Khamis, 27 Februari 2014

Soalan 113: Suara Keldai

Soalan 113: Suara Keldai

Soalan 113: Kenapa Allah SWT berfirman:

﴿إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ﴾

{ .. Sesungguhnya seburuk- buruk suara ialah suara keldai.} [1] ?

Jawapan: Allah SWT berfirman:

﴿مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ﴾

{Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai. . .. } [2]

Oleh itu, bandingan orang ‘alim yang tidak beramal pada Kerajaan Langit, sebagai mana Malaikat melihat mereka adalah seperti keldai, dan Allah SWT berfirman mengenai ulamak yang tidak beramal yang suka dengan dakwah Para Nabi dan Rasul-rasul:

﴿كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ * فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَةٍ﴾

{ seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut,* Lari dari singa.} [3], bermakna mereka (ulama rasuah) adalah seperti keldai yang melarikan diri dari singa, dan suara ulamak yang tidak beramal dan mungkar adalah suara-suara ingkar; kerana ia adalah suara batil yang menyanggah kebenaran yang ikhlas yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul dan para Hujjaj (as) ke atas penduduk Bumi.



✡✡✡✡✡
                                 
----------
[1] Al-Quran: Surah Al-Luqman {31: 19} .
[2] Al-Quran: Surah Al-Jumu'a {62: 5} .
[3] Al-Quran: Surah Al-Muddathir {74: 50-51}


Tiada ulasan: