Mengenai: Zakat Hasil Tanaman
Mengenai jenis tanaman, syarat-syarat, dan
keterangan tambahan
Yang pertama: Tidak
diwajibkan zakat pada apa yang tumbuh dari tanah, kecuali pada empat tanam-tanaman:
Gandum, barli, kurma, kismis (anggur), dan bijirin lain yang masuk pada takaran
(sukatan) dan timbangan, seperti jagung, beras, kacang merah, kekacang lentil
(masy) - bijirin dan berbagai jenis kekacang.
Berkenaan dengan syarat-syarat, nisabnya
adalah 850 kg. Dan jika kurang tiada zakat dikenakan. Dan tidak ditambah padanya
zakat walaupun sedikit. Had yang berkaitan dengan zakat dari jenis-jenis apabila
matang (panen – musim tuaian). Dan masa mengeluarkan hasil apabila dikumpulkan,
dan pada kurma selepas panen - dituai, dan pada kismis (anggur) selepas dipetik.
Tidak diwajibkan zakat ke atas tanam-tanaman
melainkan ia adalah hasil pertanian, bukan kerana sebab yang lain, seperti pembelian,
pemberian (warisan) dan untuk menghasilkan wang. Bagi selepas pembersihan (dibayar
zakat) hasil pertanian. zakat tidak diwajibkan selepas itu walaupun pada haul (tahun)
selepasnya. Dan tidak diwajibkan zakat sehingga semua perbekalan (hasil) telah
dikeluarkan (dikumpulkan).
Keterangan Tambahan,
Pertama: semua aliran
pengairan buatan atau penyiraman (dengan menjirusnya) atau disegarkan (dengan hujan
semulajadi) adalah berdasarkan kepada taksiran sepersepuluh, dan jika diairi
dengan (peralatan) mesin penyiram adalah satu per dua puluh (5%). Sekiranya
kedua-dua perkara itu dipenuhi, keputusannya adalah mengikut mana yang lebih,
tetapi jika sama akan diambil dari satu per dua puluh (5%), dan separuh
daripada satu per dua puluh.
Kedua: Jika kebun
kurma atau Bijirin di negara yang berbeza yang saling berjauhan yang dapat
mencapai sebahagian sebelumnya, kita masukkan kepada satu dan hukumnya adalah
hukum musim tuaian buah di satu tempat, dan apa yang telah mencapai (cukup) nisab diambil darinya,
dan kemudian diambil dari baki sedikit atau banyak. Sekiranya hasil itu belum
mencapai nisab kita tunggu untuk kewajiban zakat dengan ditambahkan sehingga
cukup nisab, Sama ada kedua-duanya didatangkan serentak, atau mencapai serentak,
atau kedua-duanya dengan cara yang berbeza.
Ketiga: Apabila
kurma berbuah semusim, dan yang lain berbuah dua musim, gabungkan yang kedua kepada
yang pertama.
Keempat: Tidak
dibenarkan mengambil kurma basah (Rathab) dari buah kurma, atau anggur dari
kismis.
Kelima: Apabila
pemilik mati dan dia mempunyai hutang, dan kelihatan buah-buahannya mencapai nisab,
maka tidak wajib bagi ahli warisnya untuk membayar zakat, sekiranya melunasi hutang
lebih utama dari nisabnya tidak wajib zakat tersebut kerana ia adalah hukum harta
atas si mati, sekiranya menjadi pemilik kurma semasa hidup dan kemudian
meninggal dunia ia diwajibkan zakat walaupun hutangnya menghabiskan harta
pusakanya, walaupun harta tinggalannya mengecil oleh hutang itu dengan mendahulukann zakat.
Keenam: Jika memiliki
kebun kurma sebelum musim tuaian buah-buahan, diwajibkan zakat ke atasnya, begitu
juga, jika membeli buah-buahan sebelum ia matang, maka jika memiliki
buah-buahan kemudian daripada itu maka zakat s pemilik harta.
Ketujuh: Hukum bagi
apa yang keluar dari hasil bumi yang mustahab dikeluarkan zakat adalah hukum daripada
keempat-empat jenis dan bijirin mengikut kadar nisab, dan cara mengeluarkan darinya, dan mempertimbangkan
pengairannya.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan