﴿وَقَالَ الَّذِي
اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لاِمْرَأَتِهِ أَكْرِمِي
مَثْوَاهُ عَسَى أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ
وَلَداً وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِن
تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ﴾
{Dan orang Mesir yang membelinya berkata
kepada isterinya: "Berikanlah kepadanya tempat
(dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau
kita ambil dia sebagai anak". Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan
yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya
ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan
manusia tiada mengetahuinya.} [5]
Dan
Uluhiyah - Ketuhanan, yang juga melengkapkan sesiapa yang datang dan
berlindung kepada yang lain agar dia boleh mengisi kekurangan dan memenuhi
keperluan mereka yang ada di halamannya. Sementara nama Allah - الله- berasal
[6] daripada ilah (إله) (datang berlindung),
(عَنْ هِشَامِ بْنِ
الْحَكَمِ أَنَّهُ سَأَلَ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ (ع) عَنْ أَسْمَاءِ اللَّهِ
وَاشْتِقَاقِهَا اللَّهُ مِمَّا هُوَ مُشْتَقٌّ، فَقَالَ (ع): يَا هِشَامُ،
اللَّهُ مُشْتَقٌّ مِنْ إِلَهٍ وَإِلَهٌ يَقْتَضِي مَأْلُوهاً وَالِاسْمُ غَيْرُ
الْمُسَمَّى، فَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ دُونَ
الْمَعْنَى فَقَدْ كَفَرَ وَلَمْ يَعْبُدْ
شَيْئاً، وَمَنْ عَبَدَ الِاسْمَ وَالْمَعْنَى
فَقَدْ أَشْرَكَ وَعَبَدَ اثْنَيْنِ، وَمَنْ
عَبَدَ الْمَعْنَى دُونَ الِاسْمِ فَذَاكَ التَّوْحِيدُ،
أَفَهِمْتَ يَا هِشَامُ ؟ قَالَ: قُلْتُ: زِدْنِي، قَالَ: لِلَّهِ تِسْعَةٌ
وَتِسْعُونَ اسْماً فَلَوْ كَانَ الِاسْمُ هُوَ الْمُسَمَّى لَكَانَ كُلُّ اسْمٍ
مِنْهَا إِلَهاً وَلَكِنَّ اللَّهَ مَعْنًى يُدَلُّ عَلَيْهِ بِهَذِهِ
الْأَسْمَاءِ وَكُلُّهَا غَيْرُهُ، يَا هِشَامُ الْخُبْزُ اسْمٌ لِلْمَأْكُولِ
وَالْمَاءُ اسْمٌ لِلْمَشْرُوبِ وَالثَّوْبُ اسْمٌ لِلْمَلْبُوسِ وَالنَّارُ
اسْمٌ لِلْمُحْرِقِ، أَ فَهِمْتَ يَا هِشَامُ فَهْماً تَدْفَعُ بِهِ وَتُنَاضِلُ
بِهِ أَعْدَاءَنَا الْمُتَّخِذِينَ مَعَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ غَيْرَهُ،
قُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ: نَفَعَكَ اللَّهُ بِهِ وَثَبَّتَكَ يَا هِشَامُ،
قَالَ: فَوَ اللَّهِ مَا قَهَرَنِي أَحَدٌ فِي التَّوْحِيدِ حَتَّى قُمْتُ
مَقَامِي هَذَا)
(Dari Hisham bin Al-Hakam, bahawa dia bertanya kepada
Aba Abdillah (as) tentang nama-nama Allah dan nama "Allah" itu apa
asalnya, dari mana terbitnya, dia (as) berkata: Ya Hisham,
"Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan
kepada yang datang berlindung padanya, dan nama yang bukan dinamakan. Oleh
itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan
tidak menyembah sesuatu, dan sesiapa yang menyembah nama dan makna,
sesungguhnya dia telah syirik dan telah menyembah kedua-duanya. dan sesiapa yang menyembah
makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid. . Adakah kamu
faham? Ya Hisham. Katanya. Aku berkata: Tambahlah untukku, kemudian Beliau
(as) berkata: Bagi Allah 99 nama, oleh itu, jika nama-nama adalah nama-nama
yang dinamakan, maka setiap nama akan menjadi Tuhan. Tetapi "Allah"
adalah makna yang nama-nama ini tunjukkan, dengan semua nama-nama ini
berbeza-beza. Ya Hisham, roti adalah nama untuk apa yang dimakan, dan air
adalah nama untuk apa yang diminum, dan pakaian adalah nama untuk apa yang
dipakai, dan api adalah nama untuk apa yang membakar. Adakah kamu faham wahai
Hisham? Kefahaman yang dengannya kamu boleh mempertahankan diri dan melawan
musuh-musuh kita, yang mengambil selain Allah, Azza wa Jalla sebagai Tuhan.
Aku menjawab: Ya. Kemudian Beliau (as) berkata : Semoga Allah memberi manfaat
kepada kamu dengannya dan meneguhkan kamu, Ya Hisham. Beliau (as) berkata:
Demi Allah, tidak ada yang mengalahkan aku dalam Tauhid dengan peganganku pada
makam ini) [7]
(Sesiapa
yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan tidak
menyembah sesuatui): maknanya,
sesiapa yang menyembah nama iaitu nama "Allah" - dan tidak
menjadikannya hanya penunjuk atas makna yang haqiqi, dan sahih iaitu
Ketuhanan Mutlak Yang Kaya pada DiriNya, adalah kafir, kerana pada hakikatnya
dia menyembah nama, atau lafadz dan satu perkataan yang berasal dari ilah
yang diperlukan datang berlindung padanya. Maksudnya, bahawa dia menyembah
nama yang boleh digunakan untuk yang lain dari Dia Yang Maha Suci; kerana
pada Penciptaan-Nya Yang Maha Suci terdapat dari penciptaanNya yang boleh
didatangi dan berlindung pada mereka untuk mengisi kekurangan, dan dengan
itu, ia menjadi yang mengesahkan untuk nama umum yang tiada sekatan .
Dan begitulah dijelaskan dalam masalah
Al-Rububiyah, yang menjelaskan sepenuhnya, sesiapa yang menyembah nama Rab (Pengurus)
juga adalah Kafir; kerana terdapat kalangan ciptaanNya yang melimpahkan ke atas
yang lain yang mengurus mereka, samada di dunia fizikal (jasmani) ini atau di
alam-alam lain. Dan tidak jauh dari apa yang telah dibentangkan sebelum ini, bahawa
Raja dan Pembesar Mesir, malahan bapanya, dipanggil Rabb-rabb (Tuan-tuan), dan
tidak ada masalah dalam memanggil mereka Rabb, sebagaimana yang telah
dijelaskan dalam Al-Quran, kerana urusan itu seperti yang dikatakan oleh Imam
Al-Shadiq (as) dalam permata berharga yang telah dibentangkan: (dan ilah
diperlukan kepada yang datang berlindung padanya, dan nama yang bukan
dinamakan. Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya
dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatu)
Adapun (dan sesiapa yang menyembah nama
dan makna, sesungguhnya dia telah syirik dan telah menyembah kedua-duanya.)
Iaitu sesiapa yang menganggap nama menunjukkan Makna dan Hakikat pada nama ini
hanya nama pada asal dan ia adalah umum dan tidak lebih dari petunjuk pada
makna, yang membawa kepada hakikat yang perlu dicapai, supaya manusia boleh mencapai
hakikat dalam ibadah. Dan kerana dia menganggap manusia telah diserahkan
padanya boleh menerima ibadah dan makrifah yang haqiqi,
(Dan sesiapa yang menyembah makna tanpa
nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid.) Kerana makna itu, atau
Ketuhanan mutlak, atau Allah SWT adalah asas yang membawa kepada hakikat
makrifat (Huwa - Dia), kerana Nama ini hanyalah penunjuk arah maknanya yang
membawa kepada hakikat,. Oleh itu, tidaklah salah menghadap ke arah Nama dalam
apa jua keadaaan, bahkan sesiapa yang mahukan Tauhid, dia harus meninggalkan
dari menghadap Nama sepenuhnya, dan harus menghadap kepada makna yang membawa
kepada Hakikat: (Dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka
sesungguhnya inilah Tauhid)
Dan semua yang disebabkan oleh Nama, seperti
yang telah dijelaskan terhadap makna umum, dan sesiapa yang mencari kepada yang
lain supaya dia boleh mengatasi kekurangannya, dengan itu, menghadap kepada selain
dia adalah kufur dan syirik; kerana ia menunjukkan ke arah banyak kezahiran
pada makna ini dan dengan martabat yang berbeza, Bagi Ketuhanan mutlak datang
berlindung kepada selainnya dan kepada sebahagian daripada ciptaan-Nya juga datang
berlindung kepada selain mereka. Atau dalam erti kata lain, bahawa datang
berlindung kepada selain mereka daripada ciptaan-Nya Yang Maha Suci mereka juga
Tuhan, tetapi bukan Ketuhanan mutlak, bahkan mereka serba kurang dan berhajat
kepada selain diri mereka sendiri.
Oleh itu, dengan menghadap pada nama dalam
beribadah - dengan apa jua cara - adalah syirik dan kufur. Oleh itu, ia
mestilah menentukan makna yang bertujuan untuk menghadap ke arah petunjuk Nama,
dan kemudian menghadap ke arah makna bukannya Nama (tanpa Nama), (Dan
sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid).
Dan pada hakikatnya permata berharga ini
menunjukkan kepada suatu perkara yang akan menjelaskan, bahawa Dialah Yang Maha
Suci, yang telah muncul dan tajalli kepada kita dengan Al-Lahut (Ketuhanan);
kerana ia adalah apa yang sesuai dengan keadaan kita agar kita mengenal
HakikatNya, kita perhitungkan perbezaan jati diri (kepribadian) kita atau
hakikat diri kita adalah serba kurang, dan menganggap Al-Lahut (Ketuhanan) Yang
Kaya Mutlak, adalah lebih wajar kepada kita supaya kita boleh mengenal hakikat
ketika kita menghadapkan diri kita kepada-Nya, supaya Dia melimpahkan Kekayaan dan
KesempurnaanNya ke atas kekurangan kita. (Beliau (as) berkata: Ya
Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah
diperlukan kepada yang datang berlindung kepadaNya,)
Oleh itu, Al-Uluhiyah - Ketuhanan dalam
pengertian umum - iaitu hakikatnya bermakna Yang Sempurna yang datang
berlindung kepadaNya selain dirinya untuk menyempurnakannya dan mengatasi kelemahannya
– melengkapan yang khusus (istimewa) dari ciptaan-Nya SWT, untuk mereka mencapai
kesempurnaan dalam darjat tertinggi yang mungkin bagi penciptaan (makhluk), dan
urusan penciptaan diwakilkan kepada mereka ke martabat yang tertentu,
(السلام عليكم يا أهل بيت النبوة وموضع الرسالة ومختلف الملائكة
ومهبط الوحي ..... وبقية الله ..... ونوره ..... وإياب الخلق إليكم وحسابهم عليكم
..... وبكم يمسك السماء أن تقع على الأرض إلا بإذنه)
(Salam atasmu, Wahai
Ahli Bait Nabi - Tempat Risalah, Tempat ziarah malaikat, dan Tempat turunnya
Wahyu..... dan Baqiah (Tinggalan) Allah ..... dan cahayaNya ..... dan
penciptaan akan kembali kepada kamu dan kamu menghakimi mereka ..... dan kamu
yang memegang Langit dari jatuh menimpa bumi melainkan dengan izinNya) [8]
Dan mereka adalah Muhammad dan Aali Muhammad
(as). sebagaimana disebut "Rabb kepada Rabb-rabb – Rabb Al-Arbab
- dan menyebut Tuhan (Ilah) kepada tuhan-tuhan - Ilah al-Aalihah.
Dan menyebut Al-Ilah Al-Akbar (Tuhan Yang Maha Besar). dalam Doa'yang
diriwayatkan daripada mereka (as). Beliau (as) berkata:
(قل وأنت ساجد: يا الله يا رحمن [يا رحيم] يا رب الأرباب وإله
الآلهة .....)
(Katakanlah di dalam sujud:
Ya Allah, Ya Rahman [Ya Rahim], Ya Rabb Al-Arbab (Rabb segala Rabb-rabb) – Ya
Ilah al-Aalihah (Tuhan segala tuhan-tuhan)... ) [9]
Dan Abi Abdillah (as) berkata:
(..... قل يا رب الأرباب، ويا ملك الملوك، وياسيد السادات، ويا
جبار الجبابرة، ويا إله الآلهـة، صل على محمد وآل محمد وافعـل بي كذا وكذا .....)
(... Katakanlah:
Wahai Rabb segala Rabb-rabb, Wahai Raja segala raja, Wahai Ketua segala Ketua-ketua,
wahai Yang Maha Perkasa dari segala ysng Perkasa, Ya Tuhan kepada
tuhan-tuhan, selawat atas Muhammad dan Keluarga Muhammad... dan itu.... dan ini
.....) [10]
Dan dalam Du’a Al-Qudsi:
(... Dengan nama
Allah adalah aku keluar.... aku bertawakkal kepada Al-Ilah al-Akbar (Tuhan Yang
Maha Besar), bertawakkal berserah kepada-Nya ...) [11]
Dan dalam Hadits Al-Qudsi:
(.....wahai Muhammad,
Sesiapa berhasrat untuk meninggalkan keluarganya kerana dia mempunyai keperluan
di perjalanan, dan dia suka aku yang melindunginya dan memenuhi keperluannya,
maka hendaklah dia mengatakan ini apabila dia keluar:
بسم الله مخرجي وبإذنه خرجت وقد علم قبل أن أخرج خروجي وقد أحصى
بعلمه … توكلت على الإله الأكبر الله .....)
Dengan nama Allah aku
keluar, dan dengan izin-Nya aku keluar, dan bahawa Dia mengetahui sebelum aku
keluar dengan keluarnya aku, dan yang meliputi dengan ilmuNya.... Aku
bertawakkal kepada Al-Ilah Al-Akbar (Tuhan Yang Maha Besar),.....) [12]
Dan yang pasti bukanlah maksud Al-Aalihah (الآلهة) (yang disebut dalam hadits
ini) tuhan-tuhan batil yang tidak mendapat bahagian Kesempurnaan atau mereka
yang Tuhan-nya adalah dirinya sendiri dari penciptaan dengan kebatilan. Tetapi dimaksudkan
di sini mereka yang bersifat dengan sifat Al-Lahut (Ketuhanan), iaitu mereka
mencapai darjat kesempurnaan yang tinggi, dengan itu, maka datang berlindunglah
kepada mereka penciptaan lain untuk memenuhi keperluan mereka, kerana mereka
adalah imej (shurah) Allah Yang Maha Suci. adalah Tuhan kepada Tuhan-tuhan, dan
Al-Ilah Al-Akbar maknanya: bahawa mereka yang bersifat dengan sifat Al-Lahut
(Ketuhanan), Di mana bahawa mereka telah mencapai darjat Kesempurnaan yang datang
berlindung kepada mereka penciptaan yang lain dalam usaha mencari kesempurnaan,
tetapi Dia Yang Maha Suci tidak sebanding dengan mereka ini kerana Dia Maha
Kaya dan mereka serba kurang (fuqara’) dan yang berhajatkan kepada Dia SWT.
Baginda (S) bersabda:
(لي مع الله وقت لا يسعني فيه ملك مقرب ولا نبي مرسل)
(Aku mempunyai masa bersama
Allah, tidak boleh membantuNya malaikat rapat dan tidak juga nabi yang diutus) [13]
Dan mereka (as) juga berkata:
(لنا مع الله حالات هو فيها نحن ونحن هو ، وهو هو ونحن نحن)
(Kami mempunyai masa
bersama hal-hal Allah, Dia pada hal-hal itu adalah kami dan kami adalah Dia,
dan Dia adalah Dia, dan kami adalah kami) [14]
Dan makna seperti ini terdapat dalam Al-Quran,
dan ia telah disebut dalam tafsiran Al-Qumi sekitar kemunculan Al-Qa'im (as),
dalam mentafsirkan firman SWT:
﴿وَمَنْ يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلهٌ مِنْ دُونِهِ فَذلِكَ
نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ﴾ قال (ع): (من زعم أنه إمام
وليس هو بإمام)
{Dan barangsiapa di
antara mereka, mengatakan: "Sesungguhnya Aku adalah tuhan selain daripada
Allah", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam.} [15]
Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang mendakwa sebagai Imam maka dia bukan Imam.) [16]
Dan dari Muhammad bin Muslim, dia berkata,
سألت أبا جعفر (ع) عما يروون أن الله خلق آدم على صورته، فقال:
(هي: صورة، محدثة، مخلوقة واصطفاها الله واختارها على سائر الصور المختلفة،
فأضافها إلى نفسه كما أضاف الكعبة إلى نفسه والروح إلى نفسه ﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ
مِنْ رُوحِي﴾)
Aku bertanya Abi
Jaa'far (as) mengenai apa yang mereka sampaikan bahawa Allah menciptakan Adam
atas (imej) shurah-Nya. Beliau (as) berkata: (Ia adalah (imej) shurah yang baru
(muhaddath) dan bersifat makhluk (ciptaan) dan Allah telah memilihnya dan
dipilih dari kalangan semua yang lain daripada bentuk rupa yang berbeza. Jadi
Dia menambah pada dirinya (Adam), sama sebagaimana Dia menambah pada diri
Kaabah, dan Roh pada dirinya.
﴿وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي﴾
{dan Kutiupkan padanya dari
Roh-Ku.}) [17]
Dan (imej) shurah Allah di mana Adam
diciptakan adalah Muhammad (S), kerana dia adalah makhluk (ciptaan) pertama dan
tajalli pertama dan penzahiran pertama dalam penciptaan serta khalifah Allah
yang hakiki (sebenar) [18] Dan sesungguhnya makna (bentuk
rupa) shurah Allah, adalah bahawa kezahiran dan tajalli (bayangan) Ketuhanan
(Al-Lahut) dalam Penciptaan, oleh itu Muhammad (S) dialah (bentuk rupa) shurah
Ketuhanan Mutlak (Al-Lahut Al-Mutlak) dalam Penciptaan. Oleh itu, sesiapa yang
inginkan makrifat Ketuhanan Mutlak, dia hendaklah mengenal melalui/dengan
(bentuk rupa) shurahNya dalam Penciptaan, atau Allah dalam Penciptaan iaitu
Muhammad (S)
Dan Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ لا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ
فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ﴾
{Dan barangsiapa menyembah
tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya
tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya
orang-orang yang kafir itu tiada beruntung.} [19],
Dan Dia Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ
مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ
الْأُمُورُ﴾
{Tiada yang mereka
nanti-nantikan melainkan
datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan
diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.}
[20]
Dan yang datang dalam bayang-bayang awan
adalah Muhammad (S) (Allah dalam Penciptaan) dalam Al-Raj'ah dengan tombak
Cahaya di tangannya, sehingga dia membunuh Iblis (la), kerana Maha Tinggi, dan
Maha Suci Dia dari (sifat-sifat) datang dan pergi, meninggalkan dan bergerak kerana
itu adalah sifat-sifat Penciptaan.
Dari Abdul Karim bin ‘Amru Al-Khats’ami, dia
berkata, Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata:
(Sesungguhnya Iblis
berkata:
[أَنْظِرْنِي
إِلى يَوْمِ يُبْعَثُونَ]
Berilah aku
tempoh sehingga hari dibangkitkan,
maka Allah menolak
permintaannya, dan Dia SWT berfirman:
[ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ إِلى
يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُوم]
|
"Sesungguhnya
kamu termasuk mereka yang diberi tangguh". sampai hari (suatu) waktu yang
telah ditentukan,
Maka, jika hari dan
waktu yang ditetapkan datang, Iblis (la) akan mengumpulkan semua pengikutnya,
sejak dari Allah menciptakan Adam sehingga ke hari masa yang ditetapkan, dan ia
adalah pusingan terakhir, bagi pusingan Amirul Mukminin (as)). Jadi aku
berkata: Padanya ada pusingan? Beliau (as) berkata: Ya, sesungguhnya ia adalah
pusingan demi pusingan, dan tidak ada seorang Imam pun dalam satu-satu abad
melainkan ada pusingannya, yang bersamanya orang-orang baik dan yang jahat pada
zamannya, sehingga Allah menunjukkan orang yang beriman dari yang kafir. Maka
apabila tiba hari masa yang termaklum giliran Amirul Mukminin (as) akan kembali
pada sahabat-sahabatnya dan akan datang Iblis bersama sahabat-sahabatnya (la),
dan batas tempat mereka akan berada di bumi di tanah Furat dan akan dikatakan
kepadanya Roh yang berdekatan dengan Kufah kamu, maka akan berlaku perperangan
besar yang belum pernah berlaku sejak Allah Azza wa Jalla mencipta alam. Maka
seolah-olah aku melihat para sahabat Ali Amirul Mukminin (as) dan mereka (Iblis
(la)) akan kembali berundur ke belakang 100 kaki, dan seolah-olah aku melihat
mereka dan beberapa kaki mereka berada dalam (Sungai) Furat, Ketika itu akan
turun (Al-Jabbar) yang perkasa Azza wa Jalla:
﴿فِي
ظُلَلٍ مِنَ الْغَمامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ﴾
|
{dalam naungan awan dan
malaikat, dan diputuskanlah perkaranya.}
Iaitu Rasulullah (S) yang
di tangannya ada lembing daripada cahaya. Jika Iblis melihatnya, tumit-tumitnya
akan berundur ke belakang, jadi sahabat-sahabatnya akan berkata kepadanya: Di
mana kamu lari padahal kamu menang? Lalu dia berkata: sesungguhnya aku dapat
melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut
kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Maka Nabi (S) akan mengikutinya kemudian
menikam dia dengan satu tikaman di antara dua bahunya, dan ia akan musnah dan
akan musnah semua pengikutnya. Dan pada masa itu Allah Azza wa Jalla akan
disembah dan tidak akan ada sekutu bagiNya sesuatu pun. dan Amirul Mukminin
(as) akan memerintah selama 44,000 tahun, sehingga lelaki itu dari pengikut Ali
(as) akan melahirkan 1000 lelaki dari sulbinya, dan pada masa itu kedua-dua
taman akan ada di Masjid Kufah dan di sekelilingnya, dengan kehendak Allah) [21]
Jadi riwayat ini menjelaskan dalam semua
keterangan bahawa akan turun dan mendarat dan kedatangan Muhammad itu adalah
juga turunnya Allah SWT, Dia akan datang dan turun seperti apa yang dimaksudkan
dari firmanNya SWT: {Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan
datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya.
Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan},[22]
adalah, mereka menunggu hingga Muhammad (S) datang dalam naungan awan kepada
mereka? Adalah ayat untuk Muhammad (S), dan keluarga Muhammad (as), dan dari
mereka adalah Amirul Mukminin Ali (as), dan Al-Qa'im (as).
Dari Abu Wahid bin 'Ali, beliau berkata:
Amirul Mukminin (Ali bin Abi Talib (as)) berkata:
(Akulah yang
mengambil dari Nabi-nabi kepada Washi-washi dan dari Washi-washi kepada
Nabi-nabi, dan Allah tidak diutus seorang nabi kecuali aku menyempurnakan agamanya
dan menyediakan kelengkapannya. dan sesungguhnya Tuhanku telah memilih aku
dengan ilmu dan dengan kemenangan. dan aku telah datang menghadap kepada
Tuhanku 12 perwakilan supaya aku mengenal dirinya, dan Dia memberikan aku kunci
kepada yamh ghaib - Kemudian dia berkata: Wahai Qinbar siapa di atas pintu (di
pintu)? beliau berkata: Ya Mitsam Al-Tammar - Apa akan kamu katakan, aku
cakapkan pada kamu, jika kamu mengambilnya kamu beriman dan jika kamu
tinggalkan kamu kafir? kemudian dia berkata : Aku Al-Faruq yang membezakan
antara kebenaran dan kepalsuan, aku memasukkan orang-orang yang menolongku ke
syurga dan yang memusuhiku ke neraka, dan akulah yang Allah firmankan:
﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ
مِنَ الْغَمامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ
الْأُمُورُ﴾)
{Tiada yang mereka
nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan
diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan} [23]
Dan juga Qa'im keluarga Muhammad akan datang
dalam naungan awan, iaitu azab yang mengiringi Mahdi pertama dan yang meliputi
Bumi dengan awan dan kepulan asap (Al-Dukhan)
﴿فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاء بِدُخَانٍ مُّبِينٍ *
يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ * رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ
إِنَّا مُؤْمِنُونَ * أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءهُمْ رَسُولٌ مُّبِينٌ
* ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ * إِنَّا كَاشِفُو
الْعَذَابِ قَلِيلاً إِنَّكُمْ عَائِدُونَ * يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ
الْكُبْرَى إِنَّا مُنتَقِمُونَ﴾
{Maka tunggulah hari
ketika langit membawa kabut yang nyata,* yang meliputi manusia. Inilah azab
yang pedih *(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab
itu. Sesungguhnya kami akan beriman".* Bagaimanakah mereka dapat menerima
peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi
penjelasan,* kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia
adalah seorang yang menerima ajaran (dari orang lain) lagi pula seorang yang
gila".* Sesungguhnya (kalau) Kami akan melenyapkan siksaan itu agak
sedikit sesungguhnya kamu akan kembali (ingkar).* (Ingatlah) hari (ketika) Kami
menghentam mereka dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya Kami adalah Pemberi
balasan.} [24]
Dan dari Jabir berkata,
Abu Ja'afar (as)
berkata dalam firmanNya, Yang Maha Tinggi, {Tiada yang mereka
nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan
diputuskanlah perkaranya.}, beliau berkata : (diturunkan dalam 7
kubah dari cahaya dan tidak tahu dari mana, Apabila ia turun di belakang Kufah
ketika inilah dia turun.) [25]
Dan Abu Ja'afar (as) berkata:
(Sesungguhnya dia
akan turun dalam kubah dari cahaya , apabila dia turun di belakang Kufah untuk
pemisahan (Al-Faruq) ini, maka itulah {dan diputuskanlah perkaranya}
apabila dia turun, itulah yang ditandakan pada belalai (gajah), hari ditandakan
pada orang kafir) [26]
Dan tanda di belalai (gajah) bermaksud apa
yang dilakukan Al-Qa'im dengannya, atau Dabbah Al-Ardh
﴿وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً
مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا
يُوقِنُونَ﴾
{Dan apabila
perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari
bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu
tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.} [27]
Oleh kerana naungan awan atau kepulan asap (Al-Dukhan)
diibaratkan pada Rasulullah, Muhammad (S), dan ibarat dan tanda yang mengiringi
Imam Mahdi pertama dan Qai'm Keluarga Muhammad atau Penyelamat Dunia, bukan
sahaja dia wujud dalam Al-Quran, bahkan ia wujud dalam semua agama-agama yang
mendahuluinya , dan nabi-nabi terdahulu menyampaikan berita gembira mengenai
baginda, dan terdapat banyak bukti-bukti mengenai baginda di dalam Taurat dan
Injil [28]
Dan Allah SWT berfirman:
﴿هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ
مِن دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنتُمْ أَن يَخْرُجُوا وَظَنُّوا
أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمْ حُصُونُهُم مِّنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ
حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِـهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ
بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِـينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي
الْأَبْصَارِ﴾
{Dialah yang mengeluarkan
orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat
pengusiran yang pertama. Kamu tidak yakin dengannya, bahawa mereka akan keluar
dan mereka menyangka bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka
dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang
tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka;
mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan
orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai
orang-orang yang mempunyai pengelihatan.} [29]
Pada ayat yang mengatakan: {mereka
menyangka bahawa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari
(siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang
tidak mereka sangka-sangka }, dan secara luaran, mereka berfikir
bahawa benteng-benteng mereka akan melindungi mereka dari Muhammad (S), kerana
pada zahirnya mereka beriman kepada Allah, kerana mereka ahli Kitab Samawi dan
pengikut nabi dari nabi-nabi Allah dan dia adalah Musa (as). Dan orang yang
mengalahkan mereka dan memecahkan benteng-benteng mereka dan datang kepada
mereka dari arah yang mereka tidak sangka adalah Muhammad (S), tetapi
sebaliknya, jelas kelihatan, mereka adalah orang yang ketakutan di dalam hati
mereka apabila pintu benteng-benteng mereka dirobek dan membunuh pahlawan
mereka, bahkan sesungguhnya, yang menyempurnakan dan mengarahkannya adalah
Amirul Mukminin Ali (as) seperti yang diketahui oleh semua orang, dan ia tidak
tersembunyi pada orang orang Islam yang Ali (as) adalah orang yang mengangkat
pintu Khaibar dan membunuh Marhab pahlawan orang Yahudi.
Dan Dia, Allah SWT berfirman:
﴿لَّقَدْ سَمِعَ اللّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ
فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاء سَنَكْتُبُ مَا قَالُواْ وَقَتْلَهُمُ الأَنبِيَاءَ
بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُواْ عَذَابَ الْحَرِيقِ﴾
{Sesungguhnya Allah
telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah
miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan
mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan
(kepada mereka): "Rasakanlah olehmu azab yang membakar."} [30]
Orang-orang yang ditujukan dalam ayat ini
adalah ahli Kitab, dan mereka mendakwa bahawa mereka beriman kepada Allah, maka
bagaimana seseorang boleh membayangkan bahawa mereka berkata dengan lidah
mereka sendiri yang Allah miskin sedangkan mereka beriman kepada-Nya?
Demi Allah, sesungguhnya mereka tidak
mengatakan bahawa Allah miskin, sebaliknya, mereka berkata bahawa
nabi-nabi dan Rasul adalah orang-orang miskin dan mereka akan menghina
mereka kerananya. Jadi ulamak yang tidak beramal dan para peniru mereka telah
berkata dengan lidah mereka sendiri dan oleh tindakan mereka sendiri pada
setiap zaman bahawa jika para nabi dan aushiak bersama dengan Allah, tentulah
Allah akan menjadikan mereka kaya, dan mereka tidak akan perlukan penyokong
atau harta-benda atau senjata untuk mempertahankan aqidah mereka. Dan mereka
menganggap banyaknya harta dan penyokong pada Ulamak tidak beramal adalah
menjadi bukti dan mengesahkan bahawa mereka berada di atas kebenaran itu.
Maka Allah (SWT) Mengimbas kembali peristiwa
ini mengenai apa yang mereka katakan: .
{Sesungguhnya Allah telah mendengar
perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami
kaya".} Jadi, Allah menjadikan kata-kata mereka (bahawa
nabi-nabiNya adalah orang-orang miskin), kepada kata-kata "Allah
miskin"
Dan pada zaman Al-Rasul Muhammad (S) mereka
berkata bahawa Muhammad (S) adalah miskin
﴿وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي
فِي الْأَسْوَاقِ لَوْلَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيراً *
أَوْ يُلْقَى إِلَيْهِ كَنزٌ أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا .....﴾
{Dan mereka berkata:
"Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa
tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan
peringatan bersama-sama dengan dia?,* atau (mengapa tidak) diturunkan kepadanya
perbendaharaan, atau (mengapa tidak) ada kebun baginya, yang dia dapat makan
dari (hasil)nya?" .... } [31]
Sementara Allah telah menyampaikan kenyataan
mereka bahawa mereka tidak mengatakan Allah miskin, bermakna mereka mengatakan
bahawa Muhammad (S)-lah yang miskin, adalah sama seperti mengatakan bahawa
Allah miskin; kerana Nabi Muhammad adalah Wajah Allah SWT dan dia adalah Allah
dalam Penciptaan.
Dari Al-Baqir (as) pada menyentuh Firman-Nya,
Yang Maha Tinggi, kata-kata : {Sesungguhnya Allah telah mendengar
perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami
kaya".}, Beliau (as) berkata: (Mereka mendakwa bahawa Imam
memerlukan dari mereka pada apa yang mereka bawa (punyai) [32]
Dan dari Imam Al-Shadiq (as) Mengenai firman
Allah SWT, pada kata-kata: {Sesungguhnya Allah telah mendengar
perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesunguhnya Allah miskin dan kami
kaya".}, beliau (as) berkata: (Demi Allah, mereka tidak
pernah melihat Allah Taala, untuk mengatakan bahawa Dia adalah miskin,
tetapi sesungguhnya mereka telah melihat Auliak Allah [yang] miskin) [33]
Dia, Allah SWT berfirman:
﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا﴾
{Dan (ingatlah) ketika Kami
berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka
sujudlah mereka.} [34]
Dan sujud seperti ini adalah untuk Adam (as),
ia juga adalah untuk Muhammad, Ali dan Fatimah Al-Zahraa' dan para Imam (as),
dan mereka yang ditujukan untuk sujud ini kerana mereka ini adalah ibarat
kiblat (arah) Allah SWT, mereka ini mengenal Allah, dan mereka adalah Wajah
Allah dan mereka adalah Nama-namaNya Yang Terbaik, kerana mereka adalah Allah
dalam Penciptaan, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam sebuah hadis
عن أسود بن
سعيد، قال: كنت عند أبي جعفر (ع) فأنشأ يقول ابتداء من غير أن يُسئل: (نحن حجة
الله ونحن باب الله ونحن لسان الله ونحن وجه الله ونحن عين الله في خلقه ونحن ولاة
أمر الله في عباده)
Dari Aswad bin Sa'id,
ketika ia berkata : Aku bersama Abu Ja'afar (as), beliau (as) mula berkata
tanpa sesiapa pun bertanya beliau: (Kami adalah Hujjah Allah, kami adalah Pintu
Allah, kami adalah Lisan Allah, kami adalah Wajah Allah, kami adalah Mata Allah
dalam ciptaan-Nya, dan kami adalah Penguasa perintah Allah pada
hamba-hambaNya.) [35].
Dan dari Al-Harits bin Al-Mughira Al-Nashri,
berkata, Abu Abdullah (as) telah ditanya mengenai Firman Allah Tabaraka wa
Taala:
﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾
{Segala sesuatu akan binasa
kecuali Wajah-Nya} [36]
Jadi dia (as)
berkata: Apa yang mereka katakan mengenainya? Jadi aku berkata: Mereka berkata
segala-galanya binasa kecuali Wajah Allah. Jadi dia (as) berkata: Subhana Allah
(Maha Suci Allah), sesungguhnya, mereka itu mengatakan Kata-kata yang Agung,
sesungguhnya padaku adalah wajah Allah yang aku bawa dariNya) [37]
Dan dari Abi Jaa'far (as) berkata:
(Kami adalah Al-Matsani
(yang dibaca berulang-ulang tujuh Ayat iaitu Surah Al Fatihah), yang Allah
berikan kepada Nabi kita Muhammad (S), dan kami adalah Wajah Allah, dan kami
berulang-alik di Bumi di antara kamu, dan kami adalah mata Allah dalam
PenciptaanNya, dan TanganNya yang dihulurkan rahmat kepada hamba-hambaNya, dan
mengenal kami sesiapa yang mengenal kami, dan jahil akan kami sesiapa yang
jahil akan kami) [38]
Dari Abi Al-Shalt Al-Harwi, dari Imam Al-Redha
(as)
Dia berkata:
Rasulullah (S) bersabda: Sesiapa yang menziarahi aku semasa hidup ku atau
selepas kematianku, maka sesungguhnya dia telah menziarahi Allah Ta’ala, dan
darjat Nabi di syurga adalah darjat yang tertinggi, jadi sesiapa yang
menziarahi baginda pada darjat baginda di Syurga dari rumahnya maka dia telah
menziarahi Allah Tabaraka Wa Ta’ala (TWT). Aku (Abu Shalt) berkata:. Wahai anak
Rasulullah (S), apakah makna khabar (gembira) yang diriwayatkan, iaitu:
"Sesungguhnya ganjaran لا إله
إلا الله adalah melihat Wajah Allah?" Jadi dia (as) berkata: Wahai Aba
Al-Shalt, sesiapa yang menyifatkan Allah Ta’ala dengan wajah seperti wajahnya
maka dia telah kafir. Tetapi wajah Allah Ta’ala adalah Nabi-nabiNya dan
Rasul-rasulNya dan para HujjajNya (shalawatu Allah ‘alahim), mereka adalah
orang-orang yang bertawajjuh (menghadap) kepada Allah Azza wa Jalla dan kepada
agama-Nya dan marifatNya. dan Allah Ta’ala berfirman:
﴿كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو
الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾
{Semua yang ada di bumi itu
akan binasa.* Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai Keagungan dan
Kemuliaan.} [39]
dan Dia, Azza wa
Jalla berfirman:
﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾
{Segala sesuatu akan binasa kecuali Wajah-Nya}) [40]
Dan dari Abi Abdillah (as) berkata: Dalam
firman Azza wa Jalla:
﴿وَلِلَّهِ الْأَسْماءُ الْحُسْنى فَادْعُوهُ بِها﴾
{Dan bagi Allah Asmaa-ul
Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya} [41]
Beliau (as) berkata (Kami,
demi Allah, adalah Asmaa-ul Husna (nama-nama Terbaik) tidak akan diterima Allah
amalan hamba-hambaNya melainkan dengan mengenal Kami.) [42]
Dan dari Imam Al-Redha (as) berkata:
(Jika kesusahan
datang menimpa kamu kemudian meminta bantuan kami kerana Allah Azza wa Jalla,
dan ini adalah perkataan Dia Azza wa Jalla : {Dan bagi Allah Asmaa-ul
Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya}) [43]
Dan dari Imam Al-Rrdha (as) berkata:
(Jika kesusahan
datang menimpa kamu kemudian meminta bantuan kami kerana Allah, dan ini adalah
perkataan Allah: {Dan bagi Allah Asmaa-ul Husna, maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya}.) Beliau berkata: Abu Abdillah (as)
berkata: "Kami, demi Allah, adalah Asmaa-ul Husna (nama-nama Terbaik)
tidak akan diterima Allah dari seseorang melainkan dengan mengenal Kami "
beliau berkata: bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya) [44]
Dan itu adalah yang disifatkan dengan sifat Al-Uluhiyah
pada penciptaan, iaitu mereka adalah hamba-hamba Allah SWT dan mereka beramal
dengan perintah-Nya ,
﴿تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي
فَتَنْفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً بِإِذْنِي﴾
{kamu membentuk dari tanah
(suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup
kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (sebenar) dengan seizin-Ku. } [45]
﴿وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً سُبْحَانَهُ بَلْ عِبَادٌ
مُكْرَمُونَ * لا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ﴾
{Dan mereka berkata:
"Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak", Maha Suci
Allah. Sebenarnya, adalah hamba-hamba yang dimuliakan,* mereka itu tidak
mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.}
[46]
Mereka adalah hamba-hamba yang berdarjat
tinggi pada kesempurnaan yang mana mereka bermaqam Khalifah Allah SWT
sebenar-benar KhalifahNya, dengan itu jika mereka diutus dan dijadikan
Khalifah di alam ini, mereka bermaqamkan maqam Allah SWT, dengan daya, kekuatan
dan keizinanNya , kerana mereka mentadbir alam ini dengan kuasa Allah dan
menurut apa yang telah diajarkan Allah kepada mereka, dan mereka tidak
berkemahuan melainkan apa yang dikehendaki Allah, dan hati mereka adalah alat
(pancaran) untuk kehendak Allah SWT.
Oleh itu Kerasulan selepas diutus mereka
(shalawat Allah ‘alaihim) adalah dari mereka. Maka Muhammad (S) adalah penutup
para nabi dan Rasul-rasul dari Allah SWT. Ada pun selepas diutus (Muhammad (S)),
maka penghantaran utusan adalah dari baginda (shalawat Allah ‘alaih) oleh
kerana dia adalah Allah dalam Penciptaan, kerana dia adalah shurah (imej) Allah
yang sempurna dan adalah Asmaa Allah ul Husna (nama-nama Terbaik Allah), baginda
adalah Wajah Allah, dan Kalimah Yang sempurna
(..... وبكلمتك التي خلقت بها السماوات والارض ..... وبشأن الكلمة
التامة ..... وأسألك بكلمتك التي غلبت كل شيء .....)
( ..... dan oleh Kalimah-Mu
yang dengannya Engkau telah mencipta Langit-langit dan Bumi .... dan atas Kalimah
yang Sempurna..... dan aku bermohon dengan Kalimah-Mu yang mengalahkan segala
sesuatu) [47]
Dan baginda (shalawat
Allah ‘alaih) adalah zuhur (kemunculan) Allah di Faran (Mekah): ( .... dan
dengan kedatangan- Engkau di Sa'ir , dan kemunculan Engkau di Faran ..... )) [48]
Oleh itu seperti Isa (as) adalah kedatangan
Allah di Sa'ir, dan kedatangan adalah kedatangan dan kemunculan juz’i (sebahagian),
dengan itu Nabi Isa (as) adalah pelopor atau pembuka jalan kepada Muhammad (S).
Oleh itu, Muhammad (S) mengutus Imam-imam
adalah perkara yang sama seperti Allah, SWT, mengutus Musa (as). Dan itulah
sebabnya Muhammad adalah penutup para nabi dan Rasul, yang bermaksud para nabi
dan Rasul-rasul diutus oleh Allah. Jadi baginda (S) adalah penutup untuk apa
yang telah datang sebelumnya dan baginda juga adalah pembuka kepada yang akan
datang kemudiannya. Dan ini adalah rahsia khataman Nubuwah (penutup Kenabian), rahsia
peneutupannya menjadikan para ulamak Islam bercelaru. dan jika tidak begitu,
tidak akan ada makna untuk penutup Kerasulan dan Kenabian. kerana keperluannya tidak
berubah selepas diutus Al-Rasul Muhammad (S), bahkan, mungkin keperluan untuk sebahagian
perkara selepas mengutus Al-Rasul Muhammad (S) adalah lebih besar, kerana
keadaan akan lebih buruk, dan banyak kerusakan, kezaliman (penindasan),
kegelapan dan kejahilan - dan tidak akan datang (Al-Saah) - iaitu bangkitnya Al-Qa’im
- melainkan atas kejahatan-kejahatan penciptaan (makhluk) Allah. Dan Rasulullah
(S) telah memaklumkan kepada kita bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk
selepas baginda (S). Oleh itu, dua belas Imam (as) bermaqamkan maqam (darjat)
Anbia’ Allah dan RasulNya sebelum ini, tetapi perbezaannya adalah bahawa mereka
diutus (dilantik) oleh Muhammad (S)
﴿وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ
بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ﴾
{Tiap-tiap umat mempunyai
rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara
mereka dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya.} [49]
Jabir meriwayatkan dari Abi Jaa'far (as):
Jabir berkata: Aku
bertanya kepada beliau (as) mengenai ayat ini: {Tiap-tiap umat mempunyai
rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara
mereka dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya } Beliau
(as) berkata: (tafsiran dalaman (batin) adalah bahawa setiap kurun umat ini
akan ada seorang Utusan dari keluarga Muhammad yang akan keluar kepada mereka
dalam abad (kurun) mereka dan ia adalah Rasul kepada mereka dan mereka adalah
Auliak dan Al-Rasul . . Adapun firman Allah, {maka apabila telah datang
rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil.} Beliau
berkata: maksudnya bahawa Al-Rasul akan menghakimi (memberikan keputusan)
dengan adil dan mereka tidak akan dianiaya sebagaimana dikatakan oleh Allah) [50]
Oleh itu Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam
(as) juga memegang maqam Allah dalam penciptaan, mereka adalah Rasul dan
Mursalin. Muhammad (S) adalah Rasul (utusan) Allah SWT, dan Muhammad (S) juga
mengutus para Imam sebagai Rasul-rasul, dan Imam Al-Mahdi (as) adalah seorang
Rasul dari Muhammad (S) Allah dalam penciptaan atau Wajah Allah. Dan Imam
Al-Mahdi (as) mengutus dua belas Mahdi-mahdi dari anak-anaknya, oleh itu, dia
(Al-Mahdi (as)) juga dalam maqam Muhamamd (S), atau Allah di dalam
penciptaan, atau Wajah Allah SWT.
Dan tidak dapat dibayangkan bahawa pancaran
(kesucian) Muhammad (S) dan Ahli Baitnya dengan sifat Uluhiyah (Ketuhanan,) ianya
adalah matanya Uluhiyah Allah SWT, bahkan urusan ini tidak mengeluarkan mereka
dari menjadi ciptaan yang fakir (serba kurang) kepada mereka ada sempadan yang
mengikat mereka. Dan Al-Uluhiyah SWT adalah Uluhiyah Mutlak. Maka disifatkan
Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) dengan sifat Uluhiyah, walaupun serba
kurang dan hampir-hampir tidak dibezakan padanya, kerana mereka yang berhajat
dan serba kurang terhadap Allah SWT dan mereka selawat Allah atas mereka semua,
hampir-hampir mereka menjadi kaya tetapi mereka faqir dan miskin di sisi Allah
Subhahu Wa Ta’ala
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ
عَلَى نُورٍ﴾
"Hampir-hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya (berlapis) di atas cahaya."
[51]
---------------------------
[1] Surah
Az-Zumar 39:69
[2]
Mustadrak Safinah Al-Bihar: jilid 4, halaman 47
[3] Surah Yusuf 12:42
[4] Surah
Yusuf 12:23
[5] Surah
Yusuf 12:21
[6] Lihat Lampiran 1 dan anda akan
dapati sebahagian butiran mengenai masalah nama Allah terbitan dan bukan ilmu
(nama) yang jumud, seperti yang didakwa oleh Al-Syed Al-Khoei, (rahimahu Allahmengikuti
sebahagian masyarakat umum (Sunni) dan bertentangan dengan qaul para imam (as).
[7] Al
Kafi, jilid 1, halaman 87, hadits 2
|
[8] Al-Ziyara Al- Jami'a
[9] Al Kafi, jilid, halaman 566 dan Mustadrak
Al-Wasail Al-Mirza Al- Nuri : jilid 2 , halaman 87, hadis 1492
[10] Al Kafi: jilid 2 , halaman 323
[11] Iqbal Al-A’mal - Al-Syed Ibn Thawus
Al-Husni: Jilid 2 , halaman 198.
[12] Al-Jawahir Al-Sunniyyah, Al-Hurr Al-'Amili:
halaman 181
[13] Bihar Al-Anwar: J 18, halaman 36
[14] Al-Kalimat Al-Maknunah
oleh Al-Faidh Al-Kasyani : halaman 114
[15] Surah Al-Anbia’ 21:29
[16] Tafsir
Al-Qumi : jilid 2, halaman 68
|
[17] Al-Kafi: jilid 1, halaman 134. Tauhid Al-Shaduq: halaman 103
[19] Surah Al-Mukminun 23:117
[20] Surah Al-Baqarah
2:210
[21] Mukhtasgar
Basga'ir Al-Darajat: halaman 27
[22]
Surah Al-Baqarah 2:210
|
[23] Tafsir Furat Al-Kufi: halaman 67
[24] Surah Al-Dukhan 44:10-16
[25] Tafsir Al-'Iyashi, jilid 1, hal 103
[26] Tafsir Al-'Iyashi, jilid 1, hal 103
[27] Surah Al-Naml 27:82
[28] (Kamu boleh membaca beberapa teks
mengenai perkara ini dalam Lampiran 4)
[29] Surah Al-Hasyar 59:2
[30] Surah Aali Imran 3:181
[31] Surah Al-Furqan 25:7-8
[32] Al-Manaqib: jilid 4, halaman 48
[33] Tafsir Al-Qumi: jilid 1, hal 127
[34] Surah Al-Baqarah 2:34
[35] Basha'ir Al-Darajat: halaman 81
[36] Surah Al-Qashash 28:88
[37] Al-Kafi: jilid 1, halaman 134, hadith 1,
Bab Al-Nauadar
[38] Al-Kafi
, jilid 1, halaman 143, hadith 3, Bab Al-Nauadar.
|
[39] Surah Aj-Rahman 55:26-27
[40] Uyun
Akhbar Al-Ridha (as), jilid 2 , halaman 106
[41] Surah Al-A’raf 7:180,
[42] Al Kafi: jilid 1, halaman 143, hadith 4, Bab
Al-Nauadar
[43] Mustadrak Al-Wasa'il : Jilid 5, halaman
228, hadith 5758 , Bab Istihbab Al-Tawasul fi Al-Dua bi Muhammad wa Aali
Muhammad
[44] Mustadrak Al-Wasa'il : J 5, halaman 230,
hadith 5760
[45] Surah Al-Maidah 5:110
[46] Surah Al-Anbia’ 21:26-27
[47] Du’a Al-Simat
[47] Du’a Al-Simat
[49] Surah Yunus 10:47
[50] Tafsir Al-'Iyashi, jilid 2, halaman 123.
Hadits 23, dan Al-Majlisi meriwayatkan dalam Al-Bihar
[51] Surah Al-Nur 24: 35
✡✡✡✡✡
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan