Jumaat, 5 Januari 2018

Perbezaan antara Allah SWT, wajah Allah dan Allah dalam Penciptaan



Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
             
Perbezaan antara Allah SWT, dan
wajah Allah atau
Allah dalam Penciptaan


Muhammad (S) adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, bukan sahaja di dunia Jasmani yang rendah ini, bahkan, baginda adalah Rasul Allah SWT, sebelum seluruh penciptaan lain diciptakan. Dan Al-Rasul (Utusan) adalah Wajah Al-Mursal (Yang Mengutus) dan shurah (imej) Yang Mengutus.

Berkata Imam Al Baqir (as): " Kami adalah Tujuh Ayat yang diulang (Al-Matsani) yang Allah berikan kepada Nabi kita Muhammad (S), dan kami adalah Wajah Allah berulang alik di bumi di belakang kamu, dan kami adalah mata Allah pada penciptaan-Nya dan TanganNya yang diulurkan dengan penuh rahmat kepada hamba-hamba-Nya, mengenali kami sesiapa yang mengenali kami, dan jahil pada kami sesiapa yang jahil pada kami...") [1].

Dan dalam (Hadits): "Allah menciptakan Adam dari shurah (imej)-Nya. " [2].

Dan Rasul jika memerintahkan sesuatu, ia adalah perintah Al-Mursal (Yang Mengutus), Imam Al Mahdi (as) berkata: "Hati kami adalah bekas-bekas untuk kehendak Allah, maka apabila Allah berkehendak ia akan melalui kami, dan Allah Azza wa Jalla, berfirman:

﴿وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ﴾

{Dan kamu tidak mampu berkehendak kecuali bila dikehendaki Allah."} [3], [4]

- maka pengutusan Al-Rasul adalah satu pengutusan dari Pengutus, dan menghadap Al-Rasul adalah menghadap kepada Yang Mengutusnya. Dan dengan itu adalah jelas bahawa semua Nabi dan Rasul-rasul (as) dari Allah SWT, mereka adalah utusan (Rasul-rasul) dari Muhammad (S) yang (bergelar) Israel atau Abdullah (hamba Allah) atau Wajah Allah atau Allah dalam Penciptaan. Oleh itu, para nabi dan Rasul-rasul (as) adalah Wajah-wajah Allah dalam Penciptaan, iaitu Muhammad (S).

﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾

{Dan tidak layak bagi seorang manusiapun apabila Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir (hijab) atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.} [5]

dan yang mengajar mereka adalah Allah dalam Penciptaan, iaitu Muhammad (S), 

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ﴾

{Dan Dia mengajarkan Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar!".} [6]

- tetapi sesungguhnya mereka tidak menghadap kecuali pada pintu Muhammad (S), dan ia adalah Ali (as).

Dari Abi Ja'far (as), daripada bapa-bapanya (as), dia berkata:

(قال رسول الله (ص): أنا مدينة العلم وهي الجنة، وأنت يا علي بابها، فكيف يهتدي المهتدي إلى الجنة ولا يهتدي إليها إلا من بابها)

"Rasulullah (S) bersabda: 'Aku adalah Kota Ilmu, dan ia adalah syurga, dan kamu wahai Ali adalah pintunya. Oleh itu, bagaimana boleh seseorang mendapat petunjuk ke arah syurga dan tidak mendapat petunjuk ke arahnya melainkan dari pintunya?" [7].

Dan dari Ibn Abbas, dia berkata:

قال رسول الله (ص): (أنا مدينة العلم وعلي بابها، فمن أراد العلم فليأت الباب)

"Rasulullah (S) berkata: 'Aku adalah Kota Ilmu dan Ali adalah pintunya, dengan itu, sesiapa yang inginkan Ilmu hendaklah dia datang ke pintunya.'"[8].

Dan dalam Al Kafi, dari Abi Abdullah Al-Shadiq (as) berkata: "Rasulullah (S) berkata: 'Aku adalah Kota dan Ali adalah pintu, dan berdustalah sesiapa yang mendakwa bahawa dia telah memasuki Kota melalui jalan yang lain dari Pintu, dan berdustalah sesiapa yang mendakwa cintakan aku sedangkan dia membenci Ali (as).'"[9].

Dan daripada baginda (S): "Aku adalah Kota Ilmu (Al-Hikmah) dan Ali adalah pintunya, dengan itu, sesiapa inginkan Al-Hikmah (kebijaksanaan) hendaklah datang dari Pintunya." [10].

Oleh itu, Muhammad dia adalah orang yang mengenal Allah dan mengenal penciptaan dari Allah, dan tidak lengkap makrifah kecuali melalui pintu Muhammad, iaitu Ali, dan Muhammad dia adalah Barzakh (perantara) di antara Yang Sebenar dan penciptaan – (Al-Haq Wa Al-Khalq) [Baginda beralun (mengepak) antara kemanusiaan dan fana’ (lebur) dalam Zat Ilahiyah]. Dan Ali, dia adalah manusia pertama dalam penciptaan, berfirman SWT:
  

﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾

Dan tidak layak bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir (hijab) atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.} [11],

- dengan itu, Al-Basyar (manusia) itu adalah Ali dan Al-Hijab (tabir) adalah Muhammad, dan Al-Basyar, mereka juga adalah Imam-imam dan Hijab-nya adalah Ali dan yang bercakap adalah Muhammad atau Allah dengan Penciptaan. Selain itu, Al-Basyar, mereka juga adalah adalah para nabi dan Rasul-rasul dan Hijab mereka adalah Imam-imam dan yang yang bercakap adalah Ali atau Al-Rahman dalam Penciptaan.

Berkata Ali (as), Imam yang dizalimi sehingga mereka menyeru mengikut wilayahnya: "Akulah orangnya yang membantu dari Nabi-nabi kepada Washiy-washiy. dari Washiy-washiy kepada Nabi-nabi. Dan Allah tidak mengutus seorang Nabi pun kecuali aku yang melengkapkan agamaNya dan menyempurnakan persiapanNya. Dan sesungguhnya Tuhanku telah memilihku dengan Ilmu dan jalan Kemenangan. Dan Tuhanku telah menggenap untuk ku dua belas Perwakilan (ketua). Demikian, Dia telah membuat aku mengenali diriNya, dan Dia memberikan aku kunci-kunci ghaib " [12].

Oleh itu, adalah mungkin untuk dikatakan: bahawa Ali-lah yang berkata-kata dengan Musa (as), malah, bahawa yang berkata-kata dengan Musa (as) itu adalah dari keturunan Muhammad (S) dan dia yang memerintahkan dengan perintah Ali (as). Dan Ali menerima perintah Muhammad (S), dan Muhammad menerima perintah Allah SWT.

Dari Amir Al Mukminin Ali (as): "... Dan panji-panji itu telah diikat untuk ‘Amalik Kurdan (Palestin purba).... dengan demikian, mengharapkan muncul seseorang yang berbicara kepada Musa dari pokok di Gunung Tur, dengan itu, kemunculannya ini akan didedahkan dan melihat dengan mata kepala sendiri gambarannya... "[13]

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ﴾

{Katakanlah: "Akan dimatikan kamu Malaikat maut yang diwakilkan padamu, kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan".} [14]

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ فَأَلْقَوُا السَّلَمَ مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِنْ سُوءٍ بَلَى إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ﴾

[orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak ada mengerjakan sesuatu kejahatanpun". (Malaikat menjawab): "Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan". } [15]

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلائِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ﴾ 

{(iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun 'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". } [16]

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ﴾

Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. [17]

Oleh itu, sama seperti yang mematikan, Dia adalah Allah dalam semua keadaan ini, seperti juga yang bercakap adalah Allah dalam semua keadaan ini, firman Yang Maha Kuasa:

﴿فَلَمَّا جَاءَهَا نُودِيَ أَنْ بُورِكَ مَنْ فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ﴾

{Maka tatkala dia tiba di (tempat) api itu, diserulah dia: "Bahawa telah diberkati orang-orang yang berada di dekat api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam".} [18]

Maka Dia SWT memberitahu yang bercakap dengan manusia hanyalah dibelakang Hijab.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾

Dan tidak layak bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dibelakang tabir (hijab) atau dengan mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana.} [19],

Jadi, kata-kata Allah SWT, yang tidak ditulis secara langsung dan tanpa Hijab, kecuali dalam halaman kewujudan Muhammad (S), dan untuk itu, Ali (as) adalah manusia pertama dan orang yang pertama, dan Muhammad (S) dia adalah Al-Hijab antara Yang Haq dan Penciptaan (Al-Haq dan Al-Khalq) telah fana’ (melebur) ke dalam Al-Quran, maka baginda beralun (mengepak) antara kemanusiaan dan Zat Ilahiyah, dan dengan itu, tidak ada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa, Yang Perkasa). Dan aku tidak mengatakan: “Adapun, tidak ada yang kekal melainkan Allah, Yang Maha Pemurah (Al-Rahman), lagi Maha Penyayang (Al-Rahim)”, kerana sesungguhnya, Muhammad (S) dia adalah Al-Rahmah dalam Penciptaan, dengan itu, apabila dia fana’ (lebur) dalam Zat Ilahiyah tidak akan kekal kecuali kesusahan dan keperkasaan, di mana Allah SWT memandang, ke arah Muhammad (S),
  

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا﴾
{kerana sesungguhnya, kau adalah dalam mata-mata kami. } [Surah At-Tur 52: 48].


__________________________
[1] Al Kafi: Jilid 1, Halaman 143.
[2] Juga ada di dalam Taurat, dan ia adalah Hadith Mutawatir yang telah diriwayatkan oleh kedua-dua Sunni dan Syiah, dan di sini adalah beberapa riwayat dari sumber Sunni dan Syiah
Dari Muhammad bin Muslim, beliau berkata: "Aku bertanya kepada Aba Ja'far (as) mengenai apa yang mereka telah sampaikan, bahawa Allah telah menciptakan Adam dalam (imej) shurah-Nya. Jadi dia (as) berkata: " Ia adalah : shurah (imej), yang baharu, yang dicipta, dan Allah telah memilihnya dan memilih dari (imej) shurah yang lain, yang berbeza, oleh itu, Maka Dia tambah pada dirinya (Adam), sebagaimana Dia menambah pada diri Kaabah dan Roh untuk dirinya (Adam). [وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي] (Dan aku meniup ke dalamnya Roh-Ku) "[Al-Kafi: J 1, hal 134, dan Tauhid Al Shaduq : hal 103]
روى البخاري (6227) ومسلم (2841) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: (خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا فَلَمَّا خَلَقَهُ قَالَ: اذْهَبْ، فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ مِنْ الْمَلائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ، فَقَالَ: السَّلامُ عَلَيْكُمْ، فَقَالُوا: السَّلامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ آدَمَ فَلَمْ يَزَلْ الْخَلْقُ يَنْقُصُ بَعْدُ حَتَّى الآن) وروى مسلم (2612)
Riwayat dari Al Bukhari (Hadis No 6227 ) dan Muslim (Hadis No 2841), dari Abi Hurairah, dari Nabi (S), bahawa dia berkata: "Allah menciptakan Adam dari shurah (imej)-Nya dan tingginya adalah enam puluh hasta. Setelah Dia menciptakannya, Dia berkata (kepadanya), “Pergilah dan beri salam kepada kelompok malaikat yang sedang duduk, dan dengar apa yang mereka jawab atas salammu kepada kamu, yang akan menjadi ucapan dan sambutan keturunan kamu.”' (Adam pergi dan) berkata, As-salamu 'alaikum (Salam atas kamu). “Mereka menjawab, As-Salamu 'Alaika wa Rahmatullah (dan salam atas kamu dan rahmat Allah).” Jadi mereka menambah 'wa Rahmatullah' Jadi setiap orang yang masuk syurga, akan mengikut shurah (imej) Adam. Sejak itu ciptaan semakin berkurangan secara berterusan sehingga masa sekarang "
وروى مسلم (2612) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ فَإِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ).
Dan diriwayatkan Muslim (Hadis No 2612.) dari Abi Hurairah, bahawa dia berkata: " Rasulullah, (S), bersabda: ' Jika salah seorang dari kamu membunuh dengan saudaranya maka dia harus wajahnya, kerana sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari shurah (imej)-Nya.'"
وروى ابن أبي عاصم في السنة (517) عن ابن عمر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لا تقبحوا الوجوه فإن ابن آدم خلق على صورة الرحمن). قـال الشيخ عبد الله الغنيمان: (هذا حديـث صحيح صححه الأئمـة، الإمام أحمد وإسحاق بن راهوية وليس لمن ضعفه دليل إلا قول ابن خزيمة، وقد خالفه من هو أجل منه).
 Dan diriwayatkan Ibn Abi ‘Aashim dalam Al-(Hadis No 517) dari Ibn Umar, bahawa dia berkata: " Rasulullah (S), bersabda: 'Jangan mengutuk wajah, kerana sesungguhnya. anak-anak Adam dicipta daripada shurah (imej) Al-Rahman. ' Al Syeikh Abdullah Al Ghaniman berkata: "Hadits ini sahih, dalam Sihah oleh para Imam, Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahuwiyah, dan sesiapa yang berkata ia adalah hadith yang lemah dia tidak mempunyai bukti kecuali kata-kata Ibn Khazimah, padahal orang-orang yang lebih bermaruah daripada dia telah menentangnya. "
Diriwayatkan Ibn Abi ‘Aashim (Hadis No 516) dan juga dari Abi Hurairah, yang berkata: "Rasulullah (S) bersabda: ' Jika salah seorang dari kamu berbunuhan maka dia harus mengelakkan wajah, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala, menciptakan Adam dari shurah (imej) WajahNya '" Dan berkata Al Sheikh Al Albani:. Sanadnya sahih.
[3] Surah Al-Insaan 76: 30,
[4] Al-Ghaibah Al-Thusi: hal. 246.
[5] Surah Al-Syūraá  42: 51
[6] Surah Al-Baqarah 2:31
[7] Mustadrak Safinah Al-Bihar Jilid 9, Halaman 351.
[8] Mustadrak Safinah Al-Bihar Jilid 9, Halaman 351..
[9 Al-Bihar Kafi: Jilid 2, Bhg. 27,Halaman 239.
[10] Mustadrak Safinah Al-Bihar: Jilid 9, Halaman 351.
[11] Surah Al-Syūraá  42:51
[12] Bihar Al-Bihar Anwar : Jilid 39, Halaman. 350.
[13] Bihar Al-Bihar Anwar : Jilid 82, Halaman 272.
[14] Surah As-Sajdah 32: 11,
[15] Surah An-Nahl 16: 28
[16] Surah An-Nahl  16:32
[17] Surah An-Nahl 16: 70
[18] Surah An-Naml  16:8
[19] Surah Al-Syūraá  42:51

✡✡✡✡✡

Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas



Tiada ulasan: