Khamis, 8 Januari 2015

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

﴿اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ:

{Tunjukilah kami jalan yang lurus -}


Selepas manusia telah memutuskan dia akan menjadi hamba Allah dan anggota parti Allah swt, dan keputusan mentaati Khalifah Allah di bumiNya ini, dan menerima undang-undang Allah dan HakimiyahNya, dan berusaha melaksanakan Syariat dan Hukum al-Ilahiyah di bumi, dan yang menanggung kesusahan yang dia akan terima daripada penzalim (taghut) dan hamba-hamba mereka, yang mewakili parti syaitan yang menentang parti Allah. Padanya dia mengenal siapa Khalifah Allah, dan apa dia Syariat al-Ilahiyah dan kepercayaan (aqidah) yang betul, maka dia beramal dengan mentaati Khalifah ini dan akan melaksanakan (Syariat) perundangannya, dan ini adalah jalan yang membawa kepada Allah swt, kerana sesungguhnya Dia, yang Maha Suci adalah benar dan inilah yang sebenarnya. Dan mungkin, saya akan berkata bahawa jalan ini adalah jalan yang paling singkat bagi manusia mengetahui: {( وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ) dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher[nya]} [[2] Al-Quran Surah Qaaf 50:16], bagaimanapun, kita tersandung dengan kerja-kerja kita dan niat-buruk kita, dan berpuas hati dengan kejahilan dan akal yang tidak sempurna.

Dan pada keseuruhannya saya katakan: bahawa apa yang dikehendaki, bagi seseorang yang memilih dia menjadi hamba Allah, adalah pengetahuan dan pengenalan (makrifah) pertamanya, kemudian beramal dan melaksanakannya. Dan dari mana dia akan menerima pengetahuan ini? Dan dari mana dia akan menerima taufiq untuk beramal dengannya? Dan dengan itu datanglan panggilan: "(اهدنا الصراط المستقيم) Tunjukilah kami jalan yang lurus" .

(اهدنا يا الله يا كامل) Tunjukilah kami Ya Allah! Wahai Yang Maha Sempurna!
{(الحمد لله) - Segala puji bagi Allah}, (اهدنا يا رب العالمين) Pandulah kami wahai Tuhan sekalian alam! Wahai Tuhan yang mengurus penciptaan! Wahai Dia Yang menyempurnakan mereka {( رب العالمين) - Tuhan sekalian alam}!
(اهدنا يا أرحم الراحمين)
Tunjukilah kami Wahai Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani dari segala yang mengasihani, dengan keluasan rahmat-Mu yang merangkumi semua perkara, Sehinggakan orang-orang yang tidak mengenalMu dan yang tidak meminta kepadaMu. Dan dengan RahmatMu yang melimpah dan Agung, yang dengannya Engkau diterima ahli-ahli sihir selepas mereka memusuhi Engkau. {(الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ) yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih}, Panduan kami! Untuk kami hidup dalam KerajaanMu, yang telah dirampas, oleh para penindas dan parti syaitan, dari KhalifahMu dan PartiMu {(مَلِكِ يَوْمِ الدِّين) Raja hari pembalasan} .

Pandulah kami wahai yang kami pilih untuk beribadah kepadaMu dan untuk menyertai partiMu, dengan BantuanMu, Kekuasaanmu, dan KekuatanMu {( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ) - Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan},
Tunjukilah kami untuk mengenal KhalifahMu dan SyariatMu! Dan Tunjukilah kami untuk mentaatinya dan beramal dengan syariat yang dibawanya: {(اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ) - Tunjukilah kami jalan yang lurus}. Tunjukilah kami! Kenalkanlah kami! Dan berilah taufiq kepada kami! Penuhilah kekurangan kami dan jagalah bahagian kami.

Dan jalan (الصراط): menelan dengan pantas dan [Al-Shirat] telah dinamakan oleh jalan ini sebaik sahaja kamu meletakkan kaki kamu ke permulaan laluan dan dengan niat ikhlas kepada Allah, sehingga akhirnya kamu dapati diri kamu telah mencapainya.
Dan telah diriwayatkan dari mereka (a.s), bahawa sebahagian orang yang beriman akan melepasi shirat al-mustaqim (jalan lurus) sepantas kilat [1], dan diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (as) dalam Nahj al-Balaghah: "dan pencahayaan yang banyak (terang) bersinar kepadanya, jadi ia menerangkan jalan untuknya dan dia berjalan di atas laluannya itu, dan pintu-pintu menolaknya ke arah pintu kesalamatan dan Rumah kediaman (دار الإقامة)." [2].

(المستقيم) Yang lurus yang membawa kami ke arah Engkau di jalan taubat dan kembali dari dunia kebendaan ke alam akal, melalui Alam Kerajaan-kerajaan Langit (Alam Malakut). Dan kami, dalam semua alam-alam ini, miskin dan mengemis LimpahanMu dan KemurahanMu. Dan kami memperkukuhkan diri kepadaMu daripada kejahatan ciptaanMu dalam Dunia yang rencam dan bercanggah, daripada alam Kerajaan dan Kerajaan-kerajaan Langit (Malakut), atau alam kebendaan dan alam Mithal. Dan kami memegang [erat] kepadaMu di alam akal dan al-Kulliyat. Sebagai contoh sebagai orang buta apabila dia mahu menyeberangi jalan, dia memerlukan seseorang untuk memegang pergelangan tangan (memimpin) dan membawa dia ke sisi lain. Tambahan pula, kami memerlukan BantuanMu, dan SokonganMu sentiasa dan selama-lamanya, dari Alam Hakikat (Kebenaran) yang ditegah ke atas Penciptaan (makhluk)-Mu.
Amir al-Mukminin (as) berkata yang bermaksud: "Jika seseorang takut dia berkata: Saya telah diperkaya diri dengan Kerajaan dan Kerajaan-kerajaan Langit (Malakut), dan saya telah memegang erat keupayaan dan Kuasa (al-Jabarut), dan aku telah memohon bantuan dengan Kemuliaan dan Ketuhanan (al-Lahut) dari semua yang aku takut dan semua yang aku amat berhati-hati, dan dengan Muhammad dan Ali dan Fatimah dan Al-Hassan dan Al-Hussein dan Ali dan Muhammad dan Ja'afar dan Musa dan Ali dan Muhammad dan Ali dan Al-Hassan dan Muhammad, as "[[1] Rujuk kepada: Al Zam Al Nasib : V. 2, P. 218. Mashariq Anwar Al Yaqin : P. 267.]







______________________________
[1] Manaqab Ale Abi Talib (as ): V. 2, P. 7. Bihar Al Anwar : V. 8 , P. 67.
[2] Nahj Al Balagha : V. 2, P. 203, Bihar Al Anwar : V. 66, P. 316.


Tiada ulasan: