Isnin, 12 Januari 2015

Soalan 59: Menyesal tidak berwalikan Abu Turab

Soalan 59: Apakah tafsiran ayat:

﴿إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَاباً﴾

{Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah". } [22]?

Penyoal: Ibrahim Raghil

Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Tangan manusia putih berseri dengan keadilan dan menjadi hitam dengan kezaliman di Malakut Al-Samawaat (Kerajaan Lelangit), dan ini telah ditunjukkan oleh Allah SWT pada Musa (as) dalam kehidupan di dunia ini

﴿وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِينَ﴾

{Dan ia menarik tangannya (dari dalam bajunya), maka tiba-tiba tangan itu jadi putih (bersinar) bagi orang-orang yang melihatnya. } [23].

﴿وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَى جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ آيَةً أُخْرَى﴾

{dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu, nescaya ia ke luar menjadi putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain (pula),} [24].

﴿وَأَدْخِلْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ فِي تِسْعِ آيَاتٍ إِلَى فِرْعَوْنَ وَقَوْمِهِ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْماً فَاسِقِينَ﴾

{Dan masukkanlah tanganmu ke leher bajumu, niscaya ia akan ke luar putih (bersinar) bukan karena penyakit. (Kedua mukjizat ini) termasuk sembilan buah mukjizat (yang akan dikemukakan) kepada Fir'aun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik".} [25].

﴿اسْلُكْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ وَاضْمُمْ إِلَيْكَ جَنَاحَكَ مِنَ الرَّهْبِ فَذَانِكَ بُرْهَانَانِ مِنْ رَبِّكَ إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَأِهِ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْماً فَاسِقِينَ﴾

{Masukkanlah tanganmu ke leher bajumu, nescaya ia keluar putih tidak bercacat bukan karena penyakit, dan dekapkanlah kedua tanganmu (ke dada)mu bila ketakutan, maka yang demikian itu adalah dua mukjizat dari Tuhanmu (yang akan kamu hadapkan) kepada Fir'aun dan pembesar-pembesarnya. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang fasik".} (([26]).

Lengan (ketiak) dan leher bajumu yang bersebelahan dengan dada, ia adalah kedudukan berhubung dengan roh manusia dengan jasadnya, iaitu: seperti apa yang keluar pada  rohnya dari keadilan, kesucian dan kebersihan bagi manusia di tangannya untuk menunjukkan kepada mereka halnya.

Hari-hari Allah amat dekat di sisi Allah dan di sisi Auliak Allah, dan kelihatan jauh di sisi orang-orang kafir)
                            
﴿إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيداً * وَنَرَاهُ قَرِيباً﴾

{Sesungguhnya mereka memandang siksaaan itu jauh (mustahil). * Sedangkan Kami memandangnya dekat (mungkin terjadi). }[27] ([28]).

Ia adalah pada hari bangkitnya Al-Qaim, pada hari Al-Raj3ah dan pada hari Kiamat Besar [29], dan begitulah manusia dilihat dan orang yang melihat pada tangan setiap orang pada keadilan atau kezaliman apabila diperlihatkan hakikat kebenaran kepada mereka [30), dan melihat apa yang mereka tidak melihatnya, kemudian menyesal orang-orang yang batil dan berbuat zalim itu, mereka berkata: Alangkah baiknya sekiranya kami datang dengan ber-Wilayah-kan Wali Allah dan HujjahNya atas penciptaanNya) ...

﴿… يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَاباً﴾
                       
{.....Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah} [31]).

Dan Ali Ibn Abi Talib (as) adalah pemilik Al-Wilayah Al-Kubra, dan dia adalah Abu Turab [32].




✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[22] – Al-Nabaa’ 78 40.
[23] – Al-A3raaf 7:108, dan Al-Syu3araa’ 26:33.
[24] – Thaha 20:22.
[25] – Al-Naml 27:12.
[26] – Al-Qashash 28:32.
[27] – Al-Ma3arij 70:6-7.
[28] - dan doa dari mereka (as): (... Ya Allah, demi Rahsia Nabi-Mu Muhammad (S) dengan melihat-Nya, dan sesiapa yang mengikutinya atas dakwahnya, dan kirimkanlah kami rahmat selepasnya, Ya Allah dedahkan kesedihan umat ini dengan kehadirannya, dan percepatkanlah kami kezuhurannya, sesungguhnya mereka melihatnya jauh dan kami melihatnya dekat, cepatlah datang. Cepatlah Ya Maulai, Wahai Shohib Al-Zaman-Nya, dengan rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang...) Bihar Al-Anwar: Juz 35 halaman 96, dan dan sebahagian besar kitab-kitab doa. (Pengulas).
[29] - Dari Abi Ja'far (as) berkata: (hari-hari Allah ada tiga Hari bangkitnya Al-Qaim, Hari Al-Kurrah bola dan Hari Kiamat) Bihar Al-Anwar: Juz 15 halaman 50. (Pengulas).
[30] - Oleh itu lihatlah bahawa Allah SWT pada Hari Kiamat Besar menzahirkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik pada hakikatnya hitam gelap maka jadilah muka-muka mereka gelap pekat walaupun di dunia berwarna putih halus, dan menzahirkan orang-orang yang beriman dengan Al-Wilayah dengan muka putih cerah, walaupun mereka berada di dunia dengan muka berdebu menderita, dan lemah menerima tindasan dari penzalim, maka dalam Alam Malakut  semuanya ditunjukkan pada hakikat dan dalamannya (batinnya).
Ja'far bin Muhammad (as) berkata: (dikumpulkan pada hari kiamat Syiah Ali melihat air muka wajah mereka keputih-putihan, dan dikumpulkan musuh-musuh Ali pada hari kiamat dan wajah mereka kehitaman kerana berbuat salah) kemudian membaca:
(يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ)
(pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. ). Bihar Al-Anwar: Juz 7 halaman 194.
Dan Abu Ja'far (as) berkata: (Rasulullah (S) bersabda - dan di sisi baginda ada sekumpulan para sahabat dan Ali ibn Abi Talib (as) - baginda bersabda: Allah SWT apabila membangkitkan manusia pada hari kiamat, akan keluar orang-orang dari kubur mereka dengan wajah-wajah mereka yang putih seperti putihnya salji, pakaian mereka putih seperti susu, dan tali Kasut mereka daripada emas, - demi Allah – dari sinar cahaya, maka didatangkan kepada mereka tinta dari cahaya berjalan dengan pakaian emas yang sukar didapati bertatah fairuz dan Yaqut,
Unta-unta mereka diberati dengan rantai emas, maka ditunggang sehingga berhenti di Syurga-syurga, dan manusia yang bertanggungjawab membuat mereka sedih dan tertekan mereka akan memberi makan dan minum. Maka berkata Amir Al-Mukminin Ali bin Abi Talib (as) bertanya: Siapakah mereka, wahai Rasul Allah? baginda bersabda: mereka adalah pengikut kamu (Syi’ah kamu) dan kamu imam mereka, Itulah Furman Allah:
(يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِينَ إِلَى الرَّحْمَنِ وَفْداً)
((Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat,) Bihar Al-Anwar: Juz 7 halaman 194. (pengulas).
[31] - Al-Nabaa’ 78:40.
[32] – Dari 3abaya bin Rab3iy berkata: Aku berkata kepada Abdullah bin Abbas: Bukankah Kunya (julukan) Rasul Allah (S) kepada Ali (as) Aba Turab (Bapa Tanah)? Beliau berkata: Kerana dia adalah Shohib Al-Ardh (Pemilik Bumi) dan Hujjah Allah atas keluarganya selepas baginda dan mempunyai kelangsungan hidup dan dia tenang dan aku telah mendengar Rasul Allah (S) bersabda: bahawa jika hari kiamat, dan orang kafir melihat apa yang disediakan oleh Allah TWT kepada Syiah Ali berupa ganjaran, sanjungan dan kemuliaan, dia akan berkata: Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah - Maksudnya menjadi sebahagian dari Syiah Ali - dan itu adalah Firman Allah AWJ:
: (وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً)
(dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah) 3ilal Al-Syarai3 oleh AL-Syeikh Al-Shaduq: Juz 1 halaman 156.
Dan Abu Abdullah (AS), dia berkata:
﴿يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَاباً﴾

(pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah) bermaksud ketinggian dan keutamaan Aba Turab) Bihar Al-Anwar: Juz 7 halaman 194. (Pengulas).

Tiada ulasan: