Soalan 71: Rahsia
Ulangan 31 Kali - فَبِأَيِّ
آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ dalam Surah
Al-Rahman
Kepada Imam Al-Haq Ahmad Al-Hasan,
Salam atas kamu tuan
dan Maula dan rahmat Allah serta keberkatanNya
Soalan saya: Apakah maksud ayat yang mulia
ini:
بسم
الله الرحمن الرحيم
﴿مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ
يَلْتَقِيَانِ *بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ * فَبِأَيِّ آلَاء
رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴾
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, *
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. * Maka nikmat
Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? .
Ayat-ayat Surah Al-Rahman (19- 20-21)?
Saya berharap tolong tafsirkan ayat-ayat (19-20), dan mengapa ayat (21) ini
diulang-ulang berkali-kali? Dan mengapa berbentuk Ulangan? Dan mengapakah surah
dalam kitab ini dipanggil Pengantin Al-Quran?
Salam atas kamu dengan
kesabaranmu, semoga memperoleh kesudahan yang baik di dunia ini.
Penyoal: 3imad Ali
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين،
وصلى
الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.
Dia SWT berfirman:
﴿الرَّحْمَنُ ....... مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ
يَلْتَقِيَانِ * بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لا يَبْغِيَانِ﴾
{Al-Rahman ....... Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya
kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.
} [100].
Iaitu bahawa Al-Rahman adalah {Dia
membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya
ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.}
Telah diterangkan sebelum ini di banyak tempat: bahawa Al-Rahman adalah Bab
Al-Zat Al-Ilahiyah (Pintu Zat Ketuhanan). Ia mengesahkan bahawa pintu ini
adalah pintu tajalli (perwujudan - manifestasi) pada penciptaan dengan Pintu
Kota Ilmu. Kota Ilmu atau Shurah Al-Lahut (Imej Ketuhanan) atau wajah Allah
(Allah dalam penciptaan) adalah Muhammad, dan pintunya Ali dan Fathimah (Al-Rahman
Al-Rahim dalam penciptaan).
Dan Maraja
(biarkan -bebaskan): iaitu keluasan kepentingan, maka membiarkan lapangan hijau
yang luas.
Dari apa yang diterangkan terdahulu menunjukkan bahawa dua lautan, iaitu: Al-Rahman
Al-Rahim dalam penciptaan, iaitu Ali dan Fathimah (as), dan dari pertemuan mereka
keluar Mutiara dan marjan, iaitu: Al-Hassan dan Al-Hussein (as) [101].
Telah ditunjukkan sebelum ini: bahawa nama Al-Rahman tidak khususkan dengan
perkara-perkara duniawi, tetapi ia yang utama. nama Al-Rahim pula, tidak khususkan
dengan perkara-perkara akhirat tetapi ia yang utama. Al-Maiz atau Al-Barzakh
(penghubung) ini ada dalam Al-Wilayah dijadikan Dia SWT di antara batin pintu Zat
Al-Ilahiyah (Al-Rahim) dan zahir pintu Zat Al-Ilahiyah (Al-Rahman), dan di dalam
penciptaan dijadikannya Muhammad (Kota Ilmu) dengan perintah Allah di antara batin
pintunya (Fathimah) dan pintu zahir (Ali) tidak melampaui batas keduanya, iaitu
semua keutamaan dari keduanya ditetapkan baginya. Ini diterangkan bagi setiap
satu daripada yang diketahui. Seperti yang dinyatakan dalam riwayat: Bahawa Ali
(as) yang pertama yang menolong para nabi dan orang yang beriman di dunia ini, dengan
izin-Allah, daya dan kekuatanNya [102], dan Fathimah (as) yang
pertama memilih Syi’ahnya dan dimasukkan ke syurga, Insya-Allah, di akhirat [103].
Dia SWT berfirman:
﴿وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ﴾
{sedang "ArasyNya, berada di atas air} [104],
Al-3arsy Al-A3dzam adalah Muhammad (S) seperti yang ditunjukkan dalam Kitab
Mutasyabihaat [105]. Air adalah dua lautan (Ali dan Fathimah
(as)), Maka Muhammad adalah pemegang Al-3arsy Al-A3dzam (Al-Quran), dan
kemudian selepas daripada itu adalah Al-3arsy Al-A3dzam (Al-Quran).
Dari Daud Al-Raqiy,katanya: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai
firman Allah AWJ:)
﴿وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ﴾
{sedang "ArasyNya, berada di atas air}
Beliau berkata: apa yang mereka katakan? Aku
berkata: Mereka mengatakan bahawa ‘arasy itu di atas air, dan Tuhan di atasnya.
Beliau berkata: Dusta, siapakah yang mendakwa perkara ini, bahawa Allah
bahagian yang bergerak dan menyifatkanNya dengan sifat makhluk dan Dia terlibat
dengan sesuatu, yang memegang kepada yang lebih kuat daripadaNya? Aku berkata: Semoga
aku menjedi tebusanmu, terangkanlah padaku..
Dia berkata bahawa Allah memegang agama dan IlmuNya,
air dijadikan sebelum tanah atau langit atau jin atau Insan atau matahari atau
bulan, dan apabila Allah mahu mencipta penciptaan ianya tersebar di antara
tanganNya, Maka Dia berkata kepada mereka, Siapakah Tuhan kamu? Yang pertama menjawab
adalah Rasulullah (S) dan Amirul Mukminin (as) dan Imam-imam (Shalwatu Allah
3alaihim) lalu berkata: Engkaulah Tuhan kami, maka diberikan kepada mereka, Ilmu
dan agama, dan kemudian dikatakan kepada para malaikat: Merekalah yang membawa
Agama dan IlmuKu dan AmanahKu kepada penciptaanKu dan mereka akan
dipertanggungjawabkan.
Dan kemudian Dia berkata kepada anak-anak Adam:
Berikrarlah kepada Allah dengan RububiyahNya dan kepada mereka berkorbanlah
dengan Al-Waliyah dan ketaatan, lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami berikrar.
Allah berfirman kepada para malaikat: Saksikanlah. maka berkata para malaikat: kami
menyaksikan atas mereka supaya esok (nanti) mereka tidak mengatakannya: Sesungguhnya
kami lupa pada semua ini. Atau mengatakan bahawa bapa-bapa sebelum kami syirik
dan kami hanyalah keturunan selepas mereka. Apakah kami akan dibinasakan atas
perbuatan batil mereka itu.
Wahai Daud, mereka telah mengesahkan Wilayah kami
dalam Al-Mitsaq (persetiaan atau perjanjian)) [106].
Adapun firman Allah Taala:
﴿فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا
تُكَذِّبَانِ﴾
{Maka
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?} [107]:
(آلاؤ) – Aalaa’ -Nya Yang Maha Suci, adalah nikmat besar (agung) yang
zahir yang diterangkan, dan tidak ada nikmat yang lebih agung daripada tajalli-Nya
pada penciptaan dengan Al-Zhat Al-Ilahiyah (Zat Ketuhanan) Allah untuk
mengenal-Nya, dan kemudiannya nikmat yang besar dengan dijadikan pintu Al-Zhat
Al-Ilahiyah (Al-Rahman Al-Rahim), Jika tidak demikian, apa yang mereka kenal,,
mereka tidak layak bermakrifah (mengenal) melainkan dengan rahmat
﴿وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَى مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَداً وَلَكِنَّ
اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
{Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada
kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya
selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya; dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui } [108],
dan kemudian nikmat
yang besar dalam penciptaan dengan Muhammad dan Aali Mohammed (as), melalui
mereka Allah dikenal, mereka empat belas (hari) bulan-bulan sabit: mereka
adalah: Muhammad, Ali, Fathimah, dan para Imam (as) dan empat belas (hari)
bulan-bulan sabit bagi Mahdi-Mahdi, Maka (آلاؤ) – Aalaa’ -Nya Yang Maha Suci,
dalam Tauhid dan MakrifatNya Yang Maha Suci adalah Tiga puluh satu dan yang
demikian pada ayat ini:
﴿فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ﴾
{Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?}
(diulangi tiga puluh
satu kali, dan meraka yang bertanggungjawab adalah manusia dan jin, mereka
diberati (ditugaskan) untuk membenarkan Khalifah-khalifah Allah Yang Maha Suci dan
tidak mendustakan mereka [109].
✡✡✡✡✡
______________________________
[100] – Al-Rahman 55:19-20.
[101] – Dari Yahya bin Sa3id Al-Qathan, katanya: Aku telah mendengar Aba
Abdillah (as) berkata mengenai firmanNya AWJ:
(مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ
يَلْتَقِيَانِ * بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لا يَبْغِيَانِ)
(Dia membiarkan dua lautan
mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak
dilampaui masing-masing.)
katanya: (Ali dan
Fathimah (as) Dua Lautan Ilmu, pengetahuan yang mendalam, tidak mendahului
yang satu atas pemiliknya yang satu lagi
(يَخْرُجُ مِنْهُمَا
اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ)
(keluar dari
keduanya mutiara dan marjan), Al-Hassan dan Al-Hussein (as)) Al-Khashaal oleh
Al-Syeikh Al-Saduq: halaman 65. (Pengulas).
[102] – Dari baginda (S) bersabda kepada Ali (as): (Wahai Ali bahawa Allah jadikan
kamu menyokong Nabi-nabi secara diam-diam (sembunyi), Dan kamu menyokong ku secara
terang -terangan) Haliyah Al-Abrar – Oleh Al-Syed Hashim Al-Bahrani: Jilid 2
halaman 17. (Pengulas).
[103] – Dari Al-Rasul Muhammad (S) dalam satu hadits: (...Allah AWJ
berfirman kepada malaikat-malaikat-Nya: Wahai malaikat, Lihatlah kepada
Fathimah Penghulu hamba-hambaku, pendiri kedua tangannya bergetar pemangsanya yang
mengugut, dan telah berpaling hatinya pada berbadah padaKu, kamu saksikan bahawa
aku amankan syi’ahnya daripada api
neraka ...). Al-Amali oleh Al-Syeikh Al-Saduq: halaman 175..
Dan dari Al-Rasul Muhammad (S) dalam suatu hadits yang panjang: (... aku
berkata, Kekasihku Jibrail, Tidakkah dinamakan di langit [Al-Mansurah
(Penolong)] dan di bumi [Fatimah]. Dia berkata: dinamakan di bumi (Fatimah) itu;
kerana dia pisahkan syi’ahnya dari api neraka dan beransur-ansur menghentikan
musuhnya dari mengasihinya?, dan dia di langit (Al-Mansurah) itulah kata-kata
Allah SWT:
(َيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ
الْمُؤْمِنُونَ* بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ)
(Pada hari
kemenangan itu bergembiralah orang-orang yang beriman, * Karena pertolongan
Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya.)
bermakna Fatimah menolong
yang mengasihinya) Ma3ani Al-Akhbar: halaman 396.
Dan dari Jafar
Shadiq (as), dari bapa-bapanya (S), dari Al-Rasul (S) dalam hadits yang
panjang: (... Kemudian suara memanggil: Hai Ahli yang berkumpul kamu
menyusahkan pengelihatan dan tundukkan kepala kamu untuk bertolak ansur Fatimah
binti Muhammad. Maka mereka pun berbuat demikian, dan Fatimah dibenarkan pada
masa itu seratus ribu malaikat dan dari tangan kanannya sejumlah itu, dan di
sebelah kiri sejumlah itu, dan di belakangnya sejumlah itu pula, dan satu ratus
ribu malaikat itu mereka membawanya atas sayap-sayap mereka, sehingga mereka
sampai ke pintu syurga menemui Allah AWJ di dalam hatinya menoleh. dikatakan
padanya:. Apa yang kamu melihat-lihat? Dia berkata: 'Wahai Tuhan, aku suka
Engkau memperlihatkan kepada hamba nasib ku pada hari ini. Maka Allah
berfirman:. Kembalilah, Ya Fatimah, Lihatlah siapa yang mengasihi mu dan aku
kasih akan keturunanmu, maka ambillah tangannya dan masukkanlah dia ke syurga.
kata Ja'far bin Muhammad (as): ia adalah untuk mengambil Syi’ahnya dan yang
mengasihinya seperti menangkap antara burung yang sangat disayangi dan yang
kurang disukai, sehingga apabila dia dan Syi’ahnya dan yang mengasihinya telah
sampai di pintu syurga menemui Allah AWJ dalam hati-hati para Syi’ahnya dan dan
yang mengasihinya melihat-lihat. Maka dikatakan kepada mereka:. Apa yang kamu
melihat-lihat? telah diperintahkan kamu ke syurga. Mereka berkata: Ya Tuhan
kami, kami suka melihat nasib kami pada hari ini. Maka dikatakan kepada
mereka:. Kembalilah, dan lihatlah dari cintailah yang kamu cinta, Fatimah atau
salam ke atas kamu pada mencintanya atau berjabat tangan dengan kamu, atau kamu
kembali dengan [ketiadaan]-nya, atau menyiram sukatan air, maka pimpinlah
tangannya, dan masuklah ke syurga. berkata Ja'far ibn Muhammad (shalawatu All
3alaihi): Maka demi Allah pasti apa yang tinggal pada hari itu hanya orang-orang
kafir atau munafik pada Wilayah kami, maka katakanlah:
(فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ
* وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ * فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ
الْمُؤْمِنِينَ).
(Maka kami
tidak mempunyai pemberi syafa'at seorangpun, * dan tidak pula mempunyai teman
yang akrab, * maka sekiranya kita dapat kembali sekali lagi (ke dunia) niscaya
kami menjadi orang-orang yang beriman".).
Kemudian dia
Ja'far bin Muhammad (shalawatu Allah 3alaihi) berkata: dusta (walaupun menyahut
kembali apa yang di haramkan kepadanya [dan sesungguhnya mereka adalah
berdusta] seperti firman Allah Taala, Kemudian seruan yang menyeru bagi orang-orang
yang mulia hari ini. Dikatakan:.. Kepunyaan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang
Maha Tunggal lagi Berkuasa) dan bagi Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hasan dan
Al-Husayn) Syarah Al-Akhbar – oleh Al-Qadhiy Al-Nu'man Al-Maghribi: Jilid 3 :halaman
63. (Pengulas).
[104] – Hud 11:7.
[105] - Kitab
Mutasyabihaat: Jilid 3 :halaman 110.Soalan 93
[106] – Al-Kafi: Jilid 1 :halaman 132.
[107] - Al-Rahman 55:
13-16-18-21-23-25-28-30-32-34-36-38-40-42-45-47-49-51-53-55-57-59-
61-63-65-67-69-71-73-75- 77.(31 kali ulangan ayat)
[108] – Al-Nuur 24:21.
[109] – Dari Daud Al-Raqi, dari Abi Abdillah (as), dia berkata: pada firman
Allah Taala:
(فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا
تُكَذِّبَانِ)
(Maka nikmat Tuhan kamu yang
manakah yang kamu dustakan?)
yang bermaksud: nikmat Ku yang
manakah yang kamu dustakan? Pada Muhammad atau Ali? Dikurniakan pada keduanya nikmat
atas hamba-hamba.) Bihar AL-Anwar:Jilid 42 halaman 59..
Dan dari Manaqib bin Syahrasyub: dalam satu hadits, (Maka nikmat Tuhan
kamu yang manakah yang kamu dustakan! Wahai masyarakat Jin dan
manusia dengan Wilayah Amir Al-Mukminin (as) atau Hubb Fatimah (as)? (atau mengasihi
Fatimah (as)) Mustadrak Safinah Al-Bihar oleh Syeikh Ali Al-Namaziy:? Jilid 1
halaman 172.
Dan dari Abu Yusuf Al-Bazzaz, beliau berkata, diikuti oleh Abu Abdullah (as)
ayat ini:
(فَاذْكُرُواْ آلاء اللّهِ)
(maka ingatlah
nikmat-nikmat Allah )
Beliau berkata:
(Adakah kamu sedar (tahu) apa itu nikmat-nikmat Allah ? Aku berkata: Tidak, Beliau berkata, Ia adalah
nikmat Allah terbesar atas ciptaan-Nya, da ia adalah Wilayah kami) Bihar Al-Anwar,
Jilid 42 halaman. 59.
Maka mereka adalah
nikmat-nikmat Allah Taala iaitu Muhammad, Ali, Fatima, dan anak-anak mereka
dari para imam dan Mahdi-mahdi (as) dan semua mereka adalah orang-orang yang Allah
Taala telah perintahkan untuk membenarkan mereka dan mentaati mereka, tidak mendustakan
dan berdosa kepada mereka. Dan pada pengertian ini telah ditunjuk oleh Imam Ak-Shadiq
(as) dalam hadits berikut:
Dari Hammad bin Utsman, berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah (as)
berkata: (mustahab untuk membaca pada setiap pagi hari Jumaat (Surah) Al-Rahman
keseluruhannya dan selepas semua ucapannya, aku berkata
(فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا
تُكَذِّبَانِ)
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?): aku
berkata, tidak suatu pun dari nikmat-nikmat Tuhan itu dusta) Bihar
Al-Anwar, Jilid 98 halaman 306.
Maka sesiapa yang melakukannya telah mengakui Al-Tauhid, Al-Nubuwah dan Al-Wilayah
Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as), (iaitu) tiga dalam Al-Tauhid, empat belas dalam
Al-Nubuwah dan Imamah dan empat belas lagi dalam Al-Hidayah selepas Imam Mahdi
(as), sehingga bilangannya berjumlah tiga puluh satu kali, iaitu jumlah
mengulangi ayat:
(فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا
تُكَذِّبَانِ)
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?) dalam
Surah Al-Rahman.
اللهم
اجعلنا من الذين لا يكذبون بشيء منها ومن المسلمين لها برحمتك يا أرحم الراحمين.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang tidak mendustakan sesuatu pun darinya dan
dari orang-orang Islam (yang menyerah) padanya, Dengan rahmatMu, Wahai Yang
Sebaik-baik Penyayang dari yang menyayangi.
(Pengulas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan