Rabu, 17 Januari 2018

Lampiran 5 (Bahagian 1)



,Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid

Lampiran 5 (Bahagian 1)



Dari Ali Ibn Ibrahim, daripada bapanya, daripada bin Umair, dari bin Azhina, dari Abi Abdillah (as​​) bahawa dia berkata:

Beliau (as) berkata: Apakah penglihatan Nashibah ini? (Nashibi- orang-orang yang menentang / membenci Ahlul Bayt as dan pengikut (Syiah) mereka)

Lalu aku berkata: Jiwaku jadi tebusanmu, apa halnya ini?
Maka ia berkata: Pada azan mereka, rukuk dan sujud mereka?

Lalu aku berkata: Sesungguhnya mereka berkata: Ibn Ka'ab melihatnya (azan) dalam tidurnya.

Oleh itu dia berkata: Pendusta! Agama Allah Azza Wa Jalla, adalah lebih mulia daripada dilihat dalam tidur

Dia menjawab: Demikian Sudair Al-Sirfi berkata kepadanya: Semoga aku menjadi tebusanmu! Cakapkanlah pada kami mengenainya.

Jadi Abi Abdillah (as) berkata: Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla, telah mikraj-kan nabi (S) ke Tetujuh Langit-Nya, Adapun (Langit) yang pertama diberkati atasnya, dan pada Langit Kedua diajarkanNya yang fardhu, maka Allah menurunkam bekas cahaya, di dalamnya ada empat puluh jenis cahaya, yang menjulang ke Arasy Allah dan membutakan mata yang melihatanya, salah satu darinya berwarna kuning, yang kuning kekuningan, dan salah satu dari yang lainnya berwarna merah, merah kemerah-merahan, dan yang lain berwarna putih, yang menjadi putih keputih-putihan, dan yang selebihnya adalah mengikut bilangan warna dari Penciptaan Cahaya, di dalam bekas relung cahaya* dan rantai dari perak, ((bulatan) relung cahaya: julang, naik, terbang-Pent)

Kemudian Dia mengangkatnya ke Langit. Para malaikat berterbangan ke penjuru-penjuru langit dan mereka semua tersungkur sujud. sambil berkata:

سبوح قدوس ما أشبه هذا النور بنور ربنا

"Maha Suci dan Maha Kudus, betapa serupanya cahaya ini dengan Cahaya Tuhan kami!"

Kemudian Jibra’il (as) berkata:
الله أكبر الله أكبر
Allahu Akbar! Allahu Akbar!
"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!"

Kemudian pintu langit terbuka, dan segala malaikat berkumpul, mereka memberi salam kepada Nabi (S) mereka datang berkelompok-kelompok

Dan mereka berkata: "Wahai Muhammad Bagaimana saudaramu Jika engkau berjumpanya, bacakan Salam kami kepadanya?"

Nabi (S) bersabda: "Adakah kamu kenal dia? "

Mereka berkata: " Dan bagaimana kami tidak mengenal dia kerana telah diambil janji setia (mitsaq) kamu dan janji setianya dari kami, dan janji setia Syiahnya, hingga datang hari kiamat kepada kita, dan sesungguhnya kami melihat kepada wajah-wajah Syiahnya sehari semalam lima kali - yang mereka maksudkan dalam setiap waktu solat - dan sesungguhnya kami berselawat ke atas kamu dan ke atasnya."

Baginda bersabda: Kemudian Tuhanku menambah empat puluh jenis cahaya yang tidak sama dengan cahaya yang pertama. Dan menambah bekas relung cahaya dan rantai perak dan menaikkanku ke Langit Kedua, dan apabila aku menghampiri pintu langit, malaikat terbang ke penjuru-penjuru Langit dan turun sujud. Dan mereka berkata:

سبوح قدوس ما أشبه هذا النور بنور ربنا

"Maha Suci Maha Qudus Tuhan para malaikat dan Roh, betapa serupanya cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita!"

Kemudian Jibra’il (as) berkata:

أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله
Asyhadu an La ilaha illa Allah! Asyhadu an La ilaha illa Allah!   
"Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah! Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah ! "

Lalu malaikat berkumpul dan berkata: " Wahai Jibra’il siapakah yang bersama engkau ini? "

Beliau berkata: "Ini Muhammad (S)."

Mereka berkata: " Adakah dia telah diutus? "

Beliau berkata: " Ya"

Nabi (S) bersabda: Kemudian mereka datang kepada aku seolah-olah mereka memeluk antara satu sama lain, dan mereka mengucapkan salam, dan mereka berkata: "Bacakan salam kami kepada saudaramu. "

Aku berkata: "Adakah kamu semua kenal dia?"

Mereka berkata: "Dan bagaimana kami tidak mengenal dia kerana telah diambil janji setia (mitsaq) kamu, janji setianya dan janji setia Syiahnya, hingga datang hari kiamat kepada kita, dan sesungguhnya kami melihat kepada wajah-wajah Syiahnya sehari semalam lima kali - yang mereka maksudkan dalam setiap waktu solat ."

Baginda bersabda: Kemudian Tuhanku menambah empat puluh jenis cahaya yang tidak sama dengan cahaya yang pertama. kemudian menaikkanku ke Langit Ketiga, dan malaikat terus sujud. Dan mereka berkata:

سبوح قدوس رب الملائكة والروح ما هذا النور الذي يشبه نور ربنا ؟

"Maha Suci Suci Qudus Tuhan para malaikat dan Roh, betapa cahaya ini serupa dengan cahaya Tuhan kita!?"

Jadi Jibra’il (as) berkata:

أشهد أن محمداً رسول الله، أشهد أن محمداً رسول الله 

Asyhadu an Muhammada Rasulullah! Asyhadu an Muhammad Rasulullah!
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah! Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah! "

Maka para Malaikat berkumpul dan berkata, "Selamat datang Yang Awal, Selamat datang Yang Akhir, Selamat datang kepada yang menghimpun dan Selamat datang kepada yang menyebar, Muhammad yang terbaik dari para nabi dan yang terbaik dari para washiy"

Nabi (S) bersabda: Kemudian mereka mengucapkan salam dan bertanya kepadaku mengenai saudaraku. Lalu aku bersabda:

"Dia ada di Bumi. Adakah kamu semua kenal dia?"

Mereka berkata: "dan bagaimana kami tidak mengenal dia, kerana kami membuat haji ke Al-Bait Al-Ma'mur (Kiblat Para Malaikat) setiap tahun, dan di sana ada satu kertas kulit putih yang di dalamnya mempunyai nama Muhammad (S), dan nama Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein, para Imam (as) dan Syiah mereka hingga ke hari kiamat dan sesungguhnya, kami memberkati mereka lima kali sehari dan semalam.- yang mereka maksudkan dalam setiap waktu solat - dan menyapu kepala mereka dengan tangan mereka.

Kemudian baginda bersabda: Kemudian Tuhanku menambah empat puluh jenis cahaya yang tidak sama dengan cahaya yang pertama. kemudian menaikkanku sehinggan sampai ke Langit Keempat, malaikat tidak berkata apa-apa, maka aku mendengar bunyi seperti ia datang dari dada dan malaikat-malaikat berkumpul, maka pintu langit terbuka, dan mereka datang kepada aku seperti mereka memeluk antara satu sama lain. Jadi Jibra’il (as) berkata:

حي على الصلاة حي على الصلاة،
حي على الفلاح حي على الفلاح
Haiya ‘ala sh-shalah! Haiya ‘ala sh-shalah!
Haiya ‘ala al-falah! Haiya ‘ala al-falah!
Marilah solat! Marilah solat!
Marilah menuju kejayaan! Marilah menuju kejayaan!

Berkata para malaikat: Dua suara , dua tetuang dan dua pengenalan.

