(رب
العالمين) Tuhan semesta alam
Alam
ada tiga, dan ia adalah:
a. – Alam Al-Malak
b. – Alam Malakut
c. – Al-‘Alam al-‘Aqli
A. – Alam Al-Malak
(Alam Kerajaan): atau alam Jasmani yang kita hidup, dan yang terdiri dari benda -
yang mirip dengan ketiadaan, dan yang tidak mempunyai nasib dalam Kewujudan,
kecuali keupayaan untuk wujud - dan dari rupa bentuk ia zahir. Dan benda yang
terbit dengan rupa bentuk, dan segala benda dari jisim daripada perasaan, dan
rasa, dan bau, dan pergerakan, dan pertumbuhan dan kematian, jadi ia adalah
rupa bentuk jasmani dan mithali dan bukan untuk benda . Sebagai contoh: jari
pada tubuh manusia merasakan haba dan kesejukan, dan kelembutan dan kekerasan,
dan apabila manusia ini mati - dalam kebanyakan kes - tubuhnya berubah menjadi
tanah, dengan itu jari ini menjadi segenggam tanah.
Dan
kebenaran perkara ini ialah: bahawa rupa bentuk jari manusia 'telah diangkat
dari benda, dan telah didedahkan kepada rupa bentuk baru, iaitu imej segenggam
tanah, dan ia adalah jisim baru tanpa deria. Oleh itu, ia menjelaskan kepada
kita bahawa deria dalam jisim tubuh milik (mempunyai) rupa bentuk dan benda
benda. Dan oleh itu, jika segenggam tanah bertukar menjadi buah oren, ia akan
mempunyai bau yang enak dan rasa lazat, walaupun benda di jari, tanah, dan oren
adalah sama. Walau bagaimanapun, pertukaran rupa bentuk adalah sebab kepada
perubahan bau, dan kelazatan, dan rasa, bahkan adalah haram (dilarang) untuk
makan tanah dan jari manusia, sementara adalah halal (dibenarkan) makan oren.
Maka
dari Al Sadiq (as), beliau berkata : “Tahukan kamu Hai Fulan bahawa taraf hati
dalam jasad adalah bertaraf Imam pada manusia yang wajib ditaati oleh mereka,
tidakkah anda lihat bahawa semua pancaindera tubuh adalah penyediaan hati, dan menjadi
penterjemah untuknya, melakukan perkara-perkara untuknya, telinga, mata,
hidung, mulut, tangan, kaki, dan bahagian-bahagian tertertentu, kerana
sesungguhnya jika hati bertujuan untuk melihat, orang itu membuka matanya, dan
jika ia bertujuan untuk mendengar, dia sediakan dengan memasang telinganya dan
pendengarannya tersedia supaya dia mendengar, dan jika hatinya bertujuan untuk
mencium bau, dia menyedut melalui hidung dan membawa bau ke hati, dan jika ia
bertujuan untuk melafazkan, lidahnya bercakap, dan jika ia bertujuan untuk
menyerang, tangannya bergerak, dan jika ia bertujuan untuk bergerak, kaki akan
melangkah, dan jika ia bertujuan untuk menjadi berahi, auratnya akan bergerak .
Oleh itu semua ini [diperintahkan] dengan digerakan oleh (hati) hatinya, dan
begitulah juga pada Imam yang kamu mesti patuhi arahan darinya.” [1].
Dan
dari sini kita tahu bahawa Syari’at tidak melihat kepada benda, dan bukan
kepada rupa bentuk, sebaliknya, ia adalah cukup untuk melihat ke arah rupa
bentuk yang sempurna daripada Malakut (Kerajaaan Langit), yang merupakan
asal-usul rupa bentuk Jasmani. Dan untuk itu diriwayatkan dari Maksumin (as)
yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak memandang ke arah alam dunia ini
kerana Dia menciptanya ,“ “dan sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk
kamu, tetapi melihat kepada hati kamu.” [2].
Juga dengan apa
yang saya telah bentangkan, dari kekeliruan antara pemakan dengan yang dimakan
adalah sia-sia [3], sedangkan, apa yang ada yang sama antara
jari, dan tanah, dan oren dalam contoh ialah: Benda sahaja, dan Benda: adalah
ketiadaan yang [berpotensi] untuk wujud, dan tidak ada yang lain. Oleh
itu,untuk menjelaskan bahawa ia tidak wujud, bermakna ini adalah sifat biasa
sebenar di antara jari, dan tanah, dan oren .
B. –
Alam Malakut (Kerajaan Langit) dan ia adalah sebuah alam yang sempurna,
yang bebas dari kebendaan, ia adalah sama dengan apa yang dilihat sewaktu
mimpi, dan ia adalah lebih mulia daripada alam dunia Jasmani ini, tetapi
dikawal dan ada tindakan di dalamnya. Dan bagi setiap jisim (badan) di Kerajaan
dunia terdapat imej (bentuk rupa) untuknya di Alam Malakut, dan ia adalah
hakikat imej manusia dalam Alam Malakut, ia adalah dirinya, atau diri yang
diimplan dalam hati (Al-Janan) [4], dan ia adalah perancang
untuk badan di dunia kebendaan ini, dan diri ini, atau diri yang diimplan dalam
hati (Al Janan) adalah: bayangan akal.
C. Al-‘Alam
al-‘Aqli (Alam Akal): dan ia adalah alam ketiga, lebih mulia daripada alam
Malakut tersebut. Dan Ia adalah alam menyeluruh, dan yang wujud di dalamnya
adalah saling berkaitan di antara satu sama lain, dan tidak ada percanggahan di
antara mereka, seperti dalam alam Malakut dan alam Malak (alam dunia Jasmani).
Dan
matlamat utama manusia adalah untuk mencapai alam ini, dan tujuan mencapai
[alam ini] adalah untuk mengenal (makrifat) Allah swt, menurut apa yang telah
saya bentangkan, Adalah tidak mengenal KebenaranNya dan HakikatNya, Yang Maha
Suci, dan tidak juga mengenal Zat-Nya, atau Nama-namaNya dan sifat-sifatNya
yang merupakan teras (‘ain) Zat-Nya, tetapi sebaliknya adalah mengenal
bayang-bayang Nama-nama TerbaikNya (Al-Asmaa Ul-Husna), dan ia adalah Hujjaj
(as). Dan saya menekankan sesungguh mereka adalah bayang-bayang Nama-nama
TerbaikNya, tiada Nama-nama TerbaikNya yang merupakan teras Zat-Nya .
Adapun
apa yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadits yang memanggil mereka
"Asmaa Ul-Husna", oleh kerana rupa bentuk memberitahu tentang
asal-usul, maka apabila anda melihat rupa bentuk seseorang anda katakan: ini
adalah demikian dan demikian, padahal apa yang dilihatnya adalah rupa bentuknya
[sahaja], dan bukan hakikat dirinya [bermakna ia hanya gambar dia dan bukan
dirinya sendiri ].
Dan Dia yang Maha
Suci, telah memilih daripada ciptaan-Nya orang-orang yang Dia bukakan untuk
mereka pintu rahmat-Nya, dan menyingkap untuk mereka penutup hingga mereka
melihat Rasul Mulia (sawas), mewakili Zat, atau Kota Kesempurnaan,
dan pintunya adalah Ali dan Fatimah (as), atau mengatakan kepada bayang-bayang:
Allah, Ar-Rahman, Al-Rahim, dan
wajahNya yang Maha Suci dalam Penciptaan (al-Mumkinaat). Dan manusia, pada
keseluruhan alam ini, memuji Allah Tuhan sekalian alam , dan puji-syukur
kepadaNya, kerana sesungguhnya Dialah dengan KemuliaanNya memberi tanpa
dibalas. Bagi Dia, yang Maha Suci, adalah pentadbir dalam alam (dunia) Jasmani
ini, kerana dari segumpal tanah keluar tumbuh-tumbuhan, maka terpancar mani dan
induk telur, kemudian menjadi janin, kemudian anak, kemudian tubuh – kanak-kanak yang terus
membesar dan menjadi lengkap sedikit demi sedikit.
Dan
manusia dalam semua peringkat ini miskin dan memerlukan Tuhan yang Kaya.
Siapakah yang memberi kepadanya persekitaran yang sesuai, dan makanan yang
mencukupi untuk pertumbuhannya melengkap, dan menolak darinya percanggahan yang
mermbahayakan.
Dan
mungkin seseorang berkata: apakah penggunaan menjadi lengkap dalam dunia
kebendaan, dan hasilnya adalah bahawa badan manusia, yang penuh kesempurnaan
dalam (alam) dunia Jasmani ini, kembali menjadi segumpal tanah, dan ia jumud
(tidak bernyawa), dan ia adalah wujud Jasmani yang paling rendah?
Saya
katakan: sesungguhnya jika badan manusia hingga menjadi lengkap, dengan cara
yang benar, dan telah dibina secara Halal, dan disucikan dengan amalan soleh
untuk Allah yang Maha Suci, maka dia tidak akan kembali kepada segumpal tanah,
bahkan akan kekal sebagai badan manusia (Jisim Insan), dan diriwayatkan bahawa
bumi tidak makan (hancur luluhkan) “Jisim (jasad) para Nabi, Aushiak, Syuhada’,
dan siapa yang memelihara dalam melakukan Mandi pada hari Jumaat selama empat
puluh minggu.” [5], dan banyak [kali] manusia yang mengalami
kebenaran ini, apabila kubur-kubur beberapa syuhada digali semula, dan mereka
mendapati bahawa [jasad mereka ] adalah sama [masih utuh] dan tidak berubah,
juga ia telah dilaporkan bahawa badan Har anak Yazid Al Riyahi (semoga Allah
merahmati kepadanya) digali semula, dan didapati ia tidak berubah [walaupun
selepas] berlalu seratus tahun syahidnya dengan Hussein bin Ali (as) [6].
Oleh
yang demikian, pereputan mayat kebanyakan orang dan kembali kepada segumpal
tanah adalah hasil dari mereka membinanya apabila tebing runtuh dan tidak
menyucikannya dengan amal soleh.
Dalam
Alam Malakut, manusia memerlukan Pendidik yang melimpahkan kesempurnaan
Akhlak yang dia akan diangkat ke Alam Aqal, dan memerlukan Tuhan yang
olehNya sahaja menolak dia dari keinginan palsu diri, dan bisikan-bisikan
syaitan dari kalangan jin dan manusia yang menyekatnya menuju ke jalan Allah
swt.
Bagi
kumpulan kecil yang sampai ke Alam Aqal, mereka memerlukan Tuhan Yang
melimpahkan kepada mereka dan menyempurnakan mereka, masing-masing dengan
mengambil kira darjatnya: {( وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْماً) dan
berkata "Tuhanku, tingkatkanlah ilmu."} [7],
sebagaimana Dia menetapkan pendirian mereka di alam ini. Dan dengan itu, semua
yang wujud di seluruh alam berhajatkan Tuhan yang Maha Suci, dan berharap
keutamaanNya, dan menunggu Pendidiknya untuk menjadi lengkap dan [untuk] kekal.
______________________________
[ 1] Al 3lal Shara'i3 : V. 1, P. 109. Bihar
Al Anwar : V. 58, P. 249. Al Fasul Al Muhima f Asoul Al A'imma : V. 3, P. 247.
[2 ] Amali Al Tousi : P. 536. Bihar Al Anwar
: V. 67, P. 248.
[3 ] Ringkasan kekeliruan ini ialah: bahawa
manusia dengan kematiannya hancur luluh menjadi tanah dan akar pokok-pokok dan
tumbuh-tumbuhan menyerapnya, dan sejak itu dia menjadi buah-buahan, supaya
manusia lain akan memakannya, dan apa yang dia makan kemudian menjadi
sebahagian daripada tubuhnya. Di sini datang soalan: bahagian badan yang
manakah yang telah dimakan ini dikembalikan? Jika ia dianggap sebagai yang
pertama, maka tubuh kedua menjadi tidak lengkap selepas matinya , dan jika ia
dianggap sebagai sebahagian daripada yang kedua, yang pertama menjadi tidak
lengkap. Dan ia tidak semestinya yang dimakan itu adalah manusia, tetapi
sebaliknya, walaupun ia adalah beruk maka ucapan sebelumnya terpakai kepadanya
juga, dan sebagainya. Dan kekeliruan ini membawa beberapa orang untuk menafikan
tubuh jasmani dikembalikan.
[4]
Al Jinan: dengan pembukaan, ia adalah hati. (Rujuk: Al Sahah : . V. 5, P. 2,093
Jinin ).
[5] Tafsir Al Qurtubi : V. 17 , P. 4. Munhaj al Rashad Lamin
Arad Al Sadad : P. 565.
[6]
Shajara Toubi : V. 2, P. 285.
[7] Al-Quran Surah Taha 20 : 114
Tiada ulasan:
Catat Ulasan