Khamis, 6 Februari 2014

Janji Iblis

Janji Iblis

Allah berfirman:

﴿إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَراً مِنْ طِينٍ * فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ * فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ * إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ * قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ * قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ * قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ * وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَى يَوْمِ الدِّينِ * قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ * قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ * إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ * قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ * إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ * قَالَ فَالْحَقُّ وَالْحَقَّ أَقُولُ * لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكَ وَمِمَّنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ أَجْمَعِينَ﴾

28. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk,29. "Maka apabila Kusempurnakan kejadiannya, dan Kutiupkan padnya ruhKu, maka tunduklah padanya dengan bersujud.30. Maka bersujudlah para malaikat kesemuanya,31. kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama yang sujud.32. Allah berfirman: "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak bersama mereka yang sujud?"33. Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah ciptakannya dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk"34. Allah berfirman: "Keluarlah darinya, karena sesungguhnya kamu direjam,35. dan sesungguhnya atasmu laknat sampai hari pembalasan".36. Berkata iblis: "Ya Tuhanku, maka beri tangguhkanlah aku sampai hari dibangkitkan,37. Allah berfirman: " maka sesungguhnya kamu dari yang diberi tangguh,38. sampai hari waktu yang telah ditentukan,39. Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan kesesatanku, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,40. kecuali hamba-hamba Engkau mereka yang mukhlis ".41. Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus,.42. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kuasa bagimu terhadap mereka, kecuali sesiapa yang mengikut kamu, dari orang-orang yang sesat.[Al-Hijr 5:28-42]

Allah SWTmenciptakan Adam (as) dan memerintahkan malaikat untuk sujud kepadanya. Sujud ini adalah pengiktirafan amali kelebihan Adam atas malaikat (as). Dibentangkan hakikat (kewujudan) ini disucikan untuk disesuaikan dengan dunia (alam)nya, dan sujud ini bukan untuk tubuh Adam (as) tetapi sebaliknya ia adalah untuk hakikat Muhammad dan Insan sempuran dan hijab yang paling dekat. Melaluinya ia menghadap kepada yang hidup yang tidak akan mati. Allah SWT tidak memerintahkan mereka untuk sujud hanya selepas Dia melimpah rupa mithali (al-shurah al-mithaliyah) kebendaan (jasad) pada Adam dan selepas Dia meniup RuhNya padanya. Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis tentang Nabi (saw) yang bermaksud: (Sesungguhnya Allah telah mencipta Adam atas rupa bentukNya),[dan rupa bentukNya Tuhan dalam Hadis ini adalah metafora (mithali) seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran (Tangan Allah) atau dalam erti kata lain , Kuasa AllahSWT- pentj]. Tambahan pula, Adam (as), atau insan yang mampu mengumpul kesempurnaan Ilahi sebanyak mungkin untuk kemungkian, atau mengatakan yang dicipta, dan jika Adam (as) tidak mencapai (jarak) dua hujung busaran panah atau yang lebih dekat (Qab qawsayn aw adnaa), maka akan mencapai dari zuriatnya pemurni itu, al-Mustafa, Muhammad (saw).

Kemudian Iblis (la) beralih kepada sesuatu dari hakikat ini, tetapi beliau ingkar dan tidak sujud bersama para malaikat dan dia dihalau ke Bumi. Dia hanya memandang bahan benda (madat) pada Adam yang dicipta daripadanya jisim badan Adam dan dia membandingkan sumber api yang diciptakan dia daripadanya. Dia kemudian mengira bahawa dirinya lebih mulia daripada bahan benda dan ia mengabaikan tentang Adam (as) dan kedekatan Adam pada Allah. Iblis kemudian jatuh ke dalam jurang dengan ilmu yang luas dan ibadahnya telah begitu lama. Ini kerana dia bukan seorang ahli ‘abid yang ikhlas kepada Allah, tetapi dia adalah seorang hamba yang ikhlas kepada dirinya sendiri dan dia mahu dengan ibadahnya dia berada dalam kedudukan yang tinggi.

Dari sini, ujian supaya sujud kepada Adam (as) adalah bencana kepadanya dan halalintar yang memanah kepalanya dan dia berhasad dengki pada Adam (as). Jika diwakilkan akal kamu, kamu akan mendapati dia pada masa itu berkata: “Selain selama ini beribadah, Allah menciptakan seorang hamba yang lebih baik dariku dan pada perkara yang paling baik ketika Dia menyebut hal ciptaan-Nya?, dia dijadikan lebih tinggi dan malaikat tidak ada darjatnya. Hijab inilah menghalangnya daripada melihat hakikat Adam dan mula mencari alasan untuk mengelak dia dari sujud, alasan yang akan meyakinkan dirinya dan mendebat mengenainya terhadap Tuhannya.

Allah SWT tidak menjawab alasannya tetapi mengusir dan melaknat; kerana dia adalah dari orang-orang yang mendustakan dan menzalimi dan meninggi diri. Allah SWT berfirman:

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوّاً فِي الْأَرْضِ وَلا فَسَاداً وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin meninggi diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.[Surah Al-Qassas. 28:83]

Iblis (la) bukannya jahil ilmu, dia juga tidak bermaksiat dan dia boleh ditegur dan berdisiplin. Tetapi dia adalah seorang ulama takbur lagi melampau batas, meninggi diri dan yang tidak mencegah (kemungkaran). Dengan keengganan dirinya kepada makhluk baru ini menjadi sebab dia diusir dari rahmat Allah dan dia menjadikannya (Adam) dan keturunannya sebagai musuh. Inilah sebabnya mengapa dia meminta tangguh dan masa hingga ke hari pembalasan supaya dia boleh menyesatkan mereka dari jalan yang lurus. Tetapi Allah Yang Maha Suci memberinya tangguh ke suatu hari dan waktu yang termaklum dan dlaknat dan yang berjanji akan menggagalkan anak Adam dari jalan yang lurus: Allah SWT berfirman:

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ * ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Ib
lis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum ku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur (taat). [Al-Araf 7:16-17] 

Sampai hari, waktu yang telah ditentukan adalah hari Imam Al-Mahdi (AS) zuhur, di mana telah diriwayatkan dalam sebuah hadis dari Ishaq bin Ammar katanya: Aku bertanya mengenai (Imam Al-Mahdi as) apabila Allah SWT memberi Iblis tangguh hingga ke suatu masa yang ditentukan, dan Dia menyebut dalam kitab suci-Nya, firmanNya: (Dia berkata: Kemudian, sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (37) Sehingga satu masa yang tertentu (38)) Al-Hijr!..

Beliau (as) berkata: (Hari, waktu yang telah ditentukan ialah hari Zuhur Imam, jadi apabila Allah mengutusnya, dia akan berada di Masjid Al-Kufah. Iblis akan datang dan sehingga tunduk berteku lutut, beliau berkata: Celakalah aku pada hari ini. Akan dipegang ubun-ubunnya dan dipukul lehernya. Itulah hari, waktu yang telah ditentukan sampailah ajalnya) Bihar Al-Anwar!... Bab -276. halaman -52.

Dalam Injil, dikatakan mengenai Syaitan (Iblis) akan dirantai di Hari Kiamat Kecil, atau dalam erti kata lain, pada zaman kebangkitan Imam Al-Mahdi (as). Ia datang dalam visi John (Yohanes):. (.... aku kemudian melihat satu Malaikat yang turun dari langit memegang Kunci Jurang Maut dan suatu rantai yang sangat besar di tangannya. Naga itu kemudian memegang ular purba, atau dalam lain kata-kata, Syaitan dan dia dirantai selama satu-ribu tahun. beliau kemudian melemparkannya ke jurang, menguncinya dan mematerinya. dia tidak akan mengelirukan umat manusia hanya selepas satu ribu tahun berakhir. beliau kemudian akan dikeluarkan selepas itu untuk masa yang singkat) Al-Is'hah:. 20.

Dari As-Syed Ibn Tawus (rahmahu Allah) bahawa dia berkata: aku telah mendapat kertas Nabi Idris (as) dalam mengingati Iblis dan jawapan Allah kepadanya (Dia berkata Tuhanku berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan. Dia (SWT) berkata tidak, tetapi kamu diberi tempoh hingga hari yang ditetapkan. Ia adalah hari Aku menghapuskan dan yang menyebabkan Aku akan membersihkan tanah hari itu dari kafir, musyrik dengan Allah dan dosa. Pada masa itu, Aku pilih penyembah Ku. Aku uji hati mereka dengan iman yang dipenuhi dengan warak dan ikhlas, yakin, takwa, rendah hati, yang benar, lembut dan sabar, yang hormat dan yang takut dan zuhud di dunia ini, dan menginginkan Ku, dan biarkan mereka menjadi penyokong matahari dan bulan dan menjadikan mereka Khalifah di dunia ini, dan membuat mereka mempunyai agama mereka yang kamu terima untuk mereka, kemudian mereka akan menyembah Ku dan tidak menyengutukan Aku dengan sesuatu . Mereka solat dalam waktunya dan membyar zakat kepada masyarakat, mereka menyeru makruf dan mencegah kemungkaran. Pada masa itu Aku akan berikan urusan di bumi, tiada apa yang akan mendatangkan mudarat kepada sesuatu dan tiada yang akan takut kepada sesuatu. Akan ada binatang perosak dan ternakan antara manusia dan tiada seorang pun daripada mereka akan memudaratkan yang lain.Aku akan hapuskan setiap binatang bersengat dari binatang perosak dan lain-lain. Aku akan hapuskan racun dari setiap yang menggigit dan Aku akan turunkan keberkatan dari langit dan bumi. Bumi ini akan mekar dengan tumbuh-tumbuhan yang baik dan semua jenis buah-buahan dan wangi-wangian akan muncul.

Aku akan letakkan belas kasihan dan rahmat di antara mereka, maka mereka akan sama-sama berkongsi duka dan mereka akan kayakan golongan miskin. Tiada seorang pun daripada mereka akan lebih tinggi daripada yang lain, orang-orang besar akan merahmati orang-orang kecil dan orang-orang yang kecil akan muliakan orang-orang besar. Dan mereka akan menyesuaikan diri dan mempunyai hak untuk mengutuk hakim dan.pemerintah.

Merekalah yang mempertuhankan Aku, Aku pilih untuk mereka seorang nabi seorang yang jujur. Aku jadikan untuk mereka seorang nabi dan rasul, dan aku jadikan untuk mereka auliak dan ansar. Itulah umat yang Aku pilih untuk mereka nabi Ku yang jujur. Itu adalah masa yang telah Ku tutup dalam pengetahuan ghaib Ku dan tidak ada keraguan bahawa ia adalah benar. Aku akan bersihkan kamu pada hari itu, kuda kamu, lelaki dan semua tentera kamu. Pergilah, dan kamu diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu) (Bihar Al-Anwar Bab-52: 385)

Ini adalah kisah Iblis, Ahli ilmu ahli ibadah yang jatuh ke jurang, kesombongannya membuat dia sesat. Di dalamnya, adalah satu pengajaran kepada pencari dan ingatan untuk diingati. Di manakah pencari dan di manakah yang mengingati?!?!

Amirul Mukminin (Ali as) mengatakan: (Pertimbangkan dari tindakan Allah kepada Iblis ketika Dia (Allah) menggagalkan amalannya yang lama dan usahanya yang gigih. Dia menyembah Allah selama enam ribu tahun, itu tidak diketahui. tahun dunia atau tahun akhirat dan semua ini hilang dengan sekali berlaku angkuh. Jadi siapa selepas Iblis yang melakukan dosa tersebut terhadap Allah? Jangan, Allah Yang Maha Suci tidak akan membiarkan manusia untuk masuk syurga dengan perintah yang mana ia mengeluarkan dengannya darinya raja, Allah berkuasa ke atas penghuni langit dan bumi semuanya adalah sama. Allah tidak mengalah dengan ciptaanNya yang tidak henti-henti beramal yang telah melakukan kerja haram, atas seluruh alam.

Jadi berhati-hatilah, Wahai penyembah Allah, bahawa penyakit dia (Iblis) akan menjangkiti kamu, dan dia mempengaruhi kamu dengan kerendahan dan membuat kamu datang kepadanya dengan bantuan kuda dan orang-orangnya. Dia telah membuat anak panah "Ancaman Allah" (mengikari tuhan) satu perkara yang biasa kepada kamu, dan dia melemparkan kamu dari tempat yang dekat. Dia berkata: "Dia berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, demi sesungguhnya aku akan menghiasi jalan kesesatan bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Al-Hijr 39.

... Dan meminta perlindungan kepada Allah dari suntikan keangkuhan, sama seperti kamu berlindung kepada-Nya dari musibah kehidupan.

Jika Allah membolehkan seseorang dari hamba untuk menjadi sombong, dia akan membiarkan khasnya nabi-nabi dan umatNya ... mereka adalah orang-orang yang  tidak mudah terjejas. Allah telah menguji mereka dengan kelaparan dan kemiskinan, dan dibelenggu mereka dengan perkara-perkara yang memberi tekanan. Dia juga menguji mereka dengan kebimbangan, dan kegelisahan mereka dengan kesukaran.

... sebaik sahaja Musa bin Imran, memasuki dengan saudaranya Harun (as) berjumpa Firaun memakai pakaian berperisai dibuat daripada bulu dan sebatang kayu dalam tangan mereka. Mereka memberi dia (Firaun) dua pilihan, jika dia menjadi Muslim, dia akan kekal menjadi raja dan hartanya akan sentiasa bersama dengannya. Lalu ia berkata: "Tidakkah kamu merasa hairan apabila kedua-duanya memberi aku pilihan kekal sebagai raja dan menyimpan kekayaanku, dan mereka, seperti yang kamu lihat, dalam keadaan kemiskinan dan kehinaan? Mengapa tuhan mereka tidak memberikan mereka gelang yang diperbuat daripada emas jika mereka benar-benar dalam kebenaran. (Kebesaran Emas dan dikumpul, dan hinanya pakaian bulu bsgi yang memakainya).

Jadi berhati-hati dari mendesak menyakiti seseorang, dan ambil masa kamu (bersabar) dalam menghadapi ketidakadilan yang teruk, dan akibat yang buruk oleh keangkuhan kerana ia adalah perangkap utama bagi Iblis, dan helah utamanya yang menyelubungi hati manusia seperti membalutkan racun ke seluruh badan. Dia tidak akan serik, dan dia tidak kira siapa, orang biasa atau ulama yang berpengetahuan, tidak kira sama ada orang miskin yang selekeh pakaiannya.

... Allah SWT tidak mengutuk orang-orang yang sebelum kamu, di dalam al-Quran hadapan kamu, dia melaknat mereka kerana mereka tidak menyeru makruf ( kebaikan) dan tidak mencegah kemungkaran (kejahatan). Allah mengutuk orang yang bodoh yang menunggang dosa dan orang-orang yang bertolak ansur yang tidak mencegah kemungkaran. 
   
Kamu telah melampaui ikatan Islam dan telah melanggar peraturan dan melakukan perubahan hukum-hakamNya... Dan saya pasti bagi suatu bangsa yang tidak mengambilnya dari Allah akan suka dan saling salah menyalahkan.

Sementara tanda di tubuh mereka adalah tanda dari orang-orang yang benar, dan ucapan mereka adalah ucapan terbaik dari orang-orang yang terpilih. Mereka tetap berjaga di malam hari dan solat di siang hari untuk meningkatkan amalan baik mereka. Mereka sangat tetap memegang tali al-Quran, mereka melaksanakan Sunnah Allah dan Sunnah RasulNya. Mereka tidak menjadi sombong, mereka tidak meninggi diri, mereka tidak menipu dan mereka tidak merusakkan hati mereka dengan kegilaan dan tubuh mereka beramal) Nahj Al-Balaghah: -. Al-Qasi'a








Tiada ulasan: