Selain Daripada Di Atas :
Dan
dalam usaha untuk memperhatikan Hakikat dan Kebenaran mengenal Rasulullah
(sawas) dangan Zat al-Ilahiyah SWT, dan tajalli dan penzahiran pada baginda
(sawas) dalam penciptaan, contoh ini perlu dipertimbangkan: ada
perbezaan di antara pengetahuan mengenal api dengan hanya melihatnya sahaja,
dengan orang yang telah dibakar di dalam api sehingga dia sendiri menjadi api. Dan ini adalah
martabat (makam) Rasul yang mulia (sawas)
apabila dibukakan untuknya yang seperti lubang jarum, kerana dia adalah di
antara dua keadaan, keadaan fana’ (lebur) dan yang tidak tinggal baginya
daripada nama
tidak rupa bentuk dan tiada tinggal apa-apa melainkan Allah Al-Wahidu Al-Qahhar
(Maha Esa Maha Penakluk), dan keadaan di mana dia kembali kepada
"Aku" dan perwatakan (syakhshiyah).
Dan
jika Hadis Al Mi'raj sebelum ini tidak mencukupi untuk kamu, kemudian saya bawakan
kamu Surat Al-Fath, Yang Maha Kuasa berfirman:
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ۞ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا
تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا.
{Sesungguhnya Kami telah membuka bagimu pembukaan yang
jelas nyata * supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah
lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin
kamu kepada jalan yang lurus,} [1].
Dan
makna di dalam ayat ini bukanlah membuka Mekah, walaupun pembukaan Mekah adalah
antara perkara yang perlu bagi pembukaan ini, sesungguhnya pembukaan di
al-Malakut diikuti dengan pembukaan di al-Syahadah, jadi apakah dia pembukaan
Alam Al-Lahut?! Antara Zat al-Ilahiyah dengan Muhammad (sawas), dan ia adalah
mengangkat sesuatu dari al-Hijab .
Dan
mengehadkan ayat ini hanya kepada pembukaan Mekah adalah penyalahgunaan, dan
mengalihan ayat ini kepada selain daripada apa yang dimaksudkan, di mana ia
telah digunakan dalam kala lampau {(إِنَّا
فَتَحْنَا) Sesungguhnya, kami telah buka} yang
bermaksud: bahawa pembukaan berlaku dalam tempoh sebelum diturunkan ayat ini,
atau semasa [tempoh masa] ayat itu diturunkan, manakala pembukaan Mekah berlaku
dua tahun selepas ayat itu diturunkan.
Juga,
sesungguhnya pembukaan ini adalah alasan untuk pengampunan dosa Rasul-rasul,
yang tidak dapat dipisahkan dari dia (apa yang mendahului, dan yang akan
mengikuti), dan dosa ini - seperti apa yang telah dibentangkan (sawas), adalah
kecacatan kegelapan yang tiada makhluk bebas daripadanya, kerana
sesungguhnya, Cahaya Dia SWT sahaja, yang tiada kegelapan di dalamnya.
Dari
Hisham bin Salim , beliau berkata: "Aku masuk berjumpa Abi Abdullah (Imam
Ja'far Al Sadiq a.s), lalu dia berkata: “Adakah kamu menjelaskan Allah?” Jadi
aku kata: “Ya.” Beliau (as) berkata: “Bawalah ia kepadaku.” Maka saya berkata:
“Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."(هو السميع
البصير) Beliau (as) berkata: “Ini adalah
sifat-sifat melibatkan makhluk.” Aku berkata: “Jadi bagaimana tuan
menjelaskanNya?” Beliau (as) berkata: “Dia adalah cahaya tanpa kegelapan
padanya ...' "[2].
Dan
kerana mengangkat hijab dan pembukaan yang jelas dan fana’-nya Rasul Mulia
dalam Zat al-Ilahiyah, dia menjadi wajah Allah, dan kalimah sempurna-Nya. Dalam
erti kata lain: baginda menjadi nama Allah dalam ciptaan-Nya, [dan menjadi]
Nama-Nya yang terbaik dalam ciptaan-Nya
Dan
ini adalah martabat ketiga untuk nama-Nya SWT, dan adalah Hujjah Allah,
shalawatu Allah ‘alaihim, dari para Imam dan Nabi-nabi dan Aushiak dan
Rasul-rasul - setiap daripada mereka dengan mengambil kira martabat dan
keakrabannya [kepada Allah] - mewakili wajah Allah, dan Nama-Nya yang terbaik,
daripada mereka adalah cermin yang mencerminkan Asma’ al-Husna, dan mereka
adalah yang telah mempunyai akhlak dengan akhlak Allah SWT (Maha Suci Maha
Tinggi).
Diriwayatkan
oleh Al Sadouq dalam 'Al Tauhid' dan dalam
Al 3iyun dari Al Huruwi: dia berkata: "Saya berkata kepada Ali bin
Musa Al Rida (as ): Wahai Anak Rasul Allah! (sawas)
Apa yang dimaksudkan dengan berita yang diriwayatkan: bahawa ganjaran bagi [mengucap] "(لا إله إلاّ
الله) Tidak ada Tuhan selain Allah"
adalah melihat ke arah wajah Allah?” Jadi dia (as) berkata: “Wahai Abu Al Shalt
! Sesiapa yang menggambarkan Allah sebagai mempunyai wajah seperti
wajah-wajahnya telah kafir, tetapi, wajah Allah adalah Nabi-nabi dan
Hujjah-hujjah dan Rasul-rasul Nya,(Selawat Allah ke atas mereka). '"[3].
Al
Kulayni meriwayatkan dalam Usul Al Kafi: dari Muawiyah bin 3ammar, dari Abi
Abdullah (as) dalam FirmanNya Azza wa Jall: {(وَلِلّهِ
الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا) Hanya
bagi Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya } [1], dia (as) berkata: ' .
... Demi Allah, kamilah Asma’ al-Husna, yang Allah tidak menerima amalan
hamba-hambaNya melainkan dengan mengenali kami' [2]. Dan perkhabaran dalam
maknanya ini banyak dan meluas.
✡ ✡ ✡ ✡ ✡
______________________________
[1] Al-Quran
Surah Al-Fath 48: 1 & 2
[2] Tauhid Al Sadouq : P. 146. Bihar Al
Anwar : V. 4, P. 70
[3] Tauhid Al Sadouq : P. 117. 3ioun Akhbar
Al Rida (as ): V. 2, P. 106.
Terpulang
Kepada Kita Untuk Mengetahui:
Terpulang
kepada kita untuk mengetahui bahawa setiap martabat yang lebih rendah adalah
satu tajalli dan kezuhuran untuk martabat yang lebih tinggi daripada Nama -Nya
SWT (Maha Suci Maha Tinggi), bagi nama Allah atau Zat al-Ilahiyah, ia adalah
tajalli dan kezuhuran Hakikat atau Kebenaran atau Nama Yang Maha Besar (al-Ism
Al-A’dzam) atau "Huwa" (Dia). Dan Muhammad (sawas) adalah satu Hakikat dan
Kebenaran bagi Zat al-Ilahiyah dalam penciptaan, atau nama Allah dalam
Penciptaan. Adapun Ar-Rahman, Al-Rahim, maka keduanya adalah salah satu nama
menyatakan rahmat dan keduanya tidak dapat dipisahkan, sesungguhnya, di antara
keduanya satu-satunya perkara yang berbeza adalah keluasan dan kesangatan
sahaja, dan keduanya adalah pintu Zat al-Ilahiyah, atau nama Allah, dan tajalli
dan kezuhuran Hakikat atau Kebenaran keduanya di dalam penciptaan, mereka
adalah Ali dan Fatimah (‘alaihima salaam), pintu ke kota Ilmu, atau Muhammad
(sawas). Allat swt berfirman:
{( قُلِ ادْعُوا
اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ
الْحُسْنَى) Katakanlah: "Serulah
Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai
al-asmaaul husna . ". } [3], manakala Al-Rahim adalah merangkumi
dalam Ar-Rahman.
Oleh
itu, ketiga-tiga nama: "Allah, Ar-Rahman, Al-Rahim", ianya adalah
tunggak nama al-asmaa al-A’dzam, dan untuk ini adalah Ali (as) yang meninggal
dunia menghadap Tuhannya, Jibra 'el menyeru: “Telah musnah tiang-tiang Hidayah”
- yang bererti di alam ini - dengan
perginya yang ketiga dari mereka iaitu Ali (as), selepas dia telah didahului
oleh Muhammad (sawas) dan Fatimah (as).
Dan kerana
kepentingan ketiga-tiga nama ini, bahkan, kerana bangkitnya penciptaan dan
Langit dan Bumi dengan keberkatannya, telah dibuka dengannya Surah Al-Fatihah,
bahkan, Al-Quran, atau kitab catatan, seperti mana kitab sejagat (al-Takwin) telah
dibuka olehnya, untuk yang pertama Allah swt, cipta adalah cahaya Muhammad, Ali
dan Fatimah (as), seperti yang diriwayatkan dalam hadits [2]. Dan mereka -
seperti yang telah dijelaskan - cahaya: Allah, Ar-Rahman , Al-Rahim, satu per
satu, dan Allah Lebih Mengetahui, lagi Maha Bijaksana, dan tidak diberikan
kepada kita pengetahuan kecuali sedikit .
✡ ✡ ✡ ✡ ✡
.
______________________________
[1] Al-Quran Surah Al-'A’raaf 7:180
[2] Al Kafi : V. 1, P. 144. Kelantan Al
Anwar : V. 25 , P. 5.
[3] Al-Quran Surah Al- 'Isra ' 17:110
Tiada ulasan:
Catat Ulasan