Sebagaian dari Tafsiran Surah
Al-Fatihah
Permulaan
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Pemilik Kerajaan, Dia yang menetapkan
peredaran bintang-bintang di Langit, dan yang menggerakkan angin, dan
menyebabkan fajar subuh, dan menetapkan agama. Tuhan sekalian alam, Segala puji
bagi Allah, Yang digeruni, hingga bergegar langit dan kerana takut kepada-Nya, dan, dan bergegar
bumi dan bangunan-bangunannya, dan yang berenang di gelora lautan dalam.
Ya
Allah, sanjung muliakanlah dengan selawat dan salam kepada Muhammad dan kepada
keluarga Muhammad, Bahtera yang belayar di lautan dalam, akan selamat
orang-orang yang menaikinya, dan yang tidak menaikinya pasti akan lemas tenggelam.
Orang yang mendahului mereka adalah terpesong dan yang tertinggal di belakang
mereka akan tersesat dan orang yang kekal bersama mereka adalah berada pada
jalan kebenaran.
(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم):
{Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang}:
{ بِسْمِ(Bism)}:
Al-Jar dan Al-Majrur (dalam Tatabahasa Bahasa Arab) adalah berkaitan dengan
kata kerja Aku membaca. Yang maksudnya dimulakan
membaca pada kedudukan Basmalah, yang dimulai dengan perkataan. Maksudnya memohon
kebenaran membaca, kerana tidak akan dapat membaca kecuali dengan daya dan
kekuatan daripadaNya, Yang Maha Suci.
Oleh
itu ia membawa makna, Aku membaca dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Penyayang, dengan nama-nama Nya dan dengan sifat-sifatNya yang sempurna
pada ZatNya.
Dan
penjelasan maknanya: perbuatan membaca yang saya lakukan ini, hanya boleh
dilakukan dengan Allah, dan ia tidak akan berlaku sebaliknya. Bermakna dalam
"Bismi Llah, ar-Rahman, ar-Rahim" adalah pengakuan hamba bahawa, "[لا حول
ولا قوة الا بالله] Tiada daya dan Kekuatan
Kecuali dengan Allah". Dan pengakuan bahawa semua yang lain dari Allah
tidak wujud, yang menjadi wujud di sisiNya dan dari kegelapan yang dicerahkan
oleh cahayaNya.
Dalam
Basmalah ada pergantungan yang menyeluruh dari yang miskin mutlak ke atas Yang
Kaya mutlak. Kerana Al-Quran adalah panduan ke jalan yang lurus, oleh itu,
perlu ada - bagi mereka yang berhasrat untuk memulakan perjalanan di atas jalan
yang lurus ini – dari ilmu, kuasa, dan kekuatan yang berasaskan permintaan
dalam perjalanannya. Dan dari mana lagi dia boleh mendapatkannya selain dari
Sumber Yang Wujud. Al-Haq (yang benar) telah menjadi permulaan dan permohonan
bantuan dengan nama Allah, dan ia adalah nama yang mengumpulkan semua
sifat-sifat Kesempurnaan Ilahi.
Kerana,
(اسم) (Nama):
diambil dari kata سما (Sama), yang
bermaksud: naik dan angkat dan muncul. Dan الله (Allah):
diambil dari kata أله (Alih) dari pencipta يتألهون (yatalihun -berpaling kepadaNya) dalam memenuhi keperluan
mereka dan mengisi ketidaksempurnaan mereka. Oleh itu, sesiapa yang mahukan
ilmu berpaling kepada Allah, dan sesiapa yang mahu rezeki berpaling kepada
Allah, dan sesiapa yang mahu kekuatan berpaling kepada Allah, dan sesiapa yang
mahu penyembuhan berpaling kepada Allah, dan sesiapa yang berhasrat untuk
mengatasi kelemahan dari aspek mana pun, berpalinglah kepada Allah, yang
terhimpun segala kesempurnaan ini.
Maka
Maha Suci WajahNya, PenciptaanNya dengan sifat-sifat Kesempurnaan ZatNya, dan
ia berhimpun atas nama "Allah", yang diberikan kepada az-Zat
al-Ilahiyah sahaja.
Bagi
Hakikat dan kebenaran KesucianNya, sesungguhnya tidak diketahu melainkan
Dia-“Hua” (sendiri). Oleh itu, ia telah menjadi satu kebenaran kepada anak Adam
bahawa dia mula berjalan ke arah kesempurnaan mencari pergantungan atau bantuan
daripada Pemilik kesempurnaan,
Pemberi
kesempurnaan, Kesucian dan KetinggianNya (SWT), yang, bercakap dengan nama -Nya
yang menghimpun sifat-sifat kesempurnaan yang denganNya Dia menghadapi
Penciptaan Nya, dan mereka mengenaliNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan