Katakanlah: Aku Bukanlah
pembawa bid’ah Di Kalangan Rasul-Rasul
Dan Muhammad sawas bukan
pembawa bid’ah di kalangan Rasul-rasul, kerana seruan semua nabi dan aushiak
a.s. tidak diterima oleh ulama-ulama agama dan pemimpin masyarakat yang diutus
pada mereka, dan Muhammad sawas ditentang oleh para pemimpin Makkah dan
ulamaknya yang mempererjuangkan Syariah, dan juga tidak beriman kepadanya ulama
Yahudi, ulama Kristian dan orang-orang yang memandang rendah, walaupun mereka
telah menghebohkan berita gembira mengenainya dan menunggu kemunculannya [1].
Dan ramai dari Bani Israel
tidak berpuas hati dengan Musa a.s, dan sebahagian ulama mereka menentangnya
dan cuba memutarbelitkan Syari'at dan begitu orang yang memperlekeh, seperti
Samiri dan Bal'am Bin Ba'ura [2].
Adapun Isa a.s, kebanyakan
ulama Bani Israel dan pemimpin-pemimpin mereka tidak berpuas hati dengannya,
kerana kehadirannya a.s di kalangan mereka adalah untuk menegur mereka, dan
kezuhudannya [adalah] satu penghinaan yang menghina mereka.
------------
[1]
Al-Ayashi meriwayatkan: dari Abi Basir, dari Abi Abdullah a.s. dalam firmanNya
: (padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat
kemenangan atas orang-orang kafir) (Surah Al-Baqarah (2): 89) beliau berkata:
(Orang-orang Yahudi mendapati di dalam kitab mereka bahawa Muhammad (sawas),
Rasul Allah, akan berpindah dan menetap di antara 'Ayr dan Uhud Jadi, mereka
pergi mencari tempat itu, mereka melalui gunung yang dipanggil Hadada dan
mereka berkata : “Hadada dan Uhud adalah sama.” Lalu mereka berkampung
berdekatannya. Sebahagian daripada mereka menetap di Fadak, dan sebahagian yang
lain di Khaibar dan yang lain di Taima'. Mereka di Taima' pada suatu hari
dikehendaki (untuk berjumpa) beberapa orang saudara mereka (di tempat lain). Seorang
Badui dari (suku) Qais melalui mereka dan mereka menyewa (untanya). Badui itu
beritahu mereka: “Aku akan bawa kamu di antara 'Ayr dan Uhud” mereka berkata
kepadanya: “Apabila kamu melalui antara keduanya, beritahu kami.“' Apabila
mereka sampai di tanah Madinah, Badui itu berkata: “Itulah'Ayr dan ini Uhud,
mereka turun dari unta dan berkata kepadanya: “Kami kini telah menemui (tempat)
hasrat kami, kami tidak perlukan unta kamu lagi, pergilah ke mana yang kamu
mahu”' Kemudian mereka menulis surat kepada saudara-saudara mereka di Fadak dan
Khaibar : “Kami telah menemui tempatnya, oleh itu datanglah kepada kami.” Mereka
membalas surat itu: “Sekarang kami telah menetap di tempat ini, dan telah
memperolehi harta; dan kami begitu dekat dengan kamu. Oleh itu, bila ia akan
berlaku (iaitu, apabila Nabi sawas akan datang ke Madinah), kami akan bersegera
kepadamu.” Mereka membeli harta da tanah di Madinah. Apabila kekayaan mereka
meningkat, berita tersebut datang ke telinga Tubba' dan dia menyerang mereka. Mereka
pertahankan diri mereka dan Tubba' mengepung mereka. Mereka telah berbelas
kasihan kepada tentera Tubba' yang lemah dan membaling kurma dan barli kepada
mereka pada waktu malam. Ia menarik perhatian Tubba' dan dia mula berlembut
terhadap mereka dan dia memberi jaminan keselamatan kepada mereka lalu mereka
datang kepadanya. Tubba' kata kepada mereka: “Saya suka tempat ini kamu dan aku
suka untuk menetap di sini.” Mereka berkata: 'Ia bukan untuk kamu. Ia adalah
tempat penghijrahan seorang nabi; dan tiada siapa boleh menetap di sini
sehingga itu,” beliau menjawab: “Kala begitu aku tinggalkan di antara kamu
beberapa orang suku kaumku, supaya apabila ia berlaku mereka akan berkidmat dan
membantunya.” Oleh itu dia tinggalkan dua suku yang kamu lihat hari ini, Aus
dan Khazraj. Apabila kedua-dua (puak) ini meningkat bilangannya, mereka mula
merebut harta Yahudi itu. Pada masa itu, orang-orang Yahudi memberi amaran
kepada mereka: “Nanti apabila diutus Muhammad (sawas) sesungguhnya kami akan
mengusir kamu dari rumah dan harta kami!” Tetapi apabila Muhammad (sawas)
diutus sebagai Nabi, mereka menjadi Ansar (Aus dan Khazraj) yang beriman
kepadanya dan orang Yahudi mengingkarnya! Inilah makna kata-kata Allah (Padahal
sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan
atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka
ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang
yang ingkar itu.) ([2:89] Tafsir Al-Ayashi: Jilid 1, halaman 49.
[2]. Beliau a.s. telah
menunjukkan sikap mereka yang memalukan sebelum ini, jadi renungkanlah.
2
Telah disebut di dalam Injil:
(Dan kemudian Yesus dengan sifat berapi-api besar menegur rakyat kerana mereka
telah lupa firman Allah, dan memberikan diri mereka hanya kepada sia-sia , dia
menegur para paderi kerana kecuaian mereka dalam mengikut perintah Tuhan dan
kerana ketamakan duniawi mereka; dia menegur ahli-ahli Taurat kerana mereka
mengajar ajaran yang sia-sia, dan telah meninggalkan hukum Allah, dia menegur
tabib-tabib kerana mereka membuatkan undang-undang Allah tiada kesan melalui
amalan mereka. Dan dengan bijaksana Yesus bercakap kepada penduduk itu, lalu
semuanya menangis, dari yang kecil hingga besar, menangis insaf, dan meminta
Yesus supaya berdoa untuk mereka; selamatkan hanya paderi-paderi dan
pemimpin-pemimpin mereka, yang pada hari itu membenci Yesus kerana telah
bercakap terhadap para paderi, ahli Taurat, dan tabib-tabib dan mereka mengharapkan
kematiannya, tetapi kerana takutkan orang ramai, yang telah menerima beliau
sebagai seorang nabi Tuhan, mereka tidak berbicara.
Yesus mengangkat tangannya
kepada Allah dan berdoa, dan orang-orang yang menangis berkata: “Perkenankanlan!
Wahai Tuhan Perkenankanlan!” Apabila doa yang berakhir Yesus turun dari haikal
(kuil); dan hari itu dia berangkat dari Jerusalem, dengan ramai yang
mengikutinya . Dan para paderi bercakap tentang keburukan Yesus di antara
mereka) [1].
Dan Al-Mahdi a.s. akan
menghadapi apa yang nenek moyang di kalangan nabi dan Aushiak hadapi dari para
ulama agama dan penzalim, dan mungkin ujian beliau akan lebih besar kerana
beberapa hadits menunjukkannya. Dan kajian menunjukkan akan datang dalam hadits
tentang ulama agama yang mentafsir al-Quran, dan membantah Al-Mahdi dengan
ayat-ayat Suci al-Quran, selepas mereka menjelaskan dengan akal yang tidak
sempura dan kehendak peribadi mereka [2].
------------
[1].
Injil Barnabas, Bab 12.
[2]. Dari Al-Fadil Bin
Yassar , beliau berkata: (Aku mendengar Aba Abdullah a.s. berkata :
"Apabila Qa'im kami (AS) bangkit dia akan menghadapi kejahilan orang yang
lebih teruk daripada apa yang Rasulullah sawas hadapi dari orang-orang yang
jahil semasa al-jahiliah . "Aku bertanya,"Mengapa ia harus begitu?
" Imam (as) menjawab," Rasulullah sawas didatangkan kepada orang-orang
yang menyembah batu-batu , batu keras, kayu dan kayu yang diukir . Walau
bagaimanapun, Qa'im a.s. kita akan datang kepada orang-orang yang semua akan
mentafsir kitab Allah berlawanan dengan tafsirannya, dan akan berhujah
dengannya. Demi Allah, keadilannya beliau (as) akan masuk ke rumah-rumah mereka,
sama seperti panas dan sejuk mendapatkan mereka ") Al-Ghayba dari An-Nu'mani:
Halaman 307 Bab17
Tiada ulasan:
Catat Ulasan