Jadi Jibra’il (as) berkata:

قد قامت الصلاة، قد قامت الصلاة
Qad qamati sh-shalah! Qad qamati sh-shalah!
Akan didirikan solat!  Akan didirikan solat! 

Malaikat berkata: Ia adalah untuk Syiahnya, sehingga hari kiamat "

Kemudian malaikat berkumpul dan berkata: Bagaimana saudaramu ketika kamu tinggalkan dia?

Jadi aku berkata kepada mereka: "Adakah engkau kamu semua kenal dia? "

Mereka menjawab: Kami mengenalnya dan Syiahnya dan mereka adalah cahaya yang mengelilingi Arasy Allah. Dan sesungguhnya di Al-Bait Al-Ma'mur terdapat kertas kulit putih daripada cahaya [dalamnya ada sebuah kitab dari Cahaya] dan di dalamnya adalah nama Muhammad dan Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein, Al-A’immah dan Syiah mereka sehingga hari kiamat. Tidak seorang pun ditambah di dalamnya, dan tidak seorang pun kurang daripada mereka. Dan sesungguhnya ia adalah perjanjian (mitsaq) kami, dan sesungguhnya ia dibacakan kepada kami setiap hari Jumaat.

Kemudian dikatakan kepada aku: "Angkatkan kepalamu, wahai Muhammad"

Jadi aku mengngkat kepala aku, terbentanglah Langit, telah ditembusi, dan hijab telah diangkat.

Kemudian dikatakan kepada aku: "Tundukkan kepala kamu, lihat, apa yang kamu nampak? "

Jadi aku tundukkan kepalaku ke bawah dan aku melihat ke arah rumah seperti rumah kamu ini, dan tempat suci seperti di tempat suci rumah ini, jika aku membuang sesuatu dari tanganku ia tidak akan jatuh kecuali kekal di situ.

Maka dikatakan kepada aku: Ya Muhammad! Sesungguhnya, ini adalah adalah tempat suci. Dan engkau itu suci. Dan bagi tiap-tiap perumpamaan adalah contohnya.

Kemudian Allah mewahyukan kepadaku: Ya Muhammad, mendekatlah pada Shad, dan bersihkan masjid-masjid kamu, dan sucikannya, dan solatlah kepada Tuhan kamu

Maka Rasulullah (S) menghampiri Shad, dan ia adalah air yang mengalir dari Kaki kanan Arasy, jadi Rasulullah (S) mengambil air dengan tangan kanannya, maka sesiapa akan berwuduk hendaklah dengan tangan kanan. Kemudian Allah Azza Wa Jalla yang mewahyukan kepadanya:

"Dengan membasuh muka kamu, kerana kamu melihat ke arah KeagunganKu. Kemudian basuh tangan kamu, yang kanan dan yang kiri, kerana engkau memenuhi perintahKu dengan tanganmu, kemudian sapu kepalamu dengan lebihan baki air di tanganmu, dan (sapulah kedua) kaki kamu hingga ke buku lali kamu, kerana aku memberkati kepadamu dan meletakkan kamu di tempat yang tidak pernah diletakkan selain kamu "

Maka itulah sebab azan dan Wuduk.

Kemudian Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadaku: Ya Muhammad, hadaplah Hajar Aswad (Batu Hitam), dan bertakbirlah kepadaKu jumlah yang sama dengan bilangan hijabKu. Maka sesiapa yang akan melakukankannya bertakbirlah tujuh kali. Oleh kerana hijab ada tujuh maka ada pembukanya untuk mengangkat hijab. Maka sesiapa yang akan melakukankan Al-Iftitah (pembukaan) telah menjadi satu Sunnah. Dan hijab adalah sama, di antaranya adalah lautan cahaya, dan itu adalah cahaya yang telah diturunkan oleh Allah kepada Muhammad (S), dan itulah sebabnya Al-Iftitah telah menjadi tiga kali, kerana hijab dibuka tiga kali. Jadi takbir jumlahnya tujuh, dan Al-Iftitah tiga kali.

Oleh itu, apabila dia telah bertakbir dan ber-Iftitah, Allah yang mewahyukan kepadanya:

"Mulakan dengan menyebut NamaKu"

Maka sesiapa yang akan melakukankannya jadikanlah
بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani) " pada awal Surah,

Kemudian Allah mewahyukan kepada baginda: "Pujilah Aku", kemudian apabila Dia berkata:
الحمد لله رب العالمين
Alhamdu Lillahi Rabbi l-‘Alamin
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam,


Nabi bersabda dalam dirinya "Terima kasih". Maka Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadanya: " Engkau telah memotong pujian padaKku, maka "Mulakan dengan menyebut NamaKu ".

Maka sesiapa yang akan melakukankannya bacalah
الرحمن الرحيم
Ar-Rahman Ar-Rahim" kali kedua dalam Al-Hamd (Surah Fatehah)

Oleh itu, apabila Dia sampai
ولا الضالين
Wa la al-dhaalin} Nabi (S) bersabda:
الحمد لله رب العالمين شكراً
Segala puji bagi Allah Tuhan Dunia, Terima kasih"

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: engkau telah memotong mengingatKu, jadi Mulakan dengan menyebut NamaKu. Jadi sebab itu Dia jadikan
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani" pada awal Surah-surah

Kemudian Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadanya: Bacalah wahai Muhammad dinisbahkan kepada Tuhanmu Tabaraka Wa Ta’ala,

﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾.


{Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Esa* Allah tempat bergantung.* Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,* dan tidak ada suatupun setaraNya"}

Kemudian dipegangnya (ambil) Wahyu itu.

Maka Rasulullah (S) bersabda,:
الواحد الأحد الصمد
Al-Wahid, Al-Ahad, Al-Shamad
Yang Satu, Yang Esa, Tempat Bergantung..

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya:
لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفواً أحد
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,* dan tidak ada suatupun setaraNya.

Kemudian dipegangnya Wahyu itu.

Jadi Rasulullah (S) bersabda:
كذلك الله كذلك [الله] ربنا
Itulah Allah! Itulah [Allah] Tuhan kami !

Maka setelah mengatakannya Allah mewahyukan kepadanya: Rukuklah kepada Tuhanmu, Ya Muhammad! Jadi baginda Rukuk.

Maka Allah mewahyukan kepadanya ketika baginda Rukuk:sambil membaca
سبحان ربي العظيم
Subhana Rabi al-'Adzim
(Maha Suci Tuhanku, Yang Agung) ", jadi dia melakukan itu tiga kali.

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Angkatkan kepalamu Ya Muhammad! Maka Rasulullah (S) melakukannya, lalu baginda bangkit dan berdiri lurus. Kemudian Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadanya: Sujudlah kamu kepada Tuhanmu Ya Muhammad!

Maka Rasulullah (S) turun sujud, maka Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadanya: bacalah:
سبحان ربي الأعلى
Subhan Rabbi Al-A'la
(Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi) ", jadi baginda mwmbacanya tiga kali.

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: duduklah Ya Muhammad! Jadi baginda lakukan.

Maka setelah dia mengangkat kepalanya dari sujudnya dan terus duduk, baginda melihat Keagungan (Allah) yang ditajallikan (diperlihatkan) kepadanya, lalu baginda terus sujud sekali lagi atas dirinya sendiri dan bukan kerana diperintahkan berbuat demikian.Maka dia juga bertasbih tiga kali.

Maka Allah mewahyukan kepadanya: Berdirilah.Jadi baginda lakukan. Maka setelah baginda [sebelum ini] tidak pernah melihat kebesaranNya menyebabkan solat telah jadi satu rukuk dan dua sujud.

Kemudian Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadanya: Bacalah Al-Hamd ini (Surat Al-Fatihah).

Jadi baginda membacanya seperti membaca kali pertama.

Kemudian Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadanya: Bacalah,
إنا أنزلناه
(Surah Al-Qadr 97), kerana ia dinisbahkan kepadamu dan Ahlul Bait-mu sehingga Hari Kiamat.

Dan baginda telah rukuk seperti yang telah dilakukan pada kali yang pertama.

Kemudian baginda sujud sekali.

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Angkatkan kepalamu Ya Muhammad, sahkan (tsabit-kan) Tuhanmu.

Maka setelah baginda kira-kira akan berdiri Allah mewahyukan kepadanya: Ya Muhammad duduklah! Lalu baginda duduk.

Maka Allah mewahyukan kepadanya: Apabila aku berikan nikmat kepadamu maka mulakan dengan menyebut NamaKu.

Maka baginda telah diilhamkan untuk menyebut:

بسم الله وبالله ولا إله إلا الله والأسماء الحسنى كلها لله
(Bismillah, wa-Billah, wa la ilaha ella Allah, wal Asmaa 'Al-Husna kulaha lillah
Dengan nama Allah, dan dengan Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah Dan Asmau al-Husna, kesemuanya bagi Allah.

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Ya Muhammad, berselawatlah kepada dirimu sendiri dan Ahlul Bayt-mu. Oleh itu baginda bersabda:

صلى الله علي وعلى أهل بيتي
Semoga Allah berselawat ke atasku dan keluarga aku.

Dan baginda telah lakukan.

Kemudian baginda berpaling, dan baginda dapati barisan para malaikat dan rasul-rasul dan para nabi. Maka katakanlah Ya Muhammad, Salam kepada mereka.

Lalu baginda berkata:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamu alaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
(Salam ke atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya ).

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Sesungguhnya Salam, Kehormatan (Tahiyah), Rahmat dan Keberkatan untuk engkau dan keturunan engkau.

Kemudian Allah mewahyukan kepadanya untuk tidak berpaling ke kiri, dan ayat pertama yang didengarnya selepas

قل هو الله أحد وإنا أنزلناه
Qul Huwa Allahu Ahad} dan Inna anzalnahu,
adalah rangkap ayat

آية أصحاب اليمين و أصحاب الشمال
Ashhab ul-Yamin wa Ashabu sy-Syimal
 Golongan Kanan dan Golongan -Kiri.

Maka sesiapa yang akan melakukankannya Salam adalah sekali, berpaling dari arah kiblat.

Maka sesiapa yang akan melakukankannya, (selepas salam) takbir dalam sujud syukur.

Dan pada sebutan:
سمع الله لمن حمده
Sami’a Allahu li man Hamidah
"Allah telah mendengar orang yang memujinya adalah disebabkan oleh Nabi (S) mendengar bunyi bising dari malaikat yang bertasbih, bertahmid dan bertahlil.

Maka sesiapa yang akan melakukankannya (bangkit dari rukuk), hendaklah dia membaca:
سمع الله لمن حمده
Sami’a Allahu li man Hamidah

dan sesiapa yang akan melakukankannya pada dua Rakaat pertama ini maka orang tersebut perlu mengulanginya, kerana. ini adalah solat pertama yang difardhukan dalam solat Zawal iaitu Solat Dzuhur) [1]



(.......Maka setelah dia mengangkat kepalanya dari sujudnya dan terus duduk, baginda melihat Keagungan (Allah) yang ditajallikan (diperlihatkan) kepadanya, lalu baginda terus sujud sekali lagi atas dirinya sendiri dan bukan kerana diperintahkan berbuat demikian........)

Kata-kata ini menjelaskan dengan kejelasan penuh bahawa Sujud Hakiki bagi Makrifat (Sujud sebenar yang mengiringi makrifah).

(...Kemudian malaikat berkumpul dan berkata: Bagaimana saudaramu ketika kamu tinggalkan dia? Jadi aku berkata kepada mereka: "Adakah kamu semua kenal dia?" Mereka menjawab: Kami mengenalnya dan Syiahnya dan mereka adalah cahaya yang mengelilingi Arasy Allah. Dan sesungguhnya di Al-Bait Al-Ma'mur terdapat kertas kulit putih daripada cahaya [dalamnya ada sebuah kitab dari Cahaya] dan di dalamnya adalah nama Muhammad dan Ali, Al-Hassan dan Al-Hussein, Al-A’immah dan Syiah mereka sehingga hari kiamat. Tidak seorang pun ditambah di dalamnya, dan tidak seorang pun kurang daripada mereka. Dan sesungguhnya ia adalah perjanjian kami, dan sesungguhnya ia dibacakan kepada kami setiap hari Jumaat......)

Dan Syiah Ali [yang disebutkan] di sini, bukanlah seorang lelaki yang ditinggikan (martabatnya) pada mereka dan bukan pula seorang lelaki dikurangkan dari mereka. Mereka adalah Imam-Imam dan Mahdi-Mahdi, para Hujjaj Allah dari anak-anak Ali (as), kerana mereka adalah cahaya yang mengelilingi Arasy, dan nama-nama mereka ditulis dalam kertas kulit dari cahaya dan dimasukkan ke dalam Al-Bait Al-Ma'mur yang merupakan kiblat para Malaikat, dan yang disebut dalam riwayat yang Ka'bah adalah imej bagi manusia di bumi. Dan hakikat bahawa nama-nama ini, bermakna nama-nama para Imam dan Mahdi-mahdi, ia adalah janji setia (Mitsaq) dari malaikat dan [hakikat bahawa] ia dibacakan kepada mereka pada setiap hari Jumaat, menjelaskan dengan kejelasan penuh bahawa nama-nama ini adalah berkaitan dengan sujud mereka dan permohonan ampun mereka kerana mereka membantah sewaktu mereka diperintahkan sujud [kepada Adam].

Bahkan, mengikut kepada hubungan antara Al-Bait Al-Ma'mur dan Ka'bah (kiblat para Malaikat), dan mengikut riwayat (di atas) yang mulia ini, kita ketahui bahawa sujud ke arah Ka'bah ini adalah kerana kehadiran cahaya nama-nama padanya, dan apa yang menandakan (isyarat) kelahiran Ali ibn Abi Talib (as) dalam Ka'bah, dan diletakkan Batu di penjuru Ka’bah yang menempatkan Perjanjian dan  Persetiaan (Mitsaq).

(....Kemudian Allah Azza Wa Jalla mewahyukan kepadaku: Ya Muhammad, hadaplah Hajar Aswad (Batu Hitam), dan bertakbirlah kepadaKu jumlah yang sama dengan bilangan hijabKu. Maka sesiapa yang akan melakukankannya bertakbirlah tujuh kali.....)

Tujuh Takbiraat (7 kali takbir) dalam solat dikenali kepada orang yang beriman, dan ia adalah Takbiratu ul-Ihram dan enam Takbiraat Taftatih (Takbir Mula dan 6 Takbir pembukaan) pada solat..

Adapun Hajar Aswad (Batu Hitam), yang dikhusus pada Ka'bah, adalah apa yang telah diperintahkan Allah kepada Muhammad (S) untuk menghadap, kerana Batu menunjukkan arah Mahdi, dan Mahdi (as), atau Yusuf (as) dari Keluarga Muhammad adalah kiblat Muhammad (S) dan Keluarga Muhammad (as), kerana mereka semua telah diberikan khabar gembira mengenai beliau (Mahdi as), dan mengambil bahagian dalam menyediakan (mewujudkan) jalan bagi mendirikan Negara Keadilan Ilahi yang akan ditubuhkan Al-Mahdi as.



---------------------------
 [1] Al-Kafi-Al-Syeikh Al-Kuleini: bahagian 3, halaman 482-486


✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas


Tiada ulasan: