Soalan / 62: Dia SWT
berfirman:
﴿وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى
النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا
يَعْرِشُونَ﴾
{Dan Tuhanmu
mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di
pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",} [44].
﴿ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ
الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ
مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ
يَتَفَكَّرُونَ﴾
{kemudian makanlah
dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah
dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.} [45].
Apakah yang
dimaksudkan dengan ayat yang mulia tersebut, dan lebah dihubungkan dengan
nabi-nabi dan rasul-rasul dan para Imam dan Yang disucikan dan khususnya Al-Syed
(as)?
Penyoal: Ibrahim Raghil
Jawapan:
بسم الله
الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu
bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga
Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
Tuhan tidak mencipta
sesuatu dengan sia-sia, tetapi semuanya dengan kadar dan ketentuan bijaksana secara
menyeluruh; supaya manusia merenungkan ciptaan Allah, maka mengenal melalui hakikat
pertimbangan ini, dan bagaimana Dia SWT mendorong manusia untuk merenungkan penciptaannya
supaya mereka dibimbing kepada kebenaran
﴿أَوَلَمْ يَنْظُرُوا فِي
مَلَكُوتِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ وَأَنْ
عَسَى أَنْ يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ
يُؤْمِنُونَ﴾
{Dan apakah mereka
tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan
Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita
manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Quran itu?} [46].
﴿هُوَ الَّذِي جَعَلَ
الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُوراً وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ
السِّنِينَ وَالْحِسَابَ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ
الْآياتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ﴾
{Dialah yang
menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya
manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu
mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang
demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya)
kepada orang-orang yang mengetahui.} [47].
Pada lebah ada
tanda-tanda bagi manusia mengenali melalui kebenarannya, kerana lebah mengumpul
madu dari tumbuh-tumbuhan ... Dan madu dapat menyembuh dan menyehatkan tubuh badan,
dan begitu juga para Nabi dan Aushiak dan pengikut (Syiah) mereka ... Mereka
mengumpul pengetahuan dari pokok yang baik dan diberkati, dan dalam pengetahuan
(ilmu) untuk merawat ruh-ruh (kehidupan).
Dengan itu kerajaan
lebah akan musnah apabila ia kehilangan Ratunya. Pada mulanya kumpulan
Ratu-ratu terdiri dari Ratu-ratu palsu sepenuhnya seperti keadaan para ulamak
yang tidak beramal. Untuk mereka menghasilkan telur yang tidak boleh
disenyawakan agar semua lebah akan tertipu dengan pengeluaran khayalan yang
palsu ini. Dalam usaha bahawa takdir kehancuran kerajaan adalah selepas ia
beransur-ansur hancur.
Ratu-ratu palsu
dalam sebuah Kerajaan yang hilang adalah lebih daripada satu Ratu dan mereka
tidak bersetuju dengan satu gerakan terancang untuk membuat sarang. Setiap Ratu
itu juga dikelilingi oleh sekumpulan lebah selepas menipu yang dia adalah Ratu
sebenar. Dan pembahagian kerajaan ini disebabkan oleh Ratu-ratu palsu.
Jika kamu mengikuti
keadaan Ratu-ratu palsu dalam Kerajaan lebah ... Kamu akan dapati ia sangat
serupa dengan keadaan para ulama yang tidak beramal yang membawa pengetahuan
yang merosak selepas mereka minum air yang menjijikkan yang menyebabkan
perpecahan umat selepas ia kehilangan Nabi dan Imamnya.
Dan pada lebah
terdapat tanda menebus dan pengorbanan diri apabila musuh menyerang Kerajaan
lebah Maka jika lebah-lebah menyerang
musuh untuk mempertahankan Kerajaan dan Ratu serta seluruh warga lebah,. setiap
ekor lebah yang menyengat musuh pasti kehilangan hidupnya; namun lebah keluar
tanpa teragak-agak untuk mengorbankan diri mereka sendiri. Dan dalam hal ini
adalah tanda dan pengajaran dalam menjauhi Keakuan
(al-Ana –ego).
Di dalam jawapan
yang ringkas ini saya cuba menerangkan kepada anda cara yang mudah, untuk anda
sendiri mengesan keadaan lebah dan kerajaannya; untuk menemukan sejauh mana
persamaannya dengan ahli-ahli agama, persamaan dari segi kejujuran dan kesesatan
dan pembohongan, maka kenalilah darinya kerana Allah berbicara kepada manusia
melalui segala sesuatu, melalui batu, pokok dan haiwan. [48].
✡✡✡✡✡
______________________________
[44] – Al-Nahl 16:68.
[45] - Al-Nahl 16:69.
[46] – Al-A3raaf 7:185.
[47] – Yunus 10:5.
[48] – Oleh kerana
itu anda dapati Ahl al-Bayt adalah seperti diri mereka sendiri dan Syiah mereka
yang jujur seperti lebah, Dari Abi Abdillah (as) pada mengatakan firman Allah Taala:
(وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى
النَّحْلِ)
Dan Tuhanmu
mewahyukan kepada lebah:
) - [Al-Nahl 16:68] berkata:
(Kamilah lebah yang Allah wahyukan kepadanya itu
(أَنِ اتَّخِذِي مِنَ
الْجِبَالِ بُيُوتاً)
("Buatlah sarang-sarang
di bukit-bukit.") menyuruh kami mengambil daripada orang Arab Syiah,
(وَمِنَ الشَّجَرِ)
(dan dari
pokok-pokok)
Mengatakan: dari
orang bukan Arab
(وَمِمَّا يَعْرِشُونَ)
(dan di
tempat-tempat yang dibikin manusia) dari hamba yang dibebaskan, dan minum dari
air yang berbeza warnannya:
Ilmu yang datang daripada kami kepada kamu) Bihar
Al-Anwar: J 42 h 110.. (Pengulas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan