Sinopsis Kitab
Wahmul Ilhad
Adakah kita wajib
memilih antara beriman dengan Tuhan dan beriman dengan sains?
Siapa yang tidak
pernah mendengar ungkapan yang masyhur tetapi salah ini: "Evolusi
mengklaim bahawa manusia berasal daripada monyet". "Sains mengklaim
bahawa alam semesta dan kehidupan serta segala yang ada di dalamnya wujud
secara kebetulan sahaja". Kesemuanya adalah gambaran bagi pendapat yang
satu dari kalangan orang-orang yang mewakili agama-agama iaitu: kesemua teori
sains ini adalah salah! Manakala satu golongan ahli agama lagi memilih
berpendapat bahawa: " teori sains adalah benar dan agama juga adalah
benar"…TETAPI…BAGAIMANA!?
Teori-teori sains
yang dicadangkan oleh para atheis mewakili idea-idea saling melengkapi yang
melakarkan paparan berlainan tentang permulaan alam semesta, kehidupan,
kebudayaan dan agama. Ianya jelas bertentangan dengan paparan yang dilukiskan
oleh ahli-ahli agama. Oleh itu, mustahil bagi orang-orang yang rasional untuk
menerima kedua-dua pendapat ini sekaligus, tanpa merungkaikan
pertentangan-pertentangan ini!
Evolusi mengatakan
ia berlaku dengan membûta-tuli tanpa ada sebab dan tujuan yang melangkaui itu,
manakala orang agama pula berkata ada tujuan di sebalik itu…! Teori "alam
semesta itu daripada tiada" mengatakan bahawa alam semesta itu terwujud
dengan sendiri secara serta merta daripada tiada "nothing", tanpa ada
campurtangan luar dan agama yang mengatakan bahawa di sana wujudnya Pencipta
alam semesta…!
Ilmu sains
purbakala mengatakan bahawa agama itu adalah hasil kemanusiaan yang tulen,
manakala agama pula meñgatàkàn bahawa agama dibawa oleh para rasul dan
nabi-nabi…! Adam keagamaan sebagaimana menurut pandangan orang-orang agama
adalah Adam yang tidak dapat dibuktikan dengan sains…kisah nabi Nuh dan banjir
besar yang menenggelamkan seluruh alam adalah mustahil dari sudut ilmu sains.
Kisah pènçiptaan
alam semèsta sebagaimana yg diceritakan oleh oràng-orang agama adalah kisah
khayalan menurut teori "big bang"…Dimanakah dahulunya Tuhan
menciptakan alam semesta, kehidupan dan manusia yang ada pada hari ini?
Buku "Delusi
Atheisma" ini menghapus segala pertentangan dan meletakkan setiap bahagian
pada tempatnya agar dapat dilihat setiap perkara sebenar pada satu paparan yang
saling leñgkap melengkapi!
Buku "Delusi
Atheisma" oleh Ahmad Al Hassan ini bakal membawa dan mènarîk pèrhatian
anda dengàn gaya penulisan yang amat bagus dan jelas dalam pèrjalañan
mengeksplorasi enam bahagian buku ini, dari muka surat pertama hingga ke
mukasurat terakhir. Perjalanan yang di dalam Ahmad Al Hassan menetapkan bahawa
sains tidak diletakkan bertentangan dengan kewujudan Tuhan.
Ia adalah dialog
buku yang amat bagus sekali antara penulis dengan Richard Dawkins, Stephen
Hawkins dan pendukung pemikiran atheis lainnya.Jawapan-jawapan terkini yang
belum pernah ada seumpamanya sebelum ini, dalam menjawab persoalan yang paling
besar dan paling penting iaitu: ADAKAH IANYA DELUSI KEWUJUDAN TUHAN ATAU DELUSI
ATHEISMA??
Kitab atau Buku Wahmul Ilhad Versi Bahasa Arab
Kitab atau Buku Wahmul Ilhad Versi Bahasa Arab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan