Jumaat, 9 Januari 2015

Post FB: Titik Ketunggalan

Titik Ketunggalan


Salam Alaikum wa RahmatuLlah wa Barakatuh.

Saya berdoa kepada Allah agar anda semua barada dalam keadaan dan kesihatan yang baik.

Saya akan menyebutkan beberapa topik dari Wahmul Ilhad di halaman ini. Ia akan bermanfaat, insyaAllah.

Model Friedmann :



Relativiti umum meramalkan sebuah alam yang tidak statik. Einstein telah cuba mengelak dari isu ini dengan menambah sebuah pemalar kosmos dalam Persamaan beliau. Jadi, bersama dengan ramai ahli fizik di zamannya, Einstein pernah mempercayai bahawa alam semesta ini adalah statik dan tidak berubah. Sebuah alam semesta yang statik dan tidak berubah akan musnah dengan sendirinya jika tiada daya atau tenaga untuk bertindak balas terhadap ketertarikan jisim dan tenaga kosmologika.

Bagaimanapun, ahli fizik Rusia, Alexander Friedman menyelesaikan isu ini dengan cara yang berbeza. Tanpa menambah pemalar kosmologikal di dalam persamaan, beliau telah menemui satu penyelesaian, iaitu dengan sebuah model alam semesta yang berubah yang selari dengan teori relativiti umum. Lama kelamaan, Einstein berpegang kepada penyelesaian Friedman dan mengakui kesalahan beliau dalam menambah pemalar kosmologikal serta mengandaikan alam semesta ini statik. Bagaimanapun, akan disebutkan kemudian apabila Tenaga Gelap ditemui, yang tugasnya untuk bertindak balas terhadap graviti, yakni ia menyerupai tugas sebuah pemalar kosmologikal di dalam tindak balas graviti terhadap jisim dan tenaga,

Tidak lama kemudian, tiga model alam semesta yang berubah-rubah telah disempurnakan, yang dikenali sebagai Model Friedman. Ini telah membuka pintu kepada alam semesta yang sentiasa membesar, yang mempunyai permulaan. Model Friedman meramalkan bahawa alam ini dalam keadaan membesar sebelum Edwin Hubble menggunakan keputusan dari pemerhatian galaksi untuk menemui bahawa frekuensi cahaya yang dipancarkan galaksi berubah ke arah warna merah, dan perubahan ini bertambah apabila ia semakin jauh. Menurut "Doppler Effect", ini bermakna, galaksi-galaksi ini bergerak menjauhi antara satu sama lain dengan kadar meningkat.
Model Friedmann adalah: 

Model Pertama: Lengkungan alam semesta ini adalah positif seperti permukaan sfera, dan ia semakin meluas, dan lama kelamaan akan terhenti kerana graviti, dan perkembangannya tidak akan berterusan selamanya.
Model Kedua: Kelengkungan alam adalah negatif seperti permukaan paraboloid hiperbola atau seperti pelana kuda. Dan jika ia berkembang, perkembangannya berterusan selamanya.

Model Ketiga: Kelengkungan alam adalah sifar, atau kita sebut sebagai mendatar. Jika ia berkembang, kadarnya adalah semakin perlahan, mendekati tetapi tidak akan sampai pada sifar. Ini bermakna ia akan menjadi perlahan tetapi tidak berhenti berkembang. Untuk alam jenis ini, tenaga positif yang diperolehi dari jisim adalah bersamaan dengan tenaga negatif yang diperolehi dari graviti.

Semua model Friedmann meramalkan bahawa pada permulaan alam semesta, jarak antara galaksi adalah sifar, yakni saiz alam ini adalah sifar dan ketumpatannya tiada had. Ini bermakna Model Friedmann ditegakkan di atas teori yang menyatakan bahawa alam ini bermula dari titik terbatalnya teori relativiti umum.Titik ini digelar Titik Ketunggalan, di mana Big Bang bermula.




Nota: Terjemahan peribadi, sebarang kesalahan adalah atas peribadi ini, bukan Sayed Ahmad AS

Tiada ulasan: