Rabu, 28 Januari 2015

Soalan 81: Apakah Al-Nasakh dan Al-Mansukh?



Soalan 81: Apakah Al-Nasakh dan Al-Mansukh?


Penyoal: Zaid Shafaa’

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Ayat-ayat Al-Mansukh (dimansukhkan) adalah ayat-ayat yang ditinggalkan dan tidak diamalkan selepas diturunkan hukum baru dalam ayat-ayat yang baru dan ia adalah ayat-ayat Al-Nasakh (gantian). Contoh ayat Al-Nasakh (gantian) dan Al-Mansukh (dimansukhkan) adalah ayat-ayat yang mengingatkan tentang 3eddah (‘iddah) wanita yang suaminya meninggal dunia. [147].


                                                                                                                       
✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[147] – telah diturunkan pada 3eddah (‘iddah) iateri yang kematian suaminya, FirmanNya SWT:
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم مَّتَاعاً إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِيَ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Baqarah 2:240] 

Kemudian digantikan (nasakh) kepada empat bulan sepuluh hari, dengan FirmanNya SWT:
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْراً فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
(Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.) [Al-Baqarah 2: 234] :.
adalah pelik bahawa ayat Al-Nasakh (gantian) datang sebelum ayat Al-Mansukh (dimansukhkan) terletak dalam susunan Al-Quran yang wujud hari!!!! Ia seharusnya ayat yang mendahului adalah ayat Al-Mansukh (dimansukhkan) kemudian barulah ayat Al-Nasakh (gantian) jika mengikut susunan turunnya ayat-ayat, Wa Allahu A3lam . (Pengulas).
 Dari Kitab Al-Mutasyabihaat juga mengenai Nasakh dan Mansukh atau
Soalan 86: Apakah yang di maksudkan dengan Nasakh dan Mansukh... - pent

Tiada ulasan: