Kitab
Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Wal Lam Yakun Lahu Kufuwan Ahad
﴿وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾
Dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya
Al-Kufu: Yang setara, setanding, setaraf: Ia adalah
yang sama atau yang hampir sama pada sesuatu martabat, walaupun dari aspek
tertentu. Dan ayat ini menafikan bahawa ada yang setara denganNya dari semua kewujudan,
seperti disebut dalam ayat ini dan ayat yang mendahuluinya dan yang datang selepas,
[﴿﴿اللَّهُ
الصَّمَدُ﴾ Allah Yang Kaya
Mutlak], dan ia seperti yang telah dibentangkan bagi menerangkanNya SWT dengan
Kesempurnaan yang bererti memenuhi hajat dan menghasilkan kesempurnaan.
Adapun [لم يلد
ولم يولد - Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan = Dia tidak beranak
dan tidak pula diperanakkan] dibawa untuk menjelaskan bahawa, sudut-sudut
kesempurnaan-Nya SWT dan dinyatakan mengenainya pada Nama-nama dan Sifat-sifat yang
tidak berasingan denganNya SWT bahkan ia adalah Dia SWT. Kemudian datang ayat
ini
﴿لَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾
{Dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya}
untuk menjelaskan bahawa semua ciptaan-Nya selain Dia SWT, walaupun kewujudan yang
suci yang tinggi kesempurnaannya – iaitu Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) -
yang sebahagian dari PenciptaanNya (makhluk) membayangkan bahawa mereka adalah
Dia SWT apabila mereka melihatnya, seperti malaikat dalam peritiwa mikraj, dan
seperti peristiwa Ibrahim apabila dia melihat kerajaan langit
﴿وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ * فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ
رَأى كَوْكَباً قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الْآفِلِينَ
* فَلَمَّا رَأى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ
لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ *
فَلَمَّا رَأى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَذَا رَبِّي هَذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا
أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ﴾
{Dan demikianlah Kami
perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda kerajaan langit dan bumi dan agar dia
termasuk orang yang yakin.* Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah
bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang
itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam".*
Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah
Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata:
"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku
termasuk orang yang sesat".* Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit,
dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala
matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas
diri dari apa yang kamu persekutukan.} [1]
Abu Abdullah (as) telah ditanya mengenai apa
yang Ibrahim (as) katakan: "Inilah Tuhanku" kepada yang lain dari
Allah: Adakah Ibrahim syirik kepada Allah apabila dia berkata "Inilah Tuhanku?
Jadi dia (as) berkata: "Sesiapa yang mengatakannya hari ini maka dia
musyrik. Ibrahim tidak menjadi syirik, oleh kerana dia dalam mencari Tuhannya,
dan orang yang selainnya akan syirik" [2], diriwayatkan
daripada Al-Qumi, dan di dalam Al-'Iyashi yang juga seperti itu. Jika Ibrahim
mencari Tuhannya di dunia kebendaan ini maka Ibrahim telah syirik dengan Allah,
tetapi dia mencari Allah dalam alam Malakut (Kerajaan Langit).
Dari Muhammad bin Himran, dia berkata: Aku
bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah tentang apa yang telah
dikhabarkan mengenai Ibrahim (as): {Inilah Tuhanku}, beliau berkata: (dia tidak
sampai kepada mahukan sesuatu yang lain dari apa yang dia katakan.) [3]
Al-Syeikh Al-Faqih Abu Ja'far Muhammad bin Ali
bin Al-Hussein bin Musa bin Babaweih Al- Qumi mengatakan dalam Kitab ('ilal Al-Syara'ei):
Diceritalan kepada kami bapaku dan Muhammad bin Al- Hassan bin Ahmad bin Al-Walid
(ra), mereka berkata : Dari Sa'id bin Abdullah bahawa dia berkata Diceritalan
kepada kami Muhammad bin Isa bin Ubaid, dari Muhammad bin Abi Umeir dan
Muhammad bin Sinan, dari Al-Shabah Al-Sadi, dan Sudeir Al- Shirfi dan Muhammad
bin Nu'man Mu'min Al-Thaqi, dan Umar bin Azinah. dari Abi Abdillah (as), dan diceritalan
kepada kami Muhammad bin Al-Hasan bin Ahmad bin Walid (ra), dia berkata: diceritalan
kepada kami Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaffar dan Sa'id Ibn Abdillah , mereka
kedua-duanya berkata: dari Muhammad bin Al-Hassan bin Abi Al-Khattab, dan Ya'qub
bin Yazid dan Muhammad bin Isa, daripada Abdillah bin Jiblah, dari Al-Shabah
Al-Mazni , dan Sudair Al-Shirfi dan Muhammad bin Nu'man Al-Ahwal, dan Umar bin
Azynah, dari Abi Abdillah (as), bahawa mereka datang kepadanya ......
Lalu Abu Abdillah
(as) berkata: (Sesungguhnya Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar, mikrajkan Nabi Nya (S) ke
Langit Ketujuh-Nya. Adapun yang pertama diberkati atasnya, dan pada yang kedua,
diajarkan ilmuNya yang Fardhu (wajib). Maka Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar menurunkan
kepadanya bekas dari cahaya di dalamnya mempunyai empat puluh jenis dari
jenis-jenis cahaya, dan cahaya itu tertumpu di sekeliling Arasy, Arasy-Nya
Tabaraka wa Taala yang membutakan penglihatan orang-orang yang melihat - .
Kemudian Dia naik ke
Langit Dunya, maka malaikat terbang ke penjuru-penjuru langit, kemudian mereka
semua bersujud dan mereka berkata:
سبوح
قدوس ربنا ورب الملائكة والروح ما أشبه هذا النور بنور ربنا،
"Maha Suci dan Maha
Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama cahaya ini
dengan cahaya Tuhan kita?"Lalu Jibrail (as)
berkata:
الله أكبر الله أكبر
"Allah Maha
Besar! Allah Maha Besar!!"
Jadi malaikat-malaikat
semuanya diam, dan pintu langit dibuka dan para malaikat berkumpul. mereka
datang dan memberi salam kepada Nabi (S) berbondong-bondong,
Kemudian mereka
berkata : "Ya Muhammad, bagaimana saudara Kamu?" Baginda berkata:
"Dia baik." Kemudian malaikat berkata: "Apabila kamu bertemu
dengannya ucapkan salam kami kepadanya." Lalu Nabi (S) berkata: "Adakah
kamu mengenalnya?" Lalu mereka berkata , "Bagaimana kami tidak
mengenalnya, Ketika Allah AWJ mengambil persetiaan (mitsaq) kamu dan janji persetiaannya
daripada kami, dan sesungguhnya kami berselawat ke atas kamu dan atasnya."
Kemudian baginda
ditambah lagi dengan empat puluh jenis dari jenis-jenis cahaya, yang kelihatan
sesuatu yang sama dengan cahaya yang pertama. Dan baginda ditambah lagi bekas
cincin (relung) dan rantai dan kemudian baginda mikraj naik ke langit kedua,
dan apabila dia menghampiri pintu langitnya, maka para malaikat terbang ke
penjuru-penjuru langit, kemudian mereka semua bersujud dan mereka berkata.
"Maha Suci dan
Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama cahaya
ini dengan cahaya Tuhan kita?! Kemudian Jibrail (as) mengucapkan,
أشهد
أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله.
[Aku bersaksi bahawa Tiada
Tuhan Melainkan Allah - di ulang 2 kali]
Lalu para malaikat
berkumpul dan pintu langit dibuka, Dan mereka berkata: “Ya Jibrail, siapakah
bersama kamu ini."? Lalu Jibrail berkata, “Ini Muhammad.” Dan mereka
berkata, “Adakah dia telah diutus?” Jibrail berkata, "Ya." Kemudian
Rasulullah (S) bersabda: "Mereka keluar ke arah ku seolah-olah mereka
berpeluk antara satu sama lain, dan mereka bersalaman kepadaku. Dan mereka
berkata: "Ucapkan salam kami kepada saudaramu.", Lalu aku berkata:
"Adakah kamu mengenalnya?" Mereka berkata: Ya, dan bagaimana kami
tidak mengenalnya, Ketika Allah mengambil persetiaan (mitsaq) kamu dan janji persetiaannya
dan perjanjian Syiahnya hingga ke hari kiamat datang ke atas kami, dan
sesungguhnya kami melihat kepada wajah-wajah Syiahnya lima kali sehari dalam
setisp waktu solat."
Kemudian Rasulullah (S)
bersabda: "Kemudian Tuhanku Yang Maha Tinggi menambah kepadaku dengan 40
jenis cahaya yang tidak kelihatan seperti cahaya pertama dan Dia menambah
kepadaku dengan cincin (relung) dan rantai " Kemudian aku dinaikan (mikraj)
dengannya hingga ke Langit ketiga, maka para malaikat terbang ke
penjuru-penjuru langit, kemudian mereka semua bersujud.
Dan mereka berkata,
“Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh,
bagaimana sama cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita!” Jibrail (as) lalu
mengucapkan:
أشهد
أن محمداً رسول الله، أشهد أن محمداً رسول الله،
“Aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah utusan Allah!” dua kalu.
Lalu para malaikat
berkumpul dan pintu langit terbuka dan mereka berkata, "(Selamat datang)
Marhaban pada yang Awal dan Marhaban pada yang Akhir, dan Marhaban pada yang
mengumpul dan Marhaban pada yang menyebar Muhammad Nabi Penutup dan pada sebaik-baik
Washi ". Kemudian Rasulullah (S) bersabda: "Mereka mengucapkan salam
kepadaku dan bertanya kepadaku mengenai Ali saudaraku, jadi aku menjawab: Dia
di Bumi menggantiku. Adakah kamu mengenalnya? Kata mereka: "Ya, dan
bagaimana kami tidak mengenalnya, apabila kami berhaji di Baitul Ma’mur sekali
setiap tahun, dan padanya ada satu kertas kulit putih yang di dalamnya ada nama
Muhammad (S), Ali, Al-Hassan Al-Hussein, para Imam (as) dan Syiah mereka hingga
ke hari kiamat. dan sesungguhnya, kami memberkati kepala-kepala mereka dengan
tangan-tangan kami"
Lalu Kemudian Tuhanku
Yang Maha Tinggi menambah kepadaku dengan 40 jenis cahaya yang tidak sama
seperti cahaya pertama dan Dia menambah kepadaku dengan cincin (relung) dan
rantai, Kemudian dinaikan (mi’raj) aku hingga ke Langit keempat, maka malaikat
tidak berkata apa-apa, maka aku mendengar bunyi kuat seolah-plah ia datang dari
dada-dada dan malaikat-malaikat berkumpul, pintu langit terbuka, dan mereka
datang kepadaku seperti mereka memeluk satu sama lain. Jibrail (as) lalu
mengucapkan:
حي
على الصلاة حي على الصلاة، حي على الفلاح حي على الفلاح،
" Marilah solat,
Marilah solat.
Marilah menuju
kejayaan, Marilah menuju kejayaan!"
Maka malaikat berkata
tambah dengan dua sahutan suara: "Dengan Muhammad solat itu didirikan dan
dengan Ali menuju kejayaan". Jibrail (as) lalu mengucapkan:
قد
قامت الصلاة قد قامت الصلاة
Akan didirikan
solat! Akan didirikan solat!".
Para malaikat
berkata: " Ia adalah untuk Syiahnya, mereka mendirikannya sehingga hari
kiamat."
Kemudian malaikat
berkumpul dan berkata kepada Nabi (S): "Di mana kamu tinggalkan saudaramu
dan bagaimana dia." Baginda (S) bersabda kepada mereka: "Adakah kamu
mengenalnya?" Mereka berkata: "Ya kami mengenalnya dan Syiahnya dan
dia adalah cahaya ......) [4]
Aku katakan: Walaupun kewujudan kesucian
(Muhammad dan Keluarga Muhammad (as)) ini, mereka tidak setara atau hampir sama
dengan Allah SWT. Sebaliknya, ianya begitu jauh di bawahNya, ianya tidak menghampiri
dengan-Nya, apatah lagi untuk sama dengan-Nya, walaupun apa sahaja yang mereka
nyatakan berkenaan dengan arah (aspek) kesempurnaan-Nya SWT.
Dalam Al- Ziyara Al-Jami'ah:
(... السلام على محال معرفة الله، ومساكن بركة الله، ومعادن حكمة
الله وحفظة سر الله، وحملة كتاب الله، وأوصياء نبي الله، وذرية رسول الله ورحمة
الله وبركاته، السلام على الدعاة الى الله، والأدلاء على مرضاة الله، والمستقرين
في أمر الله، والتامين في محبة الله، والمخلصين في توحيد الله، والمظهرين الامر
لله ...)
(... Salam ke atas
kemustahilan mengenal (makrifat) Allah, dan di antara rumah-rumah barkah Allah,
dan lombong-lombong kebijaksanaan Allah, dan para penjaga rahsia Allah, dan
pembawa kitab Allah, dan para washi nabi Allah, dan zuriat keturunan
Rasulullah, dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya, Salam ke atas penyeru agama
Allah, dan para pemandu arah kepada keredhaan Allah, dan para pengukuh perintah
Allah, dan para pelengkap cinta kasih Allah, dan yang ikhlas dalam mentauhid
Allah, dan orang-orang yang menzahirkan urusan untuk Allah ...) [5]
Dan dalam Doa hari-hari Rejab yang telah
diriwayatkan dari Imam Mahdi (as):
(... أسألك بما نطق فيهم من مشيئتك فجعلتهم معادن لكلماتك وأركاناً
لتوحيدك وآياتك ومقاماتك، التي لا تعطيل لها في كل مكان يعرفك بها من عرفك، لا فرق
بينك وبينها إلا أنهم عبادك وخلقك ...) ([52]).
(... Aku bermohon
kepadaMu dengan apa yang mereka sebut dengan kehendakMu, begitu Engkau jadikan
mereka lombong-lombong untuk KalimahMu, dan tunggak-tunggak untuk TauhidMu, dan
tanda-tanda Maqam-maqamMu, yang tidak bergantung di setiap tempat, yang
mengenalMu dengannya sesiapa yang mengenal Engkau, tidak berpisah antara Engkau
dan mereka, melainkan mereka hambaMu dan ciptaanMu... ) [6]
Tetapi juga , kesempurnaanNya dan Sifat-sifatNya
SWT tidak ada yang serupa denganNya sesuatu pun:
(... يا من هو أحد بلا ضد يا من هو فرد بلا ند يا من هو صمد بلا
عيب ... يا من هو موصوف بلا شبيه)
( ... Wahai Dia Yang
Esa Yang tanpa tandingan, Wahai Dia Yang Tunggal tanpa saingan, Wahai Dia Yang
Kaya Mutlak tanpa aib ... . Wahai Dia Yang Terang Nyata tanpa yang menyerupaiNya) [7]
--------------------
[1] Surah Al-An'am 6:75-78
[2] Bihar Al-Anwar : jilid 77, Bab 4 –
Al-‘Ishimah Al-Anbia’ (as): halaman 72 'Uyun Akhbar Al-Redha (as)
[3] Tafsir Al-'Iyashi : halaman 353
[4] 'Iilal Al-Syaraei' : jilid 2 , halaman 313
[5] Mafath Al-Jinan: Al-Ziyarah Al-Jam'iah
[6] Mafatih Al-Jinan: Du’a Kull Yaum Min dari
Rajab
[7] Dua 'Al-Jawsyan Al-Kabir
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum
✡✡ Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan