{Iaitu
jalan orang -orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada }
Pada
hakikatnya terdapat dua laluan: jalan kepada Allah , dan laluan yang ke neraka,
yang datang mendekati dan yang akan dijauhi, atau dikatakan, yang datang dan
yang pergi. Dan jalan Allah ialah "(الصراط
المستقيم) jalan yang lurus". Dan memohon
bimbingan (hidayah) sebelumnya - yang bermaksud: Tunjukilah kami jalan yang
lurus - memerlukan pengkhususan ini, bermakna, ia adalah jalan orang-orang yang
Allah telah kurniakan nikmat kepada mereka, dan itu adalah kerana laluan di
Alam Zarah (Alam Kerajaan dan Kerajaan-kerajaan Langit) adalah banyak jalannya.
Dan
bimbingan ke arah sabahagian daripadanya boleh muncul sebagai petunjuk ke arah
jalan yang lurus, walaupun ia adalah suatu petunjuk separa. Walau bagaimanapun,
menentukan jalan yang benar, seperti jalan Nabi-nabi (as), [itu adalah
kerana] kepada mereka telah dikurniakan nikmat. Allah swt berfirman:
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ
الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ
وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقاً
{Dan barangsiapa
yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan
orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para
shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka
itulah teman yang sebaik-baiknya.} [[2] Al-Quran
Surah An- Nisa ' 4: 69].
Maknanya,
meminta petunjuk kepada semua jalan kesejahteraan, atau jalan yang lurus dalam
[kedua-dua ] Alam Kerajaan ini dan Alam Kerajaan-kerajaan Langit, dan
seterusnya, mencapai kesempurnaan akal dan darjat tertinggi mendekatkan diri
kepada Nya, yang Maha Suci, yang manusia mungkin boleh capai. Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ
سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
{
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan
Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar
beserta orang-orang yang berbuat baik. } [[3]
Al-Quran Surah Al-`Ankabūt 29: 69].
Dan
Firman Allah SWT:
قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ *
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلامِ وَيُخْرِجُهُمْ
مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ
مُسْتَقِيمٍ
{Sesungguhnya
telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan
kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan
keselamatan, dan mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya
yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang
lurus.}
[[4] Al-Quran Surah Al -Ma'idah 5:15 & 16].
Juga
permintaan untuk mengelakkan jalan ke neraka, dan ia adalah jalan orang-orang
yang dimurkai (Allah) ke atas mereka di dalam Kerajaan dan Kerajaan-kerajaan
Langit, bermakna permintaan untuk mengelakkan jalan kejahilan dan
tentera-tenteranya, Firman Allah SWT:
وَبِعَهْدِ
اللَّهِ أَوْفُوا ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ * وَأَنَّ
هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيماً فَاتَّبِعُوهُ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ
فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
Karena
terdapat bahaya yang besar yang meliputi diri oleh sebahagian tentera Jahil,
meskipun manusia dipimpin menuju ke beberapa laluan dari jalan yang lurus
Sebagai
contoh: Islam adalah cara untuk jalan yang lurus, jalan iman, jalan Wilayah
(Penguasa), jalan kepercayaan (aqa’id) yang benar, jalan Ilmu dan Fiqh (Fekah),
dan jalan amal, dan jalan keikhlasan.
Dan
di samping jalan ini, manusia yang terdedah kepada keinginan diri, dan Syaitan,
dan perhiasan dunia: {[syaitan] berkata,
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ
صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ * ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ
خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ
شَاكِرِينَ
"Iblis
menjawab: "Karena Engkau telah menghukumku tersesat, aku benar-benar akan
(menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. * Kemudian aku akan
mendatangi mereka dari hadapan mereka dan dari belakang mereka dan dari kanan
mereka dan kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka
bersyukur [taat kepadaMu]."} [[2] Al-Quran
7 :16 & 17].
Dan
diriwayatkan daripada Ahlul Bayt Al-‘Ashimah (yang maksum) a.s. yang bermaksud:
Jalan yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, yang membawa bermaksud:
dengan nikmat amal dan keikhlasan. Dan ringkasannya, nikmat keikhlasan
beragama, maka bagi Allah-lah agama yang ikhlas.
Dan
di dalam ayat ini - yang bermaksud : {Iaitu jalan orang -orang yang Engkau
telah kurniakan nikmat ke atas mereka,} - kembali kepada memuji Allah swt, dan
mensyukuriNya dan mengakui ke KeutamaanNya, dan itu adalah kerana hamba itu di
dalamnya (bacaannya) menganggap
ibadahnya dan ketaatannya kepada Allah adalah nikmat dari nikmat Allah, dan
mana-mana nikmat dan keutamaan dari Allah dan ada nikmat yang besar?
Dan permintaan
panduan di sini adalah pada martabat, yang paling rendah yang mengetahui jalan
ini walaupun secara amnya, berjalan di atasnya. Sesungguhnya, jika [manusia]
sampai dengan keutamaan Allah dan dengan rahmatNya kepada Martabat yang Tinggi
lagi Suci itu, maka dia adalah di antara orang-orang yang Allah telah kurniakan
nikmat ke atas mereka, dan dia adalah dari kalangan mereka yang telah mencapai
kebaikan dari Allah. Dan jika dia berjalan dengan jalan ini dengan mendapat
hidayat ke sebahagian jalan-Nya (jalan yang selamat), dia akan menjadi di
antara orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, yang bermaksud, dalam
ketaatan pada masa kita ini kepada Imam Al Mahdi (as). Dan walaupun dia telah
dikalahkan oleh sebahagian [tentera] kejahilan dan kegelapan, yang melingkungi
dirinya beberapa kali.
Jadi dia
tersandung batu, dan menjunam ke dalam lubang itu, namun dia bangkit dan
mulakan satu permulaan baru. Oleh itu, contoh hamba ini, mungkin rahmat telah
memihak kepadanya, maka dia akan bersama orang-orang yang Allah telah kurniakan
nikmat ke atas mereka dan bukan dari mereka, {Dan barangsiapa yang mentaati
Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang
dianugerahi nikmat oleh Allah } [[1] Al-Quran
Surah An- Nisa ' 4:69] , dan Segala puji bagi Allah, Sendirian.
✡ ✡ ✡ ✡ ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan