Soalan 73: Janganlah Kamu Mendahului
Apakah tafsir ayat
yang mulia dari Surah Al-Hujuraat:
﴿يا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ
إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾.
{Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya
dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.}
Penyoal: Umm
Raghad
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.
Firman Allah Taala:
{Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya
dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.} [116],
Iaitu: Jadilah
kamu orang-orang yang mengikuti perintah Allah SWT, yang disampaikan kepada
kamu oleh Rasulullah (S).dengan wasiat baginda dengan mentaati Uuli Al-Amr Aali Muhammad
(as) dua belas imam-imam dan dua belas Mahdi-mahdi, dan janganlah kamu mendahului,
pandangan -pandangan kamu dan keinginan-keinginan kamu mengatasi perintah Allah
SWT, dan takutlah akan Allah dan taatlah kepada perintahNya dan jangan kamu
menjadi pengikut-pengikut Iblis (laknahu Allah), yang telah mengingkari perintah
Allah dari mentaati Khalifahnya, Yang Maha Suci, dan mendahului Khalifah Allah dengan
tidak sujud bersama orang-orang yang sujud atas perintah Allah, dan berjanji
dengan memperdayakan kamu dan menyesatkan kamu dari jalan yang lurus.
✡✡✡✡✡
______________________________
[116] – Al-Hujuraat 49:1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan