Ahad, 23 Februari 2014

Soalan 86: Apakah yang di maksudkan dengan Nasakh dan Mansukh?


Soalan 86: Apakah yang di maksudkan dengan ayat-ayat ini:


﴿مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾

"Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? [Al-Baqarah 2:106] 

Dan Firman Allah SWT:

﴿وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ﴾

Dan apabila Kami tukarkan suatu ayat di tempat ayat yang lain padahal Allah lebih mengetahui apa yang diturunkan-Nya, mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah orang yang mengada-adakan saja". Bahkan kebanyakan mereka tiada mengetahui. [An-Nahl 16:101]

Jawapan: Nasakh a dan mansukh b adalah sunnah dari kebiasaan Allah (sunnatullah) SWT dalam Syariat Samawi sebelum Islam lagi, bahawa Allah pernah mengharamkan kepada orang-orang Yahudi beberapa urusan, sehingga diutus Isa a.s. supaya dia boleh menghalalkan apa yang telah diharamkan ke atas mereka, sebagaimana firman Allah SWT:

﴿فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيراً﴾

"Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah, " [An-Nisa 4: 160.] 

Dan Isa as dalam Qura'n berkata:

﴿وَلِأُحِلَّ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ وَجِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴾

"dan untuk menghalalkan bagimu sebagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Karena itu bertakwalah kepada Allah dan orang-orang yang taat. " [Aali Imran 3:50]



Dan dalamnya banyak peraturan (hukum), tidak kurang pula hukum yang ada pada Muhkam (nyata) dan Mutasyabihat (kiasan), bahkan yang Nasakh dan mansukh dari al-Mutasyabih (kiasan), dan mengenainya tidak ada yang tahu kecuali yang ma'sum, atau kepada orang yang didatangkanNya..Dan yang dimansukhkan sama ada syari’at keseluruhan, atau hukum tertentu yang merupakan undang-undang dan Syari’at Allah pada satu zaman ke zaman yang lain, diwajibkan beriman kepadanya, dihormati, dan menyucikannya; kerana ia adalah suatu perintah (urusan) dari perintah-perintah Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.

Dan Ia masih belum dimansukhkan, akan ada pada suatu masa dan pada ar-Raj’a dalam zaman al-Qaim a.s, jadi dia a.s.akan memerintah dengan Syari’at sebelumnya, sehingga akhir dengan Islam, dan beberapa penyokongnya (Ansar) akan membantah, seperti yang disebut dalam riwayat dari Ahlulbayt a.s, kerana dia akan memerintah dengan hukum dari Nabi-nabi terdahulu dan Syari’at mereka, sementara ada yang berselisih dengan Islam seperti yang diketahui.

Dan di antara sebab-sebab pelaksanaan hukum al-Qaim dengan Syari’at yang terdahulu kerana dia adalah pelaksana agama Allah di muka bumiNya, dan semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Syari’at mereka tidak diberikan hak-hak mereka dalam realiti dan dalam pelaksanaan. Allah SWT berfirman:

﴿شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ﴾

"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." [Asy-Syura 42:13]

Orang yang disyari'atkan agama kepada mereka adalah: keluarga Muhammad a.s; kerana mereka merupakan pewaris para Nabi, dan ayat ini dikhaskan kepada al-Qaim a.s, untuk dia diturunkan ayat dan ditujukan kepada beliau.



Dan Allah SWT berfirman kepada Sulaiman a.s:

﴿هَذَا عَطَاؤُنَا فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾

 "Inilah anugerah Kami; maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tanpa hisab (batas)".. [Shad 38:39] 

itu adalah Sulaiman (a.s)dan  al-Qaim keluarga Mohammed (a.s) Perkara ini diberi kuasa  untuk memutuskan  dengan apa yang dikehendakinya, mengikut ilmu yang Allah kurniakan kepadanya.

Diririwayat dar al-Baqir as berkata: "al-Qaim akan memutuskan  dengan keputusan yang beberapa para sahabat akan menolaknya, dan di antara mereka akan didahuluinya dengan pedang, dan itulah keputusan Adam a.s, maka dia akan mendahului mereka dan memancung leher mereka. dan demikian pula dia akan memutuskan  kali kedua dari kumpulan lain akan menolak, dan di antara mereka akan didahuluinya dengan pedang, dan itulah keputusan Daud a.s, maka dia akan mendahului mereka dan memancung leher mereka, dan demikian pula dia akan memutuskan  kali ketiga dari kumpulan lain akan menolak, dan di antara mereka akan didahuluinya dengan pedang, dan itulah keputusan Ibrahim a.s, maka dia akan mendahului mereka dan memancung leher mereka, dan demikian pula dia akan memutuskan  kali keempat dan ia adalah keputusan Muhammad (sawas), dan tidak seorang pun yang akan menolaknya "

Dan di antara ayat-ayat yang dimansukhkan, yang al-Qaim beramal dengannya adalah:

: ﴿لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَو تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّه﴾

Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.[Al-Baqarah 2:284]

Dan ayat ini dimansukhkan dengan ayat-ayat yang datang selepasnya dari Surah Al-Baqarah, dan dengan ini - al-Qaim a.s. akan beramal bagi pihak ayat yang dimansukhkan ini seperti apa yang telah dinyatakan di dalam riwayat Ahlulbayt (as),

Dia (al-Qaim) akan membunuh lelaki yang menentang dengan pedang - dengan tangannya, maka dia akan berkata kepada mereka dudukkan dia dan penggal lehernya, padanya tidak ada apa yang jelas darinya yang tidak bertentangan dengan Syariah dan dia layak dibunuh , tetapi al-Qaim a.s. tidak akan menghukum manusia menurut dirinya.

Dari Al-Shadiq a.s. beliau berkata: " seorang lelaki akan di depan al-Qaim (as) mengarahnya dan melarangnya, sehingga dia (al-Qaim) berkata palingkan dia, jadi mereka palingkan dia lebih ke depan, maka dia akan memerintahkan untuk memenggal lehernya, dan tidak ada yang tinggal diantara ufuk melainkan takut kepadanya " [1]

Dari Al-Baqir a.s. katanya: "Seseorang dipanggil Al-Mahdi, kerana dia membuka rahsia, sehingga dia dihantar kepada seorang lelaki, bahawa orang itu tidak akan tahu apa dosanya lalu dia membunuhnya " [2]


Dari Muawiyah Al-Dahni dari Abi Abdullah pada firman Allah SWT:
﴿يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ﴾
"Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandannya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka." [S Ar-Rahman 55:41]
Jadi dia berkata: Wahai Muawiyah, apa yang mereka katakan tentang ini, dia berkata: mereka mendakwa bahawa Allah Tabaraka Wa Ta’ala mengetahui orang yang berdosa dengan tanda-tanda mereka pada hari kiamat, maka Dia akan memerintahkan mereka untuk memegang ubun-ubun dan kaki mereka, dan dihumbankan ke neraka, Oleh itu Dia a.s. berkata kepadaku: Bagaimana akan Allah Tabaraka Wa Ta’ala perlu untuk mengetahui makhluk diwujudkan diciptakanNya? Aku berkata: Semuga diriku jadi tebusan tuan, mengapa demikian? dia berkata: Jika al-Qaim bangkit, Allah akan memberinya tanda, dan dia akan mengarahkan orang kafir - dan memegang ubun-ubun dan kaki mereka - dan dipancung dengan pedang dengan sekali pancung." [3]


Dan supaya gambarannya lebih jelas, terangkan sedikit lagi pada ayat yang di-mansukh-kan ini:

﴿لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَو تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّه﴾

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. " [Al-Baqarah 2:284]

dan ayat yang me –nasahk-nya adalah

: ﴿.... لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ...﴾

"…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala apa yang diusahakannya dan ia mendapat siksa apa yang dikerjakannya…" [Al-Baqarah 2:286]

Pada hakikatnya ia adalah syarat pada ayat-ayat sebelumnya, iaitu beriman kepada Allah, dan dengan apa yang telah diturunkan kepada Rasul dan malaikat dan Kitab-kitab Samawi, dan tidak membezakan di antara mereka (rasul). Dan beriman dengan Kitab-kitab dan Nabi-nabi yang datang bersamanya, adalah untuk menerima amalan al-Qaim a.s. dengannya, dan menyerahkan kepadanya jika dia menghukum dengan hukum yang terkandung di dalamnya - walaupun ia bertentangan Hukum Islam. Kerana al-Qaim a.s. adalah ma’sum, dan tiada yang datang darinya melainkan yang benar - dan ia telah disebut di dalam riwayat bahawa dia akan datang dengan Islam baru.

Abdullah bin Ataa dia berkata: Aku bertanya Al-Baqir a.s: Jika al-Qaim a.s. bangkit apakah cara dia datang kepada manusia? Beliau berkata: "Dia akan memusnahkan seperti yang dilakukan Rasulullah sawas, mengembalikan Islam yang baru "[4]

Dari Al-Baqir a.s: beliau berkata: " Al-Qaim kami jika dia bangkit  - dia akan memanggil manusia kepada satu perkara baru, sama seperti keadaan Rasulullah sawas seru kepadanya, dan Islam dimulakan asing dan akan kembali asing seperti mana ia bermula – maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing " [5]

Dan begitulah kekalnya Al-Khidir, Elia, dan Isa a.s. supaya mereka boleh menyaksikan kepada manusia bahawa pelaksanaan hukum saw al-Qaim adalah apa yang didatangkan kepada Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Dan akhirnya dia akan memerintah dengan hukum Islam dan apa yang datang dari Muhammad sawas dan bahawa tidak ada percanggahan sebenar antara apa yang telah datang kepada Nabi –nabi terdahulu dengan apa yang didatangkan kepada Muhammad sawas.


✡✡✡✡✡


------------

-a- Nasakh adalah sesuatu yang membatalkan, menghapuskan atau memindahkan.
-b- Mansukh adalah yang dibatalkan, dihapus, dipindahkan
[1] Gaibat Al-Nu3mani: halaman  halaman 245 Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 355
[2] Bihar Al Anwar Jilid.52 hal. 390
[3] Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 321
[4] Gaibat Al-Nu3mani: halaman 238 Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 354
[5] Gaibat Al-Nu3mani: halaman 336 Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 366



Tiada ulasan: