.s), maka perlu diketahui bahawa dia mempunyai jalur keturunan yang terputus disebabkan zuriat Imam Al Mahdi (a.s) yang tidak diketahui. Inilah sifat-sifat yang disifatkan kepada Al Yamani yang memperolehi kemenangan dan juga disifatkan kepada Mahdi Pertama kerana mereka sebetulnya adalah orang yang sama sepetimana yang dijelaskan.

Jika kamu menginginkan maklumat lanjut, maka ditambah lagi bahawa Al Yamani adalah individu yang mempersiapkan lapangan untuk era kebangkitan yang suci. Dia adalah yang pertama dari kalangan tiga ratus tiga belas sahabat dan yang akan memberikan panji kepada Imam Al Mahdi (a.s). Manakala Mahdi pertama juga hadir di zaman kemunculan yang suci sebagai orang yang pertama mengimani Imam Al Mahdi (a.s) di zaman kemunculan dan sebelum kebangkitannya. Adalah amat penting salah seorang daripada mereka menjadi hujjah (khalifah) ke atas satu lagi, memandangkan mereka semua adalah hujjah-hujjah (khalifah Allah) ke atas semua makhluk, yang termasuk di dalamnya Mahdi Pertama. Jika kedua-dua karakter ini bukan individu yang sama, maka Mahdi pertama adalah hujjah (khalifah) ke atas Al Yamani. Oleh itu, Mahdi Pertama akan berperanan sebagai orang yang memimpin bagi mempersiapsediakan revolusi, manakala Al Yamani akan berperanan sebagai watak sampingan sahaja. Hal ini tidak benar sama sekali kerana Al Yamani adalah watak utama dalam persiapan dan pemimpin utama di era kemunculan yang suci.

Justeru adalah menjadi keperluan bahawa Mahdi Pertama adalah Al Yamani dan Al Yamani adalah Mahdi Pertama. Dengan ini Al Yamani, namanya adalah Ahmad daripada Basrah, mempunyai tanda di pipi kanannya, seorang pemuda di awal kemunculannya, mempunyai kelemumur di kepalanya, yang paling alim di kalangan manusia tetang Al Quran, Taurat dan Injil selepas daripada Imam (a.s), jalur keturunan yang terputus, mempunyai gelaran “Mahdi”, imam maksum yang wajib ditaati, tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan dijamin neraka bagi mereka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus, dia mengajak kepada Imam Mahdi (a.s) dan kesemua yang telah diriwayatkan daripada para Imam (a.s) berkaitan ciri-ciri Mahdi Pertama. Hendaklah kamu merujuk kepada kitab Ghaybah Al Nu’mani, Ghaybah Al Toosi, Ikmal Al Din, Bihar Al Anwar jilid 52 dan 53, dan kitab-kitab hadis yang lainnya.

Seterusnya, baki pengikut Al Yamani yang terdiri daripada tiga ratus tiga belas orang sahabat Imam Al Mahdi (a.s) juga digelar dengan gelaran “Yamaniyyun” kerana mereka secara terus dikaitkan dengan ketua mereka Al Yamani dan termasuk di kalangan mereka adalah Yamani dari San’a serta Yamani dari Iraq.

Sekali-kali tidak, demi bulan, (32) dan malam ketika telah berlalu, (33) dan subuh apabila mulai terang. (34) Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang amat besar, (35) sebagai peringatan bagi manusia. (36) [iaitu] bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur [3]. (37) Setiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya, (38) kecuali sahabat-sahabat Al Yamin, (39) berada di dalam surga, mereka tanya menanya, (40) tentang [keadaan] orang-orang yang berdosa, (41) "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?" (42) Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, (43) dan kami tidak [pula] memberi makan orang miskin, (44) dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, (45) dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, (46) hingga datang kepada kami kematian". (47) Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa’at dari orang-orang yang memberikan syafa’at. (48) Maka mengapa mereka [orang-orang kafir] berpaling dari peringatan [Allah]?", (49) seakan-akan mereka itu keldai liar yang lari terkejut, (50) lari daripada singa. (51) Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. (52) Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat. (53) Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya itu adalah peringatan. (54) Maka barangsiapa menghendaki, niscaya dia mengambil pelajaran daripadanya. (55) Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran daripadanya kecuali [jika] Allah menghendakinya. Dia [Allah] adalah Tuhan Yang patut [kita] bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun. (56)[19]

“Demi bulan”, bulan adalah pemegang wasiat (wasiy) Imam Al Mahdi (a.s) dan “malam” adalah Daulah penindas-penindas yang zalim. “Subuh” adalah permulaan fajar Imam Mahdi (a.s), iaitu awal kemunculannya bersama dengan wasinya seumpama permulaan fajar sebelum naiknya matahari kerana Imam Mahdi (a.s) adalah matahari. “Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang amat besar” iaitu adalah kiamat kecil kerana peristiwa-peristiwa Agung di sisi Allah SWT itu ada tiga iaitu Kiamat kecil, Raj’ah dan Kiamat Agung. “Sebagai peringatan bagi manusia” atau pemberi ingat iaitu wasiy dan Mahdi Pertama (Al Yamani) diutuskan oleh Imam Mahdi (a.s) sebagai pembawa berita gembira dan pemberi ingat atas azab yang pedih. Oleh itu barangsiapa yang ingin maju ke hadapan akan turut berserta dan barangsiapa yang ingin berundur kebelakang akan ketinggalan daripada mengikuti Imam Mahdi (a.s). “Setiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya”, ianya jelas bahawa setiap manusia akan diadili berdasarkan amal perbuatannya.

“kecuali sahabat-sahabat Yamin”, mereka ini terkecuali dari pengadilan, mereka adalah yang paling rapat (muqarrabin) dan pengikut Al Yamani yang seramai 313 orang dari kalangan sahabat Imam Mahdi (a.s), mereka akan memasuki syurga tanpa perhitungan. Allah berfirman: “Adapun jika dia termasuk orang yang didekatkan. Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga keni’matan. Dan adapun jika dia termasuk sahabat-sahabat Al Yamin.”[20] “Di dalam surga mereka saling tanya menanya, tentang [keadaan] orang-orang yang berdosa, "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” Iaitu kamu bukan dari kalangan mereka yang mengikuti dan mematuhi khalifah Allah, serta tidak mematuhi wasiy Imam Mahdi (a.s) dan Mahdi Pertama (Al Yamani yang dijanjikan). Maka Al Yamani adalah individu yang diharamkan berpaling daripadanya dan barangsiapa berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka, maka cukuplah bagiku Allah sebaik-baik pembantu. Imam Ali (a.s) telah diuji dengan Muawiyah bin Hind (laknat Allah ke atasnya) yang membawa bersamanya manusia yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina, malah aku juga diuji sepertimana Ali bin Abi Talib (a.s) diuji, tetapi dengan tujuh puluh Muawiyah. Kesemuanya diikuti oleh manusia yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina. Kepada Allah jualah aku meminta pertolongan terhadap apa yang mereka gambarkan.

Demi Allah, Rasulullah (SAWA) dan bapa-bapaku para Imam (a.s) tidak tertinggal satu pun daripada urusanku melainkan diperjelaskannya. Mereka menggambarkan aku dengan terperinci, mereka menamakan aku, menerangkan tempat tinggalku sehingga tidak ada lagi keraguan dan kesamaran dalam hal aku selepas penerangan ini. Urusanku adalah jelas seumpama matahari di waktu tengahari, sesungguhnya aku adalah Mahdi Pertama dan Al Yamani yang dijanjikan.

Ahmad Al Hassan
Pemegang wasiat dan utusan Imam Mahdi (a.s)
21 Rabi’ Al Thani 1426 hijrah

_____________

1) Al Quran 19: 59
2) Bihar Al Anwar, jilid 1, ms 1.
3) Bihar Al Anwar, jilid 22, ms 51 dan 75.
4) Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.
5) Al Quran 3: 34
6) Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 95. Bihar Al Anwar, jilid 7, ms 178.
7) Bisharat Al Islam, ms 30.
 Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.
9) Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 148. Al burhan jilid 3, ms 310. Al Ghayba Al Toosi ms 385.
10) Bihar Al Anwar jilid 53, ms 145.
11) Al Ghayba Al Nu’mani ms 223.
12) Bisharat Al Islam ms 148.
13) Bisharat Al Islam ms 181.
14) Kamal Al Din, jilid 2, ms 653
15) Muntakhab Al Anwar Al Mudhi’a, ms 343.
16) Malahim Al Fitan, ms 27.
17) Ibid, ms 80.
18) Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi, jilid 1, ms 299.
19) Al Quran 74: 32-56
20) Al Quran 56: 88-90


Rabu, 25 Disember 2013

JAWAPAN IMAM AHMAD AL HASSAN (AS) BERKENAAN TEORI EVOLUSI




Dikirim oleh Muhammad Eshraq



JAWAPAN IMAM AHMAD AL HASSAN (AS) BERKENAAN TEORI EVOLUSI

Soalan: Adakah terdapat kebenaran dalam teori evolusi oleh Charles Darwin? Ianya sangat mengelirukan kerana terdapat bukti yang begitu banyak yang menyokongnya dari segi genetik sehinggalah kepada bukti-bukti arkeologi seperti fosil sesuatu sel makhluk. Saya minta anda untuk menyelesaikan perkara yang mengelirukan ini.



Jawapan:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Selawat serta salam ke atas Muhammad dan keturunannya, para Imam dan para Mahdi.

Saya bermohon kepada Allah agar menetap dan meluruskan jejak langkah anda.

Secara umum, perkara evolusi tidak dapat ditolak mentah-mentah kecuali oleh orang yang jahil akan makna sebenar evolusi, kerana selama mana kita mempunyai perbezaan, pemilihan dan keturunan, maka pasti ada evolusi; dan isu ini hampir dibuktikan dengan jelas, dan hampir tidak perlu kepada fosil atau anatomi perbandingan untuk membuktikannya.

Penyilangan genetik antara individu dari spesies yang sama telah lama wujud dan masih wujud hingga kini. Keadaan semulajadi yang melingkari individu-individu dan bersesuaian pula dengan individu-individu tertentu dari spesies yang sama, mereka yang membawa gen-gen terpilih lebih sesuai berbanding dengan individu-individu lain [spesies yang sama] yang biasanya wujud. Perwarisan pasti wujud apabila terdapat pembiakan. Jika ketiga-tiga ini di dapati, yang bumi tidak pernah bebas darinya sejak bermula kehidupan, maka pasti wujud evolusi.

Apa yang dilakukan oleh sesetengah ulama agama adalah; jika tidak disebabkan kejahilan mereka mengenai makna dan butir-butir evolusi, maka ianya adalah disebabkan kedegilan mereka semata-mata kerana mereka percaya konflik evolusi dengan teks agama. Hakikatnya mereka tidak tahu makna penciptaan dan perkembangan, namun anda dapati mereka bertindak balas secara palsu atau menafikan dengan tanpa rasa segan.

Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka berfikir bahawa evolusi bermakna perkembangan dari satu spesies kepada spesies yang lain, manakala biologi semasa tidak mengatakan bahawa evolusi berlaku secara langsung dari satu spesies ke spesies yang berbeza sepenuhnya, hattakan Darwin sekalipun.

Oleh itu, tidak ada orang yang mengatakan bahawa ikan berkembang terus ke dalam sesuatu amfibia. Hatta pada tahap ikan yang berjalan di atas lumpur dengan sirip mereka, tiada siapa yang mengatakan bahawa ikan itu terus berubah dari ikan akuatik ke ikan amfibia (mudskipper).

Sebahagian mereka mengatakan ada masalah dengan evolusi kerana tabiat tidak dipindahkan, maka mereka ini tidak mengetahui asas-asas evolusi, kerana perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan genetik dan bukan perbezaan tabiat atau tingkah laku. Sebagai contoh, berjalan di atas dua kaki yang membezakan manusia, tidak berlaku sebagai hasil daripada tabiat, tabiat sahaja tidak mempunyai nilai kerana ia tidak diwarisi. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah satu proses pemilihan semula jadi bagi individu-individu yang memegang gen-gen terpilih.

Secara umumnya, menafikan evolusi hari ini telah menjadi sepertimana menafikan putaran bumi sebelumnya.

Bukti-bukti rasional yang disebutkan al-Quran tidak bercanggah dengan teori evolusi. Bukti bahawa sesuatu tidak boleh dihasilkan daripada tiada, adalah ayat: (Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?).[1] Ayat ini tidak bercanggah dengan teori evolusi. Tiada siapa yang boleh bayangkan keduanya berkonflik kecuali orang yang jahil. Ya, seseorang boleh berkhayal bahawa ia bercanggah dengan teori Big Bang, memandangkan teori Kuantum bersama-sama dengan M-teori boleh menjelaskan kemunculan alam semesta daripada tiada. Teori Big Bang secara umumnya adalah teori kosmik yang lebih besar daripada batas muka bumi ini.

Bukti yang lain adalah watak dari kesan yang menunjukkan watak sesuatu yang mengesankan.(Ini berdasarkan bukti peraturan, bukti organisasi, bukti matlamat, dan bukti kebijaksanaan ...). Berkaitan bukti ini, mungkin berlaku salah tanggapan bahawa bukti ini bercanggah dengan teori evolusi, tetapi bukti ini juga tidak bercanggah dengannya kerana kewujudan peraturan gen yang cukup untuk membuktikannya, bermakna bahawa kita hanya perlu membuktikan bahawa peta genetik mengikut peraturan, dan ini merupakan satu isu yang telah dibuktikan.

Bagi nas Al-Quran dan riwayat, keduanya tidak bercanggah dengan evolusi. Sebaliknya, mereka menyokongnya dengan sangat jelas. Berikut adalah contoh dari nas: (Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu. Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna).[2]

Makna zahir teks adalah jelas, "Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat."

Satu contoh dari peringkat-peringkat ini adalah tujuh langit. Dan kejadian tujuh langit adalah secara beransur-ansur dalam evolusi dan kerumitan.

Kemudian Dia menjelaskan perkara ini dengan lebih jelas lagi, {Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi,}, bermakna anda adalah hasil daripada benih yang Allah telah tanam di bumi, atau boleh saja kita panggil bahawa benih tersebut adalah peta genetik yang Allah telah tanam di bumi. Tujuan akhirnya adalah untuk mencapai jasad yang layak untuk menerima jiwa kemanusiaan, yang diciptakan dari lumpur. Lumpur tersebut diangkat ke langit pertama dan berkelayakan untuk ditiupkan roh padanya.

Imam Muhammad bin Ali Al-Baqir (a.s), berkata: "Allah ciptakan di muka bumi, sejak Dia menciptakan tujuh Adam. Mereka bukanlah dari anak-anak Adam. Allah menciptakan mereka dari permukaan bumi dan Dia menjadikan mereka tinggal di dalamnya satu persatu selepas yang lain, masing-masing dengan orangnya sendiri. Allah kemudian mencipta bapa manusia ini dan menciptakan keturunannya dari dia. "[Al-Khisal oleh Al-Sadooq, halaman 359]

Bagaimanapun, semoga Allah memberikan kejayaan buat anda. Insya Allah saya akan menulis sebuah buku sebagai respon kepada soalan anda dan saya akan menjelaskan teori penciptaan, teori perkembangan dan teori Big Bang, apa yang benar daripada mereka dan apa yang tidak benar. Saya akan jelaskan salah tanggapan ateisme dan bukti tauhid dari teori-teori yang sama, di mana sesetengah orang-orang jahil yang tidak tahu kebenaran mengandaikan bahawa mereka bercanggah dengan agama dan bercanggah dengan kewujudan Tuhan. Insya Allah, ia akan diterbitkan tidak lama lagi. Dan saya berharap anda tidak lupa saya dalam doa anda.

Dan selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya ke atas kamu.

Ahmad Al Hassan
Jamadi Al Thani 1433 Hijrah

__________________________________________

[1] Surah At-Tur 52:35
[2] Surah Nuh 71: 14-17

Ahad, 22 Disember 2013

berdoa di dalam qunut dan sujud,

Di pos oleh Ibnu Azmi

Tahukah semua bahawa kita dibenarkan untuk berdoa dalm bahasa ibunda kita di dalam qunut dan sujud, samada solat wajib atau nafilah?

Can I make dua in my prayer with my native language? such as in sujood and qunut. Or is there a difference related to whether the prayer is obligatory or mustahab.

Answer: In the Name of Allah the abundantly Merciful, the intensely Merciful
And praise be to Allah the lord of the worlds
May Allah send his prayers upon Muhammad and his family the Imams and Mahdies

It is allowed to make dua in any language you want in Qunut, Ruku' and Sujud

Ahmed Alhasan

Shawwal 1434 H

ج/ بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

يجوز أن تدعو بأي لغة تشاء في القنوت والركوع والسجود.

أحمد الحسن

شوال 1434

Amalan membaca surah al Nur Buktikan Kebenaran Ahmad A.S


Posts : Nizar

Joined : Sat 10 Mac 2012 23:16
Duduk 3 Ogos 2013 12:19

Allah Buktikan Kebenaran Ahmad A.S.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Salam alaikum wr wb . Pertama sekali, aku berlindung kepada Allah dariAnaniahI.

Ini adalah sesuatu yang ditunjukkan Allah swt kepada saya beberapa bulan yang lalu, dan kini saya ingin berkongsi dengan saudara semua, selepas membuat istikhara kepada Allah swt dan alhamdulillah ternyata positif.

Beberapa bulan lalu, saya mendengar dari seorang Ansar yang Imam Ahmad al -Hasan as berkata , membaca surah al Nur 70 kali tanpa henti (kecuali untuk solat , makan dan tidur) akan menyebabkan seseorang itu melihat banyak rahsia dan Allah swt akan mendedahkan kepadanya apa yang Dia swt kehendaki. Jadi saya memutuskan untuk melakukannya .. dengan hanya satu tujuan .. bahawa Allah swt dengan jelas menunjukkan kepada saya kebenaran Ahmad Al -Hasan as, jika Ahmad as benar, saya mahu Allah tunjukkan kepada saya dengan jelas .. jika Ahmad as sebenarnya palsu.. saya mahu Allah tunjukkan kepada saya dengan jelas. Dan Alhamdulillah saya pun melakukannya.

Saya mengambil masa kira-kira 4-5 hari untuk selesai membacanya, tetapi Alhamdulillah 4-5 hari ini telah dipenuhi dengan visi Imam ke-12 as, peristiwa alamat dan masa depan (futuristik), dan rahsia yang diturunkan oleh Allah swt kepada saya. Tetapi apa yang saya benar-benar ingin berkongsi dengan saudara semua adalah apa yang berlaku selepas saya selesai membaca..

Saya tidak peduli bagaimana peliknya akan kelihatan, tetapi demi Allah, rohani saya naik (mikraj) ke langit yang lebih tinggi! Pertama saya perlahan-lahan mula terapung ke langit maka pada titik tertentu berlepas pada kelajuan yang sangat tinggi ke langit... saya benar-benar berada di sana, memerhatikan angkasa lepas .. menakjubkan dan pada masa yang sama menakutkan (saya takut pada ketinggian). Kemudian pada titik tertentu saya menjadi berat dan jatuh kembali ke badan saya (saudara tidak ingin merasai hal ini ..) .. ini berlaku selama kira-kira 3-4 kali (naik kemudian jatuh kembali ke bawah), sehingga dalam perjalanan ke atas, saya membuat zikir kepada Allah swt (Allahu akbar, Subhanallah, dan lain-lain) .. dan kemudian Subhanallah semua rasa berat hilang dan jadi lebih cepat daripada sebelumnya dan naik ke titik yang sangat tinggi, untuk menggambarkan jarak saya mengembara adalah mustahil .. saya terus tertanya-tanya di mana mikraj ini (kenaikan) akan berakhir , sehinggalah saya melihat ke atas dan melihat sebuah Pintu Nur (cahaya) yang besar dan saya naik ke arahnya tanpa kawalan saya .. dan apabila saya masuk , saya tidak dapat menggambarkan apa yang ada di sana .. ada di mana-mana beribu-ribu Nur dan yang tidak terhingga yang tidak dapat digambarkan.

Dan merasakan semua orang sedang menunggu saya di sana? ? Ahmad Al -Hasan a.s. Lelaki yang di dunia ditolak, suara-Nya begitu besar dan berkuasa .. dan ini adalah apa yang dia kata kepada saya: حياكم الله , حياكم الله جميعا (hayakum Allah , saya tidak tahu apa maksud yang sebenarnya dalam bahasa Inggeris).

Jika ini bukan Allah swt yang memberi keterangan kepada Khalifah Ahmad as, maka saya tidak tahu apakah dia itu.. Saya menghabiskan 5 hari membaca surah al Nur 70 kali dan saya telah meminta Allah swt untuk menunjukkan kepada saya kebenaran manusia ini, sebenarnya, ini saja hasrat saya pada Allah swt .. dan kemudian ini yang berlaku. Sesiapa yang membacanya dan berfikir saya berbohong dalam apa-apa cara sekalipun, maka hendaklah dia mencubanyai, Allah swt tidak akan berdusta kepada sesiapa pun! Allah adalah jauh lebih besar daripada semua ini.

Kepada semua orang-orang yang berdegil angkuh dan berkata Ahmad as adalah ahli sihir, beritahu saya sekarang .. adakah Al-Quran sekarang juga adalah sebuah kitab sihir kerana ia membuktikan kepada Ahmad as? ? atau adakah Ahmad a.s. mengalahkan Allah dan melanggar Kerajaan Langit? Sesiapa yang membaca al-Quran akan mengetahui Allah swt melindungi langit yang lebih tinggi dan ia adalah mustahil untuk mana-mana unsur jahat untuk memasukinya.. atau Allah pula cuba menipu ciptaannya apabila meminta kepadaNya panduan???

Sebenarnya, tidak ada sihir di sini .. tiada siapa yang boleh melanggar Kerajaan Langit .. dan Allah swt adalah jauh lebih agung daripada untuk menipu seseorang yang dengan ikhlas meminta kepadaNya panduan.. yang haq adalah jelas bagi sesiapa yang mahu melihat .. yang had adalah dengan Ahmad as .. yang benar adalah bersama Ahmad as!!

Demi Allah lelaki ini tidak meninggalkan apa-apa bukti .. setiap bukti yang ada untuk dibawa, dia bawakan kepada anda, Wasiat ar-Rasul (sudah mencukupi!!!) , Yang telah disebut dalam beberapa riwayat, Mubahila, qasam al-bara' , beribu-ribu penglihatan-penglihatan (visi) dan kashf, mukjizat, istikhara, ilmu, dan dia adalah satu-satunya manusia tidak menyeru kepada kedaulatan manusia (pilihan raya, syura), tetapi dia menyeru kepada Allah dan juga bapa-bapanya as lakukan ... dan masih ada seseorang yang datang dan berkata " Ahmad tidak mempunyai bukti langsung" .. inna lillah wa inna ilayhi raji'uun! Semua orang-orang yang degil dan angkuh, demi Allah, jika malaikat turun dan memberitahu kamu Ahmad as adalah benar, kamu tidak akan percaya.

Last edited by Nizar di Sun 4 Ogos 2013 01:48 ,
disunting sebanyak 2 kali.

"Orang akan menentang sesuatu yang mereka jahil mengenainya" - Imam Ali (as)

3.3. Al-Yamani - Kesinambungan Risalah ilahi

3.3. Al-Yamani - Kesinambungan Risalah ilahi

Jika kita mengkaji dan bezakan ramalan sebelum kedatangan Muhammad dan Ahmed terdapat juga ramalan dalam kitab-kitab sebelumnya, kita dapati bukan sahaja Allah swt telah memelihara banyak kitab-kitab yang diberkati tetapi kini kita boleh melihat makna ramalan yang ulamak masa lalu tidak dapat mentafsirnya. Dengan menyusun atur ramalan-ramalan itu kita dapat melihat aliran maklumat yang menunggu pemilik yang sah untuk disebarkan pengetahuan ini kepada manusia.

Kesimpulannya di sini, bahawa riwayat Wasiat bukan sahaja disokong oleh perilaku Ahlulbayt seperti yang akan kita lihat kemudian, tetapi juga melalui kenyataan-kenyataan, kenyataan al-Quran, kenyataan kitab-kitab suci lalu. Malah, ramalan-ramalan mengenai penyelamat akhir zaman melebihi ramalan langsung tentang nabi-nabi dan rasul-rasul yang lalu atas sebab-sebab yang jelas iaitu bahawa konteks agama-politik di mana penyelamat akan muncul menimbulkan cabaran yang begitu besar bukan sahaja kepada manusia secara umum tetapi juga secara langsung kepada keselamatan dan kesucian agama Allah, oleh itu ia adalah satu cabaran yang lebih besar untuk agama Islam yang sebenar daripada yang dihadapi oleh mana-mana nabi-nabi terdahulu termasuk Muhammad, penghulu alam semesta dan penciptaan pertama dan Allah di dalam penciptaan.

Kebanyakan mereka adalah rujukan langsung kepada Muhammad, keluarganya termasuk Penyelamat atau Juruselamat itu sendiri. Terdapat beberapa yang terpakai bagi kedua-dua Muhammad dan Penyelamat sebagai sejarah berulang dan kewujudan pengulangan ini biasanya menyediakan pengesahan tambahan kepada penyokong dari sumber yang diberkat,i mereka sokong. Jadual di bawah menunjukkan poin-poin di atas.
Petunjuk A = Ada, T = Tiada


Ramalan
Rujukan
Muhammad
Imam-imam
Yamani
1
Kalimah Tuhan
John 1:1
A
T
T
2
Ramalan Ilya
Metthew 17:11-13
T
T
A
3
12 raja-raja Kedar

Genesis 25:12-16
T
A
T
4
Muhammad dalam Bible
Song of Solomon
Cant. 5:16
A
T
T
5
Yang duduk di atas takhta
Revelation 4:2-3
A
T
T
6
24 tua-tua duduk di sekeliling takhta
Revelation
4:4
N
A
A
7
Allah datang dari Tayman
Habakkuk
3:3
A
T
T
8
al Quddus datang dari gunung Faran
Habakkuk
3:3
T
A
A
9
Penampilan di Gunung Faran
Deuterono my 33:2
A
T
T
10
Akar daripada Jesse
Isaiah 11:1-10
T
T
A
11
Anak Domba di Gunung Zion dengan nama bapanya dan 144,000
Isaiah 14:1
T
T
A
12
Singa dari suku Yehuda dan akar David
Revelation 5:5
T
A
A
13
10,000 yang suci*
Jude 1:14-15
A
T
A



Ramalan
Rujukan
Muhammad
Imam-imam
Aamani
14
Roh Kebenaran
John 15:26
T
T
A
15
Penghibur (Pembela) dalam Bible
John 14:26
T
T
A
16
John Pelbagai ramalan 'Ilahi' lain seperti wanita dengan mahkota 12 bintang
Revelations

A
A
A
17
Aahudha dalam Injil Yudas
Injil Judas 3rd scene
T
T
A
18
Utusan dihantar ke Umm Al Quraa '(Makkah)'
Jumuah 1-2

A
T
T
19
'And others from umm al Quraa (of his time)
'Jumuah 3-4

T
T
A
20
Rasul dari aali Muhammad untuk setiap zaman
Yunus 47

A
A
A
21
Ahmad dalam Quran*
Surah 61:6
A
T
A
22
Pra-pembalasan Rasul
Dukhan 10-16
T
T
A
23
Sungai Talut

Bihar al Anwar vol 52, p. 332
T
T
A
24
Wasiat untuk Imam-Imam
Lihat Wasiat
T
A
T
25
Wasiat untuk Ahmed
Lihat Wasiat
T
T
A
26
Waliy amrik dalam Dua al Iftitah
Mafatih al Jinan
T
T
A
27

Hal Sahabat di Basrah
Beshara Al-Islam p.181
T
T
A
28
Bendera ditarik balik untuk negara-negara dari jauh ... tidak akan tidur
Isaiah 5:26-30
T
T
A

* Ramalan berulang . Satu lagi contoh adalah sungai yang penyokongnya telah diuji dengan: sungai hari ini adalah Syed Ahmed as17
.
3.4. Apa yang membezakan misi Yamani ini?


Dari analisa Risalah Muhammad dan seperti itu jugalah Syed Ahmed yang kita lihat bahawa tugas risalah sebelum ini adalah untuk menegakkan Syariah dengan Kebijaksanaan Allah swt dan Dia maha tahu bahawa ajaran Muhammad tidak akan tersebar meluas ke seluruh dunia sehingga kebangkitan Imam Mahdi, begitulah lebih kurang makna dan tujuan hadith berikut:

3.4.1. Berita Baik mengenai Imam Mahdi

قال رسول الله : ألا ابشركم - أيها الناس - بالمهدي؟ 

قالوا : بلى . قال : فاعلموا أن الله تعالى يبعث في أمتي سلطانا عادلا و أماما قاسطا يملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جوار وظلما . و هو التسع من ولدي الحسين . اسمه إسمي وكنيتيه كنيتي . ألا و لاخير في الحياة بعده . و لا يكون انتهاء دولته إلا قبل القيامه بأربعين يوما -

'Perlukah aku memberitahu kamu berita gembira , wahai manusia, tentang Imam Mahdi ?
'Ya sudah tentu,' kata mereka.
' Ketahuilah bahawa Allah akan mengutus pemerintah adil dan pemimpin yang saksama pada umatku yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan.
Beliau adalah yang ke sembilan dari anak ku al-Husain: namanya seperti namaku dan gelarannya seperti gelarannya. Bahkan, tidak akan ada kebaikan dalam kehidupan selepasnya dan tetapi pemerintahannya tidak akan berakhir 40 hari sebelum kiamat. '

✡✡✡✡✡

-------------------

17 al Jawab al Munir soalan 40


3.1-2 << Sebelum