Isnin, 8 Januari 2018

Di Antara Khawarij Masa Lalu Dan Wahabi



Di Antara Khawarij Masa Lalu Dan Wahabi

بين خوارج الأمس والوهابية

Pegangan asas yang menyebabkan Khawarij keluar untuk menentang Ali bin Abi Talib (as), sehinggakan mereka terkeluar dari Islam adalah kata-kata mereka: ( لا حكم إلا لله- Tiada pemerintah melainkan bagi Allah). Jelas sekali kepalsuannya secara lahiriah dan hitam pada batinnya, dan tiada siapa yang boleh ditipu olehnya kecuali orang-orang Arab dusun yang jahil, yang tidak boleh memahami ucapan

﴿الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْراً وَنِفَاقاً وَأَجْدَرُ أَلّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾

{Orang-orang Arab dusun lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.} [1].   

Inilah apa yang dikatakan oleh Khawarij: (Tiada pemerintah melainkan bagi Allah). Kata-kata ini adalah benar, kerana kekuasaan hanya untuk Allah. 

Adapun ibadah-ibadah mereka secara lahiriah, mereka adalah manusia yang paling banyak melakukan ibadat, dan mereka adalah paling banyak bersolat dan memenuhkan masjid.

Adapun perjuangan mereka untuk mempertahankan akidah mereka, ianya cukup terbukti bahawa mereka telah berjuang bermati-matian di Nahrawan sehingga tiada [mereka] yang terselamat kecuali beberapa orang.

Namun begitu, mereka tidak mengetahui apa-apa, malah, mereka langsung tidak menyumbang apa-apa kepada Islam. Di sini dibawakan dua Hadits daripada Rasulullah (S) tentang Khawarij di zaman permulaan Islam dan di akhir zaman (Wahabi). 

Hadis Pertama: Khawarij di masa permulaan Islam

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: (بينما نحن عند رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يقسم قسماً، إذ أتاه ذوالخويصرة وهو رجل من بني تميم، فقال: يا رسول الله اعدل، فقال: ويلك ومن يعدل إذا لم اعدل ؟ قد خبت وخسرت إن لم أكن أعدل. فقال عمر: يا رسول الله ائذن لي فيه فأضرب عنقه، فقال: دعه فإن له أصحاباً يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم، وصيامه مع صيامهم، يقرؤون القرآن، لا يجاوز تراقيهم، يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية، ينظر إلى نصله فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى رصافه فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى نضيه وهو قدحه فلا يوجد فيه شيء، ثم ينظر إلى قذذه فلا يوجد فيه شيء، قد سبق الفرث والدم آيتهم رجل أسود إحدى عضديه مثل ثدي المرأة أو مثل البضعة تدردر، ويخرجون على حين فرقة من الناس.
قال أبو سعيد: فأشهد أني سمعت هذا الحديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأشهد أن علي بن أبي طالب قاتلهم وأنا معه. فأمر بذلك الرجل فالتمس فأتي به حتى نظرت إليه على نعت النبي صلى الله عليه وسلم الذي نعته)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri (ra), bahawa dia berkata:  Tatkala kami bersama Rasulullah (S). dan beliau sedang membagikan ghanimah, datang Zzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berbuat adillah!” Berkata Rasulullah (S)., “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika aku tidak berbuat adil? Niscaya aku celaka dan binasa jika aku tidak adil.” Berkata Umar bin Al-Khattab, “Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal lehernya.” Berkata Rasulullah (S)., “Biarkanlah dia. Sesunggulinya dia mempunyai banyak teman, dirnana dianggap remeh solat di antara kalian dibanding solat mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al‑Qur’an tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” ([maknanya seperti mangsa yang terkena anak panah, dan anak panah yang melaluinya keluar dari sisi yang lain dengan pantas tanpa ada apa-apa di atasnya]), maka kamu melihat anak panah dan kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, kamu melihat di sisinya dan kamu tidak menjumpai apa-apa, kamu melihat di bilah yang merupakan batang anak panah dan kamu tidak menjumpai apa-apa di atasnya, seterusnya kamu melihat pada bulu dan anda tidak menjumpai apa-apa di atasnya, [dan anak panah] telah mendahului sisa badan dan darah ([maknanya anak panah berlalu dengan cepat melalui mangsa dan keluar tanpa darah atau mana-mana sisa badan di atasnya]). Tanda mereka adalah seorang lelaki hitam, kedua–dua bahagian lengannnya seperti payudara seorang wanita, atau seperti sepotong daging yang bergetar, dan mereka akan keluar ketikamana terdapat perpecahan di kalangan orang ramai." 



Abu Sa'id berkata: (Aku bersaksi bahawa aku mendengar ucapan ini dari Rasulullah (S), dan aku bersaksi bahawa Ali bin Abi Talib telah berperang dengan mereka dan aku bersama-sama dengannya. Maka, dia memerintahkan supaya memanggil lelaki itu, tetapi dia [lelaki] merayu, lalu dibawanya keluar, sehingga aku dapat mengenalpasti sifatnya adalah sebagaimana yang telah Nabi (S) sifatkannya) [2] 

Hadits Kedua mengenai Khawarij di akhir zaman (Wahabi): 

عن سويد بن غفلة، قال: (قال علي: إذا حدثتكم عن رسول الله فلإن أخرّ من السماء أحب إلي من أن أكذب عليه، وإذا حدثتكم فيما بيني وبينكم فإن الحرب خدعة، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: يأتي في آخر الزمان قوم حدثاء الأسنان، سفهاء الأحلام، يقولون من خير قول البرية

Dari Suwaid bin Ghaflah, dia berkata: Ali telah berkata: "Sekiranya aku khabarkan kamu dari Rasulullah, maka sesungguhnya, aku lebih suka disembamkan (jatuh dengan muka melekat di tanah) dari langit daripada berbohong ke atasnya, dan jika aku khabarkan kamu, apa yang ada di antara kamu dan aku, maka sesungguhnya, peperangan itu adalah tipu helah. Aku mendengar Rasulullah (S) bersabda: 'Maka akan datang di akhir zaman orang-orang, yang berbicara di tepi gigi, yang impiannya adalah bodoh, percakapan mereka adalah sebaik-baik percakapan makhluk.[3] Mereka keluar daripada Islam sepertimana anak panah keluar dari mangsa, iman mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Oleh itu, di mana jua kamu bertemu mereka, bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya, bagi yang membunuh mereka adalah ganjaran pahala pada hari kiamat." [4] 

Aku dapati bahawa amat perlu untuk menganalisa asas kepercayaan Khawarij, dan apa yang mereka maksudkan dengan (Tiada pemerintahan melainkan bagi Allah), sekaligus menunjukkan persamaan antara kepercayaan mereka dan Tauhid yang dituntut oleh Wahabi, supaya ia boleh menjadi jelas bahawa Wahabi adalah Khawarij di akhir zaman. 

Apabila Ali (as) mendengar Khawarij mengatakan bahawa "Tiada pemerintahan melainkan bagi Allah", maka beliau berkata: (Perkataan yang benar tetapi yang dimaksudkannya adalah batil. Ya, ianya benar bahawa tidak ada kekuasaan melainkan bagi Allah. Tetapi mereka ini mengatakan bahawa 'tidak ada pemerintahan kecuali Allah', dan sesungguhnya, mesti ada bagi manusia seorang pemimpin soleh atau pemimpin jahat, yang memimpin orang-orang beriman, dan akan bersenang-senang  orang-orang kafir. Allah menyampaikan segala-galanya melalui sebab. Melalui [pemerintah] cukai dikutip, berjuang memerangi musuh, jalan-jalan akan aman, dan diambil [zakat] dari yang kuat buat yang lemah. Sehingga orang yang baik mendapat keamanan dan dilindungi dari orang yang jahat.” 

Dalam riwayat lain, bahawa ketika Ali (as) mendengar pendirian mereka, dia berkata: "Aku menunggu hukum Allah dalam hal ini ke atas kamu." Kemudian dia berkata: "Bagi pemerintah yang baik, orang-orang yang bertaqwa dapat beramal [soleh] di bawahnya. Manakala bagi pemerintah yang jahat, maka  pelaku kejahatan bersenang-senang di bawahnya sehingga akhir pemerintahannya atau dia mati."[5] 

Sesungguhnya, makna slogan ini (Tiada kekuasaan melainkan bagi Allah) ini adalah: Hakimiyyah (pemerintahan) Allah, iaitu bahawa sesiapa jua yang mengangkat slogan ini tidak boleh menerima selain dari pemerintahan Allah, yang diwakili oleh Undang-undang Ilahi dan pemerintah yang dilantik oleh Allah. Oleh itu, barangsiapa yang mengangkat slogan ini sepatutnya menuntut perlaksanaan Undang-undang Ilahi dan pemerperkasakan pemerintah yang dilantik oleh Allah. 

Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Tiada pemerintahan melainkan bagi Allah', dan ini sepatutnya tujuan atau tuntutan bagi sesiapa yang membangkitkannya sebagai slogan. Tetapi Khawarij datang dengan kalimah ini untuk melanggar Ketuanan Allah, dan mereka benar-benar melemparkannya khusus ke muka Ali (as). Sedangkan dia adalah Khalifah Allah dan washi (pemegang wasiat) yang dilantik oleh Allah. Secara lahiriah nampak seolah-olah mereka tidak menolak Allah, kerana mereka hanya menolak Ali (as). Walau bagaimanapun, jika kita melihat dengan teliti dan memahami pendirian mereka, kita akan dapati bahawa pendirian mereka adalah sama seperti pendirian iblis yang tidak menolak untuk sujud kepada Allah. Malah, dia digelar Thawus Malaikat kerana banyak beribadah, tetapi dia hanya menolak untuk bersujud kepada Adam (as) sebagai Khalifah Allah. 

Jawapan Imam Ali (as) bagi menyangkal tujuan mereka, adalah bertepatan dengan realiti yang berlaku sekarang, kerana kewujudan masyarakat manusia, mesti bersekali dengan Undang-Undang dan pemerintah yang melaksanakan undang-undang bagi mengatur kehidupan masyarakat tersebut. Oleh itu, apabila ditolak Undang-undang Ilahi dan pemerintah (baik / taqwa) yang telah dilantik oleh Allah. Maka sudah pasti ia akan diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia dan pemerintah taghut yang zalim, kerana realiti tidak pernah terlepas dari menghadapi salah satu daripadanya. Beliau (as) berkata: “Dan sesungguhnya, amat perlu bagi manusia mempunyai seorang pemimpin samada yang baik atau pemimpin yang jahat.” 

Sekarang, saya hanya meminta kita menganalisa tiga pendirian: 

Iblis (laknat Allah ke atasnya): Enggan sujud kepada Adam, (enggan mengakui bahawa Adam menjadi "Khalifah Allah" dan pengantara di antara dia dan antara Allah.) 

Khawarij: Enggan menerima manusia yang dilantik oleh Allah sebagai pemerintah, tatkala mereka berkata “Tiada pemerintah melainkan bagi Allah”, iaitu mereka menginginkan tiada pemerintah melainkan bagi Allah. Atau dalam erti kata lain, mereka menolak untuk menjadikan manusia (Khalifah Allah) sebagai perantaraan di antara mereka dan Allah. Dan mereka mendakwa ini sebagai Tauhid dan penolakan syirik!! 

Wahabi: Mereka enggan menerima bahawa seorang manusia (Khalifah Allah) boleh menjadi pengantara di antara mereka dan Allah, malah mereka mendakwa ianya sebagai Tauhid dan juga penolakan syirik!! 

Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga pendirian ini?!! 

Jika kita mendalami ke tiga-tiga pendirian, kita akan dapati bahawa persamaan antara pendirian Khawarij dan pendirian iblis (laknat Allah ke atasnya) barangkali memerlukan penjelasan yang telah dibentangkan sebelum ini. Tetapi dalam hal persamaan antara pendirian Wahabi dan pendirian iblis, maka saya tidak fikir [bahawa ia memerlukan sebarang penjelasan], kerana pendirian mereka (kepercayaan mereka) adalah imej sebenar pendirian iblis. Justeru itu. Maka kedudukan mana lagi yang mahu kita jelaskan? (Bermakna ia sudah jelas dan tidak perlu sebarang penjelasan lagi). 



_____________________ 
[1] Surah Al-Taubah 9:97
[2] Sahih Al-Bukhari – oleh Bukhari: Jilid 4, halaman 179. 
[3]  Iaitu, Tauhid. Pengikut Wahhabi mendakwa bahawa mereka mencari  Tauhid dan menjauhi syirik.
[4] Sahih Al-Bukhari - oleh Bukhari: Jilid 4, halaman 179. 
[5] Nahjul Balaghah, Jilid 1, halaman 91




✡✡✡✡✡

Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas

Tiada ulasan: